bab 8
MALAM itu bibik dan Maisarah sibuk membakar ayam, daging, udang, ketam, sotong dan sosej. Amir Haikal sesekali membantu kerana dia sibuk melayan kerenah Syahfina yang seakan kanak-kanak meminta perhatiannya. Dahlia Arissa masih berada di dalam biliknya apabila mendapat panggilan daripada Daniel Amriza. Siang tadi dia tidak sempat bersembang lama dengan abangnya itu kerana Daniel Amriza ada seminar di Johor Bahru.
"Amir, mari sini. Papa nak kenalkan Amir dengan kawan papa," panggil Tan Sri Mokhtar. Amir Haikal segera mendapatkan bapa saudaranya itu. Kelihatan sebuah kereta Mercedes Benz sudah pun tersadai di laman rumah.
"Amir, ini Tengku Syed Idris... Ni pulak tengku Najihah dengan yang dekat belakang tu pulak Tengku Syed Adam." Perkenal Tan Sri Mokhtar kepada Amir Haikal.
Mendengar sahaja nama Tengku Syed Adam, dia menelan liur. Dia mengambil kesempatan untuk memerhati lelaki yang pernah menambat hati Dahlia Arissa itu tatkala mereka bersalaman. Tampan dan bergaya dan sememangnya lelaki itu layak untuk mendampingi gadis secantik Dahlia Arissa.
Dia mengalihkan perhatian kepada Tengku Syed Idris dan Tengku Najihah.
"Assalamualaikum Tengku," kata Amir Haikal kepada Tengku Syed Idris lalu bersalam manakala Tengku Najihah hanya mengangguk.
"Tak perlulah kamu nak panggil kami dengan gelaran tu, panggil je kami uncle dengan untie." Tegur Tengku Syed Idris. Tengku Najihah hanya mengangguk.
Amir Haikal hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya sahaja.
"Amir, ajak Adam ni ke sana. Tolong bakar apa yang patut. Kesian pulak mama tengok Maisarah dengan bibik tu. Mungkin kejap lagi Lia turun," celah Puan Sri Melati kepada Amir Haikal.
Mata Amir Haikal sempat mencuri pandang pada wajah Tengku Syed Adam yang kelihatan teruja bila mendengar nama Dahlia Arissa disebut. Ketika itu Tan Sri Mokhtar dan Tengku Syed Idris sudah pun mula melangkah masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh isteri mereka.
"Jom," ajak Amir Haikal.
Tengku Syed Adam hanya mengangguk lalu tersenyum. Di dalam hati Tengku Syed Adam berdoa tanpa henti agar Dahlia Arissa sudi menerima kedatangannya. Menerima dirinya semula selepas apa yang telah berlaku.
Maisarah sedikit tersentak tatkala melihat Tengku Syed Adam sedang berbual dengan Amir Haikal sambil berjalan menuju ke arah mereka. Syahfina pula sudah masuk ke dalam rumah untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di meja ruang tamu.
"Abang dah siap bakar ke? Dahlia dah lapar ni. Telinga pun panas semacam je sebab nak dekat dua jam sembang dengan Abang Amri dalam phone," kata Dahlia Arissa panjang lebar tanpa memandang Amir Haikal yang baru sahaja hendak membalik-balikkan kepak ayam itu. Dia begitu sibuk dengan telefon berjenama Huawei di tangannya, membuatkan dia tidak perasan akan kehadiran Tengku Syed Adam di situ.
"Arissa," tegur Tengku Syed Adam lembut.
Telefon bimbit di tangannya hampir terlepas apabila melihat Tengku Syed Adam sudah mula menghampirinya. Dahlia Arissa sudah mula terpaku di situ. Air mukanya berubah dalam sekelip mata. Getar di dada mula terasa. Kenangan lama turut datang menerpa. Rindu yang sudah mula pudar seakan-akan segar semula.
"Errr... Apa you buat dekat sini?" Tanya Dahlia Arissa dengan nada yang bergetar.
Maisarah hanya memerhati manakala bibik buat tidak tahu. Tambahan pula bibik memang pun tidak tahu apa yang pernah berlaku sebelum ini.
"I rindu you, Rissa. Empat tahun you pergi tanpa khabar berita. I cari you sampai dekat London and Europe but you pandai sangat mengelak daripada I. I nak you dengar my explain." Sayu sahaja suara Tengku Syed Adam.
Syahfina yang sedang membelek-belek telefon bimbitnya terkejut melihat Dahlia Arissa sedang berbual dengan seseorang. Sempat dia berbisik kepada tunangnya, Amir Haikal tetapi tunangnya itu hanya mengangkat bahunya sahaja.
"Explain? You masuk dalam paper dah cukup explain bagi I! I dah lupakan you and I pun nak you lupakan I. Dah, dah... Pergi balik, tak malu betul datang sini! Entah siapalah yang memandai jemput you malam ni," balas Dahlia Arissa lalu berlalu menghampiri Maisarah. Dia tahu sudah tiba masanya untuk dia berhadapan dengan Tengku Syed Adam. Kalau difikirkan balik, sampai bila dia perlu melarikan diri daripada lelaki itu. Tetapi pertemuan tanpa diduga ini membuatkan dia tidak sempat menyediakan skrip untuk berdepan dengan lelaki yang bernama Tengku Syed Adam itu. Saat itu juga dia hanya menghamburkan apa sahaja yang terlintas di fikirannya.
"Ehem... Dahlia, abang rasa lebih baik Dahlia dengan Adam bincang elok-elok. Sampai bila Lia nak macam ni?" Tegur Amir Haikal.
Dahlia Arissa menjeling tajam Amir Haikal. Sibuk je dia ni! Marah Dahlia Arissa di dalam hati. Tidak semena-mena Amir Haikal terkena juga tempias marahnya kepada Tengku Syed Adam.
"Ikut I kejap!" Kata Tengku Syed Adam lalu menarik lengan baju Dahlia Arissa. Dia membawa Dahlia Arissa ke tepi kereta milik keluarganya.
"Ada apa lagi ni?" Tanya Dahlia Arissa. Wajah Tengku Syed Adam langsung tidak dipandang. Lengan bajunya direntap kasar, mujur sahaja tidak koyak. Namun masih tidak berjaya melepaskannya daripada pegangan kemas Tengku Syed Adam. Bila dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Tengku Syed Adam, barulah lelaki itu melepaskannya.
"Arissa, tolonglah dengar penjelasan I. Apa yang berlaku tu tak sama dengan apa yang you fikirkan. You tahu tak I sayangkan you seorang je. I tak pernah terfikir pun nak duakan you."
"But you already did it. You make the problem dengan perempuan tu dekat kondo dia, such a bad liar. Nak explain? Heh!" Kata Dahlia Arissa geram lalu memandang tempat lain.
"Arissa, please dengar my explaination first."
"Yang you pergi menggatal dengan perempuan tu dah kenapa? Sampai kena tangkap khalwat, pulak tu? You tahu kan esoknya kita nak bertunang, tapi you sibuk lagi menggatal dengan dia." Pantas Dahlia Arissa menjawab. Kali ini matanya bertembung dengan mata Tengku Syed Adam. Sakit hatinya apabila teringat kembali apa yang telah berlaku. Namun pandangan itu tidak lama bila dia melarikan semula anak matanya ke arah lain. Panahan mata Tengku Syed Adam masih seperti dulu. Bisa menggetarkan naluri wanitanya.
"Bila masa pulak I menggatal dengan dia? Malam tu kan I hantar Aizat ke kondo dia. Dia jatuh motor. So lepas I hantar dia balik, I terjumpa Akisyah Nabilah terduduk dekat tepi kereta dia sambil menangis. I tanyalah kenapa, and dia cakap dia kena gastrik sebab tak makan lagi."
"Sejak bila pulak you jadi masyarakat yang prihatin? Kalau you rasa you nak berbakti pada masyarakat, sana tu dekat Bandar Acheh sana tu dulu pernah kena tsunami." Tingkah Dahlia Arissa lalu bersandar di kereta Mercedes Benz itu sambil berpeluk tubuh. Mukanya sedikit tegang dan dari situ juga dia dapat melihat papa dan mamanya sedang berjalan beriringan dengan ibu bapa Tengku Syed Adam ke tempat barbeku tadi.
"I cuma nak tolong dia," Tengku Syed Adam berkata perlahan. Wajah Dahlia Arissa masih dipandang tanpa jemu untuk memohon kemaafan. Dahlia Arissa merengus kasar. Marahnya masih lagi bersisa.
"Apa-apa jelah. Malas I nak layan you ni!" Balas Dahlia Arissa lalu mengatur langkah namun lengan bajunya sempat ditarik oleh Tengku Syed Adam. Dahlia Arissa tersentak. Suka sangat main tarik-tariklah dia ni! Rungut Dahlia Arissa di dalam hati.
"Koyaklah!" Jerit Dahlia Arissa sehingga Amir Haikal yang ingin mengambil barang di keretanya memandang ke arah mereka berdua. Pandangan penuh curiga.
"Everything's okay, Lia?" Tanya Amir Haikal. Sebenarnya dia sengaja pergi ke keretanya kerana dia tidak selesa melihat Dahlia Arissa berbual dengan Tengku Syed Adam. Tidak selesa? Oh, bukan tidak selesa, tetapi cemburu!
"Tak okey! Dah lah, abang aje layan mamat ni. Lia nak makan. Boleh mati kebulur kalau tengok muka dia ni je." Jawab Dahlia Arissa lalu berlalu meninggalkan Tengku Syed Adam bersama Amir Haikal
Tengku Syed Adam melurut rambutnya kasar. Dahlia Arissa memang tidak berubah. Sejak dulu lagi memang payah untuk dia menagih kemaafan gadis itu tetapi kalau dengan orang lain, mudah sahaja Dahlia Arissa memaafkan. Sungguh pelik.
"Kau kena bagi dia masa lagi," kata Amir Haikal lalu menepuk bahu Tengku Syed Adam.
Tengku Syed Adam hanya tersenyum hambar. Dia sempat melihat Dahlia Arissa bersalam dengan kedua-dua ibu bapanya. Sejak dahulu sehingga sekarang, cintanya hanya kepada Dahlia Arissa. Sedikit pun dia tidak berubah.
Vote pls my sweet readers, i dont want begging like this but there have a lot of nisb between the readers and the vote ToT
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro