Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 58

TELEFON PINTAR Dahlia Arissa menyanyi nyaring. Dia yang sedang rancak bersembang dengan Daniel Amriza dan Maisarah segera mendapatkan telefonnya. Tertera nama Tengku Syed Adam.

"Assalamualaikum, abang."

"Waalaikumsalam. Sayang buat apa tu?"

"Tak ada buat apa pun. Muiz buat apa?" Dahlia Arissa terus bertanya tentang anak mereka. Tidak sampai tiga jam anaknya itu dibawa pergi oleh keluarga mertuanya, tetapi rindunya pada Tengku Syed Muiz sudah tinggi menggunung.

"Muiz ada dekat dalam bilik ibu."

"Biar betul abang ni? Abang jangan nak mengada-ada nak biarkan Muiz kacau ibu dengan abah tau!" tegas sahaja suara Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam sudah tergelak. Sempat lagi lagi dia membayangkan wajah isterinya ketika itu. Pasti cemberut wajahnya.

"Dah ibu nak layan cucu dia, nak buat macam mana, kan?"

"Abang!"

"Dah... dah. Jangan nak abang-abang lagi. Sayang tu siap cepat tau, kejap lagi abang nak gerak ambik sayang."

Dahlia Arissa mengangkat kening. Nak pergi mana pulak ni?

"Nak pergi mana?"

"Adalah. Cepat tau. Assalamualaikum, sayang. Love you."

"Waalaikumsalam. Love you too."

Tanpa membuang masa, Dahlia Arissa terus bergegas ke bilik. Entah ke manalah suaminya hendak membawanya pergi. Hatinya pula mula berbunga bahagia kerana sudah lama benar dia tidak keluar bersama suaminya itu.















"KITA nak ke mana ni?" tanya Dahlia Arissa kepada Tengku Syed Adam yang sedang memandu di sebelahnya. Jam sudah pun menunjukkan pukul lapan empat puluh lima minit malam. Berseri pulak muka laki aku hari ni. Orang baru je kahwin malam tadi kan, mestilah seri pengantin tu ada lagi, getus Dahlia Arissa di dalam hati.

"Abang nak bawak sayang lari," jawab Tengku Syed Adam sambil mengerling isterinya.

Melihat Dahlia Arissa sedang menggigit bibir bawahnya itu membuatkan Tengku Syed Adam semakin tidak sabar untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju. Tidak sabar rasanya hendak melunaskan rindu dendam pada isterinya itu. Hati Tengku Syed Adam sudah pun berbisik nakal.

"Nak lari berganti-ganti ke atau nak lari setempat? Atau nak lari pecut seratus meter?"

'Eh, aku nak kenakan dia, dia pulak dah kenakan aku balik...' gumam Tengku Syed Adam dia dalam hati. Dahlia Arissa sudah pun tersenyum meleret. Ada hati nak bawak orang lari.

"Pandai ya sayang abang ni?" balas Tengku Syed Adam sambil meraih tangan kiri isterinya sebelum dikucup.

"Tahu tak pe!" sambut Dahlia Arissa lalu tergelak. Lupa dia saat itu Tengku Syed Adam sudah punya isteri lain.

Namun di dalam hati Tengku Syed Adam pula dia hanya ada seorang isteri. Isteri dunia dan akhiratnya hanyalah Dahlia Arissa. Tidak ada yang lain.

"Dah sampai."

Dahlia Arissa memandang rumah banglo dua tingkat itu. Inikan rumah yang abah hadiahkan dulu? Tempias lampu jalan membuatkan Dahlia Arissa dapat memerhati kawasan rumah mereka.

"Jom sayang," Tengku Syed Adam menarik lembut tangan Dahlia Arissa yang masih leka memerhati rumah yang dihadiahkan oleh abahnya kepada mereka berdua sempena perkahwinan mereka dulu.

Tapi sebelum ni tak adalah secantik ni laman dia. Dalam rumah tu entah macam manalah pulak, kan? Dahlia Arissa berkata dalam hati.

"Dahlia tak tahu pulak rumah ni dah cantik macam ni?" ujar Dahlia Arissa lalu mengikut langkah suaminya.

Terbuka sahaja pintu utama itu, Tengku Syed Adam terus memetik suis lampu utama dan mata Dahlia Arissa terus terpesona dengan susun atur perabot rumah itu. Dengan cat dinding yang mendamaikan, ditambah dengan gambar perkahwinan mereka yang tergantung indah itu membuatkan dia memaut mesra lengan suaminnya. Gambar Tengku Syed Muiz turut terselit sekali. Kombinasi yang cukup sempurna.

"Kita naik atas," ajak Tengku Syed Adam. Daun pintu sebuah bilik ditolak perlahan. Haruman aromaterapi menusuk rongga hidung. Ros! Itulah bau yang menyelubungi ruang bilik itu. Bila lampu terpasang, sekali lagi Dahlia Arissa terpana.

"Abang...!" Hanya itu yang terungkap di mulutnya. Kagum melihat bilik yang cantik itu. Kemewahan warna ungu dari langsir membangkitkan lagi suasana di dalam bilik utama banglo mereka itu. Bunga mawar segar turut tersusun indah di meja kopi di ruang tepi bilik. TV LCD yang berpanel hitam itu menambahkan lagi unsur moden pada reka bentuknya. Suasana itu pula bergabung dengan latar dinding ungu cair membuatkan Dahlia Arissa tidak lekang memerhati seluruh pelosok bilik. Indah dan mendamaikan. Langkahnya dihalakan ke katil pula. Senyuman terukir di bibir apabila melihat katil kepunyaan Tengku Syed Muiz turut terletak di tepi katil mereka.

Di dada katil pula bertaburan kuntuman bunga mawar segar. Disitu juga terdapat sebuah kotak berbalut cantik bersama sejambak bunga. Dahlia Arissa berpaling memandang suaminya yang sudahpun tersenyum.

"Hadiah untuk apa ni, abang?" tanya Dahlia Arissa lalu duduk di birai katil. Tangannya mencapai jambangan bunga lalu dibawa ke hidung. Wangi. Senyuman makin mekar di bibirnya. Kotak hadiah tadi dicapai lalu dibuka dengan berhati-hati. Tengku Syed Adam yang masih berdiri sejak tadi duduk di sebelah isterinya.

"Ya Allah, abang. Kenapa nak membazir macam ni?" Bukan main terkejut lagi Dahlia Arissa melihat set barang kemas yang tersusun rapi itu.

Tengku Syed Adam memaut bahu isterinya. Dia tahu Dahlia Arissa dapat mengagak harga hadiah tersebut dan dia juga tahu isterinya mampu membeli apa yang dia hadiahkan itu.

"Sayang tak suka ke?" tanya Tengku Syed Adam. Dahlia Arissa menoleh memandang suaminya. Pipi Tengku Syed Adam diusap lembut.

"Bukan tak suka, tapi ni mahu jugak cecah lima puluh ribu, kan?"

"Hebat isteri abang ni. Pandai sayang teka," usik Tengku Syed Adam, meraih tangannya.

Dahlia Arissa menggeleng-gelengkan kepala. Dia tahu harga set barang kemas itu pun sebab dia selalu sangat menemani arwah mamanya dulu pergi membeli batang kemas.

"Hadiah ni sempena hari jadi sayang. Esokkan birthday sayang. So happy birthday in advanced, sayang..." ucap Tengku Syed Adam lalu mengucup bibir isterinya.

Dahlia Arissa tergamam. Tidak sempat mengelak. Melayang-layang rasa tubuhnya bila menerima layanan suaminya pada hari itu.

"Err... esok birthday Lia ke?"

Tengku Syed Adam sudah pun tergelak. Dia tahu Dahlia Arissa menggelabah. Sejak peristiwa hitam antaranya dengan Damia, dia dan isterinya itu tidak pernah bermesra seperti dulu. Walaupun dia pernah datang ke rumah Dahlia Arissa, tetapi dia hanya mampu mencium pipi dan memeluk isterinya. Lebih daripada itu memang tidak ada.

"Sayang ni, hari jadi sendiri pun tak ingat ke? Ke sayang tengah fikir benda lain ni?" teka Tengku Syed Adam sambil menghadiahkan senyuman yang amat mempersona. Dahlia Arissa mengetap bibir. Geram kerana tekaan suaminya itu memang tepat sekali.

"Lia lapar. Kita keluar makan nak tak?" dalih Dahlia Arissa. Dia memang lapar. Tengku Syed Adam merapatkan mukanya ke telinga Dahlia Arissa.

"Abang pun lapar jugak, tapi lapar nak makan sayang."

Hangat wajah Dahlia Arissa dibuatnya. Eee... dia nikan, tak ingat lain tau! Dah lah aku ni dah lama tinggalkan aktiviti macam tu. Buat malu je, bidasnya dalam hati.

Dengan selamba dia turun dari katil.

Tengku Syed Adam sudah pun tergelak. Hai, sampai bilalah dia ni nak malu dengan aku? Kalau dulu nakal bukan main lagi, sampai tak sabar-sabar aku nak kahwin dengan dia. Tapi sekarang, dah dapat sorang anak pun masih jugak malu macam ni. Tapi makin dia malu makin cantik, hati Tengku Syed Adam memuji.

"Sayang tukarlah baju tu. Kejap lagi abang order pizza. Malaslah nak keluar..." sambung Tengku Syed Adam lalu mencapai telefon bimbitnya.

"Malam birthday girl makan pizza? Tak ada kelas langsung!" rungut Dahlia Arissa.

Dahlah aku berdandan bagai nak rak malam ni, siap tengok tutorial macam mana nak pakai shawl ala-ala Hana Tajima lagi, tapi dia boleh pulak ajak berkampung dalam rumah ni je? Lepas tu boleh pulak bagi alasan malas nak keluar. Nanti pun kena keluar jugak, untuk balik rumah. Eh, kejap. Entah-entah dia ajak tidur sini tak? Alamak!

"Kita tidur sini ke?" tanya Dahlia Arissa laju setelah melihat Tengku Syed Adam selesai membuat pesanan.

Tengku Syed Adam mengangguk.

Dahlia Arissa sudah menelan air liur.

"Baju sayang ada dalam almari tu. Abang dah bawak siang-siang tadi," ujar Tengku Syed Adam sebelum berlalu keluar.

Patut pun batang hidung dia tak nampak siang tadi, rupa-rupanya nak buat semua ni. Mesti dah komplot dengan ibu abah ni... Dahlia Arissa bermonolog sendiri.

Dia terus membuka almari pakaian. Sekali lagi dia mengetap bibir. Baju tidur yang dibawa Tengku Syed Adam semua jenis nipis, bertali halus dan singkat. Dia memang biasa memakai baju itu semua. Tetapi setelah agak lama dia tidak berjumpa dengan Tengku Syed Adam membuatkan timbul perasaan segan dalam dirinya. Akhirnya, tangan Dahlia Arissa mencapai juga baju tidur kain satin berwarna putih bersih itu.












MATA Tengku Syed Adam lekat pada siaran di kaca TV. Dahlia Arissa masih belum turun. Pizza yang dipesan sudah pun sampai. Begitu juga dengan burger dari McDonald's.

Tiba-tiba hidungnya disapa dengan wangian yang selalu diguna oleh Dahlia Arissa. Seperti yang dijangka, Dahlia Arissa sudah pun berdiri tegak di tepinya sambil tersenyum manis. Tengku Syed Adam menelan air liur. Rambut Dahlia Arissa yang diikat tinggi menampakkan lagi leher jenjang isterinya yang putih melepak itu. Potongan badan tak payah cakap, masih macam dulu walaupun sudah ada anak satu tetap langsing.

"Abang tengok cerita apa? Kusyuk semacam je?" tanya Dahlia Arissa lalu duduk di sebelah Tengku Syed Adam yang masih ralit memandangnya. Debaran halus di dada diusir jauh-jauh.

"Wow, double cheese!" ujar Dahlia Arissa tanpa memandang Tengku Syed Adam. Masih lagi mahu membiarkan mata Tengku Syed Adam melorot pandang pada pakaian yang tersarung di tubuhnya. Namun matanya tertoleh juga kepada Tengku Syed Adam apabila merasakan tangannya diraih lembut

"Cantik," puji Tengku Syed Adam sambil mencium belakang tapak tangan Dahlia Arissa.

Suami aku ni kalau bab romantik ni memang nombor satu. Aku ni dahlah lemah semangat. Jantung ni pulak time macam ni jugak dia nak buat hal. Kalau ya pun nak berdegup, pelan-pelanlah sikit... gerutu Dahlia Arissa di dalam hati.

"Sayang..." panggil Tengku Syed Adam lalu mengangkat lembut wajah Dahlia Arissa untuk bertentang mata dengannya. Mata mereka berdua bertaut lama. Tanpa sedar bibir Dahlia Arissa sudah pun dikucup Tengku Syed Adam sebelum lelaki itu merangkul erat tubuhnya. Pelukan Tengku Syed Adam dibalas mesra.

Nasib baik dekat rumah tak ada siapa, kalau tak malu je buat macam ni. Abang... abang... Dahlia Arissa mula berbicara di dalam hati.

"Abang, kita makan dulu ya." Lembut sahaja suara Dahlia Arissa lalu melonggarkan pelukan.

Tengku Syed Adam tersenyum lalu mengangguk. Namun dengan selamba Tengku Syed Adam terus mengendong isterinya itu. Bergema rumah itu dengan jeritan halus Dahlia Arissa yang terkejut dengan tindakan suaminya.

"Abang nak makan sayang dulu." Bisik Tengku Syed Adam di telinga isterinya sebelum melangkah menuju ke tingkat atas.

Membuntang mata Dahlia Arissa memandang Tengku Syed Adam. Namun jauh di sudut hati dia bahagia diperlakukan seperti itu. Sememangnya hanya Tengku Syed Adam yang mampu membahagiakan dirinya. Tiada yang lain. Akhirnya tangan Dahlia Arissa melingkari leher Tengku Syed Adam sehingga membuatkan senyuman penuh pesona terukir di bibir suaminya itu.





































sumpah cringe nak mati bila shaa buat bab kali ni, shaa malu sebenarnya nak tulis bab ni. Hahahahha ㅠㅠㅠㅠㅠㅠ


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro