Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 11

Jungkook sedang berbaring di atas kerusi panjang di depan kolam. Yang lain sedang bermain air di dalam kolam. Sejak akhir² ni, Hera lebih akrab dengan Naeun. Dia tidak mahu berenggang langsung dengan Naeun. Puas Taeyeon pujuk supaya tidur dengannya tapi Hera memilih untuk tidur dengan Naeun.

"Noona. Boleh tolong buatkan jus oren untuk Kookie. Tetiba pula rasa dahaga" Jungkook menunjukkan gigi putihnya kepada Yuri.

"Itulah, lain kali cari sorang girlfriend. Boleh minta tolong dia buatkan air. Ni tak, nak harapkan noona semua"
bebel Yuri.

"Apa noona ni. Ke situ pula. Lagipun kalau Kookie ada girlfriend, belum tentu boleh bawa dia datang sini. Hari ni kan family vacation. Mana boleh ada orang luar"

"Kenapa tak boleh pula? Dia kan bakal adik ipar noona. Jadi apa salahnya"

"Malaslah nak layan noona. Daripada noona habiskan air liur dengan Kookie, lebih baik noona buatkan jus oren untuk Kookie"

"Amboi! Suka hati je mengarah bini orang. Siapalah perempuan yang tak bertuah nanti akan dapat kau? Kesian perempuan tu"

"Hyung. Kookie tak cari pasal dengan hyung kan. So, hyung better diam"

"Hello. Perempuan yang kau arahkan ni, isteri aku kau tahu tak"

"Sudah² la tu husband. Sekali sekala dia minta tolong. Bukannya selalu. Alang² wife nak buat air, husband nak wife buatkan air apa untuk husband?"

"Its ok. Husband tak nak susahkan wife" kata Luhan.

"Eleh! Nak mengata orang lah tu" kata Jungkook sambil membaca majalah.

"Kalau Kookie terasa, ambillah" Luhan berlalu dari situ.

"Okay lah kalau macam tu, noona masuk dalam buat air" Jungkook mengangguk.

...

"Hi cutie girl. Buat apa tu?" tanya Kai.

Tadi, dia hanya berjalan jalan sambil mengambil angin di pantai. Tiba² dia ternampak Naeun dan Hera. Terus dia pergi ke mereka. Rindunya dia pada isterinya.

"Hera tengah buat istana pasir. Cantik kan aunty?"

"Cantik sangat. Aunty suka istana yang Hera buat. Pandai Hera" puji Naeun.

Kai tersenyum. Lama dia tidak dengar suara Naeun.

"Hera. Jom pergi main air" ajak Naeun. Dia tidak tahan berlama lama dengan Kai. Boleh menangis dia kalau macam ni terus.

"Hera. Uncle nak ikut juga boleh?" tanya Kai.

"Kenapa pula tak boleh. Pulau ni bukan Hera punya" dalam diam Naeun ketawa mendengar kata² Hera.

"Pandai Hera kenakan uncle. Meh sini uncle kenakan Hera pula"

Kai mengangkat Hera dan berlari ke arah pantai. Naeun mengikut dari belakang. Dia tersenyum sendiri.

Dari tadi Arin dan Mijoo menjadi penonton drama pendek Kai dan Naeun. Mereka juga turut tersenyum.

"Kau rasa, dorang dah berbaik belum?" tanya Mijoo.

"Tak tahulah. Tapi aku rasa tak lama lagi, Naeun akan balik ke rumah kita nanti"

"Aku pun harap macam tu"

Tiba², mereka merasakan pasir di atas kepala mereka. Siapa lagi kalau bukan Dino yang suka kenakan orang.

"Yah! Dino!! Kalau aku dapat kau, mati kau aku kerjakan" kata Mijoo. Mereka terus mengejar Dino.

...

Sejun baru keluar dari biliknya. Setengah hari dia tidur tanpa ada gangguan. Selesai membersihkan diri, dia melangkah ke dapur untuk meminum air. Dahaga pula rasanya.

"Eh noona. Buat apa tu?" tanya Sejun.

"Noona buatkan air untuk Kookie. Kenapa?"

"Amboi! Seronok betul dia arah arahkan orang" dia terfikir satu idea.

"Apa salahnya kalau noona tolong dia"

"Betul juga tu tapi kan noona, air tu nanti Jun tolong hantarkan untuk Kookie. Kebetulan Jun nak pergi mandi kolam dengan yang lain"

"Okay lah kalau macam. Noona letak atas meja ni. Nanti Jun tolong hantarkan. Noona nak pergi cari Luhan hyung kamu. Entah kemana dia pergi"

"Yelah. Kalau Jun terserempak dengan dia nanti, Jun bagitahu dia yang Noona tengah cari dia"

"Ok. Terima kasih Jun"

"Sama sama noona"

...

Jungkook menutup majalah yang dibacanya. Dia melihat sekeliling. Tak nampak pun noona. Entah² noona tak buat pun air. Macam² di fikiran Jungkook.

"Ni air yang kau minta. Noona suruh aku bagi pada kau"

"Sejak bila kau jadi baik ni? Tiba² je"

"Sejak kau rampas bilik aku!" Jungkook mengambil jus yang dipegang Sejun.

"Haha. Thanks bro" Sejun bersembunyi di sebalik dinding. Tak sabar dia nak tengok reaksi Jungkook terhadap jus oren itu. Jungkook meneguk air itu sampai habis.

Tidak lama kemudian, Sejun keluar dari tempat persembunyiannya. Dia pergi ke Jungkook semula.

"Habis kau minum. Sedap sangat ke air tu?"

"Mestilah sedap. Yuri noona yang buatkan"

"Memanglah Yuri noona yang buatkan tapi aku tolong juga. Tolong tambahkan perisa untuk kau sakit perut malam ni"

"Apaaa??!!! Kau gila ke?"

"Hahaha! Selamat tidur dalam tandas"

"Kau ni kan!-" Jungkook bangun dari tempatnya untuk memukul Sejun tapi tiba² perutnya sakit. Dia terus berlari ke tandas. Sejun pula terjun ke dalam kolam dengan senang hati. Puas hati dia dapat kenakan Jungkook.

...

Seungkwan dan Hoshi sedang melihat lihat cenderahati yang dijual di pulau itu. Bermacam macam cenderahati yang mereka beli. Tiba di satu kedai, Seungkwan dan Hoshi melihat sesama sendiri.

"Kau fikir apa yang aku fikir?" tanya Hoshi.

"Aku rasa aku tahu apa yang kau fikir. Nanti kita bagitahu yang lain. Kita plan dengan mereka malam ni" kedua mereka tersenyum jahat. Ada je benda nak kenakan kakak² ipar mereka.

...

Pada malam hari, mereka membakar daging dan mengadakan parti di pantai. Unggun api juga dinyalakan untuk mengelakkan kesejukan. Seulgi dan Yuri membakar daging manakala yang lain menyediakan beberapa makanan lain.

"Aunty. Hera nak daging" Naeun memasukkan sepotong daging ke dalam mulut Hera.

"Aunty. Uncle nak juga daging. Boleh tolong suapkan?" entah dari mana Kai muncul.

"Hera cakap dengan uncle, aunty tak suka suapkan orang lain selain Hera" Kai tertawa kecil mendengarnya.

"Hera. Cakap dengan aunty, uncle nak juga aunty suapkan"

"Hera. Tolong bagitahu uncle, aunty tak nak juga. Kalau dia nak, suruh perempuan simpanan dia tolong suapkan"

"Eh eh! Korang ni. Apa yang korang pening peningkan anak aku pula. Berdiri berhadapan macam ni, cakaplah terus. Kenapa mesti guna Hera. Kesian anak aku" Baekhyun membawa Hera ke Taeyeon. Naeun melangkah pergi ke Wendy dan Bomi yang sedang seronok berbual.

Jungkook mengambil tempat di hadapan Suho dan Chorong. Dia memegang perutnya. Dari petang tadi, dia ulang alik masuk ke tandas. Ini semua kerana Sejun.

"Kookie ni kenapa? Hyung tengok pucat semacam je" tanya Suho. Risau pula tengok keadaan adik tirinya itu.

"Tak ada apalah hyung. Kookie cuma sakit perut je ni"

"Kookie tersalah makan ke?" tanya Chorong pula.

"Ya. Kookie minum jus oren tadi"

"Kookie ni kan, lain kali kalau nak minum tengok dulu, ni tak, minum macam tu je. Tengok sekarang apa dah jadi"

"Noona janganlah membebel. Kookie tengah sakit perut. Noona jangan menambah pula"

"Eh kau ni. Chorong noona ni kakak ipar kau. Kau jangan kurang adab sangat dengan dia. Orang tegur bagi nasihat bukan nak dengar, dia boleh cakap kita bebel pula" Suho memukul perut Jungkook. Perut Jungkook bertambah sakit dibuatnya.

"Hyung!! Sakitlah!"

Updated! Hope suka. Wah! Kaieun dah nak berbaik. Siapa suka? Hmm. Enjoy k"

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro