Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 60

SAKIT kepala Tengku Najihah dan Tengku Syed Idris mengenangkan kerenah anak menantu mereka. Damia sudah dua hari menangis dan tidak mahu makan. Tengku Syed Adam pula tidak mahu balik kerumah manakala Dahlia Arissa pula seakan-akan tidak mahu beralah.

"Macam mana ni, bang? Risau pulak saya dekat Damia tu. Walaupun cara dia jadi menantu kita tu memang susah nak diterima, tapi sekarang dia mengandungkan cucu kita. Dua hari dah dia tak makan, nanti terjejas pulak kandungan dia tu," kata Tengku Najihah sambil menjeling ke tingkat atas, ke arah bilik Damia yang sengaja diletakkan di sebelah bilik Tengku Syed Adam setelah anaknya itu tidak membenarkan Damia masuk ke dalam biliknya.

"Nantilah saya call Mokhtar. Mana tahu dia boleh pujuk Adam dengan Lia. Mintak beralah kejap pun jadilah," akhirnya Tengku Syed Idris menjawab setelah lama berfikir. Ingatkan anak dah besar dah, tak ada nak menyakitkan kepala... tapi makin menyakitkan kepala lagi ada.











WAJAH Dahlia Arissa berubah apabila papanya menyatakan tentang keadaan Damia. Daniel Amriza dan Maisarah hanya berpandangan sesama sendiri. Tidak mahu mencelah. Tengku Syed Adam pula masih leka melayan anaknya itu.

"Lia sendiri yang izinkan Adam berkahwin lain dan Lia sendiri jugak tak kisah bermadu, tapi kenapa Lia buat macam ni? Dahlia nak ke suami Dahlia tanggung dosa sebab perbuatan dia yang tak adil pada isteri-isteri dia?" aju Tan Sri Mokhtar kepada Dahlia Arissa. Nada suaranya tetap lembut didengar.

"Dahlia tak pernah pun nak halang Abang Adam untuk balik sana," Dahlia Arissa cuba membela diri.

Tengku Syed Adam memandang sekilas isterinya.

"Adam, kamu tak nak balik jumpa isteri kamu ke?" soal Tan Sri Mokhtar lalu memandang tepat wajah menantunya.

Tengku Syed Adam menggeleng. Memang dia tidak ada hati langsung ingin balik ke rumah orang tuanya semenjak Damia tinggal di situ.

"Erm. Sorang macam tu, sorang macam ni..." keluh Tan Sri Mokhtar. Ruang tamu itu kembali diselubungi sepi apabila mereka semua mendiamkan diri.














DAMIA tersenyum gembira apabila Tengku Syed Adam balik menjenguknya. Berselera dia makan pada malam itu walaupun hatinya sedikit terkilan apabila Dahlia Arissa ada bersama. Tetapi apa yang lebih penting, Tengku Syed Adam ada di hadapan matanya. Terubat juga rindu di dada.

"Abang, malam ni abang tidur dengan Mia ya. Baby pun teringin nak tidur dengan papa dia," pinta Damia lembut ketika mereka duduk berkumpul di ruang tamu.

Tengku Syed Idris cepat-cepat angkat punggung. Tambahan isterinya sudah pun membawa Tengku Syed Muiz ke tingkat atas.

Dahlia Arissa yang leka menonton televisyen sudah menjeling tajam suaminya. Tengku Syed Adam mula diterpa perasaan serba salah. Dia tidak sanggup melihat Dahlia Arissa merajuk, tetapi dia tidak sanggup juga menanggung dosa sebab membelakangkan tanggungjawabnya pada Damia. Melihat keadaan Damia yang agak lemah, dia terus diasak perasaan bersalah kerana terlalu mengikut perasaan.

"Kak Lia tak kisahkan?" tanya Damia perlahan. Matanya tepat memandang wajah Dahlia Arissa.

"Dahlia ngantuk. Dahlia nak tidur," ujar Dahlia Arissa lalu meniti anak tangga.

Tengku Syed Adam memandang Damia. Sakit di dalam hati masih terasa namun dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang terjadi selepas dinasihati oleh Tan Sri Mokhtar dan Tengku Syed Idris sewaktu mereka bertiga makan tengah hari semalam. Walau apa pun jadi, Damia itu tetap isterinya. Itulah yang ditekankan oleh abah dan bapa mertuanya.

"Mia, aku memang tak boleh nak maafkan kau atas apa yang kau dah buat. Tapi sebab tanggungjawab, aku akan jaga kau. Cuma satu je aku nak cakap kat sini, lepas je kau bersalin nanti, aku akan ceraikan kau. Aku tak sanggup kasih sayang yang aku beri pada Arissa dikongsi dengan orang lain. Cinta, kasih sayang aku memang untuk dia sorang..."

Damia tergamam. Tak! Kau tak boleh ceraikan aku! Tiba-tiba dia teringat akan pesanan mamanya lalu dengan perlahan dia mengatur bicara.

"Kalau itu yang abang nak, Mia tak boleh nak kata apa. Mia cuma nak mintak abang jaga Mia masa Mia mengandung ni je. Tak lama lagi pun bang, tak sampai tujuh bulan pun," Damia masih cuba berlembut.

"Okey, tapi aku cuma jaga kau je. So, jangan mintak yang lebih daripada tu sebab aku memang tak ada hati dekat kau. Pasal duit belanja aku tetap akan bagi. Jangan risau."

Damia mengangguk lemah.

"Tapi kalau boleh Mia teringin sangat abang temankan Mia tidur. Cuma temankan tak lebih dari tu. Bolehkan bang?" pujuk Damia lagi. Tengku Syed Adam menggeleng-gelengkan kepala.

"Maaf, Mia. Aku memang takkan tidur sekatil dengan kau lagi. Kalau kau nak tengok muka aku selalu datang jenguk kau, baik kau jangan mintak bukan-bukan macam ni, faham?" balas Tengku Syed Adam lalu meniti anak tangga. Pasti Dahlia Arissa sudah merajuk. Argh! Susahnya banyak bini ni! Teriaknya dalam hati.

"Sayang..." sapa Tengku Syed Adam lembut lalu memeluk tubuh isterinya yang sudah pun mengiring membelakanginya. Tengku Syed Muiz sudah tidur dengan ibu dan abahnya. Pantang nampak cucu mereka itu datang, pasti akan dibawa tidur bersama.

"Berdosa tau membelakangkan suami," sengaja Tengku Syed Adam mengingatkan kata-kata yang pernah dipesan oleh ustaz sewaktu mereka menghadiri kursus perkahwinan dulu. Seperti yang dijangka, Dahlia Arissa membalikkan tubuhnya lalu menghadap Tengku Syed Adam.

"Kenapa tak temankan bini muda abang tu?"

"Sayang ni macam dah tua je cakap dia tu bini muda abang. Sedangkan umur sayang dengan dia beza dua tahun je, kan?" usik Tengku Syed Adam. Wajah isterinya yabg sudah masam mencuka itu dicium penuh kasih.

"Setahun ke dua tahun ke, dia tetap bini muda abang, kan?" sindir Dahlia Arissa. Sakit hatinya bila mengenangkan ada perempuan lain yang berani mengajak suaminya tidur bersama.

Tengku Syed Adam tidak menjawab sebaliknya dia galak mencium pipi isterinya. Wangian dari tubuh Dahlia Arissa sering menggetarkan naluri lelakinya. Gelora didalam hati sudah tidak dapat dibendung lagi. Tambahan malam itu Dahlia Arissa kelihatan seksi dengan baju tidur nipis berwarna hitam. Kulit putih Dahlia Arissa makin terserlah bila dipadankan dengan warna gelap seumpama itu.

"Abang ni..." Dahlia Arissa yang semakin lemas dengan belaian suaminya menolak lembut tangan Tengku Syed Adam yang semakin meliar nakal.

"Tak boleh tutup lampu dulu ke?" rungut Dahlia Arissa sambil menjeling manja.

Tengku Syed Adam tersenyum penuh makna. Dia pantas mencapai alat kawalan lalu lampu yang terang tadi menjadi malap.

"Abang sembang apa dengan perempuan tu tadi?" Dahlia Arissa bertanya lalu membantutkan keinginan Tengku Syed Adam. Namun tangannya yang meliar tadi singgah ke pipi Dahlia Arissa lalu dielus lembut.

"Abang cakap yang abang akan ceraikan dia lepas dia bersalin nanti."

Dahlia Arissa memandang wajah suaminya.

"Anak abang tu nanti macam mana?" tanya Dahlia Arissa sedikit serius.

"Abang nak buat DNA Test bila baby tu keluar nanti. Entahlah, hati abang kuat mengatakan budak tu bukan anak abang. Abang tak buat apa pun dekat dia. Sungguh!"

"Abang tu memang macam tu. Dulu masa Lia mengandungkan Muiz, abang pun cakap Muiz tu bukan anak abang, kan?" Dahlia Arissa tiba-tiba mengungkit. Tengku Syed Adam mencuit hidung isterinya.

"Jangan nak mengungkit pasal tu lagi, ya. Abang tak suka."

Dahlia Arissa mencebik. Kadang-kadang sikap Tengku Syed Adam terlalu sukar untuk diramal. Tetapi bila mendengar suaminya ingin menceraikan Damia membuatkan hatinya ditimpa perasaan bercampur baur. Perasaan gembira atau perasaan serba salah.

"Kenapa dahi berkerut ni? Macam fikir masalah negara je?" tegur Tengku Syed Adam apabila ternampak air muka isterinya sedikit berubah.

Dahlia Arissa menggeleng lalu memeluk erat tubuh sasa suaminya. Tidak mahu suaminya itu tahu pergolakan yang melanda jiwanya pada saat ini.

"Esok abang nak breakfast apa? Lia boleh tolong masakkan," aju Dahlia Arissa.

"Apa-apa je."

"Mana ada masakan apa-apa je," usik Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam tersenyum. Dia sebenarnya tidak kisah makan apa-apa pun, yang penting makanan itu hasil daripada air tangan isterinya.

"Pandailah sayang tu. Esok sayang buat nasi lemak sambal sotong, boleh?"

"Sotong ada ke?"

"Kalau tak ada sotong, sayang buat je sambal ikan bilis."

"Baik bos!"

"Eee... ni apa ni bos-bos ni?" Tengku Syed Adam terus mencubit lembut bibir isterinya.

"Dah memang abang bos dalam keluarga kita, kan?"

"Kalau bercakap dengan sayang ni sampai esok pun tak habis. Jom tidur," ajak Tengku Syed Adam lalu mencium pipi isterinya. Pinggang isterinya dirangkul kemas.

















Shaa nak vote korang :((

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro