Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 1

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
HARI BIASA DI BAKERI
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝







SUMBER



Seokjin keluar daripada kereta Hyundai Sonata merahnya yang diletakkan di hadapan bakeri Namjoon. Kereta mewahnya itulah yang dijadikan perbualan di bandar tersebut kerana kereta itu adalah satu-satunya di Korea Selatan. Acah je tu.





Lelaki segak itu masuk ke dalam bakeri tersebut. Aroma roti baru dibakar menusuk hidungnya.

Bakeri itu bukan sahaja mensajikan roti dan pastri hangat yang baru dibakar, malah mensajikan pelbagai jenis konfeksionari seperti coklat dan pelbagai manisan yang sedap.

Semua produk pula dibuat secara homemade. Produk buatan tangan mempunyai keistimewaannya sendiri terutamanya dari segi tekstur dan rupa produk. Semuanya kedengaran seperti bisnes bakeri Namjoon berjaya dan popular.

Hakikatnya tidak.

Dia masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang, kerana tiada pelanggan tetap dia selama setahun bakeri ini beroperasi.

Seokjin berjalan dengan megahnya ke dalam bakeri tersebut. Kasut kulit yang terhantuk di lantai berbunyi dengan kuat mengikut ritma langkahnya.

Dia disapa dengan gembiranya oleh Jungkook, seorang pekerja di kaunter hadapan.

Hyungnim!” dia menunggu balasan brofist daripada Seokjin. Seokjin tergelak kecil semasa membalasnya.

“Jungkook!” suaranya bergema di bakeri tersebut. Tiada siapa pun kecuali Seokjin di dalam bakeri tersebut.

“Kook, bungkuskan aku ini. Pekerja aku perlu minum petang.” Seokjin menunjuk ke arah pastri Danish pelbagai perisa. Jungkook segera bergerak ke arah Seokjin.

Biasanya pelanggan yang akan memilih produk mereka sendiri, lalu mereka meletakkan di atas dulang sebelum di bawa ke kaunter untuk proses pembayaran diteruskan.

Namun, Seokjin dilayan seperti orang kenamaan. Namjoon keluar dari dapur. Dia mengeluh melihat kelibat Seokjin di kedainya.

“Apa kau buat di sini?” tanya Namjoon secara kasar kepada abang tua 2 tahun itu.

“Aku support adik aku je, salah ke?” tanya Seokjin yang mengeluarkan kad kredit hitamnya. Dia memberi kad kreditnya kepada Jungkook. Jungkook menyapu kad kredit Seokjin di tepi mesin kaunter modennya.

“Tak salah, tapi kalau kau bawa pelanggan sekali kan bagus.” Namjoon mengeluh sekali lagi. Apron yang dipakainya terdapat kekotoran kerana dia bekerja di dapur sebentar tadi.

“Yalah.” Seokjin mengeluh. Kemudian, matanya melilau ke bahagian dapur. Dia menjongketkan kakinya agar dapat melihat seseorang yang dicarinya.

“Won!” panggil Namjoon lembut. Dia tahu geligat abangnya.

“Hm?” Jiwon menjawab, rupanya dia sudah keluar dari dapur. Apronnya juga kotor terkena filling roti dan pastri tadi.

“Tu.” Namjoon menjuihkan bibirnya ke arah Seokjin. Seokjin berpura-pura tidak menyedari kehadiran Jiwon namun matanya mencuri pandang perempuan tersebut.

“Eih!” Jiwon mengeluh lalu ingin beredar ke dapur.

“Eh, Won.” Seokjin bersuara. Dia mengjengketkan kepalanya ke kirinya. Dia ingin bercerita dengan Jiwon, lalu mengajak untuk duduk di meja tersebut.

“Jin, aku kerja.” Jiwon menjawab. Namun, beberapa jejaka yang bekerja di bakeri ini nampaknya tidak faham signal Jiwon.

“Manada, free la sekarang.”

“Baru je aku bakar, tengah tunggu siap.”

“Noona, layan la hyungnim.”

Hanya Namjoon tidak bersuara. Dia bahkan tidak selesa melihat abangnya cuba memikat kawan baiknya. Tak nak kawan baik jadi kakak ipar la jawabnya.

Jiwon mengeluh lalu berjalan menghentak kaki ke arah Seokjin yang telahpun duduk menghirup minumannya.

“Dah kenapa marah-marah, awak.” Tanya Seokjin. Memanglah Jiwon marah, dia dah cuba mengelak tapi kebanyakkan jejaka di bakeri ini nampaknya tidak memahami malah sengaja menyindir mereka.

“Kenapa nak jumpa hari-hari?” tanya Jiwon. Seokjin dan dia boleh disalah faham sebagai pasangan kekasih padahal mereka tidak lebih dari kawan. Namun, Seokjin nampaknya mempunyai perasaan terhadap Jiwon.

“Rindu itu kan berat. Kena la lepaskan,” selamba dia kata kepada Jiwon. Jiwon tergelak kecil.

“Ada-ada je lah. Macam mana kerja?” tanya Jiwon. Soalan yang tipikal dan sama setiap hari namun mereka berdua tidak pernah jemu dengan soalan tersebut.

“Bagus. Eh- kau kata sikit kat Namjoon tu. Dia tak beri aku bagi dia duit,” ujar Seokjin.

Jiwon tersenyum, “Eh, adik dia. Dia suruh kita pula.” Senyuman Jiwon sinis.

“Eleh. Kawan baik dia. Apa salahnya tolong tegur.” balas Seokjin. Membebel macam mak-mak.

Pintu terkuak.
Muka yang amat dikenali berada di hadapan pintu. Dia tersengih-semgih bagai kerang busuk.

“Aku dengar Makcik Limah dah jual kucing dia.” Kakinya pantas berjalan ke arah Seokjin dan Jiwon. Dia mencapai kerusi terdekat dan mempelawa diri sendiri duduk.

“Nak tau, dia jual kucing dia sebab kucing tu bawak malang, siap ada toyol lagi kat rumah dia tau!” nada suaranya bagai salah satu karakter makcik bawang yang kita selalu jumpa.

“KITAORANG TANAK TAU!” jerit semua orang dalam kedai serentak sebelum berpura-pura melakukan kerja mereka. Jiwon dan Seokjin berdiri dan berjalan ke arah yang berbeza.

“Amoi.” Jiwon berpaling ke arahnya.

Oppa. Dah la tu. Malu la,” balas Jiwon kepada abangnya, Hyungwon.

“Oh, kau pandai malu? Aku baru tahu kau ni ada kemaluan.” Hyungwon berdengus. Jiwon menepuk dahinya menggunakan tangannya. Ya, ampun. Semua orang ada kemaluan. Dah lah bertutur pun salah. Apa kan daya dapat abang macam ini. Jungkook tergelak kecil namun Hyungwon tidak perasan.

“Selama ni kau tak tau malu pun. Bila aku muncul baru kau tau malu tu apa eh?” marah Hyungwon.

Jiwon mendekati abangnya lalu memeluknya, Oppa, nah.”

Dia memberi abangnya dua biji mufin coklat untuk memujuknya. Dengan senangnya, abang dia masuk perangkap. Dia tak marah-marah lagi, terus sahaja cair hatinya bila mendapat makanan. Macam perempuan. Dapat makanan terus lupa nak marah.














‧͙⁺˚*・༓☾  AUTHOR'S NOTE!

Terima kasih dah singgah! Ah, mari kita tunggu bab seterusnya. Nampak makanan je terus lapar, apa la nasib perut tong biru. Besar sangat, semua makanan nak sumbat. Stay safe gais. Kita dah mula masuk PKP Tahap 2. Risau pula dilanjutkan ke perintah berkurung sepenuhnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro