bab 79
"PAPA! Abang Muiz tak nak main dengan Waiz," adu Tengku Syed Adam sambil menangis teresak-esak. Anak kecil yang baru berusia empat tahun itu sudah pun berlari masuk ke dalam rumah. Tengku Syed Adam yang sedang menonton dinsofa terus diterpanya.
"Muiz! Muiz!" panggil Tengku Syed Adam sedikit kuat. Tidak lama kemudian terpacul wajah anak sukungnya itu. Muka pun boleh tahan monyoknya.
"Kenapa tak nak main sama-sama ni?" tanya Tengku Syed Adam. Lembut. Tengku Syed Muiz merengus kasar lalu memandang tajam adiknya.
"Muiz nak main kejar-kejar tapi Waiz tak nak. Dia ajak Muiz main game Angry Bird. Muiz boring tahu tak main game tu," balas Tengku Syed Muiz. Matanya masih tajam menerkam Tengku Syed Waiz yang berada di dalam pelukan papa mereka.
"Kalau macam tu, Muiz mengalahlah sikit dengan Waiz sebab..."
"Sebab Waiz tu adik dan Muiz ni abang. Macam tu, kan? Asyik-asyik Muiz je kena mengalah. Mana aci macam ni..." rungut Tengku Syed Muiz.
Tengku Syed Adam sudah pun sembunyi senyum bila melihat telatah anak sulungnya. Antara dua orang anaknya itu, Tengku Syed Muiz memang becok sedikit mulutnya. Umur baru enam tahun tetapi sudah pandai merungut. Kadang-kadang dia juga pandai berleter dengan adiknya, Tengku Syed Waiz.
"Kalau macam tu, apa kata kita kacau mama dekat spa? Papa pun dah rindu dekat mama ni," cadang Tengki Syed Adam. Dia sememangnya sedang bercuti selama seminggu. Sengaja mencari ruang untuk bersama anak-anaknya setelah Tengku Syed Muiz asyik merungut bila dirinya sering menghabiskan masa di pejabat.
"Yeay... yeay. Jumpa mama!" Tengku Syed Waiz sudah bersorak kegembiraan.
"Macam budak keciklah Waiz ni," tegur Tengku Syed Muiz lalu naik ke tingkat atas.
Tengku Syed Adam sudah pun ketawa besar. Macamlah dia tu besar sangat, bisik hati Tengku Syed Adam. Dalam masa yang sama dia dan anak keduanya, Tengku Syed Waiz turut meniti anak tangga menuju ke tingkat atas untuk menukar pakaian. Sejak kelahiran Tengku Syed Waiz, dia dan Dahlia Arissa membuat keputusan untuk tinggal di rumah mereka sendiri. Ingin berdikari.
"MAMA!" Tengku Syed Muiz terus meluru ke dalam pejabat baharu mamanya yang terletak tidak beberapa jauh dari rumah mereka. Tengku Syed Waiz juga tidak ketinggalan. Kedua-dua mereka menerpa Dahlia Arissa.
"Anak-anak mama masuk tak bagi salam pun ya," tegur Dahlia Arissa. Kedua-dua anaknya itubberpandangan sesama sendiri. Tidak lama kemudian mereka berdua menghulurkan tangan kepada Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam yang baru masuk itu hanya tersenyum.
"Sorry mama. By the way, assalamualaikum ma." Petah sekali Tengku Syed Muiz bersuara. Tangan mamanya diraih lalu dikucup penuh hormat. Begitu juga dengan Tengku Syed Waiz. Senang hati Dahlia Arissa melihat telatah dua orang anaknya itu.
"Ma, Muiz nak jumpa kakak-kakak dekat depan sana. Tadi dia orang ada panggil tapi Muiz cakap nak jumpa mama dulu. Rindu!" kata Tengku Syed Muiz sambil memaut tengkuk mamanya. Pipi Dahlia Arissa dicium bertalu-talu.
"Waiz pun nak pergi depan, tapi nak kiss mama banyak banyak macam Abang Muiz," celah Tengku Syed Wais pula lalu menolak sedikit tubuh abangnya.
Sekali lagi pipi Dahlia Arissa menjadi habuan anak-anaknya. Terasa kasih sayang anak-anaknya meresap jauh ke dalam hati. Sayang benar dia dengan dua orang anaknya itu.
"Ops! Lupa nak say hi ke baby. Hi baby. Abang Muiz dengan Abang Waiz nak main kat depan. Baby duduk je kat dalam tu senyap-senyap tau," sambung Tengku Syed Muiz lagi.
Meletus juga tawa Dahlia Arissa. Begitu juga dengan Tengku Syed Adam. Telatah Tengku Syed Muiz memang mengalahkan orang dewasa. Sempat lagi dua orang anaknya itu mencium perut Dahlia Arissa yang sudah mula membukit itu sebelum berlari keluar.
"Tak menang tangan sayang nak layan dia orang tu. Sampai abang pun dah tak sempat nak mencelah," akhirnya Tengku Syed Adam bersuara. Dia menuju ke arah Dahlia Arissa lalu berdiri di belakang kerusi isterinya. Bahu isterinya diurut dari belakang.
"Abang jealous ke?" usik Dahlia Arissa sambil memejamkan mata. Terasa nyaman sekali sendi-sendinya bila mendapat sentuhan lembut daripada suaminya. Tiba-tiba satu kucupan hangat singgah di dahinya. Lantas matanya terbuka luas. Tengku Syed Adam sudah pun bersandar di meja yang sudah ada di hadapannya sambil memeluk tubuh. Senyuman penuh pesona sentiasa menghiasi bibir tampan lelaki itu.
"Tak ada maknanya abang nak jealous dengan anak abang sendiri. Sayang ni dah makan ke belum?" tanya Tengku Syed Adam setelah menyadari jam sudah menunjukkan angka dua tiga puluh minit petang. Sejak Dahlia Arissa disahkan mengandung, dia amat menjaga kebajikan isterinya itu.
"Belum. Tadi dia orang ada tapaukan nasi kandar, tapi tekak ni macam tak boleh nak terima je," adu Dahlia Arissa.
"Habis tu sampai sekarang tak makan lagi? Mana boleh macam ni, sayang. Kesian baby kat dalam tu. Jom kita keluar makan. Lagipun PA sayang cakap petang ni sayang free," ajak Tengku Syed Adam.
Dia dan juga anak-anak sudah pun makan tengah hari di rumah. Lauk ayam masak merah dan sup sayur yang dimasak Dahlia Arissa pagi tadi hanya perlu dipanaskan sebelum dimakan. Sejak mereka duduk di rumah sendiri, belum pernah lagi Dahlia Arissa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan juga ibu. Lagipun dia sering membantu isterinya itu di dapur.
"Boleh jugak. Tapi hari ni Lia teringin nak makan piza la." Manja sahaja suara Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam mencubit lembut pipi isterinya.
"Jom. Lagipun lama dah tak bawak Muiz dengan waiz makan piza. Asyik makan kat McD je." Tengku Syed Adam terus bersetuju.
Mereka berdua beriringan keluar. Melihat sahaja susuk tubuh Dahlia Arissa, kedua-dua puteranya datang menerpa. Tidak boleh berenggang langsung dengan mama mereka itu. Tengku Syed Adam sudah pun menggeleng-gelengkan kepala.
MALAM itu bulan mengambang penuh. Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam bersantai di laman rumah mereka. Tengku Syed Muiz dan Tengku Syed Waiz sudah pun diambil Tengku Syed Idris dan Tengku Najihah untuk dibawa bercuti ke Melaka.
"Dah tujuh tahun lebih kita kahwin, kan?" Tiba-tiba Tengku Syed Adam bersuara. Dia merapatkan tubuhnya pada Dahlia Arissa. Bahu isterinya itu dirangkul mesra. Dan pada saat itu juga, Dahlia Arissa melentokkan kepalanya di bahu suaminya itu.
"Haah. Rasa macam sekejap je," balas Dahlia Arissa. Tangan Tengku Syed Adam diramas-ramas lembut. Angin malam mula menampar lembut tubuh mereka. Terbuai-buai rambut Dahlia Arissa yang dibiarkan lepas itu.
"Tapi masa baru kahwin dulu macam-macam je dah kita lalui, kan? Macam tak percaya je kebahagiaan yang kita miliki hari ini pernah diuji dengan pelbagai dugaan. Abang pun rasa tak percaya yang abang dengan sayang masih bertahan sampai ke hari ni," kata Tengku Syed Adam lagi.
Kali ini dia mengucup dahi isterinya. Dahlia Arissa mengangkat muka lalu menghadiahkan sebuah ciuman sayang ke pipi suaminya. Kalau dulu dia sering malu-malu untuk bermesra dengan suaminya, tetapi sekarang tidak lagi. Kadang-kadang dia yang menggoda suaminya dulu. Sebab dia perlu memainkan peranan sebagai seorang isteri agar hati dan kasih sayang Tengku Syed Adam tidak beralih kepada wanita lain.
"Semua yang terjadi ada hikmahnya, bang. Dan tak mustahil apa yang kita lalui sebelum ini atas kekhilafan kita sendiri. Sebab Kak Puteri pernah cakap, tak semestinya apa yang kita lalui itu dugaan daripada Allah, tapi mungkin itu balasan daripada Allah atas apa yang pernah kita buat sebelum ini. Hukuman Allah sekarang ni lebih kepada cash and carry."
"Tu abang tak nafikan. Dulu abang pun selalu lupa. Lupa tanggungjawab abang sebagai hamba-Nya," keluh Tengku Syed Adam. Dahlia Arissa menepuk lembut telapak tangan suaminya.
"Allah tu Maha Pengasih, abang. Insya-Allah pintu taubat masih terbuka luas untuk kita," pujuk Dahlia Arissa.
"Amin Ya Rabbalalamin..." sambut Tengku Syed Adam.
"Hari tu doktor ada cakap yang anak kita kali ni insya-Allah perempuan, so abang dah ada nama tak untuk anak kita ni?" Dahlia Arissa mengubah topik perbualan. Tangannya mengurut lembut perutnya yang sudah pun berusia enam bulan itu.
"Dah. Abang nak letak nama dia, Airiz. Tengku Sharifah Airiz."
"Airiz? Cantik jugak nama tu."
"Tengoklah siapa yang bagi nama tu..." sela Tengku Syed Adam sambil membuat muka bangganya. Dahlia Arissa mencebik.
"Harap-haraplah baby tak ikut perangai papa dia yang kuat perasan ni!" Selamba sahaja Dahlia Arissa bersuara. Mencerlung mata Tengku Syed Adam isterinya.
"Statement tu bukan main lagi ya," jawab Tengku Syed Adam dengan muka yang masam mencuka. Buat-buat merajuk. Mana tahu dapat 'habuan' daripada isterinya. Dahlia Arissa sudah pun tertawa, lantas sebuah kucupan mesra singgah di pipi suaminya itu.
Kan dah cakap, mesti ada 'habuan' punya! Gelak Tengku Syed Adam di dalam hati. Dia turut membalas kucupan isterinya tadi. Daripada kucupan biasa, menjadi kucupan hangat bila tangannya turut meliar di tubuh isterinya itu.
"Abang... stop it. Kita kat luar rumah, bukan kat dalam rumah," ujar Dahlia Arissa.
"Kalau macam tu kita masuk dalam rumah," bisik Tengku Syed Adam sambil tersengih. Tangan isterinya terus ditarik agar mengikut langkahnya masuk ke dalam rumah.
Dahlia Arissa hanya menurut sambil memeluk erat lengan suaminya.
SYAHFINA datang bertandang ke rumah Dahlia Arissa. Ketika itu hanya dia seorang sahaja berada di rumah kerana suaminya sudah pun keluar bermain golf. Anak-anaknya pula masih di Melaka dan hanay akan balik pada petang esok.
"Tak lama lagi makin bertambahlah ahli keluarga rumah ni, kan?" kata Syahfina. Dia maksudkan anak yang dikandungkan oleh Dahlia Arissa itu.
Dahlia Arissa yang sedang membancuh air Horlick segeta memandang wajah syahfina. Akhirnya dia mengangguk faham bila Syahfina memuncungkan bibir ke perutnya.
"Akak pulak bila nak tambah ahli keluarga?" usik Dahlia Arissa pula.
Syahfina sudah pun berkahwin hampir enam tahun lepas dengan teman baiknya. Anaknya yang pernah diserahkan kepada orang lain dulu telah pun diambilnya semula. Tambahan pula suami baharunya turut mendesak. Dan sekarang ini dia sudah pun punya dua orang anak termasuk anak pertamanya itu.
"Insya-Allah, kalau ada rezeki adalah tu," jawab Syahfina sambil mengambil cawan di dalam almari. Dia dan Dahlia Arissa duduk di meja yang ada di dapur itu. Beberapa jenis biskut dan kerepek yang siap diletakkan dindalam bekas kaca diletakkan di hadapan Syahfina. Syahfina pula hanya memerhati gerak-geri Dahlia Arissa sebelum bersuara semula.
"Dulu akak memang cemburu sangat dengan Lia," akui Syahfina secara terbuka. Dahlia Arissa mengerutkan dahi lalu melabuhkan punggung di hadapan Syahfina.
"Apa yang akak cemburu sangat dekat Lia ni?" tanya Dahlia Arissa lalu meniup air Horlick yang masih panas itu. Tiba-tiba sahaja isu cemburu ini timbul. Lagipun selama ini tidak pernah siapa pun yang mengaku secara terbuka tentang isu ini. Syahfinalah yang pertama.
"Semua yang ada pada Lia. Sebab Lia cantik, pandai, kaya dan menjadi buruan lelaki-lelaki hebat macam Adam, Amir dan Khalil. Dan siapa yang kenal Lia pasti akan mengakui akan kecantikan yang ada pada Lia. Gadis dekat luar sana pasti ramai teringin menjadi Dahlia sekarang ni," terang Syahfina. Itulah yang pernah dirasainya dulu.
"Habis tu, sekarang ni akak masih cemburu dengan Lia ke?" tanya Dahlia Arissa ingin tahu. Syahfina menggeleng.
"Akak dah tak cemburu tapi akak kagum dengan Dahlia. Sebab melalui pemerhatian akak, bukan senang sebenarnya mahu menjadi seorang gadis bernama Dahlia Arissa. Betul tak?"
Dahlia Arissa mengangguk.
"Haah kak. Bukan senang. Terlalu banyak dugaan yang perlu Lia lalui untuk bahagia. Orang dekat luar sana mungkin beranggap Lia ni beruntung sebab dapat hidup mewah, tapi kemewahan yang ada tak dapat membantu Lia dalam menangani masalah rumah tangga Lia dulu. Semua kena guna akal fikiran yang kadang-kadang tersasar jugak percaturannya," balas Dahlia Arissa sambil tersenyum nipis. Kenangan lama singgah ke layar ingatannya.
"Sebab tu akak cakap akak kagum dengan Lia. Akak mungkin tak setabah Lia kut."
"Kak, Lia ni takdelah tabah mana pun. Banyak kali jugak Lia tersungkur, kak. Tapi syukur alhamdulillah berkat sokongan daripada keluarga dan suami Lia, Lia dapat bangun semula."
"Tapi pengalaman semua tu akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar."
Kali ini Dahlia Arissa sudah pun mengangguk. Tanda setuju dengan kata-kata Syahfina itu. Pengalaman lampau memang banyak mengajarnya dalam menempuh hidup di pentas dunia ini.
Vote pls
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro