bab 75
LINCAH sahaja tangan Dahlia Arissa membelek-belek baju bayi yang tergantung rapi itu. Tengku Syed Adam pula duduk di kerusi kayu jati yang memang sedia ada di butik pakaian bayi itu sambil mengendong Tengku Syed Muiz. Beberapa orang pekerja perempuan yang ada di situ sempat mencuri pandang ke arah Tengku Syed Adam yang kelihatan segak dengan pakaian pejabatnya. Seluar slack berwarna hitam dipadankan dengan kemeja lengan panjang berwarna hitam itu menyerlahkan lagi karisma Tengku Syed Adam sebagai lelaki yang berkerjaya. Tampan dan bergaya. Dia sebenarnya telah 'diculik' oleh isteri dan anaknya selepas makan tengah hari tadi untuk pergi membeli pakaian anak mereka, Tengku Syed Muiz. Nasib baik juga dia tidak ada sebarang temu janji pada petang itu.
"Yang ini okey tak untuk Muiz?" tanya Dahlia Arissa sambil menunjukkan sehelai baju merah pekat. Melihat gambar kartun Angry Bird terpampang besar di dada baju tersebut membuatkan Tengku Syed Adam sudah tergelak besar. Tengku Syed Muiz yang sedang nyenyak tidur di dalam pelukannya sudah pun merengek-rengek. Terkejut dengan gelak tawa papanua.
"Sayang tolong jangan nak buat lawak, okey? Abang kan tak suka dengan burung tu," kata Tengku Syed Adam setelah ketawanya bersisa.
Dahlia Arissa sudah pun tersenyum. Dia sengaja menunjukkan bajunya itu kepada Tengku Syed Adam. Dia tahu suaminya itu tidak menggemari kartun yang semakin popular itu.
"Abang tak suka sebab abang tak reti main game dia, kan?" giat Dahlia Arissa.
Terkekek-kekek pekerja perempuan yang ada dekat situ apabila melihat muka Tengku Syed Adam mencebik. Dahlia Arissa sudah mengerutkan dahi.
Eh, dia orang ni pulak yang nak melebih-lebih, bisik Dahlia Arissa di dalam hati. Terusik juga hati wanitanya bila Tengku Syed Adam menjadi renungan nakal mata para gadis. Namun perasaan cemburu yang baru hendak berputik itu dibuang jauh-jauh. Takkan pasal ni pun nak cemburu kut?
"Sayang ni agak-agaklah nak cakap tu, kan dah jatuh saham abang dengan dia orang ni." Sengih Tengku Syed Adam sambil menepuk lembut tubuh Tengku Syed Muiz.
Dahlia Arissa mencebik lalu menunjukkan baju yang lain pula. Baju berwarna biru muda. Kali ini Tengku Syed Adam sudah pun mengangkat ibu jarinya. Dahlia Arissa membelek harga baju tersebut.
"Mak aiii... baju budak-budak sekarang mengalahkan baju mak bapak budak. Baju macam ni je dah enam puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. Tak termasuk dengan seluar lagi," omel Dahlia Arissa perlahan namun dia tetap mencapai baju itu. Nampak sesuai sangat dengan Tengku Syed Muiz.
"Cukuplah tu sayang, kat kaunter tu dah ada empat pasang baju Muiz yang sayang dah ambik tadi. Nak cukupkan sampai sepuluh ke?" tegur Tengku Syed Adam bila melihat isterinya sudah beralih ke tempat barang mainan bayi pula.
"Ya ke? Tak perasan pulak," senyum Dahlia Arissa lalu menyerahkan baju di tangannya itu kepada pekerja yang ada di situ. Dia menuju ke arah suaminya lalu mengambil Tengku Syed Muiz.
"Abang pergi bayar ya," pinta Dahlia Arissa.
Tengku Syed Adam terus menuju ke kaunter.
"Comel anak akak," puji mereka yang ada di situ.
Dahlia Arissa hanya tersenyum manakala Tengku Syed Adam sudah pun memandang wajah Tengku Syed Muiz lama.
"Patut pun comel, diakan ikut muka papanya." Selamba sahaja Tengku Syed Adam bersuara sambil mengurut-urut dagunya.
Serta-merta butik itu bergema dengan suara mereka yang ada di situ. Beberapa pasangan yang berada di butik itu turut menguntum senyum. Dahlia Arissa sudah pun mencubit lengan suaminya.
"Perasan!" bisik Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam sudah pun tersengih.
"Kalau muka papa dia comel, muka mama dia pulak cute," seloroh pekerja perempuan yang sedang mengira barangan yabg dibeli mereka berdua. Yang lain sudah pun mengiakan.
Kali ini Tengku Syed Adam pula mencebik manakala Dahlia Arissa sudah pun tersenyum puas sebelum mereka sama-sama ketawa. Terasa indah sekali perasaan bila dapat bergelak ketawa bersama insan yang tersayang tanpa ada gangguan daripada insan lain.
SELEPAS membayar harga nasi goreng ayam dan air sirap bandung cincau, Damia menuju ke keretanya. Ketiadaan parkir memaksa dia meletakkan keretanya agak jauh dari restoran tersebut. Hatinya masih membengkak setelah melihat kemesraan Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa di sebuah butik siang tadi. Dia turut mematikan hajatnya untuk membeli barangan anaknya yang mungkin akan lahir esok. Ketika dia hendak membuka pintu kereta, terasa bahunya disentuh. Dadanya berombak ganas bila wajah bengis Khalil Asyraf sudah berada betul-betul di hadapannya.
"Err... you... you..."
"Apa?" tengking Khalil Asyraf sehingga terlepas kunci di tangan Damia akibat menggeletar ketakutan. Badannya sudah tersandar di kereta. Mata merah menyala milik Khalil Asyraf langsung tidak berani ditatapnya. Mata Khalil Asyraf ketika itu amat menakutkan.
"Apa yang dah kau ceritakan dekat Puteri, hah?" tanya Khalil Asyraf sedikit keras namun lontaran nadanya diperlahankan sedikit. Takut menarik perhatian manusia yang sedang lalu-lalang di kawasan itu. Damia cuba menenangkan diri. Mencari keberanian.
"I... I tak cakap apa-apa dekat Puteri. Jumpa dia pun tak ada!" Damia memberanikan diri. Sememangnya dia tidak pernah berjumpa dengan Puteri sejak dulu lagi.
"Habis tu macam mana Puteri tahu aku buntingkan kau?"
"Manalah I tahu. Entah-entah Dahlia bagitahu kat dia, tak pun Fina."
Khalil Asyraf merengus kasar. Dia tidak menafikan kata-kata Damia itu. Mungkin juga Dahlia Arissa dan syahfina ada menemui Puteri, tetapi setahunya, isterinya itu masih tidak sebulu dengan Dahlia Arissa dan tidak kenal sangat dengan Syahfina.
"Aku nak kau tutup mulut kau. Jangan cakap apa-apa dekat orang lain pasal kita. Faham?" gertak Khalil Asyraf sedikit kuat menyebabkan Damia tersentak namun cepat-cepat dia menganggukkan kepala. Takut Khalil Asyraf bertambah berang. Namun sebelum meninggalkan Damia, sempat lagi dia menolak tubuh yang tengah sarat mengandung itu ke pintu kereta. Damia yang terdorong ke belakang itu sudah pun mengadu kesakitan. Perutnya turut sakit secara tiba-tiba.
"Khalil... tolong I," jerit Damia sedikit kuat. Tangannya sudah pun menahan perut yang semakin dakit bak menikam belati tajam itu.
Khalil berpaling. Perasaan tanggungjawab sebagai seorang doktor yang ada padanya memaksa kakinya menghampiri Damia semula. Ketika itu juga telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Puteri di skrin.
"Helo sayang," sapa Khalil Asyraf, cuba membeli jiwa isterinya yang masih marah kepadanya itu.
"Saya tak sangka awak seorang pembunuh, Khalil! Awak dah bunuh Akisyah, kan?" tempik Puteri di hujung talian bersama tangisan panjang.
Khalil Asyraf terpempan. Matanya menghala ke arah Damia yang sudah pun terduduk di tepi kereta sambil memegang perut. Darahnya menyirap semula. Kali ini memang sah, Damialah yang menjajakan ceritanya kepada Puteri. Tanpa menunggu lama, dia menerkam Damia semula. Leher perempuan itu dicengkam kuat. Saat itu juga, darah sudah mula mengalir di celah paha Damia yang sedang menahan kesakitan. Beberapa orang yang lalu di situ mula menghampiri mereka berdua setelah melihat Khalil Asyraf mula mengasari Damia.
"Kau ni memang perempuan tak guna tahu tak? Kau yang cakap dekat Puteri pasal kematian Kisyah, kan? Memang dasar perempuan tak sedar diri! Patut pun Adam campak perempuan macam kau ni! Dan hari ni, biar aku campak kau lagi, perempuan sundal!" Sekali lagi Khalil Asyraf menolak tubuh Damia. Kali ini lebih kuat sehingga Damia jatuh terduduk di tepi jalan. Tubuhnya terhentak kuat di jalan raya. Khalil Asyraf terus berlari meninggalkan Damia bila ada orang lain yang mula campur tangan di situ.
"Mama... sakit!!!" Damia sudah pun meraung kesakitan.
AUNTY SYIDA terduduk di kerusi bila mendapat perkhabaran daripada doktor tentang Damia. Walaupun Damia selamat, tetapi anak yang dikandungnya telah meninggal dunia tanpa sempat melihat dunia. Bayi itu dikatakan meninggal dunia ketika masih di dalam kandungan Damia lagi.
"Tapi bagus jugak budak tu mati. Sekurang-kurangnya harta Damia boleh jadi milik aku sorang," bisik Aunty Syida perlahan. Tanpa sedar sebuah senyuman sudah pun terukif di bibir. Dia mula mengorak langkah menuju ke bilik Damia untuk berpura-pura sedih akan kehilangan cucu pertamanya itu.
SUDAH dua minggu Damia keluar dari hospital. Sejak itu juga dia sering meratap atas pemergian anaknya. Walaupun anak itu hasil perbuatan haramnya dengan Khalil Asyraf, tetapi perasaan kasih dan sayangnya terhadap anak itu sudah lama berputik sejak dia disahkan mengandung lagi. Kehilangan anaknya itu memberikan tamparan hebat kepada dirinya.
"Dahlah tu, Mia. Allah lebih sayangkan dia," pujuk Aunty Syida. Damia menggeleng-gelengkan kepala.
"Tak, ma. Ni bukan sebab Allah sayangkan dia, tapi Khalil yang bunuh dia!" jerit Damia sambil membaling semua bantal yang ada di atas katilnya. Salah satu bantal itu terkena lengan Aunty Syida yang berdiri di birai katil.
"Mengucap, Mia!" tegur Aunty Syida sedikit kuat. Geram sungguh dia melihat keadaan Damia yang mudah sangat beremosi sejak kehilangan anaknya jtu. Mia memang tak akan lepaskan Khalil tu, ma! sambung Damia lagi. Aunty Syida sudah pun mendengus. Dia melabuhkan punggung di hadapan Damia lalu memegang kedua-dua belah pipi anaknya.
"Dengar sini Mia, Khalil yang tak akan lepaskan Mia. Khalil akan cari Mia lagi lepas ni. Jadi, lebih baik Mia tinggalkan Malaysia secepat mungkin. Kita balik Bandung," cadang Aunty Syida. Damia menyentap tangan mamanya.
"Tak! Mia tak akan pergi mana-mana! Mia nak balas dendam pada Khalil, pada Dahlia dan pada Syahfina. Sebab dia orang, Mia kehilangan Adam. Dan sebab dia orang jugak, Mia kehilangan anak Mia. Mia nak dia orang rasa apa yang Mia rasa, ma!"
Aunty Syida bangun semula lalu bercekak pinggang.
"Mia nak buat apa lagi dekat dia orang ni? Sudah-sudah tu, Mia. Mama dah tak mahu Mia panjangkan lagi hal ni. Lagipun Adam takkan kembali pada Mia."
"Mama, sebab mulut bini kesayangan Adam, Si Dahlia tulah yang buatkan Mia jadi macam ni, tahu tak? Dialah yang bawak mulut dekat Puteri tentang Mia dengan Khalil. Dia jugak cerita dekat Puteri yang Khalil bunuh Kisyah. Semua ni kerja dia, ma... tak ada orang lain lagi!" balas Damia lagi.
Air matanya dikesat dengan belakang tangan. Hatinya masih bernanah bila mengenangkan apa yang terjadi padanya ada kaitan dengan Dahlia Arissa. Dia pasti Puteri mendapat tahu tentang Khalil Asyraf membunuh Akisyah Nabilah melalui Dahlia Arissa kerana dia hanya menceritakan hal itu kepada Tengku Syed Adam.
"Kali ni Mia tahulah nak buat apa. Biar Mia dengan dia sama-sama gigit jari. Tengoklah nanti!" sambung Damia bersama dendam yang baru tercipta. Dendam yang akan membawa permusuhan yang berpanjangan.
Maaf kalau ada typo, jangan lupa vote :(
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro