Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 23

"LIA nak bincang dengan Adam dulu," itulah yang dijawab Dahlia Arissa apabila mereka yang ada di situ bertanya tentang keputusannya. Tanpa menunggu lama Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam duduk ke kerusi di tepi pagar rumah. Agak jauh sedikit dari kolam renang dan taman mini mamanya itu.

"You serius ke nak kahwin dengan I ni?" Tanya Dahlia Arissa sambil memandang kearah Tengku Syed Adam yang kelihatan segak berbaju kolar berwarna putih berjenama Dunhill.

"Dari dulu lagi I memang serius setiap apa sahaja yang berkaitan dengan you, Rissa."

"Tapi... Tapi I still lagi belum dapat terima apa yang dah berlaku sebelum ni. I tak ready lagi."

Tengku Syed Adam hanya tersenyum.

"I tak nak paksa diri you, Rissa. You ada hak nak tolak lamaran I. I just want to try. How know hati you terbuka untuk terima I balik. Lagipun I percaya pada jodoh Allah." Ikhlas sahaja Tengku Syed Adam menuturkan bicara. Terasa banyak benar perubahan pada lelaki yang pernah menghuni hatinya suatu ketika dulu.

"Tapi bila I tengok muka parents you dengan parents I, I tak sampai hatilah nak tolak. You taukan dari dulu lagi dia orang nak tengok kita bersatu."

"Habis tu, muka I ni macam mana, pulak? You sampai hati nak tolak?" Tengku Syed Adam mengusik. Sekadar menahan gelora di dalam jiwa. Sebenarnya dia takut dengan jawapan yang bakal diberi oleh Dahlia Arissa sebentar nanti. Takut gadis itu akan menolak.

"Muka you? Kalau muka you memang sampai sangatlah jawabnya. Jangankan sampai dekat hati, sampai ke jantung dengan paru-paru sekali kena." Dahlia Arissa menjawab sambil tersenyum. Itulah senyuman pertamanya untuk Tengku Syed Adam sejak dari makan tengah hari tadi sehinggalah mereka ke situ.

"Tapi, kira okey lagilah tu. Sebab tak sampai lagi ke buah pinggang, usus, pundi..."

"Dah, dah... Jauh sangat dah you pergi. Baik pusing balik ke pangkal jalan sekarang." Tegur Dahlia Arissa serius. Tengku Syed Adam tergelak besar. Suka dengan Dahlia Arissa yang mudah sangat melalut apabila sudah bercakap.

"Okey, okey... So, apa keputusan you?" Tanya Tengku Syed Adam. Asal sahaja berkaitan dengan soalan ini, pasti dia akan menggelabah. Debaran di dada semakin menjadi-jadi apabila Dahlia Arissa masih mendiamkan diri.

"I takut you menyesal nanti, sebab I tak cintakan you."

"It's okay, biar I sorang je yang cintakan you. Itu dah memadai."

Eh dia ni, ingat ni main kahwin-kahwin masa kecik dulu ke? Perkara ni berkaitan dengan masa depan, takkan senang-senang dia cakap macam tu? Ngomel Dahlia Arissa di dalam hati.

"You ingat cukup ke macam tu?"

"Kalau bawak kat kedai untuk beli barang memang tak cukup, tapi kalau untuk kebahagiaan kita, Insya-Allah cukup. Kita kena lalui semua tu dulu Arissa, kalau tak macam mana nak taukan? Lagi satu, I akan pastikan you akan jatuh cinta pada I semula." Yakin sungguh kata-kata Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa mencebik. Lelaki, kata-kata nak manis je macam gula, kan? Nanti terlebih manis aku pulak yang kena kencing manis nanti. Hampeh!

"You ingat perkahwinan ni macam test drive ke? Kita test dulu kereta tu, lepas tu kalau tak berkenan kita tak jadi nak ambik. Cari pulak kereta lain... Macam tu?"

"Lebih kurang macam tu, lah."

"What?"

Tengku Syed Adam sudahpun tergelak besar apabila Dahlia Arissa sudah menarik muka empat belasnya. Makin tidak sabar rasanya untuk dia memperisterikan gadis berkulit putih itu.

"You nikan, kenapalah lurus sangat? Takkan kita nak samakan perkahwinan kita ni dengan test drive pulak. Lagipun, macam tak kena je perumpamaan yang you cuba sampaikan tu. Maksud I tadi, setiap apa yang kita pilih kita kena hadapi. Bila terdapat yang kurang, kita kena tambah. Kalau kita tak hadap semua tu, macam mana kita nak teruskan hidup ni, kan?"

Dahlia Arissa mengangguk faham. Kepalanya masih berserabut memikirkan keputusan yang perlu diberi. Tetapi kesungguhan Tengku Syed Adam tidak dapat disangkal lagi.

"Dahlia, lama lagi ke tu?" Laung Daniel Amriza dari muka pintu utama. Eee... Abang Amri ni memang dasar tak menyempat tau! Rungutnya dalam hati.

"Err... Tak, dah nak sudahlah ni..." Balas Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam menanti dengan sabar jawapan yang bakal diberi oleh Dahlia Arissa. Kenapalah aku nervous sangat ni? Kalau Arissa tolak macam mana? Ya Allah, kau bukakanlah hati gadis di depan aku ini. Seandainya dia bersetuju menjadi isteriku, aku berjanji akan bahagiakannya sehingga nafas terakhirku... Sempat lagi Tengku Syed Adam berdoa di dalam hati.

"I boleh terima you tapi dengan syarat..."

Mendengar perkataan I boleh terima you itu membuatkan Tengku Syed Adam menarik nafas lega. Lafaz syukur ke hadrat ilahi bergema di segenap ruang hatinya.

"Alhamdulillah. Ermm, tapi apa syaratnya?"

"Lepas je perkahwinan kita nanti, you kena bagi I masa untuk terima you sepenuhnya."

"Itu je?"

Dahlia Arissa mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Namun hatinya mula memberontak tanda tidak berpuas hati dengan keputusan yang keluar daripada mulutnya sendiri. Tepat ke keputusan aku ni? Dia mula tertanya-tanya. Tapi kata orang bercinta lepas kahwin lebih manis. Betul ke? Entahlah! Sesungguhnya aku berserah kepada-Mu, Ya Allah....














ATAS permintaan Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam, majlis perkahwinan yang dibuat secara tertutup tetapi cukup eksklusif itu berakhir dengan begitu meriah. Majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman itu amat memuaskan hati semua pihak. Semua persiapan telah dibuat oleh perunding perkahwinan setelah Dahlia Arissa tidak membenarkan mamanya menguruskan segalanya.

Tengku Syed Adam menolak daun pintu bilik Dahlia Arissa. Kelibat isterinya tidak kelihatan di dalam bilik pengantin yang dihias indah itu. Mungkin masih sibuk melayan tetamu yang masih belum pulang. Tambahan selepas balik dari hotel tadi, ada beberapa orang saudara-mara mereka singgah ke rumah Tan Sri Mokhtar. Bilik yang dihias indah itu di pandang lama. Satu senyuman terukir di bibir. Bahagia sungguh rasanya bila teringatkan Dahlia Arissa sudah pun menjadi miliknya.

"Err... Bila masa you masuk sini?" Tanya Dahlia Arissa yang berdiri di muka pintu. Langkahnya terpasak di situ.

"Tak sampai seminit, dua puluh lima saat yang lepas," jawab Tengku Syed Adam sambil memandang wajah wanita yang telah sah menjadi isterinya itu. Masih terbayang saat dia menyarungkan cincin dan mengucup dahi Dahlia Arissa pada pagi tadi sebelum majlis resepsi mereka yang dibuat pada sebelah tengah hari.

"Tapi I rasa macam tak sesuai pulak kita ni kongsi bilik, kan? You tak rasa macam tu ke?" Soal Dahlia Arissa sedikit serius. Dia masih bersandar di daun pintu. Untuk terus masuk melangkah ke bilik sendiri pun dia tidak berani. Ada ke patut?

"Abang tak rasa pun macam tu, kenapa sayang nak ke kita tidur asing-asing?"

Ceh! Entah berapa lama dia menghafal skrip depan aku. Berabang-abanglah konon! Lepas tu bersayang-sayang. Mula-mula memanglah sayang-sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang melayang. Eh, dalam masa macam ni sempat jugak aku ni berpantun. Pantun tak jadi pulak tu. Sempat lagi dia mengutuk dirinya sendiri. Tetapi itu semua hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

"Senyap pulak?" Tegur Tengku Syed Adam yang sudah pun berbaring di dada katil.

Amboi, selamba potato dia je baring atas katil aku? Tak malu betul! Tapi sekarang ni, kan katil tu dah jadi milik dia jugak? Hurmmm.

"Tak, bukan macam tu. I tak selesalah berdua dengan you macam ni," jawab Dahlia Arissa perlahan. Lagipun aku sememangnya masih belum bersedia untuk menerima godaan dia. Kalau aku ni lemah dengan godaan dia, macam mana? Eh, apa aku melalut ni? Gumamnya dalam hati.

"Abang kan dah jadi suami sayang. Lagipun jangan risau, abang akan tunggu masa yang sesuai untuk goda sayang," usik Tengku Syed Adam sambil mengenyitkan matanya.

Dahlia Arissa menelan air liur. Macam tau-tau je dia pergolakan dalam hati aku ni ya?

"I nak mandi dulu. You jangan pandai-pandai nak masuk dalam bilik air, tahu!" Pesan Dahlia Arissa lalu mengambil tuala di dalam almari.

"Nak abang temankan sekali ke?" Sakat Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa mencebik. Pintu bilik air terus dikunci dari dalam. Rasanya itulah kali pertama dia mengunci pintu bilik air sejak berkurun lama duduk di rumah keluarganya itu.



















ALAMAK! Macam mana aku nak keluar ni? Takkan berkemban macam ni depan dia tu? Baju dengan seluar pun lupa nak ambik. Payah betul kongsi bilik dengan orang lain ni. Ops! Salah, bukan orang lain... Tapi suami sendiri.

"Err... You, boleh tolong ambikkan baju dengan seluar I tak?" Pinta Dahlia Arissa. Badannya disembunyikan di balik daun pintu.

"Dekat mana baju-baju sayang?" Tanya Tengku Syed Adam lalu bangkit bangun dari katil.

"Sebelah tempat I ambik tuala tadi."

"Baju 'kecik' dengan seluar 'kecik' nak tak?" Tanya Tengku Syed Adam lagi.

Baju 'kecik'? Seluar 'kecik'? Tanpa membuang masa dia menjengukkan kepalanya sedikit kepada Tengku Syed Adam yang sedang menunjukkan baju 'kecik' dan seluar 'kecik'nya. Serta-merta mukanya terasa panas. Darah menyerbu ke muka.

"Err... Bawak jelah sekali," jawab Dahlia Arissa tanpa memandang ke arah Tengku Syed Adam. Malu bila melihat Tengku Syed Adam menayangkan baju dan seluar 'kecik'nya.

"Salin jelah kat luar ni. Abang suami sayang tau," usik Tengku Syed Adam sambil tergelak apabila Dahlia Arissa menarik laju pakaiannya.

Selesai Dahlia Arissa mandi, Tengku Syed Adam pula masuk ke dalam bilik air. Dahlia Arissa duduk di sofa. Tidak berani untuk ke katil. Terasa bilik itu sudah bertukar milik, daripada biliknya menjadi bilik Tengku Syed Adam. Tanpa sedar dia sudah pun terlentok di sofa. Penat sungguh menjadi raja sehari dan penat melayan tetamu yang datang.

Tengku Syed Adam yang baru sahaja keluar dari bilik air menggelengkan kepala apabila melihat Dahlia Arissa sudah pun tertidur. Penat sangat ke dia? Tanyanya di dalam hati. Tanpa berlengah dia mengangkat tubuh langsing itu lalu diletakkan di atas katil. Perasaan lelakinya terusik apabila butang baju Dahlia Arissa yang sedikit terbuka itu menampakkan sebahagian dadanya yang putih gebu. Dengan pantas dia menyelimutkan Dahlia Arissa sehingga ke bahu. Takut juga imannya goyah. Nanti tak pasal-pasal ada kes suami merogol isteri di malam pertama. Ish, tak bestlah macam tu, ngomelnya dalam hati.

"Good night, sayang..." Ucapnya lembut lalu mencium dahi Dahlia Arissa. Tanpa menunggu lama, dia berbaring di sebelah isterinya itu. Wajah Dahlia Arissa ditatap lama. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala Dahlia Arissa lalu diletakkan di atas lengannya. Sebelah lagi tangannya memeluk pinggang Dahlia Arissa. Nasib baik isterinya tidak sedar dengan perbuatannya itu. Kalau tidak, pasti Dahlia Arissa akan mengamuk sakan. Dalam masa yang sama dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kesudian Dahlia Arissa menerima dirinya.

















Shaa inginkan vote korang :(( even shaa update story ni suka² je tapi Shaa nk jugak rasa ranking book shaa ni naik :))

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro