bab 4
PINTU pejabat Tan Sri Mokhtar diketuk perlahan.
"Come in!" Tegas sahaja suara Tan Sri Mokhtar memberi arahan. Matanya tepat memandang ke arah daun pintu. Tidak lama selepas itu muncul wajah cantik Dahlia Arissa. Tan Sri Mokhtar tersenyum lalu berdiri mendapatkan puteri bongsu kesayangannya itu.
"Mimpi apa anak papa ni datang office? Dah ready nak kerja ke?" Tanya Tan Sri Mokhtar lalu melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di sudut pejabatnya. Dahlia Arissa hanya tersenyum.
"Tak payah tunggu mimpi, pa. Malam nanti baru mimpi tu muncul. Sekarang ni Lia ada benda nak tanya dekat papa ni. Tapi papa kena jawab jujur tau. Tak nak stop sana stop sini. Straight je ikut highway. Kalau papa nampak tol, ikut je smart tag. Papa faham tak?"
Tan Sri Mokhtar ketawa besar apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Dahlia Arissa. Namun tidak lama selepas itu dia segera menganggukkan kepala apabila wajah anak gadisnya itu sudah masam mencuka.
"Dahlia nak tanya, sejak bila pulak Abang Amir tu bertunang? Sampai hati papa dengan mama tak bagitau kat Lia? Masa Lia pergi holiday dekat rumah mummy dengan daddy dekat London dulu, tak ada pulak dia orang bagitau. Dahlia ni dah macam orang lain je..." Rungut Dahlia Arissa. Teringat pula dia pada mummy Amir yang merupakan adik mamanya. Sejak kecil lagi dia sudah terbiasa memanggil kedua-dua ibu bapa Amir Haikal dengan panggilan mummy dan daddy. Begitu juga dengan abangnya, Daniel Amriza yang turut memanggil mereka dengan gelaran yang sama. Dan keadaan itu berjangkit pula pada Amir Haikal yang turut memanggil kedua-dua ibu bapanya dengan panggilan mama dan papa.
"Jangan nak cakap yang bukan-bukan. Actually papa pun tak tahu sangat macam mana hubungan Amir dengan Syahfina tu. Tup-tup daddy called bagitau Amir nak bertunang and mintak papa dengan mama handle apa yang patut sebelum mereka balik Malaysia."
"Tak kisah la pa, tup-tup ke, tip-tip ke, tap-tap ke... yang jadi masalahnya sekarang kenapa tak ada seorang pun yang bagitau Lia pasal benda ni? Kalau Lia tahu, boleh jugak Lia balik masa tu," balas Dahlia Arissa
"Hello my dear! Wake up! Jangan buat-buat lupa pulak pasal apa yang dah Lia buat. Empat tahun Lia duduk dekat Europe tu, pernah ke nak balik Malaysia? Pernah ke nak ambil tahu pasal saudara-mara kita?" Kali ini Tan Sri Mokhtar mula menukar sedikit nadanya dengan lebih serius.
"Ya ke Dahlia dulu macam tu? Isy-isy, teruknya anak papa ni. Tapi masa tu darah muda lagi lah, pa." Dalih Dahlia Arissa sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Jangan nak buat alasan pulak! Cakap je yang Lia tu bawak diri sebab Syed Adam tu, kan?"
Dahlia Arissa tersentak. Alamak! Macam mana papa boleh tahu ni? Siapalah punya mulut yang macam longkang penuh sampah sarap bagitau kat papa? Ni yang nak bertukar jadi HULK ni! Tapi semua tahu aku bawak diri ke sana sebab kecewa dengan Si Tungku Kayu Api tu. Huh!
"Dah... Dah, jangan nak buat muka blur pulak. Dah nak masuk waktu lunch time ni, papa nak lunch dengan mama. Lia nak ikut ke tak?" Tanya Tan Sri Mokhtar lalu bergerak mencapai kunci kereta.
"Papa drive sendiri ke? Mana driver papa?"
"Demam ke apa budak ni? Sejak bila pulak papa ada driver ni. Macam-macam lah Lia ni. So nak ikut ke tak ni?"
"Tak pe, Lia tak nak ganggu mama dengan papa. Enjoy your lunch time."
"Okay, but how about you? Takkan nak duduk sini?"
"Siapa pulak nak duduk office sorang-sorang. Tak pasal pasal nanti jumpa Hantu Kak Limah Balik Office. Lia nak serang Abang Amir pulak ni."
"Ada-ada je Lia ni. Siang-siang mana ada hantu!"
"Pa, hantu keluar ikut syif ke? Keluar malam je? Siang tak keluar?" Soalnya lagi.
"Dah, dah... Melayan Lia ni sampai esok pun tak habis," kata papanya lantas berlalu.
Dahlia Arissa hanya tersenyum lalu mengikut papanya ke tempat parkir. Mesej daripada Amir Haikal sempat dibalasnya. Namun hatinya tiba-tiba tidak senang apabila teringat Amir Haikal itu tunang orang. Dan saat itu juga wajah Tengku Syed Adam bermain difikirannya. Akhirnya, sebuah keluhan berat dilepaskan.
DAHLIA ARISSA segera meloloskan dirinya ke dalam kereta BMW 5 Series milik Amir Haikal. Kali ini dia hendak mendengar pengakuan daripada Amir Haikal sendiri kenapa pertunangannya dengan Syahfina dirahsiakan daripadanya. Amir Haikal yang sememangnya menunggu Dahlia Arissa, terus menekan pedal minyak menuju ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu ke mana. Sesekali matanya mencuri pandang Dahlia Arissa yang sedang leka memandang keadaan di luar menerusi tingkap kereta. Cantik! Pujinya dalam hati.
"Kita nak makan dekat mana ni?" Tanya Amir Haikal setelah lama mendiamkan diri.
"Makan dekat mulut." Jawab Dahlia Arissa sambil tersenyum.
"Ada je benda yang dia nak menjawab, ya. Cium mulut tu karang baru tahu!" Ugut Amir Haikal dengan usikan. Dengan pantas Dahlia Arissa menutup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tangannya. Amir Haikal pun tergelak besar.
"Dahlia tahu lah yang abang tu dah bertunang. Tak lama lagi dah nak berkahwin. Tapi janganlah sebut benda-benda yang macam tu. Nanti kalau Lia kepingin macam mana?" Tanya Dahlia Arissa tergelak.
"Cepat-cepatlah kahwin cik adik oii..." Kata Amir Haikal sambil mencubit pipi kanan Dahlia Arissa.
"Ouch! Abang ni kan, nak buat penderaan sosial ke apa? Ada pulak main cubit-cubit. Nanti ada yang kurang dekat badan Lia ni, kan dah turun harga hantarannya nanti. Apalah abang ni!" Rungut Dahlia Arissa sambil menggosok pipinya. Amir Haikal ketawa.
"Ada pulak terkurang terlebih. Dahlia tu tak boleh dinilai dengan wang ringgit tau!"
"Gurau jelah. Cepatlah singgah makan. Lia dah lapar ni..." Rengek Dahlia Arissa dengan gaya yang penuh mengada-ada. Eh kenapa aku gedik semacam ni dengan Abang Amir?
"Dah nak sampai," jawab Amir Haikal ringkas.
SEBAIK sampai sahaja makanan dan minuman, Dahlia Arissa terus menyuap nasi beriani ke dalam mulut. Amir Haikal hanya memerhati tetapi makin diperhati, makin bergetar pula hatinya. Namun dia tidak nafikan, pertemuan dengan Dahlia Arissa baru-baru ini telah mengubah perasaannya terhadap adik sepupunya itu.
"Abang ni nak makan nasi ke nak makan muka Lia ni? Baik abang makan cepat sebab Lia ada benda nak tanya dekat abang. Berkaitan dengan hidup dan mati!"
"Huh! Ingat ni kaunter pertanyaan ke?" Sela Amir Haikal. Dahlia Arissa sudah menjeling.
"Abang!!!"
"Ya la, ya la. Tanya je sekarang. Sambil makan abang jawab."
"Okay, good answer. Let's start with relationship antara abang dengan Kak Fina!"
"Hubungan kita orang kan bertunang."
"Yes, I know that. But macam mana abang kenal dia? Lepas tu tau-tau je abang dengan dia dah bertunang. Yang Dahlia tak puas hati sekarang ni satu je. Kenapa tak inform kat Lia?"
"Kalau abang bagitau Lia sekalipun, Lia agak-agak Lia akan balik Malaysia tak masa tu?"
Dahlia Arissa terpanar. Nampak sangat ke apa yang dia lakukan empat tahun lepas? Alasan sambung belajar dekat overseas tu macam tak menjadi je, bisik Dahlia Arissa di dalam hati.
"Nak jumpa Dahlia pun susah. Masa abang ada dekat London dulu tak ada pulak Lia nak pergi jumpa mummy dengan daddy, tapi bila abang dah duduk Malaysia baru je sibuk duduk berminggu-minggu dekat sana. Abang ada buat salah ke dekat Lia? Ke Lia yang ada buat salah dekat semua orang sampai takut nak jumpa kita orang semua?" Tekaan Amir Haikal itu membuatkan Dahlia Arissa tidak senang duduk.
"Mana ada! Lia bukan seorang yang suka lari dari masalah lah. Buat penat je. Kalau nak lari pun, Lia lari setempat je." Sempat lagi Dahlia Arissa berseloroh. Namun wajah Amir Haikal tetap serius, seperti nada suaranya sebentar tadi. Erk!
"Dahlia Arissa!" Tegur Amir Haikal sambil memandang tepat ke mata Dahlia Arissa.
"Yalah, nanti Lia cerita. Tapi bagi Lia habiskan makanan depan Lia ni dulu. Kesian perut comel Dahlia ni nanti sebab tak cukup zat dengan vitamin..." Kata Dahlia Arissa sempat berseloroh sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut. Dia tahu Amir Haikal benar-benar ingin tahu. Ni yang buat jiwa dia naik kacau ni! Rungut hati kecilnya.
Vote:)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro