bab 56
TERIMA KASIH 5K READERS... TAPI RAJIN RAJINKANLAH TANGAN AWAK TU VOTE
♡♡♡♡♡♡♡
BERDERAI cermin bilik air akibat terkena pasu bunga yang dilempar oleh Damia. Aunty Syida yang sibuk membuat persiapan majlis akad nikah malam nanti bergegas menuju ke bilik anaknya itu. Pintu bilik air ditolak kasar.
"Kenapa dengan Mia ni?" Terkejut Aunty Syida melihat serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Damia keluar dari bilik air lalu duduk di kerusi meja solek.
"Abang Adam dengan perempuan tu tak jadi cerai, ma!"
Aunty Syida tersentak. Mustahil! Tengku Najihah sendiri yang memberitahu Tengku Syed Adam akan melepaskan Dahlia Arissa selepas solat maghrib nanti. Damia yang sudah mula menangis itu dihampiri. Bahu anaknya ditepuk perlahan manakala kepalanya ligat mencari ayat-ayat yang boleh memujuk anak daranya itu. Dara? Tidak. Damia sudah pun kehilangan daranya sebelum bernikah dengan Tengku Syed Adam lagi.
"Tapi Mia jangan lupa bila Mia dah berkahwin nanti, Adam akan jalankan tanggungjawab dia pada Mia sebagai seorang suami. Bila Mia dah jadi isteri dia, ruang untuk Mia pikat dia pebih mudah. Sebab Mia punya hak atas dia," pujuk Aunty Syida.
"Dia akan lebihkan perempuan tu, ma," rintih Damia bersama tangisan yang belum mahu reda. Sakit hatinya bila mendapat SMS daripada Tengku Syed Adam sebentar tadi yang dia dan juga Dahlia Arissa tidak jadi bercerai.
"Mia, bukan senang tau kita nak sampai ke tahap ni. Mama tak kira, Mia kena kahwin jugak dengan Adam tu. Dan kali ini pastikan Mia dapat goda dia. Tidur dengan dia. Walaupun anak dalam perut Mia tu anak orang lain, tapi Mia kena usaha jugak untuk dapatkan Adam. Zahir dan batin!" racun Aunty Syida tanpa jemu.
Damia merupakan senjatanya yang paling mudah digunakan untuk dia mendapatkan harta keluarga Tengku Syed Adam itu. Tidak dapat separuh, suku pun sudah memadai. Cukup untuk membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapinya kini.
"Kejap lagi mak andam masuk, so bersihkan muka dulu. Mama nak anak mama nampak macam puteri kayangan malam ni. Biar terbeliak mata Adam tu," pujuk Aunty Syida lagi tanpa jemu. Takut juga dia kalau Damia tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan Tengku Syed Adam. Mihat Damia sudah pun tersenyum hambar, hatinya terus tersenyum lega.
SELURUH ahli keluarga Tan Sri Mokhtar berkumpul di ruang tamu utama. Sekejap lagi Tengku Syed Adam akan balik ke rumah keluarganya sebelum ke rumah Damia untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung selepas solat isyak nanti. Bibik yang duduk di hujung sana keka menyusukan Tengku Syed Muiz.
"Adam, papa harap kamu dapat berlaku adil dengan Lia. Papa juga hormat dengan keputusan Lia, jadi papa harap Adam pun hargai pengorbanan anak papa ni," pesan Tan Sri Mokhtar. Dia sendiri terkejut dengan keputusan anak bongsunya itu tetapi seperti yang dia katakan sebelum ini, dia tetap menyokong setiap keputusan Dahlia Arissa.
"Abang pun macam tu, Adam. Walaupun ikutkan hati abang ni, memang abang tak berkenan adik abang dimadukan, tapi abang yakin kau je boleh bahagiakan Lia." Daniel Amriza pula mencelah.
Maisarah hanya mendiamkan diri sambil memangku Qaisarah.
Tengku Syed Adam menundukkan kepala. Saat itu terasa dirinya amat kerdil di mata keluarga Dahlia Arissa.
"Maisarah, Amriza... kita naik atas. Bagi ruang kat Adam dengan Lia pulak," ajak Tan Sri Mokhtar kepada anak menantunya.
"Bik, bawak Muiz naik ke atas dulu ya. Kejap lagi Lia tidurkan dia," pinta Dahlia Arissa.
Bibik menagngguk. Tidak sampai lima minit, ruang tamu utama itu sudah pun dimamah kesepian. Yang kedengaran hanyalah desiran nafas mereka berdua.
"Sayang, abang rasa abang tak mampu nak buat semua ni..." luah Tengku Syed Adam perlahan setelah lama mendiamkan diri. Dahlia Arissa menggenggam erat tangan suaminya. Cuba menyalurkan kekuatan pada suaminya walaupun dia sendiri tidaklah sekuat mana.
"Lia tahu. Tapi kita tak ada pilihan lain, abang. Kesian ibu dengan abah terpaksa berdepan dengan pertanyaan orang ramai. Maruah keluarga bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Abang tabahkan hati. Abang kena ingat yang Lia sentiasa ada dengan abang. Sentiasa sokong abang dari belakang."
Tengku Syed Adam memeluk isterinya. Dahi dan pipi Dahlia Arissa dicium lembut. Perasaan pada isterinya itu tidak mampu meluahkan dengan kata-kata. Baru sahaja bibirnya ingin mendarat ke bibir Dahlia Arissa, cepat-cepat isterinya itu melarikan wajahnya. Akhirnya bibirnya terbenam di pipi isterinya sahaja.
"Eee... abang ni kan, nanti dia orang nampaklah," rungut Dahlia Arissa walaupun hatinya meronta-ronta untuk diperlakukan seperti itu. Sudah lama benar dia tidak bermesra dengan suaminya.
"Abang betul-betul rindukan sayang," bisik Tengku Syed Adam penuh makna. Berdebar jantung Dahlia Arissa mendengarnya. Dia melirik ke arah jam yang tergantung di dinding.
"Abang, dah nak maghrib ni. Baik abang balik cepat. Nanti ibu dengan abah risau pulak," pinta Dahlia Arissa.
Ketika itu Tengku Syed Adam semakin galak mencium wajah dan leher jenjangnya. Dahlia Arissa cuba mengelak sebelum tubuh Tengku Syed Adam ditolak sedikit.
Tengku Syed Adam melurut rambutnya dengan tangan. Naluri lelakinya yang bergelora itu dipujuk agar bersabar.
"Malam karang abang datang sini tau," kata Tengku Syed Adam perlahan. Terkebil-kebil mata Dahlia Arissa memandang suaminya.
"Abang jangan nak mengada. Dah, pergi balik." Dahlia Arissa menjawab lalu menarik tangan Tengku Syed Adam untuk bangkit dari sofa.
Tengku Syed Adam melepaskan satu keluhan berat.
Apabila berada di muka pintu, dia memandang semula wajah Dahlia Arissa yang ada di sebelahnya. Ketenangan wajah isterinya itu membuatkan hatinya dicengkam rasa bersalah yang teramat. Dia sendiri tidak sekuat dan setenang Dahlia Arissa.
"Selamat pengantin baru, abang," lafaz Dahlia Arissa bersama getaran di dada.
Kali ini baru kedengaran lontaran nada isterinya itu agak bergetar sedikit. Sekali lagi Tengku Syed Adam merangkul erat isterinya. Maafkan abang, sayang... bisiknya dalam hati.
Hanya senyuman Dahlia Arissa menghantar Tengku Syed Adam ke kereta. Dia masih kaku di situ sehingga bayang kereta Tengku Syed Adam hilang daripada pandangan matanya. Ya Allah, Kau permudahkan urusan suamiku... doanya dalam hati.
SELEPAS solat isyak, Dahlia Arissa membaca al-Quran. Dia perlu membuat sesuatu agar tidak mengingati majlis akad nikah suaminya yang sedang berlangsung selepas isyak itu. Jadi dia mengambil keputusan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Nasib baik dia sudah meminta bibik melayan anaknya sebentar.
Di waktu yang sama, di rumah Aunty Syida, Tengku Syed Adam sudah sah menjadi suami Damia dengan tiga kali lafaz. Namun majlis itu kelihatan hambar sekali apabila wajah Tengku Syed Adam kelat seribu. Tengku Najihah memandang penuh sayu wajah anaknya. Selepas menyarung cincin, jurugambar sibuk meminta Tengku Syed Adam mencium dahi Damia. Dengan penuh keterpaksaan dia mencium juga, tetapi di atas ubun-ubun Damia yang dilapik dengan tudung itu.
Wajah Damia yang manis tadi terus bertukar menjadi masam. Terkilan dengan gelagat Tengku Syed Adam.
Tengku Syed Idris pula hanya menggeleng-gelengkan kepala. Tahu pergolakan perasaan yang bermain di dalam hati anaknya itu.
JAM menunjukkan pukul sebelas lima puluh lima minit malam. Dahlia Arissa terus terlena di sisi Tengku Syed Muiz sebaik sahaja selesai mengaji tadi. Telefon pintar yang sudah dua tiga kali berlagu nyaring itu mengganggu lenanya. Lampu tidur dibuka lalu tangannya mencapai telefon pintar yang diletakkam di sisi katil. Punat hijau ditekan.
"Hello..." serak sahaja suara Dahlia Arissa. Masih mamai lagi.
"Sayang dah tidur ke?"
Mata Dahlia Arissa terus terbuka luas apabila mendengar suara Tengku Syed Adam menerpa lembut telinganya. Rindu mula datang bertamu. Tiba-tiba dia teringat Tengku Syed Adam bukan milik hak mutlaknya lagi. Bibir bawahnya digigit perlahan.
"Err... dah," jawabnya sedikit gugup.
"Abang datang sana ya?" bisik Tengku Syed Adam dengan nada yang boleh mengoyahkan hati isterinya itu.
Dahlia Arissa menelan air liur. Kalau diikutkan hati, memang dia mahukan suaminya datang ke situ, tetapi mengenangkan malam itu merupakan malam pertama suaminya, dia terus menukar topik perbualan.
"Macam mana majlis tadi? Okey?" soal Dahlia Arissa. Cuba berlagak selamba. Dia sudah pun bersandar di kepala katil.
"Please, don't asking me that question," pinta Tengku Syed Adam tegas. Sudahlah dia rimas dengan perangai Damia semasa majlis tadi, kali ini Dahlia Arissa pula memintanya mengingatkan kembali apa yang berlaku. Nasib baik mereka tidak membuat majlis resepsi. Kalau tidak boleh sakit jiwa dia melayan kerenah Damia itu.
"Sorry, Lia rasa baik abang pergi tidur sekarang. Jangan jadi macam kita dulu, tak ada malam pertama," usik Dahlia Arissa sekadar menahan rasa di dada.
"Abang ada kat rumah ibu ni."
Terlopong mulut Dahlia Arissa mendengarnya. Bukankah malam ini Tengku Syed Adam sepatutnya berada di rumah Damia?
"Abang datang sana ya?" Sekali lagi Tengku Syed Adam memujuk. Kali ini lebih romantik. Dia rindu akan isterinya yang seorang itu. Masih terasa lagi kehangatan pelukan isterinya pada malam tadi.
"Abang datang malam esoklah ya. Lia nak bancuhkan susu Muiz ni," Dahlia Arissa cuba berdalih. Terdengar keluhan Tengku Syed Adam di hujung talian.
"Kalau macam tu tak apalah. Tapi malam esok jangan mengada-ada bagi apa-apa alasan lagi, tahu?" pesan Tengku Syed Adam.
"Dia ni macam tahu-tahu je aku bagi alasan," bisik Dahlia Arissa di dalam hati.
"Okey, assalamualaikum abang."
"Waalaikumsalam. Good night, sayang. I love you."
Dahlia Arissa tidak menjawab sebaliknya dia terus memutuskan talian. Hati wanitanya terusik mendengar kalimah cinta itu.
"Love you too, abang..." balasnya perlahan.
Bila mengenangkan Tengku Syed Adam ada di rumah ibu bapanya membuatkan hati Dahlia Arissa berbunga riang. Dia sebenarnya tidak tega Tengku Syed Adam mengulit wanita lain selain dirinya. Tetapi Damia kan punya hak atas itu? Dahlia Arissa mengetap bibir. Tak ikhlaskah aku dalam bermadu.
vote plisshhhh
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro