Chapter 10
Sehun keluar dari rumahnya. Dia ingin pergi ke airport untuk bercuti di luar negara. Dia ingin melupakan semua kejadian di Korea yang membuatkan dia sakit hati. Tangannya sudah dibalut kemas.
Dia melangkah masuk ke dalam kereta dan ingin menghidupkan enjin kereta tapi kunci yang dia pegang terlepas dari tangannya. Tangan kanannya sudah tidak kuat untuk memegang sesuatu benda kerana dia memukul dinding terlalu kuat. Dia memukul pintu kereta. Sekali lagi dia menambahkan kesakitan di tangan kanannya. Telefon dikeluarkan dari kocek bajunya.
"Hyung. Boleh tolong Hun tak?"
"..."
"Ok. Hun tunggu di lobi"
Tidak lama kemudian, kereta Audi hitam berhenti di hadapannya. Seorang lelaki keluar dari kereta itu.
"Thanks hyung sebab datang"
"Benda kecil je ni. Dah jom hyung hantarkan"
"Dorang tahu tak hyung datang sini?"
"Tak. Hyung tak bagitahu dorang pun. Hyung cuma bagitahu isteri hyung Yuri. Hun jangan risau. Noona boleh rahsia"
"Sekali lagi terima kasih hyung"
"Tangan tu kenapa pula? Berbalut balut bagai"
"Sikit je ni"
"Kalau sikit, tak kan nak bawa kereta pun tak boleh" Sehun terdiam. Beberapa minit kemudian, mereka sampai di airport. Sehun memeluk Luhan sebelum dia berlalu ke pintu kapal terbang.
Sehun merehatkan dirinya apabila duduk di kerusi VIP dalam kapal terbang itu. Pramugara yang bertugas ada bertanya kepadanya jika dia mahu makan, tetapi dia menolaknya. Dia terfikir sesuatu.
Flashback on
Selepas makan tengahari, dia terus pergi ke rumah Hayoung untuk berjumpa dengan perempuan itu.
Sampai di rumah Hayoung, dia menekan bell rumah itu. Tidak lama kemudian, seorang perempuan yang agak tua membuka pintu.
"Anyeonghaseyo. Saya bos Hayoung. Hayoung ada di rumah tak? Saya ada hal sikit nak cakap dengan dia"
"Maaflah. Dia dah pergi 1 jam yang lepas"
"Aunty tahu tak dia pergi mana?"
"Yang tu saya tak boleh bagitahu. Tapi dia ada tinggalkan surat. Ni suratnya" perempuan yang dikenali sebagai ibu Hayoung itu menghulurkan surat yang diamanahkan anaknya sebelum anaknya pergi. Sehun mengambil surat itu.
"Terima kasih aunty. Saya pergi dulu. Kalau Hayoung ada telefon aunty, cakap dengan dia bos dia rindukan dia" Puan Oh tersenyum. Dia terfikir, kenapa anak perempuannya lepaskan lelaki macam Sehun.
Sehun berlalu pergi. Dia masuk ke dalam keretanya menuju ke taman berdekatan dengan apartment nya. Dia tidak turun dari kereta. Surat yang dibagi Puan Oh tadi dibuka.
"Hello my baby Hunnie. Ouh salah. My handsome Sehun. Husband sihat? Wife di sini sihat. Wife nak husband tahu, dimana pun wife berada wife tak kan lupakan husband. Husband lah orang pertama yang buat wife tak boleh fokus semasa kerja. Tapi, untunglah kerja wife semua betul. Kalau tak, wife mesti kena marah dengan bos wife. Husband tahu tak, bos wife tu kan handsome sangat. Walaupun dia tak pernah senyum pada orang tapi wife suka sangat tengok dia semasa dia fokus buat kerja. Handsome sangat. Arghhh! Rindunya dengan bos wife. Oups! Wife salah cakap pula. Husband mesti cemburu dengan bos wife kan. Hehe. Sorry😉"
Sehun ketawa kecil. Perangai Hayoung masih tak berubah. Dia sambung lagi membacanya.
"Husband. Wife minta maaf sebab pergi tanpa memberitahu husband. Wife minta maaf juga sebab tak masuk kerja selama seminggu. Kesian husband. Mesti kerja husband bertambah. Kalau wife ada, kita boleh bahagi dua kerja tu. Husband. Wife harap sangat husband tak salahkan siapa² atas kepergian wife. Especially eomma. Jangan salahkan dia. Eomma tak salah. Taeyeon unnie pun"
Sehun menahan marahnya. Dia dah lama tahu yang Taeyeon adalah penyebab semua masalah.
"Husband jangan pernah salahkan mereka. Mungkin ini bukan takdir kita berdua untuk bersama. Wife harap husband jaga diri baik². Wife akan selalu cintakan husband. Kalau boleh wife nak kiss husband sekarang tapi wife tahu wife tak kan pernah dapat kiss husband. Good bye my babe Hunnie. Love you"
Perkataan akhir sangat menyakitkan hati Sehun. Kenapa orang selalu halang kebahagiaannya. Amarahnya semakin memuncak. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus ke rumah eomma nya.
Flashback off
Surat itu masih dipegangnya dan diletakkan di dadanya. Tidak lama kemudian, dia tertidur bersama air matanya.
🌸🌸🌸
Pukul 8 pagi, mereka bertolak ke Pulau Jeju dengan menaiki kapal terbang yang dibeli khas oleh Gary dan Jihyo. Mereka duduk bersama pasangan masing masing kecuali Seulgi, Tzuyu dan Bomi. Manakala Naeun lebih memilih untuk duduk bersama Hera. Dia gembira bersama budak comel itu. Hera selalu bergurau senda dengannya.
"Sayang. Awak ok tak?" tanya DO kepada isterinya Namjoo. Risau pula tengok keadaan Namjoo yang mengalami demam panas. Namjoo memakai baju sejuk yang tebal untuk mengelakkan kesejukan.
"Itulah. Kan saya dah cakap, jangan pergi. Awak degil. Nak pergi juga. Tengok sekarang siapa susah" DO mula membebel.
"Kenapa awak suka membebel. Awak ingat saya suka dengar awak membebel. Daripada awak membebel, lebih baik awak peluk saya. Kurang sikit saya punya sejuk" Namjoo memandang ke arah lain.
"So, my babe nak saya pelukkan. Alolo. Meh sini. Kesian baby comel ni demam" DO mendekatkan tubuhnya dengan Namjoo. Kepala Namjoo dibiarkan bersandar di bahunya. Dia memeluk Namjoo dengan erat.
"Sorry sayang" dia berbisik di telinga Namjoo.
"Its ok. Saya tahu awak just risaukan saya"
...
Black Snow Villa
Villa itu ditempah oleh Xiumin 2 hari yang lalu untuk keluarga mereka sahaja. Semua mengambil kunci yang dipegang oleh Suho.
"Aku nak bilik no 10 tu juga" kata Jungkook.
"Kau pehal. Suho hyung yang bagi aku bilik tu. Yang kau sibuk kenapa" Sejun juga tak mahu kalah.
"Aku bukan sibuk tapi aku nak juga bilik tu" Jungkook merampas kunci dari tangan Sejun.
"Eh eh! Kau nak pergi mana? Tu bilik aku lah!" Sejun menarik lengan Jungkook. Pas tu, mulalah kejadian tarik menarik antara mereka.
"Korang ni asyik gaduh je" Mingyu menggeleng kepalanya dan berlalu pergi.
"Macam budak²" kata Wendy pula.
"Urghh! Gaduh not my style" Kris berlalu ke biliknya.
"Korang berdua ni kenapa pula? Selalu bergaduh!" marah Suho. Perangai adik kandungnya dan adik tirinya itu tidak pernah berubah. Bergaduh tak kira tempat. Apalah nasibnya. Hmm.
"Hyung. Dia ambil kunci Sejun" adu Sejun.
"Hyung. Kookie yang dapat dulu"
Jungkook turut mengadu.
"Kau dah kenapa! Aku yang dapat dulu bilik ni. Boleh pula kau mengaku kau dapat dulu"
"Ma-"
"Cukup!" Suho menaikkan suaranya.
"Sekarang kunci tu ada di tangan siapa?"
"Kookie" Jungkook menunjukkan kunci yang dipegangnya.
"Jadi, bilik tu bilik Kookie" Suho melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.
"Kau memang sengaja nak kenakan aku kan. Benci betul aku tengok muka kau. Tapi tak pe. Kau tunggu nasib kau nanti"
"Kau ingat aku takut. Blah la!" Sejun memilih bilik lain iaitu di sebelah bilik Suho berhadapan dengan bilik Jungkook.
Apa yang Sejun akan buat pada Jungkook? Just tunggu. Ni baru sikit. Next chap akan lebih menarik. I guess la. Tak tahulah bagi korang menarik ke tak.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro