Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 43

BARU seminggu Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam duduk di rumah keluarga Tengku Syed Adam, tetapi bagi Puan Sri Melati lamanya bagai bertahun. Walaupun jarak rumah mereka tidaklah jauh mana, tetapi dia tidak mahu menggangu masa Dahlia Arissa bersama keluarga mertuanya. Jadi, kepulangan Dahlia Arissa disambut gembira oleh wanita yang masih kelihatan sihat dan anggun itu.

"Mama, I really miss you!"

"I miss you too, sayang. Seminggu Dahlia tak ada rasanya macam setahun. Teringat mama masa Lia study kat Europe dulu," luah Puan Sri Melati. Suaminya tidak ada di rumah kerana menghadiri satu majlis makan malam amal anjuran syarikat Dato' Kamal.

"Tapi masa dia study dulu lagi lama dia tak balik ma," celah Tengku Syed Adam yang mengekori langkah dua beranak itu dari belakang untuk menuju ke dalam rumah.

"Masa tu orang tengah mogok, Adam. Mana nak baliknya," usik Puan Sri Melati.

Dahlia Arissa sudah menjeling tajam suaminya. Orang mogok pun sebab dialah, ma! Rungutnya dalam hati.

Melihat wajah Dahlia Arissa sudah masam mencuka, Tengku Syed Adam lantas melayangkan flying kiss kepada isterinya itu. Betul-betul dihadapan mak mertuanya. Wajah Dahlia Arissa berona merah apabila mamanya sudah berdehem. Tengku Syed Adam sudah mengekek ketawa. Geli hati melihat perubahan pada wajah isterinya itu. Bibik pula terkocoh-kocoh membawa air.

"Mama ingat, mama nak ambik maid lagi soranglah. Kesian pulak mama tengok bibik tu. Lagipun tak lama lagi kamu dah ada baby. Lagi banyak kerja nak buat dekat rumah ni. Kalau ada sorang lagi maid, ringan sikit kerja bibik," cadang Puan Sri Melati.

"Kita orang pun memang plan nak ambik maid baru jugak untuk mama. Dahlia pun dah bincang dengan ibu Adam. Ibu cakap dia ada orang nak jadi pembantu rumah. Sepupu Kak Wani," jawab Dahlia Arissa pula.

"Kak Wani yang jadi pembantu rumah kamu tu, Adam?" tanya Puan Sri Melati. Tengku Syed Adam yang sedang membalas SMS Daniel Amriza segera mengangguk.

"Haah, ma. Kak Wani cakap sepupu dia memang pernah jadi maid sebelum ni, tapi majikan dia dah nak balik Kelantan so dia terpaksalah berhenti." Dahlia Arissa menjawab bagi pihak suaminya.

Puan Sri Melati mengangguk.

"Ni, Abang Amri ada mesej. Dia cakap nak datang sini esok," beritahu Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa dan mamanya hanya mengangguk. Sejak berkawan baik dengan adik ipar dia yang sorang ini, langsung Abang Amri tak mesej aku. Sabar jelah! omel Dahlia Arissa di dalam hati.

"Mama tak sabar sangat nak tengok anak kamu berdua ni. Mesti comel macam Sarah, kan?" kata Puan Sri Melati sambil tersenyum.

Dahlia Arissa yang sedari tadi duduk di sebelah suaminya terus bangkit menuju ke sebelah mamanya pula. Lantas kepala dilentokkan ke bahu mamanya. Terasa lama benar dia tidak bermanja dengan mamanya itu.

Tengku Syed Adam tersenyum melihat telatah mereka dua beranak. Tanpa menunggu lama, dia naik ke tingkat atas. Membiarkan ibu mertuanya melampiaskan kerinduan pada Dahlia Arissa.

"Kalau satu hari nanti mama dah tak ada, Dahlia kena jaga papa untuk mama tau. Lia kena pastikan makan minum papa terjaga. Sentiasa ingatkan jadual medical check up papa..."

"Wait!"

Dahlia Arissa yang tadi terlentok di bahu mamanya kini sudah pun duduk tegak menghadap mamanya.

"Macam pelik je bunyi mama ni. Mama ada sembunyikan something dari Lia, eh?"

Puan Sri Melati sudah pun tergelak. Jauh betul fikiran anaknya itu. Tangan Dahlia Arissa diusap lembut.

"Sembunyikan apa? Mama just ingatkan je. Lagipun Dahliakan rapat dengan papa. Jadi Lialah yang paling sesuai tengokkan papa untuk mama."

"Mama ada nak pergi mana-mana ke? Mama jangan, Dahlia nak anak Lia nanti nampak muka tokma dia yang cun ni dulu tau!" jawab Dahlia Arissa lagi lalu kembali bersandar di bahu mamanya. Puan Sri Melati mencium ubun-ubun anaknya penuh kasih. Malam itu terasa hatinya begitu sayu sekali. Tidak tahu kenapa.

"Sayang, ajal maut semua di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan semuanya. Tapikan, kalau Allah nak ambik nyawa mama malam ni, sekalipun mama tak kisah..."

"Mama, jangan cakap macam tu, lah." Pantas sahaja Dahlia Arissa mencelah. Takut benar dia mendengar kata-kata mamanya. Puan Sri Melati tersenyum.

"Mama cakap jelah, sayang. Lagipun kan mama dah janji nak jaga Lia dalam pantang. Nanti siaplah Lia, tak boleh nak ponteng-ponteng pantang tau. Kena ikut segala arahan mama. Kalau mama tak ada, tanya Maisarah..."

"Mama!" Dahlia Arissa menegur lagi apabila mamanya menyebut mengenai ketiadaan dirinya.

"Erm, yalah-yalah. Dah, pergi naik. Kesian pulak dekat Adam tunggu Lia dekat atas tu."

"Okey, lepas ni tak nak dah dengar mama cakap benda mengarut macam tu, tau! Dahlia sayang mama. Sayang sangat-sangat. Lia tak nak kehilangan mama. Mama nyawa Lia..."

"Dan Lia pulak 'bunga yang terindah berkembang' dalam hidup mama dan sangat penting bagi mama..." sambung Puan Sri Melati lalu memeluk anaknya dengan erat. Air matanya bergenang jua.












SUBUH-SUBUH lagi Dahlia Arissa mengadu sakit perut. Tengku Syed Adam segera mengejutkan Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati. Walaupun tarikh bersalin Dahlia Arissa masih belum tiba, tetapi mereka tetap membawanya ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Dahlia Arissa segera dimasukkan ke dalam bilik bersalin.

"Bukan due date Lia tiga hari lagi ke?" tanya Daniel Amriza kepada mamanya. Dia terus bergegas ke hospital apabila diberitahu oleh papanya tentang Dahlia Arissa.

Puan Sri Melati mengangguk. Tengku Syed Adam sudah pun masuk menemani isterinya. Tan Sri Mokhtar pula sibuk menelefon keluarga Tengku Syed Adam. Berita itu mesti dikhabarkan secepat mungkin.

"Amri nak pergi ambik phone dalam kereta. Tertinggal tadi, takut Mai call..." beritahu Daniel Amriza. Terburu-buru menyebabkan dia lupa mencapai telefon bimbitnya yang ada di dalam kereta.

"Mama nak ikut. Handbag mama pun tertinggal dalam kereta," ujar Puan Sri Melati lalu mengikut anaknya setelah berpesan kepada suaminya untuk memberitahu mereka secepat mungkin jika Dahlia Arissa selamat bersalin.

Tan Sri Mokhtar mengangguk lalu menyerahkan kunci kereta kepada isterinya. Namun dia sedikit tergamam apabila Puan Sri Melati mengucup lembut pipinya sambil tersenyum manis. Mimpi apa bini aku ni? Kalau dekat rumah memang biasa macam ni, tapi dekat tempat awam tak pernah-pernah dia begini. Teruja nak dapat cucu kut? Bisiknya dalam hati sambil memerhati langkah isterinya yang sedang memaut erat lengan anak sulung mereka itu.










DANIEL AMRIZA menghampiri keretanya sambil memerhati mamanya yang sedang melintas jalan menuju ke kereta yang diletakkan di seberang jalan. Baru sahaja dia membuka pintu keretanya, tiba-tiba terdengar dentuman kuat. Pantas dia berpaling. Puan Sri Melati sudah pun terhumban ke tengah jalan. Darah pula mengalir laju.

"Ya Allah! Mama!!!"

Kereta yang melanggar Puan Sri Melati tadi sudah pun menghilang. Beberapa orang yang ada di situ menghampiri Daniel Amriza yang sudah pun memangku kepala mamanya. 

"Ya Allah, mama. Macam mana boleh jadi macam ni?" Rintih Daniel Amriza tersedu-sedan bersama linangan air mata membasahi pipinya.

"Am... Am jaga papa ya, Am... jaga Lia... jaga rumah tangga Amri... Sampaikan cium peluk mama buat cucu kedua mama nanti. Mama sayang kamu semua..."

"Ma, mengucap ma!" rintih Daniel Amriza. Puan Sri Melati hanya menganggukkan kepala kemudian tersenyum. Daniel Armiza mengendong mamanya masuk ke hospital.

Namun Puan Sri Melati menghembus nafas terakhir di dalam pelukan anaknya sendiri.












TAN SRI MOKHTAR memegang pipinya. Masih terasa kecupan terakhir isterinya sebentar tadi. Air matanya sudah mengalir di pipi. Daniel Amriza pula sudah terduduk di lantai hospital apabila melihat mamanya sudah tidak bernyawa lagi. Sememangnya dia tidak menyangka mamanya akan pergi seperti itu.

"Jaga papa ya... jaga Lia... jaga rumah tangga Amri... Sampaikan peluk cium mama buat cucu kedua mama nanti... mama sayang kamu semua..."

Masih terngiang-ngiang pesanan mamanya sebelum menghembuskan nafas terakhir tadi, lantas mengingatkan dirinya pada adiknya. Air matanya mengalir laju apabila mengenangkan penerimaan Dahlia Arissa sekejap lagi. Tambahan adiknya itu amat rapat sekali dengan arwah mama mereka.

"Pa, kita pergi jenguk Lia dulu..." ajak Daniel Amriza mengejutkan papanya.

Tan Sri Mokhtar meraup wajahnya sebelum bangkit menuju ke bilik Dahlia Arissa ditempatkan. Saat itu terasa sebahagian nyawanya telah hilang.











Vote :((

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro