Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 18

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
SEMINGGU KEMUDIAN

╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

NAMJOON POV

Aku datang ke klinik pakar. Aku masuk ke dalam bilik doktor Oh. Dia mempelawa aku duduk di kerusi hadapannya.

“Encik Namjoon, mari kita cek balik keputusan analisis.” Doktor Oh mengeluarkan satu fail berlabelkan nama aku.

Dia membelek-belek kertas di hadapan sambil mulutnya berkumat-kamit membaca segala maklumat.

“Wah, Encik Namjoon,” dia tersenyum lebar.

“Kenapa, doktor?”

“Analisis keputusan terapi kamu semakin bagus.” Dia menunjukkan perbezaan dari analisis pertama dan analisis minggu lalu.

“Wah, biar betul!” Senyuman aku berseri-seri melihat analisis tersebut.

“Ya, hebatlah anda! Selalu pesakit saya semuanya minimum terapi mereka ambil adalah 1 tahun.” Doktor Oh menepuk bahuku.

Aku dah ambil terapi kawal marah ini  sejak Jiwon tinggalkan aku. Aku ambil pun sebab aku terkesan sangat dengan ayat yang Jiwon lontarkan semasa dia marah aku malam itu.

“Tapi... Kalau saya tanya sesuatu, boleh ke Encik Namjoon?” Wajah Doktor Oh menjadi series semula.

“Boleh, doktor,” aku mengangguk. Fokusku kembali kepada Doktor Oh.

Doktor Oh tersenyum gatal, “Dah ada calon isteri ke?”

Dia mencucuk-cucuk lenganku. Ala, malulah soal-soal macam ini. Aku mengangguk perlahan, “Ada.”

“Lah, patutlah! Itulah yang buat anda semakin baik!” Doktor Oh menepuk tangannya lalu tersenyum lebar. Aku pula tersipu malu.

Baguslah kalau Jiwon boleh tolong aku berubah, aku harap aku boleh kawal amarah aku dengan lebih baik bila dah bersama-sama Jiwon.

Telefon aku berdering, “Hah, yeochin anda kan? Cepat jawab!” Dia menyuruhku.

Aku melihat skrin telefon. Nama Jiwon terpapar di skrin sudah buat jantungku berdegup laju dari kereta lumba F1.

“Hello?” Aku menoleh ke arah kananku sedikit sambil menutup mulutku daripada Doktor Oh.

“Hello, sayang kat mana? Jungkook dia— bertahan Jungkook. Namjoon on the way, sabar ya.” Suaranya amat merisaukan aku.

“Kenapa?” sempat lagi aku bertanya kerana bingung apa yang terjadi.

“Datang kedai! Cepat! Kecemasan!” Jiwon berkata sebelum ayatnya terpotong-potong selepas itu.

“Hello, hello!” Aku berkata tapi tiada balasan hanya suara samar-samar daripada Jiwon, Jungkook dan Jimin.

“Kenapa?” tanya Doktor Oh selepas sahaja saya mematikan panggilan.

“Saya kena balik ke kedai saya. Maaf, Doktor Oh.” Aku mengumpul barangku sekeliling lalu mengemasnya.

“Takpa, takpa. Kita jumpa lagi lain kali Encik Namjoon.” Doktor Oh membuka pintu untuk aku lalu aku tunduk hormat kepadanya.

“Kenapa Jungkook? Kenapa mereka tak telefon ambulans? Kenapa aku?” monolog hati aku sendirian selepas aku masuk ke kereta dan bersedia untuk memecut ke bakeri.

Sesampai aku di bakeri, Jungkook terbaring di hadapan pintu masuk. Jiwon berada di hadapannya.

“Namjoon, tolong bawakan Jungkook ke hospital.” Jiwon menyuruh aku sambil dia membuat pertolongan cemas. Jimin pula membantu Jungkook supaya ada tempat bersandar.

“Tak telefon ambulans saja?” Aku sempat bertanya, maklumlah aku tak pernah nampak kemalangan macam ini berlaku di kedai aku.

“Ish, kau jangan banyak tanya.” Jimin memandangku tajam. Aku buka pintu seluasnya untuk menolong Jungkook.

Alamak, darah. Darah sebanyak itu darah Jungkook?

“Ahh, sakit noona! Sakit!” Dia cuba menampar tangan Jiwon yang cuba menolongnya memberikan pertolongan cemas. Aku menolong Jimin dan Jiwon memapah Jungkook ke dalam kereta.

“Aku tinggal sini saja,” ujar Jiwon lalu berpatah balik masuk ke dalam bakeri. Aku memberhentikannya.

“Sayang...” aku berbisik kepadanya.

“Takpa, bawa saja si Jungkook pergi hospital cepat. Sayang okay di sini.” Jiwon meletakkan tangannya ke atas dadaku.

Aku mengangguk perlahan, “Jaga diri sayang.” Ciuman yang aku mampu beri hanyalah dari pandangan mata. Maklumlah, kami belum bagitau apa Jungkook dan Jimin tentang kami berdua.

“Encik Jeon, ini bukan setakat luka.” Ayat Doktor Jung membuatkan kami tercengang.

“Jangan bagi cemas, doktor.” Jimin tersenyum pahit. Betul juga, darah begitu banyak takkanlah hanya luka.

“Ada tisu anda koyak. Tulang tumit anda pula retak sikit. Ambil masa nak pulih. Kalau saya boleh tanya, kenapa jadi macam ini Encik Jeon?” tanya Doktor Jung. Jungkook hanya tersengih.

“Saya jatuh.” Ujar Jungkook ringkas.

“Sa-sa-saya rasa saya ada terpijak kaca tapi saya tak pasti.” Sambung Jungkook. Aku terkejut.

“Hmmm..” Doktor Jung melihat keadaan kaki Jungkook.

“Saya sudah cek dua kali, tapi tiada kesan kaca pecah di dalam luka anda.” Jawab Doktor Jung sekilas. Dia terus memulakan proses mengubat kaki Jungkook. Jungkook menghembus nafas lega.




terima kasih baca
semua! heheheheh!
selamat buka puasa
kawan-kawan yang
berpuasa hehehe!
1 jam lagi hehehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro