bab 68
PETANG itu, Damia menemui Syahfina di hospital. Dia baru dapat tahu Syahfina terlantar di hospital pada pagi tadi setelah seminggu temannya itu kemalangan. Keadaan Syahfina juga semakin membaik, cuma perubahan Syahfina membuatkan Damia mula menaruh curiga.
"Sampai hati kau tak cakap dekat aku yang kau accident. Nasib baik aku terdengar perbualan Adam dengan Lia pagi tadi. Patut pun aku call kau banyak kali tapi tak dapat-dapat," rungut Damia sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi. Syahfina hanya tersenyum.
"Maaflah, phone aku rosak masa accident tu," akui Syahfina.
Damia merengus kasar.
"Lain macam je aku tengok kau ni."
Syahfina menarik selimut sehingga ke paras dada.
"Apa yang lainnya?"
"Tu yang kat kepala kau tu."
"Maksud kau, tudung ni?"
"Yalah. Sejak bila pulak kau join aku jadi ustazah ni?" sindir Damia.
Temannya itu tidak menjawab sebaliknya hanya terus menguntum senyum. Dada Damia mula berdebar-debar. Takkan dia ni dah berubah hati kut? Kalau dia bocorkan rahsia aku macam mana? Gila!
"Kau... kau ni ada plan lain ke sampai nak bertudung segala?" Bergetar lontaran suara Damia.
"Lebih kurang macam tulah," balas Syahfina bersahaja. Dia memang mempunyai rancangan yang lain tetapi bukanlah rancangan kotor macam yang dia lakukan sebelum ini. Mendengar kata-kata Syahfina itu membuatkan Damia menarik nafas lega.
"Baguslah kalau macam tu. Aku cuma takut kau dapat hidayah je. Tapi bila difikir balik, orang macam kita ni tak layak kut dapat hidayah daripada tuhan?" Damia sudah pun tergelak selepas menghabiskan kata-katanya.
Syahfina hanya mampu beristighfar di dalam hati. Allah itu Maha Penyayang, Mia. Aku harap satu hari nanti kau akan dapat hidayah macam yang aku dapat ni, doa Syahfina di dalam hati.
KERIUHAN di pasar malam itu tidak menjejaskan perbuatan antara Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa. Sesekali jari-jemari mereka berdua bertaut untuk mengelak daripada terpisah. Mata Dahlia Arissa sudah meliar mencari buah delima. Ini semua gara-gara dia terbaca tentang buah tersebut di akhbar siang tadi.
"Rasanya tak adalah sayang," kata Tengku Syed Adam setelah mereka sampai di penghujung pasar malam yang khemahnya berbaris panjang itu.
Dahlia Arissa tidak menjawab, sebaliknya dia terus menuju ke sebuah gerai buah-buahan. Dia mencuit lengan suaminya lalu menunjukkan buah delima yang berlonggok di situ.
"Alhamdulillah, ada jugak." Lafaz Tengku Syed Adam sambil menghampiri gerai tersebut.
Dahlia Arissa mula memilih beberapa biji buah delima. Suaminya pula sudah ligat bersembang dengan pak cik yang menjual buah delima itu.
"Orang rumah mengidam ke?" tanya pak cik itu sambil mengerling ke arah Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam sudah pun tergelak.
"Yalah kut." Selamba sahaja Tengku Syed Adam menjawab.
Hampir terjojol mata Dahlia Arissa mendengarnya.
"Patut pun. Anak yang pertama ke?" Berminat pula pak cik itu hendak tahu tentang pasangan yang kelihatan sepadan itu. Meletus lagi tawa Tengku Syed Adam.
"Dah nak masuk yang kedua pun, pak cik," bisik Tengku Syed Adam perlahan. Takut didengari pembeli lain yang turut memilih buah delima di situ.
Dahlia Arissa menyerahkan buah delima yang dipilihnya kepada pak cik itu. Sementara pak cik itu membungkus buah tersebut, dia merapatkan tubuhnya dengan Tengku Syed Adam.
"Pandai je abang cakap yang Lia ni mengidam ya..." bisik Dahlia Arissa perlahan. Tengku Syed Adam hanya tersengih.
"Kata-kata tu satu doa, tau. Mana tahu masin je mulut pak cik tu, terus tak lama lagi Muiz dapat adik. Mesti meriahkan?" Tengku Syed Adam sudah pun mula menganyam angan-angan. Dia memang inginkan anak ramai. Sekurang-kurangnya empat atau lima orang.
"Eee... Muiz tu kecik lagi, abang. Abang ingat senang ke nak mengandung, nak bersalin?"
"Eh, sayang ingat nak buatkan sayang tu mengandung senang jugak ke? Susah tahu tak. Siang malam abang kena kerja keras. Ni, lutut ni dah naik lenguh-lenguh dah. Sayang kena urut malam ni, tau. Tak kira kena urut jugak," balas Tengku Syed Adam sambil menunjukkan lutunya bersama wajah yang selamba.
Terlopong mulut Dahlia Arissa mendengar jawapan suaminya. Ada sahajalah dia ni! omel Dahlia Arissa di dalam hati.
"Ni buahnya. Enam biji sepuluh ringgit. Lepastu pak cik bag extra dua biji. Mana tahu dapat anak kembar. Insya-Allah..." celah pak cik tadi lalu menyerahkan bungkusan buah delima kepada Tengku Syed Adam.
Dahlia Arissa sudah menggigit bibir.
"Amin. Pak cik doa-doakanlah ya," jawab Tengku Syed Adam penuh ramah.
"Sudah semestinya."
Ketika berjalan menunu ke kereta, mereka berdua ternampak Damia bersama Aunty Syida sedang bertengkar tidak jauh dari tempat mereka parkir kereta. Damia bersandar pada keretanya, manakala Aunty Syida bercekak pinggang di hadapan anaknya. Nasib baik kedudukan mereka agak terlindung daripada pandangan dua beranak itu. Tengku Syed Adam sudah pun memandang Dahlia Arissa.
"Bukan ke Aunty Syida dekat Bandung?" tanya Dahlia Arissa.
Tengku Syed Adam yang sudah membuka pintu kereta tidak terus menjawab, sebaliknya dia cepat-cepat meletakkan bungkusan buah delima di tempat duduk belakang. Tidak lama kemudian dia mengunci kereta semua sebelum menarik lengan isterinya.
Dahlia Arissa yang masih terpinga-pinga dengan gelagat Tengku Syed Adam hanya menurut. Tidak lama kemudian, Tengku Syed Adam berhenti di tepi kereta Toyota Alphard. Bersebelahan dengan kereta Damia.
"Nak mengintip ke?" Sengih Dahlia Arissa namun dengan nada yang perlahan.
Tengku Syed Adam hanya tersenyum sebelum cuba mendengar perbualan antara Damia dan Aunty Syida.
Dahlia Arissa turut menghimpitkan tubuhnya dekat dengan Tengku Syed Adam. Suasana yang sudah merangkak ke malam itu membuatkan keadaan sekeliling mula kelam. Membataskan pandangan manusia.
"MIA tu anak mama, takkan anak mama sendiri tak dapat nak tolong mama?" marah Aunty Syida.
Beberapa orang awam yang lalu lalang di situ tidak dipedulikan. Damia sudah ketap bibir. Geram dengan mamanya yang langsung tidak faham dengan apa yang dijelaskannya sebelum ini.
"Kan Mia dah cakap, Mia tak ada duit sebanyak tu!" balas Damia. Perutnya yang semakin sarat itu dipegang.
"Habis tu, takkan laki Mia tu tak ada bagi apa-apa dekat Mia?"
Damia merengus. Memang Tengku Syed Adam sentiasa memberi duit belanja untuknya setiap bulan, tetapi duit itu untuk dirinya dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Termasuk mamanya sendiri!
"Adam tak ada bagi apa-apa pun dekat Mia," bohong Damia.
Aunty Syida sudah mengeluh kasar. Kata-kata Damia ada benarnya kerana dia tahu bagaimana layanan Tengku Syed Adam terhadap anak tunggalnya itu.
"Tapi takkan tak ada sikit pun duit simpanan Mia? Mama betul-betul perlukan pertolongan Mia ni. Mia pun tahu kan mama dah diisytiharkan muflis. Mama dah tak ada apa-apa lagi. Tolong mama, Mia..." rayu Aunty Syida. Hanya Damia sahaja tempat dia bersandar sekarang ini setelah dia ditipu oleh suaminya. Atau lebih tepat, bekas suaminya. Damia mencebik.
"Tulah mama, Mia dah cakap banyak kali yang laki mama tu bukannya boleh dipercaya sangat. Tapi mama tak dengar sebab mama tu kemaruk sangat nak dapat tittle Datin, kan? Sekarang, mana tittle 'Datin' mama tu? Tak ada, kan? Sebab abang kepada laki mama tu yang pangkat Datuk, bukannya dia! Selama ni pun dia pergi function sana sini sebab dia dah diwakilkan oleh abang dia, kan? Tapi mama tetap percaya yang laki mama tu Datuk. Datuk apa ke benda kalau makan minum masih ditanganggung oleh abang dia? Bila dah kahwin dengan mama, semua harta mama dia dah kikis. Lepas tu dia ceraikan mama dan cari perempuan lain pulak. Yang merananya mama, yang jadi jandanya pun mama dan yang jadi miskin pun mama jugak! So, padan dengan muka mama!" hujah Damia panjang lebar. Sakit hatinya apabila mendapat tahu mamanya senang-senang ditipu oleh lelaki yang berlagak Datuk tetapi sebenarnya menumpang pangkat Datuk yang ada pada abangnya. Mencerlung mata Aunty Syida mendengar leteran anaknya.
"Mia sedar tak dengan siapa Mia bercakap ni? Mia tahukan yang mama banyak simpan rahsia hidup Mia. Kalau Mia boleh buat mama macam ni, mama pun boleh buat lebih daripada ni, Mia!" Kali ini Aunty Syida sudah mengugut anaknya. Dia tidak punya cara lain bila melihat Damia seakan-akan tidak mahu membantunya. Bibirnya diketap. Benci dengan ugutan mamanya itu.
"Yalah, yalah. Mia cuba tolong mama. Masuk dalam kereta dulu. Orang pun dah pandang semacam dah kat kita ni," akhirnya Damia mengalah. Takut juga dia akan ugutan mamanya itu.
Aunty Syida sudah tersenyum lega. Keputusannya untuk balik ke Malaysia nampaknya tidak sia-sia.
SETELAH agak lama berdiri di situ, Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa mula mengatur langkah menuju ke kereta mereka semula. Masing-masing mendiamkan diri. Masing-masing mencernakan perbualan antara Damia dan mamanya. Sudah semestinya perkataan rahsia itulah yang lebih menarik minat mereka.
"Abang tak sedap hatilah, sayang." Tiba-tiba Tengku Syed Adam memecah kebisuan antara mereka berdua. Ketika itu mereka sudah pun berada di dalam kereta. Enjin sudah pun dihidupkan sebelum meluncur laju membelah jalan raya.
"Lia pun. Lagi-lagi bila dengar pasal rahsia yang Aunty Syida sebutkan tadi. Entah-entah rahsia itu ada kaitan dengan abang tak?" Dahlia Arissa mulak serkap jarang.
Tengku Syed Adam hanya jongket bahu. Di dalam hatinya juga memikirkan perkara yang sama. Kalau benar rahsia itu ada kaitan dengan dirinya, dia berharap sangat segalanya akan terbongkar tidak lama lagi. Tapi rahsia apa? Tengku Syed Adam tertanya-tanya sendiri.
Vote :((
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro