bab 28
PAGI itu Dahlia Arissa tidak keruan. Melihat Tengku Syed Adam pun dia tidak berani, apatah lagi hendak bertentang mata. Lagilah dia malu.
"Sayang ni kenapa? Lepas solat subuh tadi, gelisah je abang tengok?" Tanya Tengku Syed Adam ketika mereka berdua dalam perjalanan menuju ke pasar.
"Err... Biasa jelah," dalih Dahlia Arissa. Dia mengalih pandangan ke luar tingkap kereta.
"Sayang fikirkan apa yang terjadi malam tadi, kan?" Usik Tengku Syed Adam. Sengaja dia serkap jarang.
Muka Dahlia Arissa terasa panas. Pipinya yang putih bersih itu kelihatan kemerah-merahan. Tengku Syed Adam yang sempat menjeling isterinya itu ternampak perubahan wajah Dahlia Arissa. Sah! Memang dia ni masih ingat 'malam pertama' mereka yang sudah tertunda lama itu. Dia tersenyum nakal.
"Kita makan dekat gerai depan tu boleh tak? Lama dah tak makan bakso. Teringat pulak bakso yang bibik selalu buat," Dahlia Arissa cuba mengalih perhatian Tengku Syed Adam.
"Sejak bila pulak isteri abang ni pandai pusing sana pusing sini masa bercakap ni? Ingat abang tak tau ke yang sayang saja nak tukar topik perbualan kita, kan?"
Aku dah agak dah. Dia ni ahli nujum bin ahli silap mata kucing. Tau-tau je apa yang aku fikir. Getus Dahlia Arissa di dalam hati. Malas dia hendak menjawab pertanyaan suaminya. Nanti tidak pasal-pasal dia pula yang kena.
"Tapi abang pun tengah fikir apa yang jadi malam tadi."
"Abang!" Tegur Dahlia Arissa. Cepat-cepat sahaja dia memintas kata-kata suaminya. Kalau dibiarkan, makin susah hendak berhenti nanti. Tengku Syed Adam sudahpun tergelak besar.
"Apa-apapun, thanks sayang sebab terima abang sepenuhnya," sambung Tengku Syed Adam lagi sambil ketawa. Dahlia Arissa yang masih diamuk rasa malu memandang sekilas suaminya. Geram dengan telatah lelaki di sebelahnya itu.
"Sama-sama."
"Tu je?"
"Erm, Lia pun nak ucap terima kasih sebab setia and sabar tunggu Lia selama ni. Maaf kalau Lia tak tunaikan tanggungjawab Lia sebagai seorang isteri sepenuhnya sebelum ni," luah Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam mencapai tangan kanan isterinya lalu dikucup penuh manja.
"Sama-sama, sayang. Kiranya malam tadi sayang dah tunaikan tanggungjawab sayanglah, kan? Bukan malam tadi je tau, malam ni dan malam seterusnya..." Makin galak Tengku Syed Adam mengusik.
"Abang!!!"
Satu cubitan singgah di perut Tengku Syed Adam. Dia mengaduh kesakitan. Dah pandai main cubit-cubit dah dia ni. Tak pe, tak pe. Siaplah sayang malam karang, hatinya berbisik nakal.
SUASANA di ruang tamu utama itu dipenuhi oleh keluarga Tengku Syed Adam, keluarga Amir Haikal, dan keluarga Tan Sri Mokhtar sendiri. Cuma Daniel Amriza dan Maisarah sahaja yang masih belum balik dari Singapura.
"Daddy tengok muka Lia sekarang ni makin berseri-seri," tegur Dato' Mukriz, daddy Amir Haikal.
Dahlia Arissa yang sedang memasukkan buah anggur ke dalam mulut segera memandang orang tua yang masih kelihatan segak itu.
"Seri pengantin tak hilang lagi, bang..." Datin Melor pula menyambung kata-kata suaminya itu sambil tersenyum nipis.
Amir Haikal yang duduk bersebelahan dengan Tan Sri Mokhtar pura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya.
"Bila kami nak menimang cahaya mata ni?" Usik Tengku Najihah. Sememangnya, dia dan suaminya tidak sabar untuk mendapatkan cucu. Tambahan Tengku Syed Adam merupakan anak tunggal mereka.
"Lambat lagilah, bu..." Jawab Dahlia Arissa sambil tersenyum malu.
"Kenapa pulak?" Tanya Tengku Najihah dan Puan Sri Melati serentak.
"Macam mana nak cepat kalau malam tadi baru..." Belum sempat Dahlia Arissa menyambung bicaranya, tiba-tiba lengannya disiku oleh Tengku Syed Adam yang duduk disebelahnya. Kadang-kadang lurus bendul jugak isterinya ini.
"Malam tadi apa?" Soal Tan Sri Mokhtar kehairanan. Kening terangkat sedikit.
"Malam tadi hujan lebat." Sambung Tengku Syed Adam.
Dahlia Arissa yang sedar akan kesilapannya hanya mengangguk laju.
Amir Haikal mengerutkan dahi. Malam tadi hujan ke? Rasanya tak!
"Papa ingatkan apa jelah yang berlaku malam tadi."
Yang lain mula berbicara sesama sendiri. Yang perempuan sibuk dengan hal kewanitaannya, yang lelaki pula sibuk bercerita tentang perniagaanya. Tengku Syed Adam memaut lembut bahu isterinya lantas berbisik.
"Mulut sayang tu nak kena gigit ke?"
"Apasal pulak?"
"Dah tu, bukan main ringan lagi nak cakap pasal malam tadi..."
"Opss, sorry abang. Tak sengaja," ucap Dahlia Arissa sambil tersenyum manja.
"Ni apa bisik-bisik ni? Tak baik tau!" Tegur Puan SrI Melati.
"Tengah bincanglah tu macam mana nak bagi kita cucu cepat-cepat," sampuk Tengku Syed Idris lalu disambut gelak tawa daripada yang lain.
Muka Dahlia Arissa sudah merah padam menahan malu. Tengku Syed Adam hanya tersenyum. Masih dapat berlagak selamba.
"Erm, ni hal Amir ni macam mana pulak?" Puan Sri Melati kembali bersuara. Baru dia perasan wajah mendung milik anak saudaranya yang sudah dianggapnya sebagai anak sendiri itu.
"Esok kita pergi pejabat agama Islam. Minta pendapat dia orang. Kita tak boleh buat keputusan terburu-buru." Cadang Dato' Mukriz.
"Kamu rasa macam mana, Amir?" Tanya Datin Melor pula. Amir Haikal mengangkat muka.
"Amir tak kisah." Jawabnya ringkas. Sempat lagi dia menjeling kemesraan antara Tengku Ayed Adam dan Dahlia Arissa. Cemburu mula terbit di lubuk hati yang paling dalam namun dengan pantas dia menepis perasaan yang boleh merosakkan hati dan perasaannya itu.
"Kalau macam tu, kami minta diri dulu. Adam, Lia, abah dengan ibu balik dulu. Terima kasih sebab sediakan makan malam yang paling sedap abad ini," seloroh Tengku Syed Idris sambil membetulkan kedudukan cermin matanya.
Dahlia Arissa hanya tersenyum. Dengan penuh tertib, dia bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa mertuanya. Begitu juga Tengku Syed Adam.
"Melor, kamu pergilah berehat. Lagipun kamu tu belum sembuh sepenuhnya," ujar Puan Sri Melati kepada adiknya itu sejurus kereta ibu bapa mertuanya sudah tidak kelihatan.
"Yalah. Amir, kamu tidur sini je. Sebab Fina ada dekat rumah kau orang berdua tu. Macam tak sesuai je kalau kamu balik sana." Cadang Datin Melor.
Amir Haikal sekadar mengangguk. Sudah lama benar dia tidak tidur di rumah ini.
"Abang, akak, kami naik dulu." Pinta Dato' mukriz lalu memimpin isterinya.
"Good night mommy, daddy!" Ucap Dahlia Arissa.
"Good night, sayang." Balas Datin Melor lantas mencuitpipi anak saudaranya itu.
Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati turut naik ke tingkat atas. Melihat hanya tinggal mereka bertiga di situ membuatkan Amir Haikal tidak senang duduk.
"Abang naik dulu," cepat sahaja dia bersuara lalu menuju ke biliknya. Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam masih setia menonton drama Melayu yang ditayangkan di Astro.
"Memandangkan semua dah masuk bilik, apa kata kita masuk bilik jugak," cadang Tengku syed Adam. Di bibirnya sudah bergayut senyuman nakal.
"Kejap lagilah abang, dah nak habis dah cerita ni." Mata Dahlia Arissa tidak berkalih dari skrin TV.
"TV tu ke lagi penting daripada abang?" Duga Tengku Syed Adam. Dahlia Arissa memandang suaminya lantas tersenyum.
"Sejak bila abang pandai merajuk ni?"
"Baru je satu perpuluhan tujuh saat lepas."
Dahlia Arissa ketawa. Alat kawalan TV itu dicapai lalu ditekan butang Off.
"Yalah, yalah. Jom kita naik." Dahlia Arissa mengalah.
Tengku Syed Adam tersenyum menang. Pinggang isterinya dirangkul kemas. Kebahagiaan semakin mewarnai kehidupan mereka.
Shaa nk vote korang :((
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro