Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 61

BAU sambal sotong membuka selera Tengku Syed Adam yang sudah pun segak dengan baju kemeja berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar slack berwarna kelabu gelap. Tali leher yang berwarna hitam berbelang putih itu menyerlahkan lagi ketampanannya. Damia hanya mencuri pandang wajah suaminya. Sememangnya Tengku Syed Adam tergolong jejaka tampan yang boleh meruntuhkan hati mana-mana wanita.

"Muiz mana, ibu?" tanya Tengku Syed Adam kepada Tengku Najihah yang kelihatan berlenggang menghampiri meja makan. Tengku Syed Idris pula berjalan di belakang isterinya.

"Lia ambik kejap tadi," beritahu Tengku Najihah.

Damia menghulurkan pinggan kepada suaminya. Tengku Syed Adam tetap menyambut lalu mencedok sendiri nasi lemak ke dalam pinggannya.

"Siapa yang masak nasi lemak ni?" Tengku Syed Idris pula bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Dahlia," jawab Kak Wani yang sedang menuang air kopi panas ke dalam cawan Tengku Syed Idris.

"Good Morning," sapa Dahlia Arissa yang sedang mendukung Tengku Syed Muiz yang juga sudah siap dimandikan itu.

Tengku Syed Adam ternganga melihat isterinya. Dahlia Arissa yang memakai baju kebaya labuh berwarna berwarna hitam itu kelihatan cantik sekali. Tapi kenapa tak pakai tudung? Soal Tengku Syed Adam di dalam hati. Namun matanya tidak lepas-lepas memandang wajah dan leher isterinya itu.

"Sayang nak pergi mana ni?" Laju sahaja Tengku Syed Adam bertanya sambil menarik kerusi untuk Dahlia Arissa. Tengku Syed Muiz yang berada di dalam pelukan isterinya diambil lalu dicium penuh kasih.

"Nak ikut abang pergi office. Boleh tak?"

Terkebil-kebil mata Tengku Syed Adam mendengar jawapan isterinya.

Damia sudah tidak senang duduk melihat keanggunan Dahlia Arissa membuatkan hatinya mengakui dirinya memang tidak setanding madunya. Patut pun ramai lelaki yang tergila-gilakan wanita yang bernama Dahlia Arissa itu.

"Mestilah boleh." Semangat sahaja Tengku Syed Adam menjawab.

Tengku Syed Idris dan Tengku Najihah sudah pun berpandangan sesama sendiri.

Kak Wani mengambil Tengku Muiz bagi memudahkan Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam bersarapan.

"Lia gurau jelah. Sebenarnya, Lia ada meeting pasal nak bukak cawangan baru untuk spa arwah mama tu. Jadi kenalah pakai lawa-lawa," senyum Dahlia Arissa. Tangannya menceduk nasi lemak ke dalam pinggan dan saat itu juga matanya bertembung dengan Damia. Pantas dia mengalihkan matanya.

"Habis tu takkan tak pakai tudung?" Tengku Syed Adam bertanya lagi. Buang tabiat ke apa bini aku ni?

"Kejap lagi Lia pakailah. Lagipun, meetingnya pukul sembilan nanti. Ni baru pukul tujuh lima puluh..." jawab Dahlia Arissa setelah mengerling jam di dinding.

Tengku Syed Adam kembali menjeling isterinya yang sedang berselera makan itu. Dalam masa yang sama dia dapat merasakan Damia leka memerhati dirinya namun dia tidak sama sekali membalas pandangan itu.















DAHLIA ARISSA pelik apabila melihat Tengku Syed Adam mengikutinya masuk ke dalam bilik, sedangkan dia sudah pun menyalami tangan suaminya itu. Dia terus ke meja solek untuk menyikat rambut. Rambutnya mula disikat perlahan.

"Abang ada barang tertinggal ke?" tanya Dahlia Arissa sambil memandang suaminya dari cermin meja solek.

Tengku Syed Adam menggeleng sebaliknya dia terus merapatkan diri kepada isterinya.

"Abang jangan nak mengada ya. Lia dah nak siap ni. Karang lambat pulak," tegur Dahlia Arissa apabila melihat senyuman menggoda suaminya. Sejak berkahwin dengan Tengku Syed Adam, dia tahu benar setiap bahasa tubuh suaminya itu.

"Sayang ni otak kuning je tau," usik Tengku Syed Adam sambil memeluk tubuh isterinya daripada belakang. Haruman wangian Dahlia Arissa menggetarkan hati lelakinya. Dia selalu tewas melawan gelodak jiwanya bila isterinya itu ada di sisinya.

"Tak kisahlah kuning ke, hijau ke, yang penting Lia nak siap ni. Karang tak pasal pasal lambat pulak Lia nak attend meeting," omel Dahlia Arissa sambil mengelak daripada ciuman kasih suaminya.

Tengku Syed Adam membalikkan tubuh isterinya supaya berdepan dengannya.

"Harini abang akan hantar sayang. Seram sejuk abang nak biarkan sayang pergi meeting sorang diri. Meeting dekat hotel pulak tu." Jujur sahaja Tengku Syed Adam menyuarakan rasa hatinya. Dahlia Arissa sudah pun tergelak kecil.

"Abang tak percayakan Lia ke?"

"Mestilah percaya, tapi tak salahkan kalau abang hantarkan sayang?"

"Habistu kalau Lia nak balik nanti macam mana?"

Tengku Syed Adam terdiam sejenak. Memikirkan sesuatu.

"Ala, sayang tu bukannya lama sangat meeting pun, kan? So, abang tunggu jelah kat lobi hotel." Senang sahaja Tengku Syed Adam memberi jawapan.

"Jangan nak mengada. Nanti Lia tak fokus dalam meeting sebab asyik ingat abang tunggu Lia je nanti dekat luar. Lagipun lepas meeting Lia nak singgah ke spa mama kejap," balas Dahlia Arissa lalu melangkah menuju ke arah almari. Anak tudung dicapai.

"Kalau macam tu sayang bawak kereta jelah. Tapi baik-baik tau. Sampai hotel terus call abang," pesan Tengku Syed Adam lalu merapatkan semula dirinya pada Dahlia Arissa. Dahi dan kedua-dua belah pipi Dahlia Arissa dicium perlahan.

"Abang... jangan nak lebih-lebih." Dahlia Arissa mengingatkan suaminya yang sudah pun mula memandangnya penuh makna.

"Okey, hutang dulu pagi ni ya. Malam karang abang tuntut balik," senyum Tengku Syed Adam seraya menarik dagu isterinya.

"Bye sayang. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..." balas Dahlia Arissa sambil menutup pintu. Jantungnya yang sudah bergerak pantas akibat digoda suaminya tadi dikawal sebaik mungkin. Kalau tidak mengenangkan mesyuarat penting sekejap lagi, pasti dia turut hanyut dalam belaian hangat suaminya tadi. Satu senyuman terukir di bibir.














MATA Dahlia Arissa terpaku pada Khalil Asyraf yang sudah pun tersenyum memandangnya. Di sebelah abang sepupunya itu kelihatan seorang pemuda yang seakan-akan dia kenal tetapi tidak ingat di mana pernah berjumpa dan siapa...

"Lia buat apa dekat sini?" tanya Khalil Asyraf sambil matanya meliar memerhati Dahlia Arissa dari atas sehingga bawah.

"Baru lepas meeting dengan owner hotel ni kejap tadi. Dia nak bukak spa dekat sini," jawab Dahlia Arissa.

"Erm, Lia gerak dulu ya. Sebab nak ke spa pulak. Assalamualaikum," pamit Dahlia Arissa tanpa menunggu lama. Naik rimas pula dia melihat renungan mata abang sepupunya itu. Macam nak makan orang je!












"KAU ni tengok perempuan macam nak terkam je," tegur Yusof sambil menepuk bahu Khalil Asyraf yang masih melihat kelibat Dahlia Arissa. Khalil Asyraf tersengih lalu mengikut langkah teman sekerjanya itu.

"Kau pun apa kurangnya, cuma kau tu pandai cover mata," balas Khalil Asyraf lalu melabuhkan punggung ke sofa yang ada di lobi hotel. Yusof tersengih. Memang dia turut memerhati keanggunan Dahlia Arissa sebentar tadi, tetapi tidaklah seperti Khalil Asyraf yang macam hendak terkeluar biji matanya. Tidak dinafikan Dahlia Arissa memang seorang wanita yang hampir sempurna sifatnya. Rasanya setiap mata yang memandang akan terpesona pada kejelitaan yang ada pada wanita itu. Tambahan pula perwatakan Dahlia Arissa yang sopan diselitkan lagi dengan tutur kata yang lembut membuatkan sesiapa sahaja akan terpegun padanya.

"Dia tulah yang kau nak take over masa dia tak jadi bertunang dulu, kan?"

Khalil Asyraf mengangguk.

"Tapi aku tengok husband dia not bad jugak, kan? Muda-muda lagi dah kaya," puji Yusof apabila dia teringat akan suami Dahlia Arissa yang pernah dirawatnya dulu.

"Aish, dia tu handle company bapak dia, mestilah automatik kaya. Lagipun bapak dia tu jutawan. Kalau aku handle company bapak aku pun, dah tentu aku kaya jugak," balas Khalil Asyraf. Yusof sudah pun tergelak.

"Tak nak kalah je kau ni, kan? Tapi kau tu kena jaga sikit perangai kau depan sepupu kau tu. Aku tengok dia macam tak selesa je berbual dengan kau. Mesti dia naik rimas dengan renungan mata kau tu," nasihat Yusof.

"Aku still suka dekat dia lagilah, Suf." Lancar sahaja Khalil Asyraf berterus terang. Ternganga mulut Yusuf mendengar pengakuan Khalil Asyraf.

"Kau jangan nak buat hal, Khalil! Kau tu dah ada anak bini, sepupu kau tu pun dah ada anak dengan suami dia tu. Hati dengan perasaan kau tu jangan diikutkan sangat," pesan Yusof. Khalil Asyraf memandang wajah teman sekerjanya itu.

"Kau tu mana tahu apa pun. Bercinta pun tak pernah. Alih-alih sebut pasal hati dengan perasaan. Entah apa-apalah!"

Yusof sudah pun tersengih. Tetapi bagi Yusof, Khalil Asyraf memang tidak pernah berubah. Sejak dari dulu lagi Khalil Asyraf memang sentiasa mengejar wanita-wanita yang berdahi licin. Entah berapa banyak gadis yang sudah dimakan oleh temannya tu. Dan yang terbaru, dia mendapat tahu bahawa Khalil Asyraf sedang hangat bermadu kasih bersama isteri orang. Yang tidak tahannya, hubungan Khalil Asyraf dengan perempuan itu sampai ke tahap masuk bilik. Gila dahsyat kerja kau kan! Gumamnya dalam hati.

"Mana Prof. Hamim ni? Tadi kata nak jumpa pukul sebelas setengah, ni dah pukul dua belas dah pun..." rungut Amri sambil memerhati jam di pergelangan tangan.

"Tu..." tunjuk Yusof apabila melihat bekas pensyarah mereka berdua itu sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua. Hari ini mereka perlu berbincang tentang pembukaan klinik yang telah lama dirangka bersama Profesor Hamim itu.


























Shaa minta maaf sebab lambat update and lagi satu, maaf kalau ade nama watak tertukar oh what so ever, sebab shaa kekeliruan identiti watak... haha disebabkan nak kejar masa sngt so tak sempat nk scroll baca balik nama watak... maaf kalau ade tertukar nama watak Dr. Dr. ni...
Vote ya nyah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro