Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 72

BERHENTI sahaja kereta, Bella terus keluar dan berlari-lari anak masuk ke dalam rumah Syahfina yang pintunya sudah dibuka luas itu. Langkahnya terhenti bila melihat Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa keluar dari rumah Syahfina. Tegang sahaja wajah pasangan suami isteri itu.

"Everything's fine, right?" tanya Bella. Dia dan Amir Haikal juga turut tahu akan rancangan mereka pada malam itu.

Dahlia Arissa hanya mengangguk. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi seolah-olah telah menyekat perkataan keluar daripada mulutnya. Seakan-akan mimpi!

"Kita orang balik dulu." Hanya sebaris ayat itu yang mamlu terluah daripada mulut Dahlia Arissa setelab melihat Tengku Syed Adam sudah laju melangkah ke hadapan. Sempat juga suaminya itu bersalaman dengan Amir Haikal walaupun kedua-dua mereka tidak mengeluarkan kata. Tetapi Amir Haikal tidak pula merasa apa-apa. Dia faham situasi yang dihadapi Tengku Syed Adam pada saat ini.

"Take care," pesan Amir Haikal kepada Dahlia Ariss tatkala sepuounya itu lalu disebelahnya.

Dahlia Arissa mengangguk. Dia terus mengejar langkah Tengku Syed Adam. Hati yang sebal mengenangkan apa yang terjadi masih menghantui dirinya. Dia tidak menyangka Damia berkomplot dengan abang sepupunya sendiri untuk menghancurkan kebahagiaannya. Dan dia juga tidak menduga apabila Aunty Syida seakan-akan merestui perbuatan terkutuk anaknya itu.









"MENYESAL aku ada kawan macam kau, tahu tak? Sanggup kau tikam aku dari belakang!" jerit Damia kepada Syahfina yang berdiri di muka pintu sambil membelakangkan Damia dan Aunty Syida kerana matanya menghantar kepulangan Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa. Dia juga dapat menangkap kehadiran kereta Amir Haikal sebelum berpaling menghadap wajah Damia dan Aunty Syida semula.

"Aku pun menyesal sebab berkawan dengan orang macam kau, Mia. Sebelum apa-apa jadi, baik kau orang balik. Sebab aku ada tetamu lain." Syahfina menjawab tenang.

Pandangan mata Damia dan Aunty Syida menyorot ke pintu. Bella sudah pun berdiri tegak di situ. Dia dan Amir Haikal memang bercadang ke rumah Syahfina. Takut Syahfina diapa-apakan oleh Damia, Aunty Syida dan juga Khalil Asyraf. Hati manusia sukar diramal. Bila dendam dan sakit hati bersatu, apa-apa pun boleh dilakukan untuk memuaskan hati yang panas membara.

"Mari kita balik, Mia. Kita tak akan mati kalau hilang kawan makan kawan macam ni," sindir Aunty Syida. Tubuh Damia dipapah apabila anaknya itu kelihatan susah benar hendak bangkit dari lantai.

"Saya pun tak akan mati tak ada kawan macam aunty dengan anak aunty ni," balas Syahfina lalu menuju ke muka pintu.

"Kau orang boleh keluar sekarang," halau Syahfina sambil menunjuk ke arah luar.

"Aku akan cari kau lagi, Fina!" Damia berbisik ke telinga Syahfina saat bahunya bersentuh dengan musuh terbarunya itu.

"Aku tunggu." Bersahaja Syahfina menjawab.

Aunty Syida mencebik. Geram dengan Syahfina yang menjadi gunting dalam lipatan atas kejadian malam itu.

Kurang ajar punya perempuan! Berani dia bocorkan rahsia kita orang semua! Marah Aunty Syida di dalam hati. Langkah dilajukan unguk meninggalkan rumah yang telah menjadi saksi penceraian anak tunggalnya itu.











TANGAN kanan Dahlia Arissa digenggam kemas Tengku Syed Adam yang sedang memandu di sebelah. Sejak kereta meninggalkan kawasan rumah Syahfina, kedua-dua mereka mendiamkan diri. Tidak bersuara langsung. Masing-masing masib memikirkan apa yang terjadi di rumah Syahfina sebentar tadi.

"Sayang okey?" Akhirnya Tengku Syed Adam merobohkan tembok kebisuan di antara mereka berdua.

"Abang?" Dahlia Arissa pula bertanya. Tadi yang mengamuk sakan, suaminya. Dia pula lebih banyak memerhati dan mendiamkan diri.

Tengku Syed Adam menoleh sekilas isterinya. Dia mengangguk.

Anggukan itu sudah cukup memberi jawapan kepada Dahlia Arissa. Jawapan yang mengatakan dirinya sudah okey. Walaupun perasaan marah kepada tiga orang hamba Allah tadi masih bersisa, tetapi dia tidak akan melempiaskan perasaan itu kepada Dahlia Arissa. Terdengar keluhan halus daripada isterinya.

"Sampai hati dia orang buat kita macam ni," jelas perasaan kesal berbaur dalam nada suaranya.

Tengku Syed Adam mengemaskan lagi genggaman tangan mereka yang sedang bertaut itu. Matanya tetap memandang ke jalan raya.

"Tak apalah sayang, kita reda je dengan apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan kebenaran kepada kita."

"Syukur alhamdulillah, Ya Allah..." lafaz Dahlia Arissa setelah mendengar kata-kata lembut yang keluar daripada mulut suaminya. Matanya mula berkaca. Mengakui kekuasaan Yang Maha Esa.

"Semoga semuanya berakhir malam ini," doa Dahlia Arissa perlahan.

"Amin." Pantas Tengku Syed Adam mengaminkam doa isterinya itu. Dia juga berharap agar kemelut seperti ini tidak menganggu kerukunan rumah tangga mereka lagi.













TANPA bersarapan, Tan Sri Mokhtar terus ke rumah Tengku Syed Idris sebaik sahaja mendapat panggilan daripada besannya itu. Daniel Amriza dan juga Maisarah terpinga-pinga melihat papa mereka keluar tergesa-gesa meninggalkan rumah.

Sampai di rumah Tengku Syed Idris, bermacam-macam pula soalan dilontarkan kepada anak menantunya itu. Tengku Syed Idris dan Tengku Najihah turut ada sekali. Mereka juga ingin mendengar cerita sebenar yang terjadi pada malam tadi. Mengucap panjang Tan Sri Mokhtar mendengar cerita Tengku Syed Adam. Dahlia Arissa yang duduk di sebelah suaminya hanya mendiamkan diri. Dia hanya bersuara bila ada yang bertanya.

"Habis tu, macam mana dengan Damia?" tanya Tengku Najihah perlahan. Kecewa sungguh dia atas perbuatan Damia terhadap keluarganya.

"Adam dah ceraikan dia."

Semua yang ada di situ terdiam. Hanya terdengar suara Kak Wani mengagah Tengku Syed Muiz.

"Eloklah tu," kata Tengku Syed Idris. Ringkas.

Yang lain hanya berpandangan sesama sendiri.

Dahlia Arissa pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Namun langkahnya mati di kerusi yang ada di dapur. Dia melabuhkan punggung di situ. Fikirannya jauh melayang sehingga dia tidak sedar akan kehadiran Kak Wani di sisinya.

"Jauh termenung?" tegur Kak Wani sambil tersenyum.

Dahlia Arissa tersentak. Dia menoleh ke arah Kak Wani yabg sudah duduk tegak di sebalahnya.

"Mana Muiz?" tanyanya. Tangan Kak Wani menunjuk ke arah ruang tamu. Isyarat itu jelas menunjukkan Tengku Syed Muiz ada bersama mereka yang ada di ruanh tamu itu. Dahlia Arissa terus mengambil mangkuk lalu dibawa ke meja yang ada di ruang makan. Dia kembali semula ke dapur. Matanya singgah lagi ke mata Kak Wani yang sedang merenungnya.

"Err... kenapa akak renung Lia macam tu?"

"Lia ada masalah ke? Akak perasan sejak awal pagi tadi Lia asyik termenung je."

Dahlia Arissa kembali duduk di kerusi yabg ditibggalkannya tadi. Wajah Kak Wani dipandang lama. Rambut yang jatuh ke pipi diselitkan ke telinga.

"Lia masih ralat dengan apa yang terjadi, Kak Wani. Kalau Lia tahu anak yang Damia kandung tu bukan anak Adam, mesti Lia tak izinkan Adam bernikah dengan Damia. Lia tak akan bermadu dengan perempuan tu," luah Dahlia Arissa perlahan. Itulah yang membelenggu fikirannya sejak dia mendapat tahu hal yang sebenar.

Kak Wani menepuk lembut belakang tapak tangan Dahlia Arissa yang terdampar di atas meja itu.

"Itu kalau Lia tahu. Tapi Lia tak tahu, kan?"

"Entahlah, Kak. Lia menyesal sangat tak ikut saranan Kate dengan Qilah dulu untuk buat DNA test dekat baby yang Mia kandungkan tu. Kalau tak, mesti benda macam ni tak akan jadi, kan? Adam pun tak akan tanggung dosa sebab membelakangkan bini kedua dia tu."

Tersentuh hati Kak wani mendengar luahan rasa Dahlia Arissa. Pasti jiwa wanita iti tertekan dengan apa yabg dilaluinya.

"Sabarlah. Allah dah atur semua tu. Kalau Adam tak berkahwin dengan Mia sekalipun, belum tentu Mia dengan mama dia nak lepas tangan macam tu je. Macam-macam benda lain yang dia orang boleh lakukan untuk haru-birukan hidup Lia dengan Adam. Yang paling penting sekarang, Adam dah bercerai dengan Damia. Dan Adam dah jadi milik Lia dengan Muiz je. Tak ada yang lain. Insya-Allah." Panjang lebar Kak Wani menenangkan menantu kesayangan majikannya itu.

"Jom kita sediakan sarapan. Takkan dia orang nak makan mangkuk kosong kat depan tu," kata Kak Wani mengingatkan mangkuk kosong yang dibawa oleh menantu majikannya sebentar tadi.

Dahlia Arissa sudah pun tersenyum. Dia mencapai beberapa biji cawan lalu disusun ke dalam dulang sebelum dibawa ke hadapan. Kak Wani pula membawa kuah laksa Sarawak dalam mangkuk besar. Haruman kuah itu sudah cukup membuatkan perut isi rumah itu diserang kelaparan. Cerita mereka yang belum habis di ruang tamu tadi, dibawa sampai ke meja makan. Dan kali ini perbualan mereka disertai oleh Kak Wani yang turut diajak bersarapan bersama.














TERBIT sebuah senyuman di wajah Tengku Syed Adam bila melihat jari halus Dahlia Arissa memicit lembut dahinya. Selepas solat asar tadi dia mengadu sakit kepala kepada isterinya itu. Mendengar aduan itu terus Dahlia Arissa memberi Panadol kepada Tengku Syed Adam. Selepas menelan ubat itu, Tengku Syed Adam diarah baring di atas katil kerana ingin memicit dahi suaminya.

"Pandai sayang mengurut," puji Tengku Syed Adam. Sempat tangannya mengelus lembut pipi Dahlia Arissa.

"Kat spa Lia selalu jugak buat massage kat customer."

"Ya ke? Setahu abanglah kan, staf sayang je yang buat semua tu. Sayang massage customer lelaki ke perempuan?"

"Lelaki."

"What?" Tengku Syed Adam yang enak berbaring tadi sudah duduk tegak di hadapan isterinya itu. Dahlia Arissa sudah pun mengekek ketawa. Gurauannya menjadi juga.

"Sayang jangan main-main benda macam ni dengan abang. Boleh jatuh tergolek abang kalau jari milik isteri abang ni massage lelaki lain." Laju sahaja Tengku Syed Adam menyusun kata. Tidak sanggup dia membayangkan andai kata Dahlia Arissa membuat urutan ke atas lelaki lain. Mahu gila meroyan dia kalau benda tu terjadi.

"Lia gurau jelah. Lagipun kalau ada customer lelaki datang kat spa Lia, dah tentu staf lelaki yang akan handle. Macam tu jugak sebaliknya. Lia tak nak spa Lia tu jadi tempat yang bukan-bukan pulak kalau benda macam ni pun Lia pandang ringan," terang Dahlia Arissa.

"Janji yang sayang tak akan massage orang lain?" pinta Tengku Syed Adam lalu menunjukkan jari kelengkengnya. Konon-konon berjanji.

Tergelak Dahlia Arissa melihat gelagat suaminya itj. Haiii... macam budak kecik je dia ni, bisik Dahlia Arissa di dalam hati. Namun dia tetap memadankan jari kelengkengnya dengan jari kelengkeng suaminya. Mematerikan janji.

"Macam tulah isteri abang. Meh sayang sikit," kata Tengku Syed Adam lalu mengucup pipi isterinya. Dahlia Arissa tidak sempat mengelak.

"Dah tak sakit lagi ke kepala tu?" sindir Dahlia Arissa bila melihat suaminya sudah kelihatan bertenaga. Tidak macam tadi, asyik memegang dan memicit kepala sahaja. Tengku Syed Adam mendehem beberapa kali. Tubuhnya dibaringkan semula di dada katil.

"Dah sakit baliklah, sayang. Tolong sambung urut," jawab Tengku Syed Adam dengan suara yang dibuat-buat seperti orang sedang sakit. Tiba-tiba terasa lengannya dicubit. Menjerit Tengku Syed Adam dibuatnya.

"Sakitlah sayang!" rungut Tengku Syed Adam sambil mengusap lembut lengannya. Kali ini cubitan Dahlia Arissa memang berbisa daripada sebelumnya.

"Tu, lah. Mengada-ada lagi. Kan kena dah," balas Dahlia Arissa lalu cuba bangkit dari katil.

Namun Tengku Syed Adam lebih pantas bertindak bila tangannya sudah pun merangkul erat pinggang Dahlia Arissa sehingga membuatkan isterinya itu jatuh di sebelahnya.

"Abang!" Geram Dahlia Arissa dengan Tengku Syed Adam yang sentiasa pandai mengambil kesempatan. Dia sebenarnya ingin menjenguk Tengku Syed Muiz yang sejak tadi dibawa Tengku Najihah ke dalam biliknya.

"Ya sayang..." jawab Tengku Syed Adam dengan nada yang sedikit berlagu. Bibirnya sudah pun menguntum senyum.

"Lia nak ambik Muiz dekat ibu," kata Dahlia Arissa lalu cuba mengalih tangan suaminya. Tengku Syed Adam menggeleng-gelengkan kepala.

"Tak payah ambik Muiz dulu,"

"Kenapa pulak?"

"Sebab sayang kena layan papa Muiz dulu sebelum layan Muiz," jawab Tengku Syed Adam sambil tersengih.

Dahlia Arissa mencebik. Makin menjadi-jadi pulak papa Muiz ni, getusnya dalam hati.

"Eee... mengada betullah papa Muiz ni," jawab Dahlia Arissa lalu cuba melepaskan diri daripda pelukan Tengku Syed Adam, namun tidak berjaya. Dia memandang wajah suaminya mohon dilepaskan.

"Yalah, yalah abang lepaskan... tapi malam karang abang tuntut tau," ujar Tengku Syed Adam lalu mengalih tangannya dafipada Dahkia Arissa.

Satu ciuman nakal daripda Dahlia Arissa singgah dibibirnya. Tengku Syed Adam terkedu. Jarang benar isterinya membuat tindakan spontan seperti itu. Namun sebelum tubuh langsing milik isterinya hilang ditelan daun pintu, dia sempat mengucapkan terima kasih.

Dahlia Arissa hanga mengangguk sambil tersenyum malu. Dekat bibir tu, bukan pipi tau!











maaf jika ada typo atau kekurangan  :)  vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro