bab 70
PETANG itu, spa Dahlia Arissa didatangi oleh Syahfina dan Bella. Sejak ditimpa kemalangan tempoh hari, Syahfina sudah pun menunjukkan perubahan yang positif dalam hidupnya. Dia mula rapat dengan Bella. Begitu juga dengan Dahlia Arissa.
"Ramainya customer," tegur Bella ketika mereka melalui ruangan menunggu itu.
Dahlia Arissa hanya tersenyum. Sesekali dia disapa oleh beberapa orang pelanggan tetapnya di situ. Bella dan Syahfina yang berada di belakang Dahlia Arissa turut lebar dengan senyuman.
"Kenapa tak cakap nak datang? Nasib baik Lia ada kat sini," tanya Dahlia Arissa kepada Syahfina dan Bella.
"Saja nak bagi surprised yang tak berapa nak menjadi ni," seloroh Syahfina sambil membetulkan tudung di kepalanya.
Dahlia Arissa masih lagi menguntum senyum. Mata Bella sudah menerawang ke seluruh ruang pejabat milik Dahlia Arissa. Cantik dan kemas. Sepadan dengan tuan empunyanya.
"Persiapan majlis awak macam mana pulak, Bella?" tanya Dahlia Arissa lalu melabuhkan punggung ke kerusi kulit yang empuk itu. Syahfina dan Bella mengambil tempat di hadapan Dahlia Arissa.
"Tunggu nak berlangsung je lagi," balas Bella sambil tersenyum malu.
Syahfina sudah pun mengangkat kening apabila Bella kelihatan malu-malu sahaja. Gembira rasa hatinya bila Amir Haikal mendapat gadis sebaik dan semulia Bella. Dia sendiri sentiasa berdoa agar jodoh bekas suaminya itu berkekalan dengan Bella. Begitu juga jodoh Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam. Cuma jodohnya sahaja diserahkan bulat-bulat pada Yang Maha Esa.
"Nanti Kak Fina follow pihak lelaki ke pihak perempuan?" Kali ini soalan Dahlia Arissa ditujukan kepada Syahfina. Syahfina mengerutkan dahi, tanda sedang berfikir.
"Rasanya lebih manis kalau akak ikut pihak lelaki. Lagipun, mummy ajak akak ikut pihak lelaki. Takkan nak menolak pulak." Lembut tutur kata yang terkeluar daripada mulut Syahfina. Dahlia Arissa dan Bella hanya mengangguk.
"Kejap tau, Lia nak ambik air dekat pantry kejap. Tak best pulak sembang macam ni tapi tak ada air, kan?" kata Dahlia Arissa lantas terus berlalu.
Bila sahaja Dahlia Arissa membuka peti ais, baru dia tersedar bahawa stok minuman yang sememangnya sentiasa ada selama ini telah pun habis. Ingin menyuruh stafnya ke kedai yang berhampiran, masing-masing sedang sibuk melayan pelanggan. Mahu tak mahu, dia sendiri harus keluar membeli.
Pada saat ingin menghampiri kios kedai serbaneka dua puluh empat jam itu, Dahlia Arissa terpaku pada dua susuk tubuh manusia yang sedang berjalan keluar dari 7-Eleven itu. Niatnya terbantut untuk membeli air di 7-Eleven setelah melihat Damia dan Khalil Asyraf jalan beriringan menuju ke kereta.
Kenapa Damia kelihatan rapat sangat dengan Abang Khalil? Atau Abang Khalil tu doktor panel Damia? Eh, tak mungkin! Dahlia Arissa mula bersoal jawab di dalam hati. Tanpa sedar langkahnya sudah sampai ke pintu utama spa. Dia terus ke pejabat untuk mendapatkan Syahfina dan Bella.
"Err... air kat pantry tak ada pulak. So, apa kata kita keluar minum kejap?" cadang Dahlia Arissa.
Syahfina dan Bella hanya menurut. Lagipun lebih santai rasanya bersembang di luar berbanding di dalam pejabat Dahlia Arissa. Sekali lagi mereka bertiga beriringan keluar dari spa itu.
"SAYANG keluar berdua je ke?" tanya Tengku Syed Adam di hujung talian.
"Haah, keluar berdua. Makan dekat kedai mamak area spa Lia je," beritahu Dahlia Arissa. Sebentar tadi Amir Haikal datang bertemu dengannya di spa lalu mengajaknya makan tengah hari bersama. Sebelum bersetuju, dia meminta kebenaran daripada suaminya dulu.
"Okey. Hati-hati tau, sayang. Kalau Amir tu ayat sayang, sayang jangan cair tau," usik Tengku Syed Adam sambil tergelak. Dia sebenarnya sudah boleh terima keakraban Dahlia Arissa dan Amir Haikal. Sebab itu dia sudah tidak kisah isterinya itu keluar dengan lelaki yang pernah dicemburuinya itu.
"Ada-ada je abang ni, tau! Abang tu jangan lupa lunch. Malam karang Lia masak telur asin masak lemak, ya. Kan abang teringin nak makan..."
"Stop! Jangan sebut lagi. Terliur dah abang ni. Tapi jangan lupa kailan ikan masin abang," sempat lagi Tengku Syed Adam berpesan kepada Dahlia Arissa akan menu kegemarannya itu.
"Ya, Lia tahu. Okeylah, nanti kita jumpa dekat rumah ya. Assalamualaikum abang."
"Waalaikumussalam. Love you, sayang."
"Love you too."
Amir Haikal yang sedang bersandar di pintu pejabat Dahlia Arissa sudah menarik nafas lega bila mendapat tahu Tengku Syed Adam mengizinkan sepupunya itu untuk makan bersama. Dari perbualan Dahlia Arissa tadi, dia tahu Dahlia Arissa bahagia dengan Tengku Syed Adam. Amir Haikal juga sedar, tiada siapa yang lebih layak mendampingi Dahlia Arissa selain daripada Tengku Syed Adam. Dan sesungguhnya Tengku Syed Adam merupakan lelaki bertuah kerana berjaya memikat gadis seperti Dahlia Arissa.
"Kenapa tercegat lagi dekat situ? Lia dah lapar ni," tegur Dahlia Arissa kepada Amir Haikal yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri dan bersandar itu.
Amir Haikal yang seakan-akan baru tersedar daripada lamunan itu terus mengekori langkah Dahlia Arissa. Dia ni kalau bab makan memang cepat je! omel Amir Haikal bila melihat bayang Dahlia Arissa sudah jauh darinya.
TENGKU SYED ADAM masih berada di pejabat walaupun jam hampir menjejak ke angka tujuh malam. Esok dia akan mula bercuti selama tiga hari dan sepanjang tempoh cutinya itu, syarikat akan diuruskan oleh abahnya semula. Lenguh di badan mula terasa. Regangan badan dibuat untuk mencari keselesaan setelah sehari suntuk dia berkurung di pejabat. Tengah hari tadi pun dia hanya makan burger McChicken yang dipesan oleh Dahlia Arissa setelah isterinya itu mendapat tahu dia belum makan ketika jam sudah menunjukkan ke pukul tiga petang.
"Boleh aunty masuk?"
Hampir terlompat Tengku Syed Adam melihat Aunty Syida sudah pun terjengul kepala di sebalik daun pintu. Tengku Syed Adam mengurut-urut dadanya. Terkejut dengan kemunculan Aunty Syida secara tiba-tiba itu.
"Ada apa aunty datang cari saya sampai ke sini?" soal Tengku Syed Adam kepada Aunty Syida. Sejak berkahwin dengan Damia, Tengku Syed Adam belum pernah lagi memanggil Aunty Syida dengan panggilan 'mama.' Dan Aunty Syida sedia maklum akan hal itu.
"Nah, tengok ni," kata Aunty Syida lalu menghulurkan sampul surat yang memang ada di tangannya sejak tadi.
Tengku Syed Adam mencapai sampul surat itu sambil bersandar di kerusi.
"Kamu tengok apa yang bini kesayangan kamu tu buat dekat belakang kamu. Dia makin ligat dengan sepupu dia si Amir tu. Bukan dia tak tahu yang dia dah ada suami, tapi masih juga nak layan Amir. Amir tu pun satu, dah nak berkahwin tapi masih lagi nak mengendeng Dahlia. Nanti tak pasal-pasal jadi macam kes dia dengan Fina dulu." Panjang lebar Aunty Syida berhujah.
Tengku Syed Adam yang sedang melihat gambar-gambar Dahlia Arissa dan Amir Haikal hanya mendiamkan diri. Hatinya dicuit dengan rasa sakit hati. Bukan sakit hati dengan apa yang dilihatnya pada gambar itu, tetapi sakit hati terhadap Aunty Syida. Orang tua yang cuba memfitnah isterinya.
"Itulah kamu, Damia yang dah elok-elok buat baik kat kamu tapi kamu buat endah tak endah je dia. Kamu tahu tak dia dah banyak makan hati dengan kamu? Dengan bini pertama kamu tu? Kamu tahu tak semua tu? Kesianlah dekat Mia tu, Adam. Bagi dia peluang untuk dia jadi isteri kamu. Ni tak, dua puluh empat jam kamu asyik berkepit dengan Dahlia je. Kamu tak adil dalam berpoligami!" sambung Aunty Syida lagi.
Hatinya pula yang sakit apabila melihat Tengku Syed Adam yang seakan tidak menunjukkan reaksi marah pada gambar yang diambil tengah hari tadi. Dalam cuaca panas, dia nekad mengintip jejak Dahlia Arissa dan Amir Haikal. Beberapa keping gambar telah dicetak dan diserahkan kepada Tengku Syed Adam dengan harapan Tengku Syed Adam marah dan bengang dengan Dahlia Arissa.
"Apa tujuan aunty buat semua ni?" tanya Tengku Syed Adam sedikit mendatar. Gambar-gambar yang ada di dada meja dimasukkan semula ke dalam sampul surat.
"Aunty buat semua ni untuk anak aunty jugak. Untuk kamu. Supaya kamu tak tertipu dengan helah bini pertama kamu tu! Kamu suka kalau bini kamu berkepit dengan lelaki lain?"
Tengku Syed Adam sudah pun ketawa mengejek. Teringat dia akan cerita Dahlia Arissa tentang kemesraan antara Damia dengan Khalil Asyraf yang pernah dilihat oleh isterinya sebelum ini.
"Saya tak kisah kalau Arissa nak keluar dengan Amir sekalipun sebab Dahlia Arissa dah mintak kebenaran daripada saya. Dan gambar ni aunty ambik tengah hari tadi, kan? Masa dia orang makan dekat kedai mamak area spa Arissa. Betul tak?"
Terlopong mulut Aunty Syida dengan pernyataan Tengku Syed Adam. Ternyata menantunya itu tahu akan Dahlia Arissa keluar dengan Amir Haikal. Rancangan mereka tidak menjadi lagi kali ini.
"Sudah-sudahlah aunty dengan Mia tu buat fitnah dekat Rissa. Aunty tu dah tua. Daripada aunty sibuk dengan hal orang lain, baik aunty sibuk dengan hal sendiri. Rasanya banyak hal yang aunty tak settle lagi, kan? Itu belum cakap hal dunia, belum hal akhirat lagi." Nasihat Tengku Syed Adam.
Cukup pedas bila sampai ke telinga Aunty Syida. Tanpa menunggu lama dia terus keluar dari pejabat menantunya itu. Berbulu telinganya bila 'dipersekolahkan' oleh Tengku Syed Adam
Kita nak sakitkan hati dia, alih-alih kita pulak yang sakit hati! Rungut Aunty Syida di dalam hati.
Shaa nak vote shaa, korang tak kesian ke kat shaa yang penat type panjang2 perah otak cari idea untuk karang sini. Shaa pikir dua tiga kali bila buat story dalam wattpad ni if dapat sambutan or not bila buat story kt sini nanti, :((( plsss
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro