Chapter 13
Hari ni merupakan hari terakhir mereka di Pulau Jeju. Hmm. Macam biasalah perempuan. Kalau tak shopping tak sah. Yang susahnya lelaki lelaki mereka lah. Sekali shopping, habis satu mall mahu dibeli mereka semua. Terpaksalah si suami ni membawa pelbagai corak beg kertas yang diberi oleh isteri mereka. Dah macam model beg dah berjalan di airport.
Apalah nasib dapat isteri yang suka shopping. Suho, Lay dan juga Wonwoo hanya membawa diri mereka. Mereka bernasib baik kerana isteri isteri mereka tidak suka shopping.
"Saya ingat awak nak suruh saya beli mall tu" sindir Kris.
"Eh! Kalau tak sudi pegang tu cakaplah. Tak payah nak sindir bagai. Nak minta tolong sikit pun susah" marah Jessica. Beg kertas yang dipegang Kris terus Jessica ambil.
Hmm. Susahlah dapat isteri yang kuat merajuk ni. Tak boleh nak gurau sikit, dah nak merajuk. Tapi apa pun Kris tetap sayang Jessica. Jessica lah perempuan pertama yang membuat hatinya tak keruan. Mana boleh lepas macam tu je. Lagipun, comel ape merajuk macam tu.
"Ala..sayang. Janganlah merajuk. Malam ni biy nak peluk siapa. Biy tak ada dah orang lain selain sayang. Biy suka peluk sayang sorang je"
"Eleh! ramai lagi perempuan di luar sana. Pergilah cari"
"Tak boleh. Dorang tak sama dengan sayang"
"Yelah tu. Ambil ni. Berat lah" Jessica memberi semula semua beg kertas tadi. Kris tersenyum. Tak susah pun nak pujuk Jessica.
"Kang Seulgi?" seorang lelaki menegur Seulgi.
Aduh! Kenapa boleh terserempak dengan namchin lama pula. Ni yang tak suka ni. Baru je nak lupakan dia tapi dia muncul lagi. Saya masih sayangkan awak Jimin. Ingat Seulgi, kau dah ada suami!
"Park Jimin. Awak buat apa sini?" tanya Seulgi. Wonwoo pula hanya diam dan lebih memilih untuk bermain dengan Hera dan Naeun.
"Saya datang bercuti. Awak?"
"Saya pun datang bercuti juga. Dengan family. Awak datang dengan siapa?"
"Saya datang sorang. Itulah. Kalau ada isteri kan bagus" Seulgi memberikan senyuman palsu.
Seulgi ingat, Jimin dah ada isteri. Tapi dia silap. Jimin belum berkahwin. Kenapa dia tak kahwin lagi? Dia tunggu siapa?
"Hmm. Saya pergi dulu" Seulgi menunduk hormat dan berlalu pergi.
Awak semakin cantik Seulgi. Kenapa awak putuskan hubungan kita dulu Seulgi. Apa salah saya? Dan sekarang ni awak dah kahwin. Saya harap awak ialah jodoh saya tapi rupanya saya silap. Awak dah pun jadi milik orang lain. Saya cuma harap awak akan happy dengan suami awak Seulgi dan tak kan lupakan saya.
"Dah habis cakap dengan lelaki tadi?"
"Kenapa awak tanya?"
"Saya saja tanya"
"Awak jangan risau. Walau apapun terjadi saya tetap akan jadi isteri awak" Wonwoo hanya mengangguk.
No! Salah! Bukan tu yang Seulgi nak cakap. Dia nak berterus terang yang dia memang tak boleh cintakan Wonwoo. Walaupun dah dua tahun berkahwin, dia tetap tak boleh cintakan Wonwoo kerana hati dia ada pada Jimin.
Seulgi memandang Jimin yang sedang duduk sambil menunggu penerbangan pulang ke Seoul. Jimin tidak perasan Seulgi sedang memandangkan kerana dia sibuk bermain dengan telefon pintarnya.
Rasa macam nak lari peluk Jimin je sekarang ni. Tapi dia still waras. Dia tak kan buat macam tu di depan keluarganya.
...
Akhirnya, majlis yang dinanti nantikan berlangsung juga. Perkahwinan Xiumin dan isterinya diadakan di sebuah dewan besar. Ramai tetamu VIP yang hadir. Ahli keluarga Xiumin yang lain hanya datang membawa diri masing masing.
"Mana isteri Xiu oppa. I nak usya sikit. Cantik macam ratu dunia tak?" kata Wendy. Tidak lupa juga sahabat gosipnya, Bomi yang selalu ada dimana dia berada.
"Wah! Cantiknya isteri Xiu oppa. Congrats oppa. Pandai oppa cari" kata Bomi.
"Thank you. I'm Tiffany. Just call me Fany unnie" Tiffany memeluk kedua saudara iparnya.
Seorang perempuan tergesa gesa masuk ke dewan besar itu. Dia sudah terlambat. Dia juga memakai kasut tinggi. Itu membuatkan dia tidak boleh berlari.
Kenapalah perlu pakai kasut tinggi. Menyusahkan betul. Nanti tak pasal pasal jadi cinderella yang sememangnya putera tak akan datang selamat malam ni.
Tiba tiba..
"Aduh!" akhirnya, buah nangka yang ditunggu tunggu jatuh juga.
"Miss. Saya minta maaf sangat. Saya nak cepat tadi" kata seorang lelaki yang juga berpakaian hitam itu.
"Sehun"
"Hayoung"
Yup! Perempuan yang berlari bagai nak rak tu ialah Hayoung. Dia juga dijemput hadir ke majlis perkahwinan Xiumin dan Tiffany.
Sehun membantu Hayoung bangun.
Bagaikan mimpi, Sehun dapat berjumpa dengan Hayoung setelah berbulan bulan Hayoung menghilangkan diri. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya dia.
"Awak pergi mana se....."
"Saya dah lambat. Saya masuk dulu"
Belum sempat Sehun menghabiskan ayatnya, Hayoung sudah masuk ke dalam dewan.
"Aunty! Congratulation!" Hayoung memeluk Tiffany.
"Finally you're here. Where have you been dear? I'm really worried about you"
"Aww..I'm so sorry. I have a little bit problem earlier. But I'm still here right?"
"Yes you are"
"So uncle aunty, let's take a pic together"
"Sure"
Hayoung mengambil minuman dan duduk di salah satu tempat. Dia hanya berseorangan kerana dia masih kekok untuk bersama dengan keluarga besar Sehun.
"Berani kau datang sini kan?" seorang perempuan menegur Hayoung.
Siapa lagi kalau bukan Taeyeon. Dia memang tak boleh tengok muka Hayoung. Ada alergik kut.
"Saya datang sini sebab aunty je. Saya tak kan lama lama di sini. Unnie jangan risau"
"Baguslah kalau macam tu"
Walaupun dah banyak kali Taeyeon dah sakitkan hati Hayoung, Hayoung tetap hormat Taeyeon sebagai menantu Jihyo.
Tiba tiba, Hera datang pada Hayoung. Hayoung tersenyum melihat budak kecil itu. Lama tak jumpa. Rindu pula dia dengan Hera.
"Aunty. Ada orang panggil aunty. Dia tunggu di luar. Dia cakap, kalau aunty tak datang, dia akan cium aunty depan orang ramai" Hayoung tergelak.
Berani dia buat macam tu kat aku. Sekali aku tendang, keluar dewan ni. Ada hati nak cium aku. Siapalah agaknya kan.
"Okay. Aunty pergi jumpa sekarang" Hayoung mencium pipi Hera.
Hayoung keluar dari dewan dan mencari kelibat orang itu. Tapi sorang pun tak ada. Hera nak kenakan dia ke ape ni.
"Hai" satu suara menegur.
Naik bulu roma aku. Dah lah malam malam. Ada orang tegur pula. Korang rasa? Manusia ke makhluk halus?
Punyalah pasang niat nak lari, last last kena tangkap dengan makhluk halus tu.
"Hayoung. Ni saya. Sehun" Hayoung bernafas lega.
"Saya ingat siapalah tadi. Jadi, awaklah yang nak jumpa saya tu. Yang kononnya nak kiss saya depan orang ramai kalau tak datang jumpa awak" sindir Hayoung.
"Awak lainlah sekarang ni"
"Suka hati sayalah"
"Okay okay. To the point. Actually, saya nak tanya awak tinggal mana sekarang? Awak pergi mana?"
"Saya tak boleh bagitahu awak mana saya tinggal"
"Kenapa pula? Awak kena ingat tau, awak tu masih PA saya. Awak masih lagi bekerja dengan saya"
"Kenapa pula? Saya dah keluar kan daripada company awak"
"Memanglah. Awak cuma keluar. Awak tak pernah bagi surat berhenti kerja pada saya. Jadi selama ni saya anggap awak cuti"
"Apa?! Tak. Saya tak nak kerja dengan awak! Saya balik sini pun sekejap je dan malam ni juga saya balik" Hayoung melangkah pergi.
"Kenapa awak tinggalkan saya?" Hayoung berhenti.
"Sebab saya tak cintakan awak"
Hayoung menangis.
"Awak boleh tipu saya, boleh tipu semua orang tapi awak tak kan pernah boleh tipu hati awak Hayoung. Saya tahu awak cintakan saya. Jadi please jangan tinggalkan saya" Sehun memeluk pinggang Hayoung.
"Saya tak boleh. Kita berdua memang tidak ditakdirkan untuk bersama Sehun. Awak akan jumpa perempuan lebih baik dari saya. Percayalah"
"Tak. Awak sorang je yang boleh buat saya bahagia. Please jangan siksa saya macam ni. Saya tak boleh Hayoung" Sehun juga turut menangis.
Hayoung memusingkan badannya berhadapan dengan Sehun.
"Saya tahu awak boleh Sehun" Hayoung mengesat air mata Sehun lalu memeluk tubuh Sehun.
"Saya tak boleh. Saya tak kuat macam awak nampak sekarang" Sehun mengeratkan pelukannya.
"Saya yakin awak boleh. Kalau memang kita ditakdirkan untuk bersama, kita akan berjumpa kembali. Awak perlu ingat kata kata tu je"
Chu~
Bibir Sehun dicium. Hayoung pergi dari situ.
"Aunty Fany. Hayoung balik dulu. Flight Hayoung pukul 10"
"Okay. Take care dear" Tiffany memeluk Hayoung.
"Hun pun nak balik. Hun ada kerja lepas ni" Sehun menunduk hormat lalu pergi diikuti Hayoung.
Xiumin dan Tiffany memandang pelik.
"Ouch!" Mijoo terlanggar seseorang.
"Lee Mijoo" kata lelaki itu.
"Han Seungwoo" kata Mijoo pula.
Seungwoo merupakan lelaki yang pernah Mijoo cintakan dulu. Boleh dikatakan sampai sekarang cinta tu masih ada. Tapi hanya sedikit.
"Awak pun datang juga?"
"Saya datang sini sebab aunty saya jemput"
"Maksud awak aunty Fany?"
"Yup! Awak pula?"
"Abang ipar tiri saya kahwin" Mijoo tersenyum.
"Jadi awak dah kahwin lah" Mijoo mengangguk.
"Walaupun terlambat tapi saya nak juga ucapkan tahniah kepada awak. Mana suami awak? Boleh kenal kenal"
"Saya Joshua" entah dari mana datang.
"Ouh! Jadi awaklah suami Mijoo. Congrats. Saya Han Seungwoo"
"Nice to meet you Seungwoo"
"You too Joshua"
...
Jungkook sedang menunggu seseorang di luar dari tadi. Drama abang tirinya dan juga Hayoung ditonton dari mula sehingga habis. Tapi dia hanya buat tak tahu. Yang dia tahu dia tengah tunggu yeochin comelnya yang dari tadi tak sampai sampai.
Mana dia ni. Kalau tak datang mati aku. Memang jadi bahan tawa Sejun lah nanti. Sayang. Datang lah. Please.
"Babe!" seorang perempuan datang dan itu membuatkan Jungkook tersenyum lega.
Sebenarnya, saya kesian dengan readers yang selalu tanya bila cite ni update😭. Jadi, disebabkan saya kesian, saya updated juga😌. Tapi saya tak boleh janji nak update selalu😘. Harap sabar k 😉
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro