Chapter 17
Setelah mendengar luahan Jimin semalam, Seulgi tidak tahu harus gembira atau sedih. Adakah dia harus gembira kerana Jimin masih sayangkan dan cintakan dia? Atau dia harus sedih kerana dia tidak boleh bersama Jimin. Status dia sekarang ni ialah isteri kepada Wonwoo. Apa patut dia buat?
...
Wendy, Tzuyu, Nayeon dan Yuri berkumpul di dalam bilik Chorong. Apa yang mereka bincang pun tak tahu. Hampir setiap hari mereka berkumpul di dalam bilik Chorong.
"Zuyu peliklah unnie. Kenapa Taeyeon unnie layan Fany unnie dengan baik? Selalunya dia akan buli orang baru" tanya Tzuyu.
Sepanjang Tiffany tinggal disitu, Tiffany tidak pernah dapat masalah atau dibuli dengan Taeyeon.
"Kalau tak silap unnie mereka kawan baik dulu. Tapi mereka terpisah. Yang tu je unnie tahu" jawab Yuri.
"Taeyeon unnie tak patut buat macam ni pada kita. Apa salah kita?" kata Nayeon tak puas hati.
Wendy hanya mengangguk setuju.
"Habis kita nak buat apa?" tanya Tzuyu lagi.
"Kita just tengok sampai bila dia nak kekalkan perangai busuk dia ni" semua setuju dengan cadangan Chorong.
Tiba tiba pintu dibuka dengan kasar. Jihyo dan Taeyeon berdiri dan melihat mereka semua. Muka Jihyo tak payah cakaplah. Memang tunggu masa nak meletup. Taeyeon hanya tersenyum jahat. Chorong memandang ke arah lain dengan muka menyampah. Dia tahu semua ni kerja Taeyeon. Mana ada orang lain yang tak boleh tengok mereka hidup senang. Taeyeon sorang je.
"Ada mesyuarat tergempar apa sampai satu habuk makanan apa pun tak ada! Korang tahu tak sekarang ni pukul berapa?! Sekejap lagi anak anak aku nak balik makan malam. Korang seronok bergosip disini!" marah Jihyo.
"Kami minta maaf ibu" kata Yuri. Mereka semua terus turun ke dapur. Taeyeon sempat menjeling Chorong.
Banyak makanan yang mereka masak. Akhirnya siap juga. Nasib mereka buat sama sama. Kalau buat sorang tak ke naya namanya tu. Taeyeon hanya datang sebagai seorang ketua yang hanya melihat pekerjanya buat kerja. Nak je Nayeon cili mulut Taeyeon dengan cili yang dia sedang potong sekarang ni. Tapi dia masih hormat Jihyo.
"Cepat sikit hidang. Kang kebuluran suami suami korang tu" sindir Taeyeon. Memang nak cari mati Taeyeon ni.
"Its ok. At least dorang kebuluran masakan kitorang. Yang unnie tu suami unnie tak pernah rasa masakan unnie. Malulah sikit. Lain kali, nak cakap orang, tengok diri sendiri tu dulu. Jangan main redah je" hilang kesabaran Chorong.
Taeyeon menahan marahnya. Tiba tiba Jihyo datang.
"Wah! sedap mulut kau je Chorong cakap macam tu pada Taeyeon. Kau pun patut sedar. Kau tu tak boleh mengandung. Tak boleh bagi aku cucu! Dah bertahun kahwin tapi masih tak ada anak. Apa kes?! Ke kau nak aku suruh Suho kahwin lain" Chorong terasa hati sangat dengan kata kata ibu mertuanya itu. Hina sangat ke dia.
Chorong terus naik ke biliknya dan menangis. Apa salah dia sampai Jihyo sanggup kata dia macam tu?
"Korang semua dengar sini baik baik! Kalau aku dengar korang berani mengata macam Chorong tadi, siap korang! Taeyeon. Ibu nak kau pantau mereka semua dan bagitahu ibu kalau ada masalah" Jihyo pergi dari situ. Seronok lagilah Taeyeon. Lagi banyak dia boleh mengadu.
Sana melangkah masuk ke dalam rumah besar itu lagi. Selagi Sejun tak sembuh, selagi tu dia akan datang sini dan rawat Sejun. Itu janji dia. Selepas pulang ke sekolah, dia akan terus pergi ke rumah Sejun. Dah banyak kali Sejun marah sebab Sana terus datang rumah dia selepas pulang sekolah. Tapi perempuan tu tetap degil.
"Hai awak. Macam mana dengan keadaan awak sekarang ni?" tanya Sana sebaik saja berjumpa dengan Sejun.
"Lebih baik. Yelah. Ada nurse cantik yang tolong jaga. Memanglah cepat baik. Ermm..kaki ni pun dah boleh jalan sikit"
"Iya? Boleh awak cuba jalan? Saya nak tengok" kata Sana. Tak sabar nak tengok Sejun jalan macam dulu.
Sejun cuba berdiri sendiri.
"Meh saya tolong" Sana membantu Sejun berdiri. Finally, Sejun dah boleh jalan walaupun tak sempurna macam dulu. Lega hati Sana.
Sejun duduk semula. Kenapa dia boleh baik dengan perempuan macam Sana?
"Awak makan malam sini jelah. Lagipun ibu dengan appa awak tak ada di rumah kan?" tanya Sejun.
"Mana awak tahu semua tu?"
"Mana saya tahu tak penting. Yang penting malam ni awak perlu makan malam di rumah saya. Tiada bantahan!" Sana hanya senyum. Dia tahu perangai ibu dan kakak ipar Sejun macam mana.
"Baiklah. Just malam ni. Tapi saya malulah awak" Sana mula merengek. Sejun menahan senyumnya.
"Tak payah nak malu sangat. Keluarga saya semuanya manusia"
"Sebab mereka manusialah saya malu. Awak tak boleh ke saya balik makan di rumah?" Sana merengek lagi.
"Saya cakap tak boleh means tak boleh!" tegas Sejun.
Sejun tahu kalau Sana makan di rumah, perempuan itu akan masak makan segera. Sejun tak nak Sana makan makanan macam tu.
Semua berkumpul di meja makan untuk makan malam bersama. Tinggal Gary, Suho dan Chorong yang belum turun. Nayeon dan Wendy membuat muka menyampah apabila melihat Taeyeon yang berpura pura baik di depan semua orang. Nak je Wendy bagi sebiji penampar.
"Sayang. Jom turun makan. Saya tahu awak belum makan" pujuk Suho.
"Saya tak nak. Awak pergilah turun. Nanti apa pula ibu cakap bila tengok awak tak ada" Chorong berbaring di atas katil.
Ingat dia nak tunjuk muka macam tu je lepas apa yang Jihyo cakap pada dia. Hell no! Memang dia tak kan turun. Biarlah orang tua tu nak cakap apa pun pasal dia. Nak cop dia menantu kurang ajar pun dia tak kisah.
"Kalau sayang tak nak, saya pun tak nak turun makan. Mana boleh saya turun makan tanpa isteri saya" Chorong merasa bersalah.
"Tak pe. Saya tak lapar. Awak turunlah makan. Awak baru balik kerja. Mesti lapar. Kesian perut awak" Chorong masih berdegil.
"Sayang ada masalah ke?" siasat Suho. Chorong tak keruan. Selama dia bersama Suho, dia tak pernah tipu atau sembunyi apa apa dari Suho. Patutkah dia bagitahu hal sebenar?
"Emm..tak ada. Saya just tak ada selera je" pertama kali Chorong tipu Suho.
"Saya percaya awak tapi kalau sayang ada masalah bagitahu saya" Chorong terus memeluk Suho. Tak sampai hati nak tipu Suho tapi dia terpaksa.
"Saya turun makan dulu. Nanti saya bagitahu ibu sayang tak sihat"
"Terima kasih awak. Love you my husband" Suho hanya senyum lalu keluar daripada bilik mereka.
Gary juga sudah turun. Akhirnya mereka boleh makan. Sana juga turut makan dengan keluarga besar itu. Tiba tiba hati Jihyo rasa sedih. Cuma satu kerusi tiada orang duduk iaitu kerusi Sehun. Sejak kejadian itu, Sehun tidak pernah balik ke ruang besar itu. Semua ni salah Hayoung! Dia benci Hayoung. Dia tak patut kenalkan Sehun pada Hayoung!
"Orang cakap tak manis kalau perempuan selalu datang rumah lelaki" Sana berhenti makan.
Taeyeon berani menyindir kerana dia duduk jauh dari Jihyo dan Gary.
"Saya minta maaf unnie. Saya cuma nak jaga Sejun" jawab Sana.
"Eleh! kau cakap jelah kau nak menggatal dengan Sejun. Kan senang. Perangai perempuan macam kau ni banyak di luar sana" Sejun menahan marahnya. Dia masih hormat abang dan kakak iparnya yang lain sedang makan.
Sana pula menahan tangisannya. Nak je dia pergi dari situ. Tapi kalau dia keluar, mesti semua orang anggap dia perempuan kurang ajar. No manners! Dia hanya diam.
"Oppa. Unnie tak turun makan sekali?" tanya Tzuyu.
"Dia cakap dia tak sihat" jawab Suho.
"Mengadalah isteri kamu Suho. Susah susah sangat, kamu kahwinlah lagi sorang" kata Jihyo pula. Semua orang terkejut.
Suho berhenti makan.
"Suho bukan nak kurang ajar dengan ibu tapi Chorong tu isteri Suho. Suho sayangkan dia. Suho cintakan dia. Suho bukan macam anak anak ibu yang lain yang boleh ibu arah sesuka hati ibu. Suho minta maaf tapi walau apa pun yang terjadi, Suho tak kan duakan Chorong mahupun ceraikan Chorong" Suho terus melangkah pergi dari situ. Yang lain hanya melihat.
Jihyo juga terkejut. Semakin hari, anaknya makin tiada adab. Tak hormat dirinya. Ni dah melampau!
Wah!² Dorang semua dah pandai melawan Jihyo. Apa akan jadi selepas ni. Hmm? Whatsoever saya update juga. Haha..Enjoy❤
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro