Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 77

Opps.... belum tamat lagi, ada lagi tinggal beberapa chapter lagi sebelum tutup tirai. Muah <333


"SAYANG..."

Panggilan Tengku Syed Adam terdengar sayup di telinga Dahlia Arissa. Matanya dibuka perlahan. Pandangannya sedikit kabur sebelum terang seperti biasa. Terpacak semua wajah kesayangannya di situ. Tetapi wajah comel anaknya tidak kelihatan.

"Abang... mana Muiz? Mana anak kita?" tanya Dahlia Arissa lalu cuba untuk bangun. Tengku Syed Adam yang sejak tadi duduk di tepi katil itu terus memeluk isterinya.

"Sabar, sayang. Muiz masih dekat Damia," pujuk Tengku Syed Adam. Dia sendiri terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak polis yang mengatakan isterinya ditemui pengsan sebelum dikejarkan ke hospital.

"Lia nak Muiz. Tolong ambik Muiz!" rayu Dahlia Arissa. Tangisannya mula bergema di dalam bilik itu.

Tengku Syed Adam dan Tan Sri Mokhtar sudah pun memandang sesama sendiri. Perasaan sayu mula menyelinap di dalam hati masing-masing. Tidak habis-habis lagi pasangan muda ini dilanda dugaan yang berpanjangan.

"Abang akan ambik Muiz. Abang janji!" janji Tengku Syed Adam. Dahi isterinya dikucup penuh kasih. Kali ini dia tidak boleh nampak lemah lagi di mata isterinya itu.

Tolakkan pada daun pintu mengejutkan mereka semua. Mencerlung mata Dahlia Arissa apabila melihat dua susuk tubuh yang lengkap berpakaian seragam berwarna biru tua itu.

"Abang... anak kita akan mati. Damia akan bunuh anak kita, bang! Damia tak benarkan kita report dekat polis. Damia akan bunuh Muiz, bang!" Dahlia Arissa mula meracau. Ugutan Damia tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

Tengku Syed Adam masih mengeratkan lagi pelukan. Tubuh Dahlia Arissa sudah mula sejuk. Sesekali dapat dirasakan dada isterinya itu berombak ganas dan air mata juga sudah mengalir deras.

"Sayang... sayang..." Kali ini dada Tengku Syed Adam pula berombak ganas apabila Dahlia Arissa sudah tidak bersuara di dalam pelukannya. Mata isterinya itu juga tertutup rapat bersama air mata yang masih bersisa.

"Ya Allah. Kenapa ni? Sayang, jangan tinggalkan abang! Abang janji abang akan ambik Muiz. Abang janji, sayang..." rintih Tengku Syed Adam sambil memeluk isterinya. Air mata lelakinya sudah jatuh menitis di pipi.

Ketika itu juga doktor bertugas kebetulan masuk untuk membuat pemeriksaan.

"Biar doktor jalankan tugas dia, Adam. Insya-Allah Lia tak ada apa-apa," pujuk Tan Sri Mokhtar.

Daniel Amriza yang baru sampai bersama Maisarah turut menyabarkan adik ipar mereka itu. Tidak mahu Tengku Syed Adam goyah dengan dugaan itu.

Setelah berpuas hati dengan keterangan doktor yang mengatakan Dahlia Arissa hanya mengalami tekanan perasaan, mereka semua berbincang dengan dua orang pegawai polis tersebut. Akhirnya kata sepakat telah diambil. Tengku Syed Adam akan menemui Damia pada petang itu juga.
















TENGKU SYED ADAM mundar-mandir di porch rumah Damia. Dia masih lagi berlegar di situ walaupun sudah dijemput oleh Aunty Syida untuk masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian munculwajah Damia bersama Tengku Syed Muiz.

Tengku Syed Adam cuba mencapai anaknya namun Damia sudah pun menjauhkan diri.

"Kalau abang nak anak abang, abang kena kembali dalam hidup Mia. Kalau tak, Damia akan bunuh Muiz!" Damia masih lagi mahu mengugut.

Tengku Syed Adam melepaskan keluhan berat. Dia benar-benar tertekan antara kehendak Damia dan keselamatan anaknya.

"Baiklah, abang akan kembali pada mia. Tapi dengan dua syarat..."

Damia sudah pun tersenyum lebar bila mendengar cara Tengku Syed Adam membahasakan dirinya. Hilang bahasa kau-aku yang digunakan Tengku Syed Adam kepadanya selama ini. Hatinya mula berbunga riang. Dendamnya kepada Tengku Syed Adam turut hilang. Rasa cinta dan kasih sayang terhadap Tengku Syed Adam mula subur kembali di dalam hatinya.

"Syaratnya?"

"Pertama Mia kena hantar Muiz pada Arissa dan yang kedua abang akan kembali semula pada Mia lepas Mia habis pantang." Tengku Syed Adam meletakkan syarat yang telah ditetapkannya.

Damia mengerutkan dahi, memikirkan syarat yang diberi oleh Tengku Syed Adam.

"Abang tak akan tipu Mia, kan?"

Tengku Syed Adam tersenyum lalu menghampiri Damia. Bahu Damia disentuh.

"Abang tak tipu Mia, malah abang rasa bersalah sangat atas apa yang terjadi pada Mia. Jadi abang rasa dah tiba masanya abang bertanggungjawab ke atas Mia. Kita bina hidup baru lepas ni ya," lembut Tengku Syed Adam menuturkan bicara.

Damia sudah terasa seperti diawang-awangan. Lama benar dia menunggu kata-kata seumpama itu daripada Tengku Syed Adam. Jiwanya mula rasa terbeli.

"Janji?"

"Ya. Abang janji sayang..." Makin menggoda rentak suara Tengku Syed Adam.

Damia terasa malu. Terasa dunia dia yang punya. Suara dan senyuman Tengku Syed Adam itu dirasakan amat melemaskan. Dan ketika itu juga, Tengku Syed Adam mengambil Tengku Syed Muiz daripada pelukan Damia. Dia terus duduk di kerusi kayu yang ada di situ.

"Abang pegang Muiz kejap ya. Nanti bila Muiz dah dekat mama dia, susah pulak abang nak jumpa dia. Lagipun abang dah tak sabar nak ada anak dengan Mia," usik Tengku Syed Adam.

Kali ini Damia sudah pun memukul manja lengan Tengku Syed Adam. Suka benar dia dengan usikan lelaki itu. Makin terbeli jiwa raganya.

"Mengada tau abang ni," rengek damia. Suaranya juga dilenggokkan sedikit agar kedengaran manja di telinga Tengku Syed Adam.

Aunty Syida yang memerhati dari dalam rumah sudah pun bersorak di dalam hati. Dia memang mengharapkan Tengku Syed Adam dan Damia berbaik semula. Langkah diatur ke dapur untuk membancuh air buat Tengku Syed Adam.

"Abang mengantuk ke?" tanya Damia penuh prihatin. Dia perasan sejak tadi Tengku Syed Adam asyik menguap. Tengku Syed Adam mengangguk.

"Kalau macam tu, jom masuk bilik. Tidur kejap dekat dalam. Lagipun mama ada tu," pujuk Damia. Kali ini mata Tengku Syed Adam memandang tepat ke mata Damia.

"Tidur dalam bilik Damia boleh tak?" bisik Tengku Syed Adam, rapat di telinga Damia.

Damia tersentak. Namun senyuman manis terukir jua di bibir. Walaupun dia masih dalam pantang, dia akan tetap mahu melayan lelaki itu. Dengan malu-malu Damia mengangguk. Dia pasti mamanya tidak akan kisah.

"Kalau macam tu, sayang pergi siapkan bilik kita, tau. Abang tak suka kalau bilik tak kemas, tak wangi. Nanti feel tak sampai," pujuk Tengku Syed Adam lagi. Kali ini lebih romantik. Damia sudah senyum meleret.

"Okey, tapi abang jangan pergi mana-mana tau. Kejap lagi Mia mintak mama jaga Muiz. Yalah, takkan nak bawak Muiz tidur sekali, kan?" kata Damia lalu cuba mendekatkan wajahnya dengan Tengku Syed Adam. Pantas lelaki itu mengelak.

"Sabar sayang... kejap lagi lebih daripada itu Mia akan dapat. Tapi sebelum tu pergi siapkan bilik dulu, cepat sikit tau. Abang nak tebus hutang batin abang dekat Mia ni."

Tanpa menunggu lama, Damia terus berlari-lari anak naik ke biliknya. Dia sudah tidak sabar untuk bermadu asmara dengan Tengku Syed Adam. Lagipun dia bukanlah bersalin secara normal. Mengingatkan perihal itu, semakin melebar senyuman Damia. Baru sahaja dia hendak menukar cadar, terdengar kereta mengaum di hadapan rumah. Dia menjenguk di tingkap. Berderau darahnya bila kereta Tengku Syed Adam sudah berlari laju meninggalkan kawasan rumahnya.

"Kurang ajar!!!" jerit Damia sepuas hati. Habis barang kecantikannya yang ada di atas meja solek dicampak ke lantai.

"Jantan tak guna! Berani dia tipu aku!" teriak Damia lagi. Hatinya yang dibuai tadi oleh perasaan indah, sudah bertukar menjadi puting beliung. Sumpah seranahnya kepada Tengku Syed Adam berbakul-bakul. Aunty Syida yang baru sahaja menjenguk anaknya itu sudah pun menggeleng-gelengkan kepala. Pintu bilik Damia yang ditolaknya sedikit tadi, ditutup semula. Tidak mahu menjadi mangsa balingan Damia lagi. Biar anaknya itu mengamuk dulu. Nanti kalau sudah sejuk, barulah dia akan datang memujuk. Nampaknya Tengku Syed Adam sengaja mahu memainkan perasaan anaknya. Hatinya mula diasak perasaan geram. Tetapi itu hanya terjadi di dalam hati. Untuk berdepan dengan Tengku Syed Adam, dia tidak berani.















LAFAZ syukur terbit di bibir masing-masing apabila melihat Tengku Syed Adam menghulurkan Tengku Syed Muiz kepada Dahlia Arissa. Isterinya yang basah dengan air mata itu terus memeluk dan mencium anak mereka tanpa henti. Tidak pula Tengku Sted Muiz menangis bila diperlakukan seperti itu oleh mamanya. Mungkin anak kecil itu juga berasa lega bila dia merasai semula belaian tangan mamanya sendiri.

"Damia macam mana?" tanya Tan Sri Mokhtar. Mereka semua berada di rumah milik Tan Sri Mokhtar setelah Dahlia Arissa dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

Tengku Syed Adam duduk di sebelah isterinya. Dia pun menceritakan apa yang terjadi di rumah Damia sebentar tadi. Naik meremang pula bulu romanya bila mengenangkan dialog panas antaranya dengan Damia. Dia sengaja membeli jiwa Damia dengan lakonannya. Dan nampaknya dia berjaya.

"Nampak sangat dia tu jenis yang mudah sangat dibeli jiwa," sinis sekali kata-kata Daniel Amriza.

"Itulah. Tapi yang penting sekarang Muiz selamat. Malam esok kita buat majlis kesyukuran, macam mana Mokh?" tanya Tengku Syed Idris kepada Teman baiknya itu.

"Itulah yang sebaik-baiknya." Tan Sri Mokhtar terus bersetuju. Dia melontar pandangan pada Qaisarah yang sedang menilik wajah Tengku Syed Muiz. Sekali lagi lafaz syukur bergema di dalam hatinya. Terima kasih, Ya Allah!


















Vote jangan lupa :<

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro