Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 53

DULU, bila mereka bertiga berkumpul, bilik itu pasti riuh dengan gelak tawa dan gurau senda. Tetapi kali ini bilik itu sunyi sepi. Hanya esakan Dahlia Arissa yang jelas kedengaran. Kate yang berdiri di porch bilik Dahlia Arissa masih lagi belum bersuara sejak tadi. Qirah pula sudah berbakul-bakul maki hamunnya pada Damia dan tidak terkecuali tempiasnya turut terkena kepada Tengku Syed Adam.

"So, kau tak ada jenguk Adam dekat hospitallah ni?" tanya Qirah lagi.

Dahlia Arissa menggeleng.

"Dia dah discharge petang semalam. Kaki dia terseliuh. Kepala dia luka sikit," beritahu Dahlia Arissa. Dia tahu semua itu pun daripada Tengku Najihah yang menelefon pada malam tadi.

"Minggu depan dia akan bernikah dengan perempuan tu," sambung Dahlia Arissa lagi.

"What?" tempik Qirah Dan Kate secara serentak.

Kate yang sedari tadi berdiri di porch bilik, menerpa Dahlia Arissa dan Qirah yang duduk di sofa.

"Kenapa sampai kena bernikah ni? Belum tentu tu anak Adam, Lia!" bantah Kate. Dia tidak setuju kalau Tengku Syed Adam bernikah dengan Damia. Tak sesuai langsung!

"Kita buat DNA test nak?" usul Qirah pula. Sekali lagi Dahlia Arissa menggeleng.

"Wake up, Lia! Kau tak boleh biarkan benda ni macam ni je. Kau kene buat something, Lia." Kate mula memberi semangat. Dahlia Arissa memandang wajah Kate.

"Aku nak buat apa lagi? Nak maki hamun Adam? Nak serang perempuan tu?" soal Dahlia Arissa pula.

"Kalau darurat macam ni, tak salahkan?" pantas sahaja Kate menjawab.

Dahlia Arissa menyapu air matanya dengan belakang tangan.

"Atau kau nak lari lagi?" sinis sekali petanyaan Qirah. Kini mata Dahlia Arissa beralih pula kepada Qirah. Dia faham maksud Qirah itu.

"Tak. Aku tak akan lari mana-mana lagi, Irah. Kalau dulu maybe aku tak fikir panjang, tapi sekarang InsyaAllah aku akan hadap semua ni," balas Dahlia Arissa. Dia bangkit menuju ke katil. Tengku Syed Muiz yang masih lena dalam tidurnya dicium penuh kasih.

"Habistu, kau nak buat apa sekarang?" tanya Kate. Dahlia Arissa yang duduk di birai katil terus memandang tepat ke wajah kedua-dua teman baiknya itu.

"Entah."

Jawapan Dahlia Arissa itu membuatkan Qirah dan Kate berpandangan sesama sendiri. Kalau tuan badan sendiri tidak tahu hendak berbuat apa, apatah lagi mereka berdua. Namun jauh di sudut hati, Kate dan Qirah tetap mendoakan yang terbaik buat teman mereka itu.










MALAM itu Dahlia Arissa dilanda kegelisahan. Hatinya mengenangkan Tengku Syed Adam yang masih bersandar di tepi kereta di hadapan rumahnya. Selepas solat isyak tadi, Tengku Syed Adam sudah pun terpacak di situ namun Daniel Amriza sudah pun memberi amaran kepada Dahlia Arissa supaya tidak berjumpa dengan lelaki itu. Papanya pula masih belum pulang dari majlis amal anjuran syarikat temannya.

"Kenapa tak masuk?" tanya Tan Sri Mokhtar kepada Tengku Syed Adam yang bersandar di tepi kereta.

"Abang Amri tak bagi masuk."

Tan Sri Mokhtar menarik nafas panjang. Dia sendiri terkejut melihat Tengku Syed Adam berdiri di luar pagar rumahnya.

"Dah, jom masuk."

"Pa, apa ni? Malam besok dia dah nak kahwin pa, dia bukan family kita lagi!" Daniel Amriza bersuara di muka pintu utama sambil bercekak pinggang.

"Dia kahwin malam esok, jadi malam ni dengan siang esok dia masih lagi menantu papa. Dia masih lagi adik ipar kamu dan paling penting dia masih lagi suami Lia dan papa pada Muiz," balas Tan Sri Mokhtar. Lembut tetapi tegas!

"Kamu naik atas, Adam," arah Tan Sri Mokhtar kepada Tengku Syed Adam yang masih lagi terkaku di belakangnya.

Daniel Amriza merengus kasar.

Tengku Syed Adam cepat-cepat menuju ke tingkat atas setelah mengucapkan terima kasih kepada bapa mertuanya itu.

"Sayang..." sapa Tengku Syed Adam kepada Dahlia Arissa yang sedang duduk di birai katil sambil menggigit jarinya.

Serta-merta Dahlia Arissa mengangkat mukanya. Pandangan matanya mati di wajah suaminya. Wajah yang dirindu siang dan malam.

"Kenapa sayang tak tidur lagi?" tanya Tengku Syed Adam lembut.

Dahlia Arissa masih kaku di situ. Tidak berkutik langsung. Tengku Syed Adam sudah pun duduk di hadapannya. Pandangan mereka bersatu. Tangan Tengku Syed Adam terus menyentuh lembut pipi isterinya. Air mata Dahlia Arissa menitis tanpa diminta. Dia sendiri tidak tahu tangisannya itu untuk apa. Adakah dia terlalu gembira melihat suaminya ada di hadapan mata atau dia terlalu sedih bila mengenangkan suaminya bakal menjadi suami kepada orang lain.

"Please, sayang. Jangan nangis. Abang tahu abang salah. Abang pun tahu yang sayang pun tak boleh nak maafkan abang lagi, tapi tolong bagi abang peluang untuk bahagiakan sayang untuk sehari ni saja..." pinta Tengku Syed Adam.

Dia sudah pasrah dengan keputusan Dahlia Arissa untuk dilepaskan walaupun itu bukan kehendaknya. Tetapi mungkin betul kata ibunya, keadaan terlalu mendesak. Yang menjadi mangsa dia dan Dahlia Arissa. Tetapi dia lebih sanggup derita itu dia tanggung sendiri sebab dia sudah tidak tega melihat isterinya itu berduka. Jika isterinya merasakan penceraian adalah jalan yang terbaik, dia reda. Tetapi untuk berhenti mencintai isterinya itu, tidak sama sekali.

"Nanti kalau kita dah tak ada ikatan apa-apa, sayang jangan lupa jaga diri sayang baik-baik tau! Jangan stress sangat. Abang tak akan ambik Muiz dari sayang sebab abang tahu abang bukanlah papa yang terbaik buat dia. Jadi, jaga anak kita baik-baik tau! Pesan dekat dia kalau dah besar nanti, jadi macam mama dia. Jangan jadi macam papa dia ni..." pesan Tengku Syed Adam lembut penuh sebak sambil mengelus lembut jari-jemari isterinya.

Dahlia Arissa semakin teresak mendengar pesanan suaminya. Luruh hati wanitanya mendengar kata-kata itu.

"Abang nak mintak maaf jugak kalau selama ni abang tak dapat jadi suami yang baik untuk sayang. Tak dapat jadi papa yang baik untuk Muiz. Tak dapat nak tunaikan janji abang untuk bahagiakan sayang. Abang betul-betul mintak maaf, sayang..." Akhirnya Tengku Syed Adam turut mengalirkan air matanya. Sayu rasa hatinya bila mengenangkan pada malam itu merupakan malam terakhir dia bersama isterinya. Dahlia Arissa semakin dihimpit kesedihan.

"Kalau ditakdirkan sayang bertemu jodoh dengan orang lain, pastikan dia dapat happykan sayang lebih daripada abang happykan sayang."

"Abang, please. Cukup..." Dahlia Arissa akhirnya bersuara. Tidak sanggup rasanya dia mendengar kata-kata luahan daripada Tengku Syed Adam.

Tengku Syed Adam menarik isterinya ke dalam pelukan. Tangisan mereka berdua bersatu.

"Terlalu banyak abang nak pesan dekat sayang. Biarlah apa yang kita lalui ni tak berulang lagi. Biarlah abang sorang saja yang buat sayang menangis. Abang tak nak wajah isteri abang ni basah dengan air mata lagi. Janji dengan abang ya sayang, yang sayang tak akan menangis lagi?" Pinta Tengku Syed Adam lalu mencium dahi isterinya.

"Tolong abang, jangan cakap macam ni..." rayu Dahlia Arissa. Bergetar sahaja lontaran suaranya.

"Abang kena cakap jugak malam ni, sayang. Malam esok status kita dah lain."

Mendengar sahaja butir bicara Tengku Syed Adam itu membuatkan Dahlia Arissa membalas pelukan suaminya. Tiba-tiba hatinya tidak sanggup kehilangan Tengku Syed Adam. Tiba-tiba hatinya mengiyakan bahawa dia tidak boleh hidup tanpa Tengku Syed Adam.

"Jangan tinggalkan Lia, abang. Lia tak boleh hidup tanpa abang." Terluah juga kata-kata itu daripada mulut Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam mencium lagi dahi isterinya. Kali ini lebih lama. Luahan isterinya itu seakan merentap tangkai hatinya.

"Abang tak mampu nak bahagiakan sayang. Abang tak mampu, sayang..." balas Tengku Syed Adam. Dia mengakui, dirinya bukanlah seorang lelaki yang boleh membahagiakan wanita seperti Dahlia Arissa. Peluang yang pernah diberi oleh isterinya dulu, tidak digunakan sebaik mungkin. Tetapi apa yang terjadi bukanlah kehendaknya. Apa yang terjadi di luar kemampuannya.

"Dah nak pukul dua belas lebih dah ni. Kita tidur ya," pujuk Tengku Syed Adam lalu membaringkan isterinya di sebelah anak mereka.

Dahlia Arissa mengalihkan sedikit kedudukan Tengku Syed Muiz untuk memberi ruang kepada suaminya. Setelah sekian lama di tidur bersendirian, malam itu pelukan suaminya menghangatkan malamnya. Air mata masih lagi tidak jemu-jemu untuk mengalir. Ya Allah, tunjukkan aku jalan dalam menempuh dugaan yang telah Engkau berikan, doa Dahlia Arissa di dalam hati.















Nampak tak button bintang kat bawah tu, tekan lah... tak susah mana pun... biar shaa notice sikit readers² semua.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro