Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 27

BALIK sahaja dari spa, Dahlia Arissa terus mengemas bilik tetamu. Esok mama dan papanya akan pulang ke Malaysia dan kedua-dua orang tua Amir Haikal turut pulang sekali. Dia pasti orang tua abang sepupunya itu akan bermalam di rumah mereka. Setelah siap mengemas, dia ke dapur pula. Makan malam perlu di siapkan kerana Tengku Syed Adam akan balik dari pejabat.

Sedang dia leka menumis rencah asam pedas ikan pari, dia terdengar suara Tengku Syed Adam memberi salam. Seperti selalu dia akan menyambut kepulangan suaminya.

"Sayang masak apa kat daput tu? Sampai ke pejabat lagi abang dah bau dah masakan sayang tu," tanya Tengku Syed Adam sambil menyambut tangan Dahlia Arissa untuk disalami. Dahlia Arissa mencium tangan Tengku Syed Adam sebelum Tengku Syed Adam mencium dahi isterinya pula. Begitulah mereka berdua sejak berkahwin. Walaupun mereka belum menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar, tetapi Dahlia Arissa tidak pernah membelakangkan Tengku Syed Adam, malah dia sentiasa menghormati suaminya itu.

"Melampau sangatlah tu kalau dah sampai pejabat you boleh hidu semua ni," balas Dahlia Arissa lalu berlalu ke dapur. Takut masakannya hangit.

Tengku Syed Adam mengikut langkah isterinya. Tekaknya juga terasa haus. Dia menuju ke peti ais. Air 100 Plus botol besar di ambil lalu dia mencapai cawan dan menuangkannya. Kemudian minuman yang berada di tangannya itu diteguk dengan rakus.

"Kejap tadi ibu call abang, dia ajak kita dinner malam esok," beritahu Tengku Syed Adam. Teringat dia akan panggilan telefon daripada ibunya sebentar tadi.

"Tapi esokkan mama dengan papa nak balik. Macam mana ya?" Tanya Dahlia Arissa sambil tangannya memasukkan ikan pari ke dalam tumisan tadi. Teratur sahaja gerak-gerinya. Nampak sangat dia sudah biasa memasak.

"Ya tak ya jugak, kan? Abang boleh lupa pulak!"

"Tak pun you ajak jelah ibu dengan abah makan malam dekat sini," cadang Dahlia Arissa.

"Elok sangatlah tu."

Dahlia Arissa hanya tersenyum lalu meneruskan semula kerjanya. Sementara menunggu asam pedas itu masak, dia sempat memotong terung bersama kangkung untuk dimasak goreng belacan serta sayur kailan untuk dibuat kailan ikan masin. Tambahan pula itu merupakan menu kegemaran Tengku Syed Adam.

"Abang tak sangka yang sayang ni tangkas dekat dapur. Macam nak bersilat je abang tengok."

"Tu satu pujian ke atau perlian?" Dahlia Arissa sempat menjeling suaminya.

Tengku Syed Adam ketawa. Makin di pandangnya Dahlia Arissa, makin menggebu kasih sayangnya terhadap isterinya itu. "Abang puji. Ikhlas lagi ni."

"Erm, dahlah pergi mandi. Kejap lagi kita makan." Arah Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam mengangguk. Sebelum naik ke tingkat atas, sempat lagi dia mencium pipi isterinya. Kalau tak main curi macam ni, tak dapatlah nak merasa.

"You!!!" Melantun tinggi suara Dahlia Arissa di dapur rumah mewah itu.

Tengku Syed Adam sudah pun berlari-lari anak sambil ketawa.












SELEPAS solat isyak berjemaah, Tengku Syed Adam membuka TV yang terdapat di dalam bilik mereka itu. Selalunya dia dan Dahlia Arissa lebih suka menonton di ruang tamu utama di tingkat paling bawah walaupun di tingkat dua dan tiga rumah itu mempunyai ruang tamunya sendiri. Dahlia Arissa yang sedang melipat sejadah hanya memerhati suaminya.

"Tak turun bawah ke?" Tanya Dahlia Arissa sedikit hairan. Tengku Syed Adam yang duduk di sofa hanya menggeleng. Dahlia Arissa menuju ke birai katil lalu berbaring. Telefon bimbit Tengku Syed Adam berbunyi nyaring. Tanpa menunggu lama, dia sudah pun menjawab panggilan tersebut.

"Waalaikumussalam," sambut Tengku Syed Adam sambil berjalan menuju ke porch bilik mereka.

Dahlia Arissa hanya memasang telinga.

"Ada apa? Kalau tak ada benda mustahak tak payah call," Tengku Syed Adam terus menamatkan panggilan. Mukanya sedikit berubah tatkala menerima panggilan telefon itu.

"Siapa?" Tanya Dahlia Arisaa ingin tahu. Tengku Syed Adam membaringkan dirinya di sebelah Dahlia Arissa.

"Damia."

Damia mana pulak ni? Atau Damia Nurul Ain? Pengacara TV3 yang popular tu? Tapi bila masa pulak dia ni kenal dengan pengacara tu?

"Damia mana?"

"My cousin!"

"I tak tau pulak you ada cousin nama Damia. Yang I kenal, Aqilah, Farhan, Aisyah..."

"Dia tak ada kat sini," beritahu Tengku Syed Adam.

"Okey," jawab Dahlia Arissa. Malas hendak bertanya lagi apabila mendengar jawapan acuh tak acuh daripada Tengku Syed Adam.

Melihat perubahan wajah Dahlia Arissa, Tengku Syed Adam menarik nafas panjang. Alat kawalan TV dicapai lalu siaran TV itu ditutup. Begitu juga dengan lampu utama. Bilik yang terang-benderang tadi menjadi suram. Bau lilin aromaterapi yang dipasang Dahlia Arissa sebentar tadi menyelubungi segenap ruang bilik itu. Terasa damai sekali.

"Sayang, tak baik membelakangkan suami tau," tegur Tengku Syed Adam apabila melihat Dahlia Arissa membelakangi dirinya.

Dahlia Arissa beristighfar di dalam hati. Kenapalah aku sekarang ni cepat terasa hati? Pembawaan budak kut? Eh, rasanya tu tak ada kaitan!

"Sorry..." Pintanya lalu menghadap Tengku Syed Adam semula.

"It's okay. Mari sini dekat dengan abang."

Dahlia Arissa menghampiri suaminya. Pinggang Dahlia Arissa dipeluk erat. Seluruh wajah Dahlia Arissa dicium penuh kasih.

Dahlia Arissa kaku dengan serangan secara tiba-tiba daripada suaminya. Saat itu terasa kasih sayang Tengku Syed Adam meresap masuk ke dalam dirinya. Kenangan zaman percintaannya dulu terbayang-bayang diingatan. Bila dia teringat akan nama Damia yang disebut Tengku Syed Adam sebentar tadi, membuatkan tiba-tiba dia terasa takut akan kehilangan suaminya itu. Seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Dalam masa itu juga buat pertama kalinya dia membalas pelukan Tengku Syed Adam. Tengku Syed Adam tersenyum senang. Sekali lagi dia mencium dahi Dahlia Arissa.

"Abang sayangkan sayang dari dulu sampailah akhir hayat abang," bisik Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa tersentuh dengan pengakuan suaminya itu. Tulus sahaja kedengarannya.

"I... I pun... I pun sayangkan you." Akhirnya ungkapan keramat itu keluar juga daripada mulut Dahlia Arissa. Dia sudah tidak mampu membohongi hatinya lagi. Dia memang sayangkan Tengku Syed Adam. Dia sudah yakin dengan perasaannya sendiri.

Tengku Syed Adam sudah pun mula tergamam. Akhirnya penantiannya berakhir juga kerana sudah lama dia menanti saat itu. Saat di mana Dahlia Arissa melafazkan perkataan sayang kepadanya. Di dalam hati ini dia memanjat kesyukuran kepada hadrat Ilahi. Syukur, alhamdulillah.

"Terima kasih, sayang." Ucap Tengku Syed Adam. Pelukan semakin diperkemaskan. Terasa tidak mahu melepaskan isterinya itu.

"Sama-sama, abang." Ringan sahaja Dahlia Arissa menuturkan bicara.

Sekali lagi Tengku Syed Adam panar. Abang? Dia panggil aku abang? Ya Allah terima kasih atas semua ni. Terima kasih, Ya Allah. Satu kecupan mesra singgah di pipi isterinya.

"Dah lama abang tunggu sayang panggil abang dengan panggilan macam tu. Nasib baik tak kempunan," kata Tengku Syed Adam sambil mengelus lembut rambut Dahlia Arissa. Bahagia sungguh hatinya apabila melihat perubahan yang berlaku pada isterinya malam ini. Nampaknya hubungan mereka sebagai suami isteri semakin bertambah baik.

"Ada ke sampai kempunan?"

"Of course lah ada, sayang. Lagipun abang jealous bila sayang panggil Amir tu abang. Bunyi dia pun bukan main mesra lagi." Tengku Syed Adam meluahkan rasa di dalam hati. Sememangnya dia cemburu melihat cara Dahlia Arissa berbual dengan Amir Haikal.

Dahlia Arissa ketawa. Pandai jugak dia ni cemburu ya?

"Lia tak ada apa-apalah dengan Abang Amir tu."

"Harap-harap macam tu, lah."

"Tapikan, Lia suka lagi kalau abang panggil Lia, Arissa. Macam sebelum ni."

"Kenapa?"

"Entahlah. Lia rasa nama tu macam special sangat. Lagipun abang sorang je yang panggil Lia dengan nama tu," beritahu Dahlia Arissa. Dia makin selesa berbual dengan Tengku Syed Adam.

"Tapi abang lagi suka panggil sayang, sayang. Sebab panggilan tu lagi dekat dengan diri abang." Tengku Syed Adam memberi pandangannya.

"Eh, tak kisahlah. Jangan panggil Lia woi sudahlah. Erm, jom tidur. Esok nak bangun awal. Nak pergi pasar," ajak Dahlia Arissa. Matanya ditutup rapat. Fikirannya mula memikirkan menu apa hendak dimasak untuk keluarganya, keluarga Amir Haikal dan keluarga mertuanya.

"Takkan dah nak tidur kut?" Bisik Tengku Syed Adam penuh romantik sambil mencium mesra pipi isterinya tanpa henti.

Alamak, dia ni nak apa lagi ni? Dah lah aku baru lepas datang bulan. Tempoh subur ni. Karang kalau mengandung macam mana? Tapikan aku kan dah kahwin? Tak ada masalah kalau aku mengandung sekali pun. Adeh! Kenapalah sejak akhir-akhir ni otak aku ni makin ting-tong? Dia mula berkira-kira di dalam hati.

Namun tanpa sedar, bibirnya sudah pun bertaut dengan bibir Tengku Syed Adam. Dan pada malam itu, Dahlia Arissa sudah tidak dapat menolak lagi apabila belaian Tengku Syed Adam semakin melemaskan dirinya. Buat pertama kalinya dia dan Tengku Syed Adam menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Ya Allah, kau berkatilah hubungan ini... Doa mereka berdua di dalam hati. Serentak.

















Ya allah sumpah shaa cringe tapi kene buat jugak part ni. Vote star kay readers :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro