Chapter 12
Wendy, Namjoo, Arin, Chorong dan Eunji sedang makan di salah satu meja. Tiba tiba Mijoo datang ke meja mereka secara mengejut. Wendy yang tengah minum air pun tersedak.
"Kau ni kenapa Mijoo?" tanya Namjoo. Mijoo mengambil tempat di sebelah Chorong.
"Malam ni kita tidur dalam khemah kan?" tanya Mijoo.
"Yelah. Aku pun tak faham. Dah elok tempah villa, last² tidur dalam khemah juga. Kalau macam tu, biar tak payah tempah villa. Membazir duit je" Arin mula protes.
"Kenapa Mijoo tanya?" tanya Eunji.
"Tadi Mijoo ada nampak Hoshi dengan Seungkwan beli topeng hantu. Mijoo tahu mereka ada niat jahat dengan kita semua. Jadi Mijoo plan, kenakan mereka. Setuju tak?" semua mengangguk setuju kecuali Chorong. Dia tidak mahu masuk campur.
"Kami semua setuju tapi kita nak kenakan dorang macam mana?" tanya Wendy.
...
Semua berkumpul di depan unggun api untuk menghangatkan diri masing masing. Ada yang sedang makan makanan ringan dan ada juga yang bergaduh seperti budak budak. Sudah tentunya Sejun dan Jungkook. Hera pula mengambil kesempatan untuk bermanja manja dengan Naeun. Mijoo, Arin, Namjoo dan Wendy pula sedang berbincang untuk mengenakan Hoshi dan Seungkwan.
"Perhatian semua!" kata Baekhyun tiba tiba. Semua memandang Baekhyun.
"Memandangkan semua ada di sini, apa kata kita main Truth Or Dare?" Chanyeol memberi pendapat.
"Boleh juga. Setuju sangat" kata Jungkook.
"Kalau macam tu, kita mula sekarang" kata Suho.
Suho memusingkan botol minuman dan botol itu berhenti tepat ke arah Joshua. Semua berasa lega. Joshua memilih truth.
"Noona nak tanya" kata Naeun. Semua melihat Naeun dan menanti soalan yang akan ditanya oleh Naeun.
"Betul ke Joshua playboy. Noona harap Joshua jujur" Mijoo juga menunggu jawapan yang akan Joshua beri.
"Tak. Joshua bukan playboy" semua melihat Joshua. Susah mereka nak percaya lelaki macam Joshua yang mempunyai wajah yang digilai ramai perempuan.
"Suka hatilah korang nak percaya ke tak. Tapi secara jujurnya, Joshua bukan playboy. Joshua mengaku, Joshua suka layan dan bercakap dengan perempuan tapi Joshua tidak pernah anggap mereka semua lebih daripada kawan. Mungkin mereka yang anggap lebih. Lagipun, tak guna pun Joshua jadi playboy. Joshua dah ada isteri cantik. Jadi, buat apa Joshua nak melayan perempuan lain" Mijoo terdiam. Jadi selama ni dia yang salah faham dengan suaminya.
"Terbaiklah Joshua" kata S.Coups.
Botol dipusingkan dan kali ini botol berhenti tepat ke arah Mingyu. Tzuyu hanya melihat. Dia tidak berminat untuk bertanya walaupun banyak yang hendak ditanyakan.
"Truth Or Dare?" tanya Suho.
"Mingyu pilih truth" kata Mingyu.
"Noona nak tanya. Mingyu kahwin dengan Tzuyu kerana terpaksa atau Mingyu memang cintakan dia?" tanya Chorong. Mingyu menghembuskan nafasnya. Tzuyu membuat tidak tahu kerana dia sudah tahu jawapan yang akan Mingyu berikan. Selama ini mereka berkahwin bukan kerana cinta tapi kerana terpaksa.
"To be honest, Mingyu kahwin dengan Tzuyu sebab Mingyu memang cintakan Tzuyu. Mingyu tahu selama ni Tzuyu anggap Mingyu kahwin dengan dia kerana terpaksa. Jadi, malam ni, depan hyung dan noona semua, Mingyu nak bagitahu, Mingyu kahwin dengan Tzuyu sebab Mingyu memang cintakan dia. Mungkin Tzuyu tidak tahu yang Mingyu dah lama perhatikan dia. Setiap kali Mingyu pergi China, Mingyu akan pergi ke tempat Tzuyu bekerja iaitu di cafe. Dari situlah, Mingyu mula cinta dia. Dan di cafe tulah Mingyu lepaskan rindu terhadap Tzuyu" lega Chorong setelah mendengar penjelasan Mingyu. Yang lain hanya diam. Dalam diam Tzuyu mengeluarkan air matanya.
"Patutlah selama ni, kau selalu pergi China. Rupanya pergi usya anak dara orang. Teruklah kau ni?" kata Seungkwan.
"Seteruk teruk aku, aku kahwin juga. Yang kau tu bila lagi? Nak tunggu muka kau berkedut yang memang tak boleh iron tu" balas Mingyu. Semua ketawa.
"Amboi! Kau. Mulut tu dah berapa lama tak bayar cukai. Kau tu beruntung Tzuyu nakkan kau. Kalau Tzuyu tolak lamaran kau dulu, kau pun akan macam suka juga"
"Sudah sudah. Tak payah nak bergaduh pula" kata Jungkook.
"Eleh! Kau cakap macam kau tak pernah bergaduh" Jungkook tersengih.
"Hoshi. Jom temankan aku pergi toilet jap" Hoshi dah faham maksud Seungkwan.
Mereka pergi ke villa untuk mengambil batang yang dibeli semalam. Mereka akan mulakan rancangan mereka malam ni. Seungkwan dan Hoshi melangkah masuk ke dalam bilik Hoshi. Tapi barang yang mereka nak ambil tiada. Pelik.
"Mana topeng yang kita beli semalam?" tanya Hoshi.
"Aku bagi kau yang simpan. Kau letak mana?"
"Aku letak atas meja ni tapi tak ada pula"
Tiba tiba pintu tertutup dengan sendiri. Mereka mula merasa lain. Hanya mereka berdua di dalam villa itu.
Seorang perempuan yang berbaju putih sedang berdiri di hadapan bilik mandi. Mereka merasa seperti orang memegang bahu mereka. Mereka memusing kepala dan
"Arghh!!" mereka berlari ke tempat mereka berkumpul semua.
Wendy, Mijoo dan Arin tersenyum gembira. Akhirnya, mereka dapat kenakan Hoshi dan Seungkwan. Setelah siap menukar pakaian, mereka duduk semula dengan semua orang.
Lama juga mereka menghabiskan masa di depan unggun api. Setelah puas bermain, mereka masuk ke dalam khemah masing masing. Hanya Mingyu masih setia di hadapan unggun api. Dia tidak boleh tidur. Matanya masih segar lagi.
Hera sudah tidur di dalam pelukan Naeun. Baekhyun tidak sampai hati mahu menyusahkan Naeun. Sejak mereka datang ke sini, Hera tidak boleh berenggang langsung dengan Naeun. Baekhyun mengambil Hera dari Naeun dan membawa masuk ke dalam khemah dia bersama Taeyeon.
Naeun meregangkan badannya. Tangannya sedikit sakit kerana terpaksa memegang Hera selama 3 jam. Kau tersenyum melihat Naeun.
"Sayang" Naeun melihat siapa yang memanggil namanya.
"Boleh oppa tidur dengan sayang?" Naeun tidak menjawab. Dia masuk ke dalam khemah diikuti dengan Kai. Dia hanya membiarkan Kai masuk. Dia tahu Kai rindu dengannya dan tidak dinafikan juga bahawa dia juga merindukan Kai. Walaupun hatinya pernah digores oleh Kai tapi dia tetap isteri Kai yang sah.
"Terima kasih sebab izinkan. Dah lama oppa tunggu saat saat ni. Oppa rindu nak tidur sambil peluk sayang. Oppa tahu susah untuk sayang maafkan saya tapi oppa sanggup lakukan apa saja untuk raih kemaafan sayang"
"Betul awak sanggup lakukan apa saja?" Kai terkejut. Akhirnya, Naeun bercakap dengannya.
"Yes. Anything for you dear?"
"Kalau saya cakap, saya nak jadi PA awak di pejabat awak? Awak sanggup ingkar arahan eomma?"
"Kalau itu yang dapat buat sayang maafkan saya, saya sanggup" Naeun terkejut. Sebenarnya, dia main main saja sebab dia tahu Kai tak kan ingkar arahan eomma nya. Tapi sebaliknya, Kai sanggup melakukan apa saja untuknya.
"Nampaknya awak layak diberi peluang kedua. Saya harap awak tak sia siakan peluang saya bagi" Kai terus memeluk Naeun. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembira nya dia. Akhirnya, Naeun sudi memaafkannya.
Mingyu masih setia di hadapan unggun api. Dia memikirkan kesilapannya selama ini. Sepatutnya, dia memberitahu perkara yang sebenar kepada Tzuyu.
"Hi awak. Tak tidur lagi ke?" Tzuyu mengambil tempat di sebelah Mingyu.
"Tak. Belum mengantuk lagi. Awak kenapa tak tidur lagi?"
"Saya pun tak boleh tidur. Mungkin sebab tiada awak"
"Kalau macam tu, jom lah tidur. Tiba tiba pula mengantuk" Mingyu menghulurkan tangannya dan terus disambut Tzuyu.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro