Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 6

PAGI itu suasana di banglo milik Tan Sri Mokhtar dipenuhi dengan saudara-mara dan rakan-rakan terdekat. Puan Sri Melati antara insan yang paling sibuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Daniel Amriza sibuk mengelap kamera Canon DSLR D550nya. Sesekali dia akan mengusik Maisarah yang berada di sebelahnya itu.

Dahlia Arissa yang sedang duduk di birai katil hanya termenung melihat barangan hantaran yang berada di atas lantai biliknya. Dia tersenyum sendiri. Akhirnya impian dia sudah hampir tercapai. Esok dia akan digelar tunangan orang. Seterusnya akan di bawa ke alam baharu iaitu alam perkahwinan.

Ya, dia akan ditunangkan pada esok hari bersama dengan Tengku Syed Adam. Lelaki yang telah mencuri hatinya sejak zaman belajar lagi. Akhirnya tiba juga waktu itu.

"Happy je adik abang sorang ni. Cantik. Berseri-seri muka tu, abang tengok. Ya la, esok kan dia dah nak bertunang..." Usik Daniel Amriza. Dahlia Arissa hanya tersenyum manja kepada abangnya.

"Mestilah happy, esok tunang. By the way, thanks abang." Ujar Dahlia Arissa.

"Abang, orang sebelah abang tu pun cantik jugak." Dahlia Arissa mengusik Maisarah yang duduk di sebelah abangnya itu.

Tanpa menunggu jawapan daripada Daniel Amriza, Maisarah terus keluar dari bilik Dahlia Arissa. Pipinya terasa panas.

"Pujian abang tu tadi memang untuk Mai pun, tapi ada orang lain pulak yang perasan," balas Daniel Amriza sambil tergelak besar.

Bantal segi empat kecil yang berada di sebelahnya di ambil lalu dibaling ke arah Daniel Amriza yang duduk di sofa berhampiran dengan porch bilik Dahlia Arissa

"Apa main baling-baling ni?" Tegur Puan Sri Melati apabila melihat bantal segi empat tadi terkena pada peha Daniel Amriza. Kedua-dua anaknya berpandangan sesama sendiri sebelum tergelak.

"Anak manja mama ni, sejak nak bertunang bukan main ganas lagi. Siaplah bakal menantu mama tu nanti kalau dia orang dah kahwin," adu Daniel Amriza sambil mengambil bantal segi empat tadi yang tergolek di kakinya sebentar tadi.

"Pandailah abang tu... Dia yang usik Dahlia dulu, ma." Dahlia Arissa membela diri.

Puan Sri Melati hanya tersenyum. Pandangannya lebih tertumpu kepada Dahlia Arissa. Pagi itu terserlah keserian di wajah anak bongsunya itu. Mungkin seri wajah orang yang akan bertunang pada keesokkan hari.

"Dah, jangan nak bergaduh pulak. Amri pergi turun bawah, tolong mama layan sedara-mara kita dekat bawah tu..." Beritahu Puan Sri Melati lalu duduk di birai katil bersebelahan dengan anak bongsunya itu sambil melihat sembilan dulang hantaran memenuhi lantai bilik Dahlia Arissa. Daniel Amriza bangkit namun sebelum keluar, sekali lagi dia mencium dahi adiknya itu.

"Tahniah, my dear." Kali ini ucapan itu meresap ke dalam tubuh Dahlia Arissa lalu dengan pantas dia memeluk Daniel Amriza. Dia amat menyayangi abangnya itu. Daniel Amriza membalas pelukan. Bahu adiknya diusap lembut. Matanya mula berkaca lalu dia melonggarkan pelukan.

"Abang keluar dulu," kata Daniel Amriza untuk menyembunyikan rasa di dalam hati. Dahlia baru je bertunang, kalau dia kahwin entah-entah aku pulak yang meraung nanti.... Bisiknya di dalam hati.

Setelah Daniel Amriza keluar, Puan Sri Melati pula merapati anak daranya itu. Dahlia Arissa nampak amat cantik sekali.

"Cantik anak mama ni, tup-tup esok Dahlia dah bertunang. Lia dah ready ke?" Tanya Puan Sri Melati bersama senyuman.

Dahlia Arissa hanya mengangguk. Matanya masih bergenang dengan air mata. Puan Sri Melati menguncup dahi Dahlia Arissa perlahan. Dan ketika itu air mata Dahlia Arissa mengalir membasahi pipi gebunya.

"La, kenapa menangis ni. Please don't cry, dear. Esok kan hari bahagia Lia." Pujuk Puan Sri Melati dalam nada yang di tahan-tahan. Dahlia Arissa memeluk mamanya.

"Dah, dah. Tak nak nangis-nangis lagi. Dahlia rehat dulu. Mama nak turun bawah nak tengok apa jadi dekat sana."

Melihat Dahlia Arissa hanya mengangguk, membuatkan Puan Sri Melati melangkah keluar dari situ dan setelah daun pintu bilik Dahlia Arissa di tutup, air mata Puan Sri Melati berjuraian tanpa di tahan lagi. Manakan tidak, anak yang dilahirkan dari rahimnya, yang ditatang bagai minyak yang penuh, yang di jaga sehingga dewasa, dan satu-satunya puteri tunggal di dalam rumah ini bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Setelah melihat mamanya keluar dari bilik, Dahlia Arissa mengesat air matanya. Matanya sedikit merah. Tiba-tiba dia terpandang lap-top yang masih terbuka di atas meja soleknya. Belum sempat dia hendak menyemak e-mel, telefon bimbitnya berlagu nyaring membuatkan dia mengalihkan tumpuan kepada telefonnya pula.

"Hai Kate. Kau dekat mana ni? Majlis aku mula esok. Kalau kau dengan Qirah tak sampai tepat pada waktunya, siaplah. Jangan kata aku tak datang majlis tunang je. Majlis kahwin, majlis cukur jambul yang kau orang buat nanti pun aku tak datang. Eh, lupa pulak... Kau kan amoi cantik, mana ada buat majlis cukur jambul." Panjang lebar Dahlia Arissa berkata-kata sehingga perkataan hello langsung tidak keluar dari mulut Kate di hujung talian.

"Hello, Kate. Kenapa kau diam? Aku salah dail nombor orang ke?" Rungutnya namun jelas didengar oleh Kate. Mana ada salah dail, sebab dia yang telefon bukannya aku. Adoi, kenapalah aku ni sengal sangat masa genting macam ni. Kutuknya dalam hati.

"Oh, hi Lia. Kau okey?"

"Orang nak bertunang mestilah okey, happy. Kenapa?" Jawab Dahlia Arissa sambil tergelak. Suaranya penuh dengan keriangan.

"Kau ada baca BH tak pagi ni?"

"Eh, kau ni call aku nak tanya pasal tu je ke. Lagipun rumah aku ni memang tak ada langgan mana-mana surat khabar hari ni. Semua orang busy untuk esok. Yang kau dengan Qirah bila lagi nak sampai ni?"

"Aku tanya kau, kau dah baca ke tidak?" Kali ini suara Kate sedikit meninggi. Marah pulak amoi ni, senggugut ke apa? Sambil mengomel dalam hati, dia sempat menekan link untuk website Berita Harian.

"Kejap, aku tengah bukak website BH ni. Berita apalah yang kau nak sangat aku tengok tu? Harap-harap bukan pasal perkahwinan Ben Amir ya. Kau pun tahu kan yang aku ni minat gila dekat dia tu. Lepas tu...." Kata-katanya terhenti. Muka depan Berita Harian itu ditatap lama dan....

"Mama!!!" Jerit Dahlia Arissa lalu terkulai layu. Maisarah yang kebetulan mahu masuk kebiliknya terkejut lantas masuk ke dalam bilik tersebut dengan segera. Terkejut dia melihat Dahlia Arissa sudah terkulai lemah di atas katil tidak sedarkan diri. Terus dia mengamit Puan Sri Melati yang kebetulan mahu datang ke bilik anaknya itu. Hampir luruh jantungnya apabila mendengar jeritan daripada anak bongsunya itu. Daniel Amriza pula berada di belakang mamanya.







"LEPAS tu?"

"Lepas two, three!" Jawab Dahlia Arissa sambil tersenyum hambar. Kenangan itu bagaikan membawanya ke detik empat tahun yang lalu.

"Cepatlah sambung cerita Dahlia tu!" Desak Amir Haikal walaupun pada hakikatnya mereka sudah pun masuk ke perkarangan rumah banglo kepunyaan keluarga Dahlia Arissa.

"Lia akan sambung lepas commercial break! Dah la, Lia nak masuk dalam..." Katanya lalu keluar.

Amir Haikal menarik nafas panjang. Walaupun dia tahu apa yang berlaku dengan sepupunya itu, namun dia hendak mendengar sendiri daripada Dahlia Arissa. Dia ketika itu tidak dapat menghadiri majlis pertunangan Dahlia Arissa setelah mengalami kemalangan jalan raya dua hari sebelum majlis tersebut. Dengan perlahan dia keluar dari kereta itu. Melihat Dahlia Arissa sudah masuk ke dalam rumah, dia terus berlari mendapatkan sepupu perempuannya itu. Apa nak jadi-jadilah. Yang penting, dia mesti tahu pokok pangkal cerita keseluruhannya itu, tekadnya.

"Bik, mama tak balik lagi ke?" Tanya Amir Haikal apabila melihat bibik baru sahaja meletak gagang telefon.

"Belum lagi, kenapa ya?" Tanya bibik pula.

"Tapi bibik cakap dengan siapa tadi? Ada peminat dah called bibik ya?" Pintas Dahlia Arissa yang sudah bersandar pada sofa berhadapan dengan TV besar itu.

"Ngak, itu tadi Amri yang telefon. Katanya mau pulang sini," beritahu bibik. Mata Dahlia Arissa membulat. Hatinya mula melonjak keriangan.

"Abang dah nak balik? Tak boleh jadi ni. Lia nak naik atas, nak call abang Amri." Katanya lalu tergesa-gesa melangkah menaiki anak tangga.

Amir Haikal yang mengikut langkahnya terus menarik Dahlia Arissa sebelum gadis itu sempat menolak daun pintu biliknya.

"Ouch, sakitlah abang! Sejak bila pandai main kasar ni?" Jerit Dahlia Arissa. Pergelangan tangannya sedikit merah apabila dicengkam kuat oleh Amir Haikal.

Amir Haikal terkedu. Lantas tangan Dahlia Arissa dibawa dan di usap lembut untuk mengurangkan kesakitan. Dahlia Arissa panar melihat kelakuan Amir Haikal. Jantungnya mula bergetar.

"I'm so sorry. Abang betul-betul mintak maaf." Lembut sahaja suara Amir Haikal dan saat itu mata mereka bertemu. Namun tidak lama apabila wajah Syahfina bermain di minda Dahlia Arissa. Tangannya di tarik perlahan. Satu keluhan di lepaskan.

"It's okay. Abang nak apa? Sampai tak menyempat Lia nak masuk bilik," tanya Dahlia Arissa sambil melabuhkan punggung di sofa yang terletak di ruang menonton di tingkat tiga rumah itu.

"Abang nak Lia sambung balik cerita yang tergantung tadi tu."

"Cerita tu bukannya berakhir dengan happy ending. Tak ada yang menarik pun." Jawab Dahlia Arissa perlahan.

"Please. Lepas ni abang promise dah tak tanya lagi about that history." Janji Amir Haikal. Dahlia Aeissa tertawa.

"Kalau Lia dah cerita semua, memang lah abang dah tak tanya lagi. Apalah abang ni." Kata Dahlia Arissa tanpa memandang wajah Amir Haikal. Namun fikirannya kembali kepada peristiwa lalu. Peristiwa yang menyebabkan dia membawa diri selama empat tahun ke negara Eropah sana. Biarlah Amir Haikal tahu apa yang sebenarnya berlaku.










Vote;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro