bab 5
SUDAH tiga hari Amir Haikal ke Singapura kerana urusan perniagaan. Dahlia Arissa pula masih berkira-kira sama ada hendak bekerja di syarikat papanya atau di spa kepunyaan mamanya yang sudah mempunyai lima cawangan itu.
"Hai Topeng! Topeng dah makan ke? Tengok muka kau ni macam orang yang kurang kasih sayang je? Ke kau ada problem? Tak nak bagitau aku?" Tanya Dahlia Arissa bersungguh-sungguh.
"Mai rasa Topeng tu tak ada problem tapi Kak Lia tu yang ada problem," tegur Maisarah sambil membawa semangkuk makanan untuk Topeng.
"Kenapa pulak Mai cakap macam tu?"
"Yang Kak Dahlia pergi cakap dengan kucing sampai macam tu sekali, kenapa? Macam la kucing tu faham..." Balas Maisarah lalu menghulurkan makanan kucing itu kepada Dahlia Arissa.
"Kak Lia tahu la dia ni kucing. Tak faham satu apa pun yang Kak Lia cakap. Tapi tak salah rasanya kita bercakap dengan dia ni, kan Topeng? Kak Lia kesianlah tengok si Topeng ni. Dia seekor je kat rumah ni. Tak ada kawan. Erm, Kak Lia rasa Kak Lia nak belikan kawan baru untuk Topeng, la. Tak lah dia sunyi sangat, kan?"
"Ikut suka hati akak lah... Tapi lepas ada kawan dia nanti, Mai rasa tak payah la Kak Lia nak sembang dengan dia pulak sebab dia dah ada kawan untuk bersembang," usik Maisarah lalu berlalu ke dapur.
"Kau tengok tu Topeng, dia saja nak bagi hint nak cakap yang aku ni gila bercakap dengan kau. Eh, bukan gila tapi tak betul," rungut Dahlia Arissa sambil membelai bulu kucing Parsi yang bernama Topeng itu. Topeng tidak menghiraukan kata-kata Dahlia Arissa kerana makanan yang ada di hadapannya itu lebih menarik perhatiannya.
"Dahlia, mama nak pergi jumpa Tengku Najihah. Lia nak ikut tak?" Tegur Puan Sri Melati sambil mencapai kunci kereta.
"Dah nak gerak, mama baru nak tanya. Merajuk la macam ni. Eh, tapi kejap. Mama nak jumpa siapa tadi?"
"Tengku Najihah, ala... Ibu Syed Adam. Dia pun dah balik Malaysia. Dahlia tak nak jumpa dia ke?" Terang Puan Sri Melati.
Dahlia Arissa segera menggeleng. Huh! Jumpa Tengku Kayu tu. Jangan mimpi! Nehi! No way!
"Kalau macam tu tak apalah, mama pergi dulu. Petang nanti Abang Amir balik, maybe dia datang dengan Syahfina sekali. Jadi Dahlia jangan pergi mana-mana tau," sempat Puan Sri Melati mencium dahi anaknya itu.
KUNCI kereta Honda Accord dicapai lantas dia menuju ke dapur. Kelihatan bibik sedang menyiang ikan.
"Bik, mana Mai?" Tanya Dahlia Arissa. Sempat dia mencapai dua biji buah anggur di dalam bakul yang terletak di atas meja.
"Mai perginya ke pasar. Kenapa ya?"
"Tanya jelah bik. Lia nak keluar ni. Mungkin Lia tak makan dekat rumah. Bibik masak untuk bibik dengan Mai jelah ya. Bye, bye Rossa!" Usik Dahlia Arissa lalu berlalu pergi.
"Waduh, Dahlia panggil aku Rossa! Ngak nyangka ya, umur sudah mahu masuk empat puluh tahun kok bisa sama cantik dengan Rossa?" Kata bibik sambil tersenyum-senyum.
Baru sahaja Dahlia Arissa menghidupkan enjin kereta, dia ternampak kereta Myvi biru masuk ke perkarangan rumah. Kelihatan Maisarah keluar lalu mengeluarkan barang-barang yang telah dibelinya.
Nak buat kenduri ke apa? Bukan main banyak lagi si Mai ni beli barang dapur? Soal Dahlia Arissa di dalam hati. Pantas dia keluar dari kereta.
"Mai beli barang dapur ni, nak cukupkan setahun makan ke apa ni?" Tanya Dahlia Arissa sambil membelek barangan yang berada di dalam plastik.
"Mama Sri tak cakap apa-apa eh dekat Kak Lia yang malam ni nak buat barbeku dekat sini?"
"Ya ke? Mama tak cakap apa-apa pun tadi. Tapi dia ada cakap lah yang Abang Amir nak datang sini dengan Syahfina."
"Si Bunny tu nak datang? Ni yang malas ni," adu Maisarah.
Suka sangat budak tu panggil Fina tu bunny. Aku tahulah dia suka tengok cerita bunny.
"Buat tak tahu jelah."
"Kak, si Bunny tu dah pernah serang Mai tau bila dia nampak Abang Amir sembang dengan Mai dekat dapur."
"Patut pun bila nampak Abang Amir makan sekali hari tu, Mai terus lari masuk dalam bilik. Ada ikan bilis disebalik sambal rupanya. Tapi tak apalah, kita buat tak tau je. Kak Lia nak keluar ni, jangan lupa kunci pintu rumah tu," pesan Dahlia Arissa lalu menuju ke kereta. Sekali lagi langkahnya terhenti apabila ternampak teksi masuk ke dalam perkarangan rumah.
"Siapa pulak ni?" Gerutu hatinya. Tidak lama kemudian kelihatan Amir Haikal keluar dari teksi itu. Mama cakap dia ni balik petang, ni belum zohor lagi dah muncul. Pelik!
"Awal abang balik?" Tegur Dahlia Arissa. Amir Haikal yang baru sahaja membayar tambang teksi segera mendapatkan Dahlia Arissa.
"Ni nak pergi mana pulak ni? Mama kata yang Lia tak ada pergi mana-mana hari ni," Amir Haikal pula bertanya. Pintu disebelah penumpang dibuka.
"Eh, abang nak pergi mana pulak ni? Lia nak keluar kejap lah. Tu beg abang tak bawak masuk lagi. Dah, dah... Abang pergi keluar sekarang jugak. Kacau jelah!" Sempat lagi Dahlia Arissa menolak tubuh abang sepupunya itu.
"Bik, bawak beg saya tu masuk ke dalam ya. Saya nak keluar kejap dengan Tuan Puteri Bunga Intan Payung ni," laung Amir Haikal kepada bibik yang sedang membantu Maisarah mengangkat barang. Bibik hanya mengangguk. Dahlia Arissa sudah pun ternganga.
"Jangan nak buat muka dua puluh sen Dahlia tu. Drive jelah," ujar Amir Haikal sambil menarik tali pinggang keselamatan.
"Eeee... Abang ni suka macam ni, tau! Dahlia baru je nak test market dekat bandar ni." Katanya lalu memulakan pemanduannya.
"Test market?"
"Nak cari boyfriend lah."
"Tak payah nak test market sangat. Lia fikir exam? Sekarang abang nak Dahlia bawak abang pergi makan. Abang lapar ni."
"Tak makan ke dalam flight tadi?"
"Tak, abang tertidur," akui Amir Haikal. Dahlia Arissa tidak menjawab namun sempat dia menjeling Amir Haikal yang sedang rancak berbalas SMS. Cemburu mula berputik di dalam hati.
IKAN siakap tiga rasa itu sememangnya menaikkan selera Amir Haikal. Dahlia Arissa hanya melihat lelaki ber-T-shirt putih itu menyuap makanan. Wajah Amir Haikal ditatap dalam-dalam. Macam mana lah aku boleh jatuh cinta saat dia ni dah jadi tunang orang? Mungkin ni mainan perasaan je kut?
"Betul ke Lia tak nak makan nasi ni?" Tegur Amir Haikal apabila melihat Dahlia Arissa hanya meratah ikan. Dahlia Arissa hanya mengangguk.
"Nak abang suapkan ke?" Usik Amir Haikal.
"Siapa pulak yang nak abang suapkan?" Dahlia Arissa mencebik
Amir Haikal tergelak. Nasi di atas pinggan sudah pun dihabiskan sebelum dia dan Dahlia Arissa sama-sama meratah ikan siakap tiga rasa itu. Kemesraan antara mereka berdua semakin jelas kelihatan.
"NAH, abang drive. Muka punya lah macho, tapi perempuan pulak yang drive kan. Tak patut betul!" ujar Dahlia Arissa lalu memberi kunci kereta kepada Amir Haikal.
"Sekali sekala tak apa, kan?"
"Mula-mula sekali-sekala, lepastu dua kali tiga kala, lepastu semua sangka kala keluar."
Amir Haikal ketawa mendengar omelan Dahlia Arissa. Ada-ada saja dia ni.
"Nak pergi mana ni?" Tanya Amir Haikal sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta.
"Baliklah!"
"Tadi beria-ria cakap nak test market dekat bandar ni, tapi ni nak balik pulak. Mana satu yang betul ni?" Tanya Amir Haikal lagi.
"Kalau Dahlia nak test market, Dahlia kena pergi sorang-sorang."
"Apa-apalah. Tapi sementara nak sampai rumah ni, apa kata Lia cerita sikit pasal pelarian Lia dekat overseas dulu. Lama dah abang tunggu Lia ceritakan dekat abang." Sengaja perkataan pelarian itu ditekankam sedikit.
"Siapa suruh pergi Singapura? Nanti-nantilah Lia cerita."
"Abang nak sekarang, bukannya nanti-nanti."
"Dahlia tak tahu nak start dari mana." Dalih Dahlia Arissa lagi. Oh, seboleh mungkin dia tidak ingin lagi menyelak helaian lama yang telah terluka dahulu. Biarlah yang berlalu itu terus berlalu...
"Okay, fine!" Jawab Amir Haikal terus memandu kereta.
Melihat muka Amir Haikal sedikit tegang membuatkan Dahlia Arissa berasa tidak senang hati. Eee... Dia ni kan... Pandai betul buat muka kesian dia tu. Saja lah tu nak suruh aku buka cerita! Rungut Dahlia Arissa. Sudah semestinya di dalam hati.
"Ermmm... Ya lah. Dahlia cerita. Kalau tak cerita, ada yang buat muka macam mangkuk pinggan mama yang dah tersadai dalam stor tu."
"Muka abang punya handsome Lia cakap macam mangkuk pinggan?"
"Nak dengar ke tak ni?" Ugut Dahlia Arissa sambil menjeling kepada Amir Haikal.
"Okay, sorry!"
Pls vote to support this little writer :))
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro