Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 12

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
LEBIH DARI ITU
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝


Dapur kedai roti berselerakan bagaikan ada pencuri masuk sahaja tadi. Chae Jiwon terkejut beruk. Dia masuk menyediakan dirinya kepada bahaya yang dia mungkin hadapi.

Dia melangkah perlahan-lahan untuk mengelakkan daripada berbuat bunyi. Dia terkejut apabila mendengar esakan daripada seorang lelaki.

Kakinya pantas melangkah mencari suara tersebut. Seseorang mungkin dirompak sebentar tadi. Namjoon mungkin dalam bahaya.

Dia mendekati suara-suara yang bergema. Dia terkejut apabila ternampak seseorang lelaki yang sedang menangis.

Lututnya didekatkan ke dadanya. Lengan yang menutup mukanya. Dia kenal sangat seseorang itu.



















"Namjoon?" panggil Jiwon dengan lembut.

Namjoon terus mengangkat mukanya. Mukanya yang basah kuyup. Mata merah dan bengkak. Dia segera memeluk kelibat Jiwon dihadapannya.





















"Weyh, kau kena rompak ke? Kenapa ni?" Jiwon bertanya risau. Namun tiada respon Namjoon. Malah, air matanya mengalir deras.

Jiwon cuba tolong Namjoon berdiri lalu dia bawa ke pejabatnya.

"Kau duduk dulu sini." Jiwon tolong Namjoon duduk di kerusinya. Matanya sudah sembab.

Jiwon terus pergi ke dapur. Dia melihat sekelilingnya. Semua berselerak. Jiwon dengan keberanian yang ada di dirinya memeriksa keadaan sekeliling.

Nasib bukan dirompak.

"Namjoon..." Jiwon mengeluh melihat semua barang-barang yang disepahkan oleh Namjoon.

Satu persatu peralatan bersih disusun ke atas rak. Bahan-bahan dimasukkan ke dalam bekas sepatutnya. Jiwon membasahkan kain lap lalu membersihkan tempat kerja Namjoon.

Jiwon kemudian beralih ke arah ketuhar. Dia nampak kesalahan yang Namjoon lakukan. Roti dia keras tak macam dulu. Pastri dia pun tak jadi.

Jiwon membuang kesemua produk yang Namjoon bakar tadi. Dia memastikan dapur bersih sebelum dia beredar.

"Namjoon- jom balik." Dia menolak pintu pejabat Namjoon. Jiwon terkejut apabila Namjoon juga menarik pintu pejabatnya.

Jiwon melihat Namjoon. Dia tidak memandang Jiwon tapi beredar ingin menutup kedai.

Jiwon berdiri di tepi kereta Namjoon. Dia cepat-cepat masuk apabila Namjoon membuka pintu keretanya dengan alat kawalan jauh kereta.

Namjoon menghidupkan enjin kereta dan memecut ke rumah dia. Tiada apa yang bersuara sepanjang perjalanan.

Namjoon masuk ke dalam rumah tanpa mengendahkan kehadiran Jiwon. Jiwon mengejarnya dengan langkahnya yang kecil. Dia sempat masuk ke dalam rumah Namjoon.

"Namjoon. Tunggu." Jiwon cuba memberhentikan Namjoon

Namjoon beralih ke arah Jiwon.

"Boleh tak kita duduk dan bincang?" Jiwon tanpa mengetahui niat Namjoon mendekatinya secara tiba-tiba.














Bibir Namjoon berpaut pada bibir Jiwon.














Jiwon terkejut dengan langkah berani kawan baiknya, Namjoon. Semakin Jiwon cuba menolak Namjoon, semakin Namjoon mendekatkan badannya dengan Jiwon.

Ciuman yang penuh tanda soal. Kenapa?

Tangan Namjoon menarik pinggang Jiwon mendekati badan sasanya. Jiwon tidak mengalah untuk menolak Namjoon tapi Namjoon makin mendalamkan ciumannya sehingga Jiwon hampir sesak nafas.

"Gila..." Jiwon menolak Namjoon. Bibirnya dilap kasar. Kenapa dia? Jiwon terus keluar dari rumah itu dan berlari ke arah lif. Dia meninggalkan bangunan itu dengan tanda tanya dan perasaan marah serta kecewa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro