Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 14

"Babe!"

Lega hati Jungkook mendengar dia dipanggil.

"Oh my Yeri ku yang comel. Akhirnya, sayang datang juga"

Asal dengan lelaki ni. Kena sampuk ke ape. Pelik je aku tengok. Nanti tak pasal pasal jadi orang pertama makan penampar aku ni.

"Kenapa dengan awak ni? Ulat bulu mana melekat dekat badan awak ni" marah Yeri.

"Eh! Tak de lah. Jom masuk. Sayang mesti lapar kan"

"Ada makanan sedap tak?"

Buka cerita pasal makanan, terus mata Yeri bersinar seperti berlian. Dia dan makanan memang tak boleh dipisahkan. Agaknya, dah melekat kut.

"Macam macam ada. Saya teman sayang makan nanti" mereka masuk ke dalam dewan.

Mata Jungkook mencari kelibat Sejun di dalam dewan yang dipenuhi dengan tetamu ni.

Mana dia ni? Tak kan dah masuk kubur kut. Time aku carilah dia hilang. Aku dah lah over excited nak tunjuk Yeri pada dia. Dia boleh hilang dari radar pula.

"Hello bro! Mana girlfriend kau? Entah entah dah lari" sindir Sejun. Jungkook tersenyum sinis.

"Of course not. Kau nak tengok? Tunggu jap aku panggil"

Tidak lama kemudian, Jungkook datang bersama Yeri. Sejun hanya buat muka selamba. Dia tiada minat sikit pun.

"Siapa ni biy?" tanya Yeri.

"Dialah adik beradik tiri biy yang biy selalu cakapkan tu"

"Tak sangka aku famous"

"Blah la wei" Yeri memandang Jungkook.

"Hmm sayang. Nama dia Sejun"

"Saya Yeri. Kim Yeri"

"Ha! Kau cakap girlfriend aku lari. Entah entah girlfriend kau yang lari" giliran Jungkook untuk menyindir Sejun.

"Honey sorry. I'm late" kata seorang perempuan.

"No it's okay sweetheart. You're not late but you're on time" Sejun memeluk pinggang perempuan itu.

"So brother. This is my beautiful girlfriend. Minatozaki Sana" kata Sejun dengan bangga.

"Hi. Awak mesti Jungkook yang Sejun bagitahu saya semalam. Saya Sana. And who is a beautiful girl beside you?"

"Saya Yeri. Cantiknya unnie. Pandai Sejun oppa pilih"

"Apa?! Biy tak salah dengar ke? Sayang panggil Sejun oppa?"

"Yelah. Kenapa?"

"Gelilah dengar sayang panggil macam tu"

"Eh! Suka hatilah. Emm...unnie sekolah mana?"

"Unique High School"

"Wow! Daebak. Jadi unnie anak orang kaya lah" Sana hanya senyum.

"Macam mana unnie boleh jumpa dengan Sejun oppa?"

"Eh! Tak payah tanya banyak sangat boleh. Nanti ada orang tu perasan jadi artis. Sekarang ni jom kita pergi makan" Jungkook menarik tangan Yeri.

Huhhh! Nasib Jungkook cakap macam tu. Kalau tak aku nak copy drama cinta mana tadi. Tak guna kau Jungkook! Disebabkan kau cabar aku, aku terpaksa cari perempuan.

"Terima kasih sebab sudi datang. Saya ingat awak tak datang" kata Sejun.

"Mana boleh macam tu. Awak dah tolong saya hari tu. Jadi, saya kena lah tolong awak pula hari ni. Lagipun tak susah pun"

"Thanks again. Jom saya teman awak makan"

"Jom. Perut saya dah bunyi dah✌" mereka ketawa.

Dari jauh Mijoo sedang melihat Joshua sedang bercakap dengan seorang perempuan. Nampak seperti serius. Tapi ada juga sesekali mereka ketawa. Tapi Mijoo tidak merasakan apa apa. Mana perasaan sayang dia pada Joshua selama ni? Adakah dah hilang selepas dia berjumpa dengan Seungwoo tadi? Hmm.

"You kerja apa sekarang ni Mina?" tanya Joshua.

Perempuan yang Mijoo perhatikan tadi ialah Mina yang juga merupakan crush lama Joshua.

"I kerja stewardess sekarang ni. I dijemput datang sini pun sebab Puan Jihyo jemput"

"Ouh! Kalau boleh I nak number fon you. Nanti apa apa senang"

"Sure. Emm..I dengar you dah kahwin. Mana isteri you?"

"You tengok tiga perempuan di meja hujung sana tu" Mina mengikut arah yang ditunjukkan Joshua.

"Isteri I yang pakai baju warna putih tu"

"Cantik. Dia tak marah ke you cakap dengan I sekarang ni"

"Entahlah. Sejak akhir akhir ni perangai dia lain. Tadi dia ada jumpa dengan seorang lelaki tu. Seronok dorang berbual saya tengok. Macam ada apa apa je antara dorang"

"Kenapa pula?"

"Entahlah. Nanti ada masa kita jumpa. I bagitahu you"

"Sure. Kalau ada apa apa just call me. I akan sedia mendengar masalah you"

"Thanks Mina. You lah kawan baik I"

...

Sampai di rumah, semua tertidur kerana kepenatan. Bukan penat melayan tetamu tetapi penat makan. Terutamanya Namjoo, Bomi dan Wendy yang sememangnya food maniac. Mereka paling banyak makan tadi.

"Wow! Besarnya rumah ni. No wonder lah ramai yang tinggal dalam rumah ni. Mesti meriah kan?"

Tiffany melihat istana di hadapannya sekarang ini. Dia tak pernah terfikir yang rumah Xiumin sebesar ini. Banyak tentang keluarga Xiumin dia belum tahu. Maklumlah, mereka jumpa pun di Italy. Itupun disebabkan Xiumin ada kerja di sana. Dan kebetulan pula Tiffany juga bekerja di sana. Tu yang boleh jumpa tu.

"Meriah sangat. Sebab tu saya suka tinggal dengan dorang. Anyway, kalau awak ada terasa hati dengan kata kata eomma atau siapa siapa dalam rumah ni bagitahu saya"

"Okay. Saya akan cuba untuk buat dorang sukakan saya"

"Baiklah. Mrs Kang. Jom kita masuk dalam" Xiumin menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Tiffany.

Mereka masuk ke dalam dan terus ke bilik Xiumin.

"Peter. Tolong berus gigi Tinker jap" kata Namjoo malas.

Inilah padahnya kalau makan terlalu banyak. Sampai nak berus gigi pun malas. Suami juga kena. Tapi kalau dah sayang isteri nak buat macam mana. Memang kena ikut lah jawabnya.

"Jom Peter tolong beruskan"

DO membawa Namjoo ke bilik mandi. Namjoo membuka mulutnya lalu DO memberus gigi Namjoo.

"Itulah. Kalau boleh makan dah tak ingat dunia dah. Apa yang ada semua masukkan ke dalam perut"

Namjoo memutar bola matanya.
Hendak dibalas gigi pula tengah diberuskan. Memang confirm tak boleh cakaplah.

Selesai memberus gigi, DO mencuci muka Namjoo pula. Sebelum dia disuruh, lebih baik dia buat. Selepas siap mencuci, DO mengelap muka Namjoo dengan menggunakan tuala.

"Ha. Dah cantik pun isteri Peter ni. Sekarang ni, jom tidur"

"Kalau Peter tak cakap pun, Tinker memang nak tidur. Wah! Tak sabarnya nak baring atas tilam yang empuk. Dan semestinya tak sabar juga nak peluk Peter. Mesti best kan!"

"Hmm..best sangat. Yang susahnya kita. Kalau boleh tidur, macam macam position Tinker buat. Siap boleh tangkap gambar lagi" sindir DO.

"Tak pe lah kalau tak nak. Tinker peluk bantal lah" kata Namjoo dengan muka sedih.

Namjoo berbaring lalu mengambil patung Tinkerbell yang dihadiahkan oleh DO semasa mereka di Pulau Jeju.

"Peter gurau jelah. Meh sini" Namjoo hanya diam. Dia tidur membelakangkan DO.

"Tinker baby" Namjoo diam lagi.

Tanpa membuang masa, DO menarik Namjoo lalu memeluk isterinya itu. Dia tak pernah biar Namjoo tidur tanpa pelukannya.

"Tinker merajuk ke?" tanya DO.

"Tak lah. Tinker cuma sedih. Tinker ingat, Tinker akan tidur tanpa pelukan Peter"

"Benda tu tak kan pernah terjadi. Tinker jangan risau k" DO mencium dahi Namjoo.

...

Sejun menghantar Sana ke rumahnya. Mereka hanya berjalan kaki kerana rumah Sana tidak jauh dari rumah Sejun.

"Tak sangka rumah kita tak jauh"

"Itulah. Tak sangka appa saya beli rumah di kawasan ni"

"Hmm..lepas ni bolehlah kita spend time sama sama"

"Betul juga kan. Ha! Saya baru ingat. Saya nak tanya awak something. Boleh?"

"Boleh. Itupun kalau saya ada jawapan" Sana tergelak.

"Kalau tak silap saya, kawan baik saya ada dating dengan abang awak. Saya tak pasti sama ada abang kandung awak ataupun abang tiri awak. Nama dia Hayoung"

"Ouh! Hayoung. Saya ingat siapa tadi. Yup! Betul tu. Dia dating dengan Sehun hyung. Tapi Hayoung dah kerja kan. Macam mana Hayoung boleh berkawan baik dengan awak pula?"

"Hyung awak tak cerita ke?" Sejun geleng kepala.

"Sebenarnya, Hayoung tu terlebih pandai. Jadi proses pembelajaran dia pun cepat. Dia dihantar ke Italy untuk sambung belajar. Lepas habis belajar je, dia minta kerja di syarikat hyung awak. Sebab tu dia kerja awal sedangkan dia sebaya dengan kita"

"Hmm..saya dah faham sekarang"

Tiba tiba...

"Sejun!!"

Apa yang terjadi pada Sejun😱 HEHE✌ kalau nak tahu, tunggu chapter yang seterusnya😉


#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro