Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 15

Sana menunggu di luar bilik kecemasan dengan risau. Ni semua salah dia. Kalau dia tak berbual dengan Sejun, semua ni tak kan jadi. Mungkin ni semua takdir. Tapi ni semua tetap berpunca daripada dia.

Apa kau buat ni Sana Kalau dia cedera teruk macam mana. Apa aku nak jawab dengan ibu bapa dia. Baru kenal dah jadi macam ni. Lepas ni apa pula.

"Cik ahli keluarga pesakit ke?" tanya seorang doktor.

"Emm...saya...saya girlfriend dia. Ya. Saya girlfriend dia" jawab Sana untuk meyakinkan doktor itu.

"Okay. Saya cuma nak bagitahu, Sejun cedera pada bahagian kaki dan buat masa ni, dia tidak dibenarkan berjalan"

"Ambil masa yang lama tak doktor?"

"Dalam dua atau tiga minggu. Lepas tu datang balik hospital untuk buat pemeriksaan terakhir. Tapi sekarang dia ditahan di hospital untuk pemantauan"

"Berapa hari dia di hospital?"

"Saya tak pasti. Saya perlu tengok berdasarkan rekod kesihatannya"

"Terima kasih doktor"

Doktor itu berlalu pergi. Sana merasa bersalah. Disebabkan dia, Sejun tak boleh jalan.

"Awak" Sana masuk ke dalam bilik Sejun.

"Awak tak balik lagi?" Sana geleng.

Argh! Rasa macam nak nangis je tengok Sejun macam ni. Kesian dia. Bodoh kau Sana. Bodoh!

"Awak okay?" tanya Sejun apabila melihat Sana hanya diam.

"Saya okay. Awak saya nak minta maaf. Disebabkan saya awak jadi macam ni"

"Apa pula salah awak. Saya yang jalan tak pandang depan"

"Tak. Kalau saya tak berbual dengan awak. Pasti semua ni tak kan jadi"

"Eh! Awak ni. Macam tu pula cakap. Tak baik awak cakap macam ni. Macam awak salahkan takdir pula"

"Bukan maksud saya macam tu tapi...."

"Dah. Tak payah tapi tapi. Dalam kes ni awak tak salah langsung. Jadi, jangan salahkan diri awak. Saya tak suka"

"Baiklah. Tapi izinkan saya untuk jaga awak sepanjang di hospital. Eh! Tak tak. Saya nak jaga awak sampai awak sembuh"

"Tak payah. Saya ada ramai kakak ipar yang macam pembantu rumah tu untuk jaga saya"

"Ish! Tak baik cakap dorang macam tu. Dorang tu kakak ipar awak tau"

"Saya tahu. Tapi eomma saya buat mereka macam pembantu rumah. Sebab tu saya panggil dorang macam tu"

"Mungkin ada sebab eomma awak buat macam tu"

"Entahlah"

"Eh! Topik ni macam dah lain ni. Okay. Back to the topic. Saya nak juga jaga awak"

"Degil juga awak kan. Baiklah kalau awak nak sangat saya izinkan tapi sekolah awak macam mana?"

"Saya pergi sekolah dulu, lepas tu saya balik terus datang rumah awak. Boleh tak?"

"Boleh je. Asalkan awak tak ponteng sekolah awak"

"Baik bos" mereka ketawa.

...

Sudah dua hari Gary dan Jihyo ada di rumah. Semua menjaga kelakuan masing masing dan membuat kerja seperti biasa. Semua tidak berani bersuara. Mereka hanya diam dan membuat kerja masing masing.

"Kwon Yuri. Sini jap" panggil Luhan.

Ni kenapa pulak ni. Kalau siap panggil nama penuh ni mesti ada apa tak kena. Mampus aku. Apa aku buat. Setahu aku, selama aku tinggal di sini, aku tak berani buat hal lagi.

"Ya husband" Yuri cuba untuk tidak gementar.

"Ni gambar siapa?" Yuri melihat di skrin telefon Luhan.

Damn! Siapa punya kerja ni. Gambar lelaki tengah peluk aku masa majlis perkahwinan Xiumin oppa. Ni dah melampau ni! Siapa yang sanggup buat macam ni pada aku. Aku tahu nanti siaplah orang tu nanti!

"Sebenarnya...lelaki tu yang peluk wife. Wife pun tak kenal lelaki tu. Tiba tiba je dia peluk wife. Wife dah cuba tolak dia tapi dia tetap peluk wife"

"Kau ingat aku nak percaya cakap kau. Aku tengok elok je dia peluk kau. Tak ada unsur penolakan pun"

"Husband. Please trust me. Wife tak kan buat macam tu"

"Dah lah. Aku tak nak dengar lagi suara kau. Kau jangan cakap dengan aku selagi kau tak boleh buktikan apa yang kau cakap tadi"

"Husband no. Please. Don't you trust me? Even a little bit. I'm your wife" Yuri menangis.

"I'm not going to trust you and one more. Please respect me as your husband. Don't you ever do the thing that I hate the most"

"No husband. Please" Luhan keluar dari bilik dan pergi ke pejabatnya.

Eunji teragak agak untuk berjumpa dengan Jihyo yang sedang membaca majalah di ruang tamu. Dia perlu memberitahu kepada Jihyo hal yang sepatutnya Jihyo tahu. Dengan kekuatan yang dia ada, akhirnya dia melangkah ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Jihyo.

"Ibu" Eunji berdiri didepan Jihyo. Jihyo pula hanya membaca majalah tanpa melihat muka Eunji.

"Ada apa?"

"Eunji pregnant. Dua minggu"

"Good. Kamu boleh pergi. Jangan ganggu rest time ibu"

"Okay"

What?! Yang tu je keluar daripada mulut dia. Aku ingat dia nak lompat peluk aku sebab nak terima cucu baru tadi. Tapi dia cuma cakap good. Argh! Kenapa aku ada mak mentua macam ni. Eh! Kalau orang lain peluk aku dan kalau boleh nak bagitahu satu dunia yang dia nak dapat cucu baru. Tapi eomma...urgh! Tak ada perasaan langsung!

"Macam mana unnie? Dah bagitahu belum?" tanya Wendy yang sememangnya busybody tu.

"Dah bagitahu dah" jawab Eunji malas.

"Dia cakap apa?" tanya Bomi pula.

"Dia cakap good" Wendy dan Bomi ketawa perlahan kerana mereka takut Jihyo dengar.

"Yang tu je?" tanya Wendy yang dari tadi tak boleh berhenti ketawa.

"Dah lah. Malas nak layan korang. Unnie naik dulu. Nak rehat"

Eunji terus naik dengan perasaan sedih. Wendy dan Bomi hanya ketawa. Hmm. Kalau Chanyeol ada, dah lama dia peluk dan menangis.

...

Selepas mendapat panggilan dari S.Coups, Joshua bergerak ke tempat yang mereka selalu lepak dan minum. Sampai di sana, kelihatan S.Coups sudah duduk sambil minum di salah satu meja. Sedang dia berjalan ke sana, dia melihat seseorang yang amat dia kenal sedang berciuman dengan seorang lelaki.

Tak guna punya perempuan! Ini yang kau buat di belakang aku ya. Kalau dah tak sayang tu, cakaplah terus. Sakit hati aku tengok.

Joshua menelefon S.Coups dan memberitahu dia tak jadi datang. Sekeping gambar diambil untuk dijadikan bahan bukti nanti. Joshua terus ke tempat lain.

"Hai you. Ada apa panggil I datang sini? You ada masalah ke? Nasib I tak ada flight hari ni" terubat sikit hati Joshua apabila mendengar suara lembut Mina.

Kenapa bukan you yang jadi isteri I Mina. I menyesal kahwin dengan perempuan yang ada masa silam dengan lelaki lain.

"Wife I buat hal" kata Joshua sedih.

"Dia buat apa?" tanya Mina.

"I nampak dia cium dengan ex boyfriend dia"

"Hmm..mungkin you silap orang kut"

Tengok Mina. Kalau I bagitahu orang lain, mesti dorang kata isteri I teruk. Tapi you....argh! Mina. You jangan buat I jatuh cinta dengan you.

"Tak. I kenal isteri I. Memang dia dengan lelaki tu tengah cium"

"Hmm...kalau you dah cakap macam tu, I tak boleh nak buat apa. I cuma boleh dengar luahan you je"

"I tahu. Itulah gunanya kawan. Emm...you dah ada boyfriend"

"No. I tak ada boyfriend. Lelaki mana nak pandang perempuan macam I ni kan"

See. Sekarang, you rendah diri pula. Jangan lah buat I jatuh cinta lebih dalam dengan you Mina.

"Tipulah. Lelaki tak pandang you ke, you yang tak pandang lelaki. You tunggu someone la tu"

Merah pipi Mina mendengar usikan Joshua.

"You ni Joshua. Janganlah usik I macam tu. Betul. I tak ada boyfriend"

"Kalau macam tu, senanglah nanti I nak buat you jadi isteri I"

"Eh! Ke situ pula you ni. Nak bergurau pun agak agak lah" Mina ketawa.

"I serius"

Hi guys. I'm back. Hmm..saya nak korang tahu, saya selalu update ni bukan sebab saya marah korang sebab selalu tanya bila nak update. Tapi saya nak habiskan cite ni. Jangan salah faham pulak. Hope suka^^

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro