Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 25

PAGI itu ketika hendak bersiap ke spa, telefon pintarnya berbunyi nyaring. Tengku Syed Adam memandang ke arah Dahlia Arissa yang sedang mencari telefon pintarnya yang sudah dimasukkan ke dalam tas tangan.

"Assalamualaikum, pa!" Sapa Dahlia Arissa dengan penuh ceria. Terdengar suara Tan Sri Mokhtar menyambut salam anaknya itu di hujung talian.

"Ni papa nak tanya, Abang Amir ada datang rumah ke?" Tanya Tan Sri Mokhtar.

"Eh, bukan dia dengan Kak Fina datang sekali dengan papa, mama, ke?"

"Memanglah dia orang berdua ikut sama, tapi Amir dah balik dua hari lepas. Fina je masih ada kat sini."

Dahlia Arissa mengerutkan dahi. Tengku Syed Adam yang baru sahaja memanaskan enjin kereta masuk semula ke dalam rumah lalu duduk di sebelah isterinya. Ingin juga dia tahu perkembangan ibu bapa mertuanya di sana.

"Tak de pun Abang Amir datang sini. Tapi kenapa Abang Amir balik cepat, pa? Mummykan baru lepas operate?" Soal Dahlia Arissa tidak puas hati. Satu keluhan keluar daripada mulut papanya membuatkan hatinya tiba-tiba menjadi tidak enak.

"Amir dah ceraikan Fina."

"What?" Bergema suara Dahlia Arissa di dalam rumah mewah itu. Tengku Syed Adam juga terkejut mendengar jeritan Dahlia Arissa.

"Itulah yang terjadi, Lia. Nanti papa dengan mama balik, papa ceritakan semuanya. Sampaikan salam papa pada Adam." Tan Sri Mokhtar mengakhiri perbualannya.

Baru malam tadi aku berbual panjang dengan mummy, tapi mummy tak ada pulak cakap pasal perkara ni... Dahlia Arissa berbicara di dalam hati.

"Kenapa sayang?" Tanya Tengku Syed Adam.

"Abang Amir dah ceraikan Kak Fina."

"Eh, biar betul. Tapi kenapa?" Tengku Syed Adam mula tidak senang duduk. Dia tahu Amir Haikal antara pesaing terdekatnya untuk mendambat hati Dahlia Arissa selain daripada Khalil Asyraf.

"Kenapa I tengok you ni gelabah semacam je?" Pelik pula dia melihat wajah tampan Tengku Syed Adam berkerut seribu.

"Abang nak tau je," jawab Tengku Syed Adam ringkas. Sempat lagi dia mencapai tangan isterinya lalu dikucup mesra. Wangi. Dahlia Arissa hanya membiarkan walaupun getar di dada mula terasa.

"Papa tak cakap pun tadi punca benda tu jadi. Tapi kalau ada masalah sekalipun, janganlah sampai bercerai-berai. Isy, takut I fikir pasal benda tu," bahas Dahlia Arissa lalu memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam tas tangan.

"Tau tak pe. Abang pun tak nak benda macam tu jadi kat hubungan kita," luah Tengku Syed Adam perlahan. Dahlia Arissa segera memandang ke arah suaminya. Tanpa diduga, tangan Tengku Syed Adam diraih.

"Walaupun I ni belum terima you sepenuhnya, tapi I tak pernah pun terfikir hubungan kita akan berakhir macam tu. Sumpah, tak pernah!" Akui Dahlia Arissa dengan jujur. Walaupun dia belum dapat menerima Tengku Syed Adam dalam hidupnya, tetapi dia sentiasa mahukan hubungan mereka berkekalan.

Pengakuan Dahlia Arissa itu melapangkan hati Tengku Syed Adam. Tanpa menunggu lama, satu ciuman singgah di pipi kiri Dahlia Arissa.

"Apa ni?" Dahlia Arissa terkejut dengan tindakan drastik suaminya itu.

"Kiss. Abang geram sangat tengok sayang."

Wajah Dahlia Arissa merona merah. Walaupun pernah melalui fasa bercinta dengan Tengku Syed Adam, namun dia tidak pernah merasakan perasaan seperti ini. Perasaan malu tetapi bahagia. Tambahan mereka berdua amat menjaga batas pergaulan ketika mereka bercinta suatu ketika dahulu.

"I dah lambat ni," Dahlia Arissa terus bangkit menuju ke kereta. Tidak sanggup lagi untuk berlama di situ dengan suaminya yang semakin bijak menggoda itu.

Baru sahaja pintu kereta Tengku Syed Adam dibuka, kelihatan kereta Amir Haikal masuk ke pekarangan rumah. Dahlia Arissa dan Tengku Syeda Adam sudah pun berpandangan sesama sendiri.














DAHLIA ARISSA membawa air Horlick suam dan tart telur di atas meja. Tengku Syed Adam sedang bersembang di telefon. Daripada percakapannya Dahlia Arissa tahu, suaminya itu sedang memberitahu setiausahanya tentang kelewatannya masuk ke pejabat.

"Bibik mana?" Tanya Amir Haikal. Selalunya pasti Dahlia Arissa akan menjerit memanggil bibik untuk menyediakan minuman. Rindu datang bertamu bila mengenangkan peristiwa lalu.

"Bibik balik kampung."

"So, Dahlia dengan Adam je dalam rumah ni?" Terasa sesak di dada apabila memikirkan Dahlia Arissa berduaan dengan Tengku Syed Adam. Tapi Tengku Syed Adam tu kan suami dia?

"Lebih kurang macam tulah," jawab Dahlia Arissa ringkas.

Ketika itu, Tengku Syed Adam sudahpun melabuhkan punggung di sebelah isterinya itu. Dekat sekali kedudukan mereka sehingga bahu mereka saling bersentuhan.

"Jemputlah minum," pelawa Tengku Syed Adam.

Amir Haikal hanya mengangguk. Kalau dulu, di sinilah tempat dia selalu bersembang dengan Dahlia Arissa, tetapi pada hari ini dia terasa seperti tetamu yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah itu. Semuanya sudah berubah.

"Abang, kejap tadi papa ada call cakap pasal..." Dahlia Arissa tidak sanggup meneruskan ayat yang seterusnya. Matanya menghala tepat ke wajah Amir Haikal.

"Pasal abang dah ceraikan Fina?" Perlahan sahaja suara Amir Haikal. Dahlia Arissa hanya mengangguk.

Tengku Syed Adam juga sempat mencuri pandang penampilan Amir Haikal. Lelaki itu nampak berkarisma, tampan, dan mempunyai air muka yang jernih. Walaupun dia tahu Amir Haikal tidak akan merebut Dahlia Arissa daripadanya lagi, tetapi aura yang ada pada Amir Haikal mungkin masih ada pada isterinya. Tambahan pula sebelum ini Amir Haikal amat rapat sekali dengan Dahlia Arissa.

"Fina mengandung," Amir Haikal bersuara kembali.

"Alhamdulillah, tapi kenapa abang nak ceraikan dia jugak?" Balas Dahlia Arissa lagi. Dia tidak menyangka Amir Haikal bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi.

"Sebab... Sebab anak tu... anak yang dia kandung tu bukan anak abang!"

"Huh?" Dahlia Arissa dipanah perasaan terkejut.

Tengku Syed Adam sudah menelan air liur yang terasa agak pahit. Apa yang terjadi sebenarnya ni?

"Maaflah bro. Aku ni bukan suka sangat masuk campur urusan orang lain, tapi aku pelik kenapa kau cakap baby tu bukan anak kau? Kan kau suami dia?" Tengku Syed Adam mencelah. Dia sendiri pelik dengan pengakuan Amir Haikal.

"Yalah, abang ni. Sampai hati tak nak mengaku anak sendiri," rungut Dahlia Arissa pula.

"Abang tak pernah 'sentuh' dia, so macam mana dia boleh pregnant?"

Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam berpandangan sesama sendiri. Pengakuan kedua Amir Haikal itu membuatkan Tengku Syed Adam terasa semakin dekat ke tali gantung. Ya Allah, adakah lelaki ini masih mengharapkan Dahlia Arissa sampai dia tega untuk tidak 'menyentuh' isterinya sendiri.

"Eh, abang ni. Jangan nak main-mainlah." Dahlia Arissa masih lagi tidak percaya. Dia menyandarkan badannya di atas sofa. Hatinya masih lagi meragui cerita abang sepupunya itu. Takkan lama benar kahwin tapi tak pernah 'sentuh' isteri sendiri? Karutlah! Tapi aku dengan Adam ni pun tak pernah bersama lagi. Jadi tak ada jugak yang mustahilkan?

"Buat apa abang nak main benda macam ni? Abang memang tak pernah sentuh dia. And sejak kita orang kahwin, abang duduk bilik lain, dia duduk bilik lain. Mula-mula dia merungut. Tapi lama-kelamaan, dia dah tak kisah. Lepas tu masa kat London, dia muntah-muntah sampai pitam. Bila bawak pergi klinik, doktor sahkan dia mengandung. And dekat klinik jugak abang ceraikan dia," cerita Amir Haikal tenang.

"Ya Allah, macam tak percaya je Lia dengar cerita abang ni. Kenapa Kak Fina sanggup buat benda terkutuk macam tu?" Keluh Dahlia Arissa. Terbayang-bayang wajah Syahfina difikirannya.

"Habis tu, family kau tau pasal benda ni semua?" Tanya Tengku Syed Adam. Perasaan ingin tahu semakin meluap-luap. Tangan kiri Dahlia Arissa digenggam erat.

"Tau, tapi dia orang ajak bincang dulu. Yang jadi masalahnya, aku tak boleh terima semua benda ni," luah Amir Haikal. Saat ini dia ingin meluahkan segala yang terpendam di dalam hati. Pada mulanya dia ingin bertemu dengan Daniel Amriza, tetapi sepupunya itu sudah pun ke Singapura.

"So, apa plan abang lepas ni?" Soal Dahlia Arissa. Saat itu juga matanya bertaut dengan Amir Haikal, namun pantas dia mengalihkan pandangan.

"Abang pun tak tau lagi, Lia. Next week papa dengan mama balik. Mummy dengan Daddy pun ikut sekali. Jadi abang tunggu dia orang je dulu," jawab Amir Haikal.

"Erm, abang naik atas kejap. Sakit perut pulak ni. Sayang sembang dulu dengan Amir ya." Tengku Syed Adam berkata sambil mencium pipinya.

Amir Haikal tersentak. Dahlia Arissa sempat menjeling Tengku Syed Adam yang sudah pun tersengih kepadanya.

"Aku naik atas kejap, bro," ujar Tengku Syed Adam.

Amir Haikal hanya mengangguk. Sebenarnya Tengku Syed Adam ingin memberi ruang untuk Amir Haikal berbual dengan Dahlia Arissa. Dia tahu Amir Haikal lebih selesa bersembang berdua dengan isterinya itu.

"Lia bahagia?" Entah kenapa soalan itu yang keluar daripada mulut Amir Haikal.

"Macam yang abang tengok."

"Apa yang orang lain tengok tak sama dengan apa yang kita alami."

Dahlia Arissa mengakui kebenaran kata-kata Amir Haikal.

"Alhamdulillah, Adam layan Lia baik sangat." Itu sahaja yang mampu di jawabnya.

"Abang tengok Adam tu sayang betul dekat Lia."

"Ya ke? Tu yang abang tengok, tak sama dengan apa yang Lia alami," gurau Dahlia Arissa.

Amir Haikal tersenyum. Lama benar dia tidak bergurau dengan Dahlia Arissa. Rindu di dada hanya Allah sahaja yang tahu.

"Abang sentiasa mendoakan kebahagiaan Lia sampai bila-bila. And abang akan mencintai Lia sampai akhirat sana."

Dahlia Arissa panar. Pandangan mereka sekali lagi bertaut. Kali ini lebih lama. Tiba-tiba wajah Tengku Syed Adam hadir di matanya. Dia beristighfar di dalam hati. Perasaannya kepada Amir Haikal sudah lama dibuang jauh sejak lelaki itu berkahwin.

"Erm, Lia nak tanya sikit," Dahlia Arissa mula bersuara kembali.

"Apa dia?"

"Kenapa abang setuju nak kahwin dengan Kak Fina jugak sedangkan abang tak ada perasaan dengan dia?" Sudah lama dia memendam perasaan itu. Biarlah hari ini persoalan itu dijawab oleh Amir Haikal sendiri.

"Abangkan dah pernah cakap, abang terhutang nyawa dengan dia. Masa bertunang dulu, memang abang ada berniat nak putuskan pertunangan, tapi bila fikirkan balik, kalau tak disebabkan Fina mungkin abang tak berpeluang mencintai Lia," luah Amir Haikal berterus terang.

Dahlia Arissa tertunduk memandang karpet tebal di kakinya. Ya Allah kenapa semua perlu jadi begini? Aku sayangkan Abang Amir tapi aku sudah pun menjadi isteri Tengku Syed Adam. Jika aku masih belum berkahwin pasti berita ini menjadi berita gembira bagiku. Tapi semuanya dah terlambat. Abang Amir, maafkan Lia... Rintihnya di dalam hati. Saat itu juga kenangannya sewaktu bercinta dengan Tengku Syed Adam singgah di matanya. Sekali lagi dia beristighfar.

"Mungkin bukan jodoh kita," hanya itu yang mampu Dahlia Arissa luahkan. Amir Haikal mengangguk lemah.

"Abang balik dulu. Insya-Allah nanti abang jumpa Lia dengan Adam lagi. Sampaikan salam abang pada Adam and abang minta maaf sebab ganggu kau orang berdua." Amir Haikal meminta diri.

Dahlia Arissa mengangguk.  Tengku Syed Adam masih belum turun.

"Abang..." Panggil Dahlia Arissa sewaktu Amir Haikal membuka pintu kereta.

Amir Haikal berpaling.

"Hati-hati," pesan Dahlia Arissa sambil tersenyum.

Amir Haikal mengangguk. Dia tidak mampu untuk terus berdepan dengan adik sepupunya itu. Hatinya bagai disiat-siat tatkala melihat Tengku Syed Adam memegang jari-jemari Dahlia Arissa. Jiwanya pula diamuk cemburu apabila Tengku Syed Adam dengan selambanya mencium pipi Dahlia Arissa dihadapannya. Tiba-tiba dia berasa menyesal berjumpa dengan pasangan pengantin baharu itu.










MALAM itu, Dahlia Arissa berseorangn di rumah. Tengku Syed Adam masih belum balik dari pejabat. Selalunya waktu ini Tengku Syed Adam sudah pun bersantai menonton berita. Keresahan di hati mula berputik. Baru sahaja dia hendak mendail nombor Tengku Syed Adam, dia sudah terdengar bunyi kereta masuk di pekarangan rumah. Dia menapak ke muka pintu. Hatinya tertanya-tanya apabila melihat seorang pemuda sebayanya keluar dari tempat duduk pemandu. Siapa yang drive kereta Adam tu? Soalnya dalam hati. Namun pertanyaannya terjawab apabila selepas itu apabila melihat Tengku Syed Adam keluar dari tempat duduk sebelah pemandu lalu dipapah oleh pemuda tadi.

"Ya Allah, apa dah jadi ni?" Dahlia Arissa meluru ke arah Tengku Syed Adam. Jelas kelihatan lengan baju Tengku Syed Adam koyak dan ada kesan darah di situ. Di kedua-dua belah lengan pulak tu.

"Masa nak pergi parking tadi, Adam hampir-hampir kena langgar. Tu yang dia jatuh sampai luka-luka macam ni. Saya nak ajak pergi buat report, tapi dia tak nak." Beritahu pemuda yang dia tidak tahu namanya itu. Tengku Syed Adam disandarkan di sofa.

"Kau bawak balik jelah kereta aku tu dulu. Nanti aku ambiklah," balas Tengku Syed Adam. Pemuda itu mengangguk.

"Okey, aku balik dulu. Assalamualaikum." Pemuda itu terus berlalu tanpa memberi kesempatan Dahlia Arissa menghidangkan minuman dan paling utama dia tidak sempat mengucapkan terima kasih atas pertolongan pemuda itu sebentar tadi.

"I ambik ubat kejap," Dahlia Arissa terus berlalu. Tidak lama kemudian dia datang bersama ubat pencuci luka berserta kapas.

"Bukak baju," arah Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam tiba-tiba tersenyum.

"I suruh you bukak baju, bukan suruh you bukak mulut untuk senyum."

"Betul nak abang bukak baju ni?" Laju sahaja Tengku Syed Adam bertanya. Akal kuningnya tiba-tiba muncul.

"Yalah, takkan nak bukak seluar pulak," geram Dahlia Arissa dengan pertanyaan suaminya itu.

"Kalau macam tu kita masuk bilik, lepas tu kita bukak baju dengan seluar sama-sama ya," usik Tengku Syed Adam.

Berbahang muka Dahlia Arissa bila mendengar usikan nakal suaminya itu. Ada udang di sebalik batu belah batu bertangkup rupanya. Tak padan dengan diri tu sakit!

"Eee... Mengada jelah you ni. Tak padan diri tu sakit! Cepatlah bukak baju you tu," desak Dahlia Arissa lagi.

"Gelojoh jugak isteri abang ni ya," sakat Tengku Syed Adam lagi.

"Adam!!!"

"Okey, okey. Abang bukak baju abang ni. Tapi sayang janji jangan nodai abang tau?"

Dahlia Arissa mencebik. Saat itu juga bibirnya disambar oleh Tengku Syed Adam. Terasa ada renjatan elektrik berlaku dalam dirinya. Cis! Main kotor nampak?

"You ni kan... Eee... Malas betullah nak layan!" Rungut Dahlia Arissa. Namun tangannya laju sahaja membersihkan luka di lengan suaminya. Matanya hanya difokuskan kepada lengan Tengku Syed Adam, walaupun sesekali sempat juga dia mencuri pandang ke arah dada bidang suaminya itu.

Nakal jugak ya kau, mata! Getusnya dalam hati. Sesekali terdengar Tengku Syed Adam mengaduh kesakitan. Lamunannya terhenti.

"Okey dah siap," ujar Dahlia Arissa setelah selesai membersihkan luka di lengan Tengku Syed Adam.

"Terima kasih, sayang." Ucap Tengku Syed Adam ikhlas.

Dahlia Arissa hanya mengangguk lalu berlalu untuk membasuh tangan.















Tekan button bintang bawah tu ye. :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro