Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 50

TENGKU SYED ADAM memandang sayu katilnya. Sudah dua minggu peristiwa hitam itu berlalu. Selama tempoh itu dia masih belum bertemu dengan Dahlia Arissa. Borang perceraian yang ada di meja tulis hanya dipandang sepi. Nampaknya Dahlia Arissa nekad dengan keputusannya. Langsung tidak menunjukkan dia akan mengubah fikiran. Hubungannya dengan ibu dan abahnya juga dingin. Nasib baik Damia sudah tidak ada di dalam rumah itu lagi, jika tidak pasti mati perempuan itu dia kerjakan. Rindunya kepada Dahlia Arissa dan Tengku Syed Muiz tidak dapat dibendung lagi. Tanpa berfikir lama, dia terus mencapai kunci kereta. Isteri dan anaknya perlu ditemui!













MIASARAH dan bibik berpandangan sesama sendiri apabila melihat Tengku Syed Adam sudah berdiri tegak di muka pintu.

"Mai, Kak Rissa ada kat rumah?" tanyanya.

Bibik segera melarikan diri ke dapur apabila mendengar jeritan Qaisarah.

"Ada. Dalam bilik. Tidurkan Muiz kut. Ada apa Abang Adam datang sini?"

"Abang nak jumpa Kak Rissa. Boleh, kan?" Maisarah mengetap bibir. Tidak tahu sama ada hendak membenarkan atau tidak. Ketika itu hanya mereka yang ada. Suami dan bapa mertuanya sudah keluar awal pagi tadi. Otaknya ligat memikirkan jawapan yang harus diberikan kepada Tengku Syed Adam.

"Tolong abang, Mai. Abang perlu jumpa Kak Arissa," rayu Tengku Syed Adam lagi. Melihat wajah Tengku Syed Adam yang kelihatan sangat berharap itu membuatkan Maisarah semakin diterpa perasaan serba salah.

"Abang masuk jelah. Akhirnya Maisarah bersuara semula. Lagipun apa salahnya kerana Tengku Syed Adam masih lagi suami Dahlia Arissa.

"Thanks, Mai," ucap Tengku Syed Adam lalu menuju ke tingkat atas. Daun pintu bilik ditolak perlahan. Haruman daripada aroma terapi menyentuh lembut hidungnya. Di dada katil sudah kelihatan Dahlia Arissa tertidur sambil memeluk Tengku Syed Muiz.

"Anak papa..." bisik Tengku Syed Adam perlahan sambil mencium kedua-dua belah pipi anaknya. Pandangan dihala kepada wajah isterinya pula. Rindu di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu apabila melihat mata, hidung, bibir dan pipi isterinya. Tanpa sedar dia sudah pun mencium dahi isterinya itu.

"Abang..." Terkeluar juga panggilan itu daripada mulut Dahlia Arissa yang baru tersedar daripada tidurnya.

Tengku Syed Adam tersenyum tawar. Dahlia Arissa yang ingin duduk itu terus dipeluk erat. Terbalas juga rindunya selama ini.

"Jangan buat abang macam ni, sayang. Abang rindukan sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang."

Dahlia Arissa memejamkan mata apabila Tengku Syed Adam mengusap lembut rambutnya. Dia juga rindukan suaminya. Dia juga tidak boleh hidup tanpa suaminya. Tetapi kenangan malam itu membuatkan luka lama berdarah lagi. Malah lebih teruk daripada sebelumnya. Dengan perlahan dia melonggarkan pelukan.

"You buat apa dekat sini?" tanya Dahlia Arissa perlahan sambil menundukkan kepala. Hamparan cadar yang berbunga kecil itu menjadi tatapannya. Tidak mahu menatap wajah suaminya. Takut hatinya goyah.

"Abang nak jumpa sayang. Nak jumpa anak kita."

"Dahlah, Adam. You pergi balik. Kejap lagi papa dengan Abang Amri balik."

"Sayang, abang ni suami sayang, tahu!" Geram pula Tengku Syed Adam dengan isterinya yang terus-terusan membuang dirinya.

"I tahu. Sebab tu I nak you lepaskan I secepat mungkin. I pun tak nak teruskan tanggung dosa sebab tak layan you dengan baik. Ini untuk kebaikan kita jugak."

"Apa yang sayang cakapkan ni? Abang lepaskan sayang? No! Benda tu tak akan terjadi," balas Tengku Syed Adam lalu bangkit dari katil. Dia terus duduk di sofa. Rambutnya dilurut perlahan. Dia dah tak sayangkan aku ke? Kenapa dia nak mintak aku lepaskan dia? Perceraian bukanlah penyelesaian yang tepat. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Mungkin cara ini boleh melembutkan isterinya.

Dahlia Arissa yang masih setia duduk di birai katil itu didekati semula.

"Abang boleh lepaskan sayang, tapi dengan satu syarat."

Dahlia Arissa mengerutkan dahi.

"Apa dia?"

"Abang yang akan jaga Muiz!"

Tergamam Dahlia Arissa mendengar syarat suaminya.

"Tak boleh!" bantah Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam duduk menghadap isterinya. Dia tidak punya cara lain.

"Kenapa tak boleh? Muiz anak abang jugak. Abang ada hak atas dia."

"Tolonglah Adam, jangan buat macam ni. You letak syarat lain asalkan jangan yang ini. Please!" rayu Dahlia Arissa lalu menyentuh tangan suaminya. Cukuplah dia kehilangan Tengku Syed Adam, tetapi dia tidak sanggup untuk kehilangan Tengku Syed Muiz.

"Kalau sayang tak dapat penuhi syarat abang tu, abang nak sayang terus jadi isteri abang dan mama kepada anak-anak kita. Sampai bila-bila. Kalau tak, abang akan tetap ambik Muiz daripada sayang. Tak kisahlah kalau kita terpaksa naik turun mahkamah!" Tengku Syed Adam masih mahu mengugut. Dalam masa yang sama tangannya mengelus lembut jari-jemari isterinya dan dia terpandang jari manis isterinya. Kosong tiada cincin perkahwinan mereka tersarung di situ.

"Mana cincin kat jari ni?" Kasar sahaja Tengku Syed Adam bertanya.

"I dah simpan."

"Tapi kenapa?" tingkah Tengku Syed Adam. Geram sungguh dia dengan tindakan isterinya itu.

"Saja," jawab Dahlia Arissa lalu bangkit menuju ke bilik air. Fikirannya masih berpusat pada permintaan Tengku Syed Adam sebentar tadi. Air paip dibuka lantas dia membasuh mukanya. Tuala bersih dicapai lalu mengelap wajahnya sebelum dia melangkah keluar semula. Tengku Syed Adam sudah pun berbaring di sisi Tengku Syed Muiz. Dahlia Arissa melepaskan keluhan berat. Dia keluar menuju ke tingkat bawah. Bibik dan Maisarah sibuk melayan kerenah Qaisarah yang sudah pamdai berjalan itu.

"Maaf, kak. Mai tak sampai hati pulak nak halang Abang Adam masuk tadi, tutur Maisarah dengan perasaan serba salah." Dahlia Arissa hanya tersenyum.

"It's okay. Lagipun dia masih suami Kak Lia."

"Bibik kesian kok lihat Adam. Badannya kurus bangat. Ngak macam dulu. Wajah pun mendung aja. Baru dua minggu, kalau dua tahun ngak tahu bagaimana sih," celah bibik.

Dahlia Arissa yang baru sahaja hendak meneguk air kosong terus memandang bibik. Kata-kata bibik ada benarnya. Keadaan suaminya memang tak terurus.

"Bik, jom tolong Lia masak. Lia nak masak untuk Abang Adam," kata Dahlia Arissa lalu mengeluarkan makanan yang ada di dalam peti ais. Maisarah dan bibik sudah memandang penuh curiga. Dia orang ni berbaik dah berbaik ke?

Usai memasak, Dahlia Arissa naik semula ke biliknya. Tengku Syed Adam sudah pun tertidur. Nampak lena sekali. Tengku Syed Muiz yang merengek di sebelah pun tidak disedarinya lagi. Kalau dulu, Tengku Syed Adamlah yang akan mudah tersedar apabila anak mereka menangis.

"Anak mama dah bangun ya? Patut pun anak mama menangis... lampin dah basah. Kejap tau, mama tukarkan lampin Muiz," ujar Dahlia Arissa kepada anaknya sebelum menuju ke almari untuk mengambil lampin pakai buang anaknya itu. Tisu basah dan bedak bayi turut dicapai. Setelah siap menukar lampin anaknya, Dahlia Arissa sekali lagi turun ke tingkat bawah. Kali ini bersama anaknya. Qaisarah sudah pun terkedek-kedek mendapatkan Dahlia Arissa.

"Ni mesti nak tackle anak mak su ni?" kata Dahlia Arissa sambil tertawa. Geram betul dia dengan telatah anak buahnya yang seorang itu.

Maisarah turut tergelak. Lagi-lagi bila melihat Qaisarah sudah beberapa kali mencium pipi Tengku Syed Muiz.

"Kak, baik Kak Lia ajak Abang Adam makan sekarang. Takut papa dengan Abang Amri balik. Kalau papa tu Mai tak kisah sangat, tapi Abang Amri tu." Risau pula Maisarah mengenangkan habuan yang bakal diterima oleh Tengku Syed Adam apabila suaminya balik nanti.

"Yelah. Bik, tolong jaga Muiz kejap," pinta Dahlia Arissa.

Bibik terus mengambil Tengku Syed Muiz daripada Dahlia Arissa.

"Adam..." Dahlia Arissa mengejutkan Tengku Syed Adam yang masih lena tidur.

"Adam... bangun. Kita makan dulu."

Ketika itu barulah Tengku Syed Adam kelihatan mengeliat sedikit. Sudah lama dia tidak tidur selena itu semenjak duduk berasingan dengan isterinya dan anaknya. Wajahnya diarahkan kepada Dahlia Arissa yang berdiri tegak di hujung katil.

"Sayang, sini kejap," panggil Tengku Syed Adam yang masih lagi berbaring. Dengan langkah yang malas Dahlia Arissa merapatkan dirinya hampir dengan Tengku Syed Adam. Tengku Syed Adam menepuk-nepuk tepi katil sebagai tanda menyuruh isterinya duduk di sebelahnya.

"Nak apa?" tanya Dahlia Arissa setelah melabuhkan punggungnya.

"Sini," panggil Tengku Syed Adam.

Lembut sahaja suara Tengku Syed Adam sampai ke telinga Dahlia Arissa. Mungkin kerinduan yang menebal membuatkan Dahlia Arissa mengikut kehendak suaminya. Dengan perlahan dia meletakkan kepalanya di atas bantal, sebelah suaminya. Tengku Syed Adam terus merangkul erat pinggang isterinya dan pipi isterinya dicium penuh kasih. Dahlia Arissa hanya membatukan diri. Kalau diikutkan rasa hati, ingin sahaja dia membalas pelukan suaminya itu.

"Abang tak akan tinggalkan sayang. Sayang 'bunga hidup' dalam kehidupan abang. Abang tak dapat bayangkan hari mendatang tanpa sayang. Tanpa anak kita. Abang nak sayang percayakan abang. Percayakan cinta abang pada sayang."

Mata Dahlia Arissa terbuka. Wajah suaminya dipandang sepintas cuma.

"Kenapa you masuk bilik perempuan tu?" Akhirnya Dahlia Arisaa bertanya soalan yang sudah lama terpendam di dalam hatinya.

"Abang tak tahu. Sebelum tu dia datang hanya nak minta maaf je. Lepastu dia masuk bilik. Cuma abang perasan lepas abang minum air yang dia bancuh, abang dah mula rasa pening. Nafsu abang naik tiba-tiba. Abang tak tahulah pil apa yang dia dah masukkan dalam air Nescafe tu."

Dahlia Arissa mencebik. Alasan!

"Dan tak lama lepas tu dia datang goda abang. Dia pakai minyak wangi sama macam sayang. Lepastu dia bawa abang masuk bilik. Masa tu abang memang dah teruja sangat dengan dia, mungkin kesan daripada air tu. Abang cuba kawal diri tapi tak boleh. Abang mengaku memang abang ada peluk cium dia tapi abang tak ada buat lebih daripada tu sebab..."

"Sebab tak sempat! Sebab masa tu Aunty Syida dah masuk bilik, macam tu you nak cakap, kan? Tak sempatlah konon. Macamlah kita orang tengok you tu sempat tak sempat dengan perempuan tu!" bentak Dahlia Arissa. Bernanah hatinya bila Tengku Syed Adam mengaku ada memeluk dan mencium Damia.

"Sungguh. Abang tak ada buat lebih daripada tu," sambung Tengku Syed Adam dengan bersungguh-sungguh. Pipi isterinya diusap lembut. Hati Dahlia Arissa perlu ditawan semula. Bukan senang hendak menagih kemaafan daripada isterinya itu.

"Dahlah, pergi mandi. Kejap lagi kita makan," kata Dahlia Arissa lalu cuba meleraikan pelukan. Namun pautan tangan Tengku Syed Adam membatasi pergerakannya.

"Sayang tak rindu dekat abang ke?" bisik Tengku Syed Adam. Hampir dengan telinga isterinya.

Hembusan nafas Tengku Syed Adam yang menampar telinga Dahlia Arissa membuatkan jantungnya bergetar. Lupa terus dia dengan pengakuan suaminya sebentar tadi. Tengku Syed Adam memang pandai menggoda. Lagi-lagi sejak mereka berkahwin. Kalau ada course goda-menggoda dalam dunia ni, mesti yang akan jadi best top student!

"I nak pergi bawah, kesian dekat Muiz," ujar Dahlia Arissa lalu meloloskan diri daripada rangkulan suaminya dan kali ini dia berjaya. Takut dirinya termakan godaan suaminya itu.

"Cepat tau, I tunggu kat bawah."

Tengku Syed Adam melepaskan satu keluhan berat. Namun dia tidak akan berputus asa. Kalau dulu dia sanggup menunggu Dahlia Arissa selama bertahun-tahun lamanya, sekarang ini pun dia pasti akan dapat menunggu lagi. Tunggu sampai pintu kemaafan yang ada dalam diri isterinya itu terbuka buatnya. Langkah diatur menuju ke bilik mandi.














Vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro