Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 16

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
IMPIAN HOSEOK
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

HOSEOK POV

Sudah masuk 6 bulan aku berlatih dan menimba ilmu sebagai koreografer untuk satu kumpulan lelaki yang bakal debut tidak lama lagi.

Aku jumpa Hyungwon di beberapa kelas tarian yang aku ikut. Selama berkawan bertahun-tahun, aku baru tahu yang Hyungwon adalah trainee yang berlatih ingin menjadi satu kumpulan.

Hyungwon juga menyarankan aku ikut akademi tarian dengannya di Gwangju, tempat aku membesar selama ini.

Aku mengikutnya kerana aku sudah berpindah ke Gwangju semula selepas berada di Seoul selama 2 tahun.

“Hoseok, mari sini.” Panggil seorang yang aku rujuk sebagai Hyungnim tetapi sebenarnya aku tak tahu apa jawatannya yang sebenar.

“Hyungnim?” Aku mengikutinya keluar daripada bilik tarian tadi.

“Nah, surat tawaran.” Dia memberi aku satu sampul surat. Amboi, surat tawaran pergi mana ini? Sejak bila aku memohon masuk universiti ini?

“Universiti?” Aku bertanya sambil membuka sampul surat ini. Dia menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

“Saya tak buka lagi surat itu, tapi saya diberitahu itu surat tawaran,” Jawabnya sambil menunggu aku membukanya dan membaca surat itu.







Daripada,
Big Hit Entertainment.

SURAT TAWARAN MENJADI TRAINEE BIG HIT ENTERTAINMENT

Jung Hoseok-nim,

Tahniah! Anda telah dipilih masuk menjadi trainee Big Hit Entertainment. Kami bakal membuat satu boyband lelaki dan memerlukan seseorang yang berbakat seperti anda untuk mengikuti kami. Segala informasi akan dinyatakan di pejabat Big Hit Entertainment sekiranya anda bersetuju untuk datang dan berjumpa kami di [alamat]. Sila tunjukkan surat tawaran ini di hadapan kaunter infomasi untuk tujuan pengesahan. Terima kasih.

Yang benar,
Bang Si-hyuk







UISH BIAR BETUL! Hyungnim melihat aku lalu mendorong aku untuk menerima tawaran tersebut.

“This is one in a million chances. You need to go!” Dia berkata kepadaku. Aku mengangguk laju.

Aku teringat akan kawan-kawan aku di Seoul. Adakah mereka akan sentiasa mengingatku? Mustahil, sudah masuk 3 bulan terus aku tidak menelefon sesiapa bahkan ingin terlibat dengan panggilan Jiwon di telefon Hyungwon.

Keesokan harinya, aku berjalan ke arah keretapi ekspres yang aku patut ikut untuk ke Seoul. Aku memberitahu Hyungwon selepas sahaja kelasnya berakhir kemarin.

Cerita panjang dipendekkan, aku sudah berjumpa dengan orang atasan Big Hit Entertainment dan sudah menyain kontrak sebagai trainee. Ada beberapa peraturan ketat yang patut aku ikut dan aku tahu aku perlu bagitau mereka yang di bakeri tentang impianku hampir tercapai.

Aku melangkah ke arah bakeri tersebut. Orang pertama aku ingin beritahu ialah Kim Namjoon. Walau macam mana dia jahat dengan aku, dia tetap tolong aku waktu aku susah. Dia yang tolong aku hidup di bandar Seoul ini.

Aku berjalan masuk. Loceng yang diletakkan di depan pintu berbunyi.

“Selamat datang- Hoseok?” suara Namjoon menyapaku. Ya, itu dia di hadapan kaunter dengan senyuman manis bak gula-gula.

Aku risau dengan hidup dia sebelum ini tapi nampaknya dia agak bahagia. Badan dia sudah mulai berisi sedikit. Pipinya makin comel.

“Hai. Maaflah datang waktu yang salah, tapi aku ada nak bagitau kau sesuatu.” Aku berdiri berhadapan dengannya. Dia tersenyum lebar. Sudah lama aku tidak melihat senyuman ini.

“Korang! Hoseok datang!” Dia membuka pintu dapur lalu menjerit riang.

Jimin keluar lalu berjalan keluar kaunter dan terus ke arahku, diikuti dengan Jungkook dan Jiwon.

“Korang? Aku ingatkan korang dah tinggalkan Namjoon.” Aku menunjuk Jungkook dan Jiwon.

“Panjang cerita, hyung. Kalau cerita sampai esok pun tak habis.” Jawab Jungkook. Aku tersenyum. Pantas aku menarik Jimin dan Jungkook ke dalam dakapanku.

“Nak juga.” Namjoon datang memelukku. Jiwon juga mengikutinya.

“Apa yang ingin dibincangkan Hoseok?” tanya Namjoon. Aku risau berita yang aku bawa ini bakal menghilangkan senyuman manis mereka yang aku rindu selama ini.

“Aku dah official trainee.” Aku memberitahu mereka. Namun, senyuman mereka tidak hilang seperti yang aku jangka.

“Aku mungkin akan susah untuk berjalan keluar dengan korang. Banyak peraturan aku patut ikut. Jadi aku harap—” Mereka memelukku sekali lagi.

“Kami gembira untuk Jung Hoseok.” Okay, ini satu benda yang pelik bagi aku. Diorang makan kek apa sampai jadi pelik macam ini, senyuman lebar masih terpampang.

“Series ini? Korang tak marah?” Aku bertanya semula selepas mereka melepaskan pelukan itu.

“Kenapa nak marah? Kau kena capai impian kau Hoseok.” Jimin menjawab. Aku terharu dengan reaksi mereka sehingga mengalirkan air mata terharu.

“Nah, nah, Hoseok nangis.” Jiwon mengejekku. Aku sempat mencubit lengannya, dia mengusap tangannya kesakitan.

“Aku minta maaf, aku jadi punca kau simpan impian kau selama ini. Jadi popular jangan lupa kami tau!” Namjoon menyatakan isi hatinya.

“Tidak, Namjoon. Terima kasih sudah menunjukkan aku sesuatu yang terbaik selama ini.” Aku memeluknya sekali lagi.

“Hoseok, terima kasih jaga aku selama aku bersama-sama kau.” Dia adik Chae Hyungwon kot. Macam mana aku sanggup tak jaga kau seperti mana abang kau jaga kau?

“Ish, korang ini. Janganlah buat aku nangis.” Aku berkata sambil menutup wajahku. Malu ingin menangis di sini.

“Okay, aku kena pergi.” Aku harus balik ke Gwangju dan urus apa yang perlu untuk aku bawa ke Seoul sebab aku akan berpindah ke Seoul.

“Nah, bawa sekali ini.” Jungkook memberiku 6 biji kek makaron stroberi yang telah siap dipek ke dalam kotak kertas.

“Desain baru?” Tanyaku kerana ini pertama kali aku melihatnya. Jungkook mengangguk.

“Jungkook yang buat.” Dia memberitahuku dengan yakin lalu aku mengusutkan rambutnya perlahan. Dah besar budak ini.

“Bye!” Aku melambai mereka selepas melepaskan rindu bersama-sama walaupun hanya sebentar sahaja.

Kini, aku perlu capai impian aku.

̶̶̶̶ ̶«̶ ̶̶̶ ̶ ̶ ̶̶̶ ̶«̶ ̶̶̶ ̶       ̶»̶ ̶̶̶ ̶ ̶ ̶̶̶ ̶»̶ ̶̶̶ ̶ ̶ 

Terima kasih sudah baca, vote dan komen! Series siok baca komen kamu hahahahah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro