bab 20
TANPA diduga Khalil Asyraf terlanggar Dahlia Arissa di hadapan pintu bank hingga membuatkan Dahlia Arissa jatuh terduduk, begitu juga dengan Khalil Asyraf. Berkerut muka Dahlia Arissa menahan kesakitan akibat jatuh terduduk.
"Sorry, Lia. Abang tak sengaja. Abang nak cepat ni," ujar Khalil Asyraf lalu bangkit.
Dahlia Arissa yang masih terduduk itu segera mengambil tas tangannya yang turut terjatuh sama. Dia cuba untuk bangun namun tidak berdaya. Pinggangnya terasa sakit. Sangat-sangat sakit. Tiba-tiba Khalil Asyraf menghulurkan tangan. Dalam keterpaksaan dia menyambut huluran tangan lelaki itu memandangkan sudah banyak mata yang memandangnya. Baru sahaja dia hendak berdiri dengan betul, tiba-tiba bahunya ditolak kasar. Akibat keseimbangan badan yang belum stabil sepenuhnya, sekali lagi Dahlia Arissa jatuh tergolek. Terdengar suara halus Dahlia Arissa mengaduh kesakitan.
"Aku memang dah lama perhatikan kau ni. Aku taulah kau tu sepupu laki aku, tapi takkan kau tak tau dia ada anak bini! Sedap-sedap je kau nak pegang laki aku. Kau ni harap je muka cantik, tapi hati gatal merenyam! Baik kau balik Europe jelah. Balik sini nak porak-perandakan rumah tangga orang buat apa?" Serang Puteri secara tiba-tiba.
Beberapa orang yang sedang keluar masuk bank tersebut sudah mula memberi perhatian kepada drama spontan itu. Muka Dahlia Arissa terasa panas. Malu, marah dan sakit hati mula bersatu.
"Puteri salah faham ni," tegur Khalil Asyraf. Dia juga malu dengan tindakan drastik isterinya itu.
"Abang jangan nak menangkan perempuan tak guna ni pulak! Mari balik! Dasar perempuan tak tau malu!" Tempelak Puteri lalu menarik suaminya pergi dari situ.
Mata Dahlia Arissa mula berkaca. Sedaya upaya dia menahan agar empangan air matanya itu tidak pecah di hadapan khalayak orang ramai.
"Ya Allah! Arissa, kenapa ni?" Tengku Syed Adam menerpa. Dia baru sahaja mahu melangkah masuk ke bank yang terletak bersebelahan.
Tanpa menjawab pertanyaan Tengku Syed Adam, Dahlia Arissa memaut lengan lelaki itu untuk berdiri.
"Ada perempuan serang dia tadi, bang." Beritahu pengawal keselamatan bank di situ.
"You letak kereta dekat mana? Biar I hantar you sampai ke kereta." Tengku Syed Adam masih macam dulu. Sentiasa prihatin terhadap gadis yang dicintainya itu.
"I naik teksi tadi," jawab Dahlia Arissa perlahan. Ada getar pada suaranya.
"Kalau macam tu, I hantarkan you balik."
Dahlia Arissa hanya mengangguk. Tangannya masih kejap memaut lengan Tengku Syed Adam. Fikirannya mula bercelaru. Tidak lama dulu dia diserang oleh Syahfina di sebabkan Amir Haikal, dan hari ini dia diserang pula oleh Puteri sebab Khalil Asyraf. Seolah-olah dia orang ketiga dalam hubungan setiap pasangan itu. Ya Allah, akukah yang bersalah?
MASUK sahaja di dalam perut kereta, Dahlia Arissa terus menghemburkan tangisannya. Dia betul-betul terasa terhina dengan kata-kata Puteri sebentar tadi. Tambahan pula dia dimalukan di hadapan khalayak ramai. Saat itu terasa maruahnya bagai dilambung tinggi. Terasa harga dirinya bagai di campak ke tepi. Dia teringin melawan tetapi tidak terdaya apatah lagi lidahnya seakan-akan kelu untuk bersuara. Dia juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jika dia melawan sebentar tadi pasti Puteri akan bertindak lebih agresif.
"Walaupun I tak tau perkara sebenar, tapi I nak you banyakkan bersabar." Akhirnya Tengku Syed Adam mula bersuara. Tangan Dahlia Arissa mula dicapai. Cuba menyalurkan perasaan tenang yang ada pada dirinya untuk Dahlia Arissa.
"Ouch!" Dahlia Arissa mengaduh kesakitan dan dengan pantas Tengku Syed Adam melihat tapak tangan gadis itu. Pantas Tengku Syed Adam beristighfar.
"Tangan you melecet teruk ni, Rissa. I bawak you pergi klinik." Tanpa menunggu jawapan Dahlia Arissa, dia sudah pun memecut menuju ke klinik yang berdekatan. Resah mula melanda hatinya tatkala melihat tangan lembut itu dipalit luka-luka kecil. Dia sayangkan Dahlia Arissa dan kalau boleh dia tidak mahu gadis itu merasa walaupun sedikit kesakitan sama ada luaran atau dalaman.
Setelah mendapat rawatan di klinik, Tengku Syed Adam menghantar Dahlia Arissa pulang ke rumah. Ketika Tengku Syed Adam keluar untuk membuka pintu buat Dahlia Arissa, gadis itu sudah pun menahannya.
"Adam, thanks. I tak tau apa akan jadi tadi kalau you tak ada." Ucap Dahlia Arissa sambil tersenyum hambar. Walaupun senyuman itu tidak semanis biasa namun senyuman itu memberi cukup mendalam kepada Tengku Syed Adam. Terbuai seketika perasaanya bila Dahlia Arissa sudi menghulurkan senyuman buat dirinya.
"Sama-sama. Tapi kalau boleh I tak nak siapa-siapa pun sakitkan hati you. Cukup I seorang je yang pernah sakitkan hati you dulu. Jom masuk,mama you dah tunggu tu," balasnya lalu tersenyum. Dahlia Arissa mengangguk
"Ya Allah, kenapa dengan tangan Lia ni?" Tanya Puan Sri Melati apabila melihat kedua-dua belah tangan anaknya berbalut kemas.
"Tadi jatuh depan bank, ma. Tu yang Adam bawak Lia pergi klinik." Jawab Dahlia Arissa lalu melabuhkan punggung di sofa. Pinggangnya masih terasa sakit.
"Doktor dah cuci ke luka-luka tu? Dia ada bagi ubat?" Tanya Puan Sri Melati lagi.
"Dah, untie. Tapi nanti tolong urutkan pinggang Rissa tu. Dia jatuh terduduk tadi, mesti pinggang terkena jugak." Pesan Tengku Syed Adam. Tersentuh hati Dahlia Arissa melihat sikap ambil berat Tengku Syed Adam.
"Yalah, malam karang untie urutkan dia. Macam manalah boleh jatuh ni! Lain kali hati-hati. Jalan tu tengok betul-betul. Kalau setakat nak jalan-jalan ke apa, jangan pakai high heels tu," leter Puan Sri Melati sambil menuju ke dapur.
Tengku Syed Adam sudah pun tersengih melihat Dahlia Arissa menggeleng-gelengkan kepala mendengar leteran mamanya.
"You rehat tau, I nak balik. Kerja I tak settle lagi ni. Esok I datang sini lagi," beritahu Tengku Syed Adam.
"Sorry and thanks again, Adam!"
"Hal kecik je, I balik dulu. Take care." Katanya lalu keluar menuju ke kereta.
Dahlia Arissa hanya memerhati dari dalam rumah. Lelaki itu nampak segak sekali dengan pakaian korporat yang tersarung di tubuhnya. Tampan dan bergaya, pujinya di dalam hati.
"La, dah balik ke Adam tu? Mama baru je nak ajak dia makan tengah hari dekat sini. Air ni pun tak sempat nak bagi dia minum," kata Puan sri Melati sambil terjenguk-jenguk melihat kereta Tengku Syed Adam yang sudah hilang dari pandangan.
"Esok dia datang lagi, ma." Beritahu Dahlia Arissa. Kepalanya yang mula berdenyut itu dipicit perlahan.
"Ermm, Lia naiklah berehat. Nanti mama mintak Mai hantar makanan dekat atas, ya. Tak payah turun makan. Malam karang mama urutkan pinggang Lia tu," ujar Puan Sri Melati. Risau juga dia dengan kemalangan kecil yang menimpa anaknya itu.
"Lia naik dulu. Thanks, ma!"
AMIR HAIKAL segera mendapatkan Tan Sri Mokhtar yang sedang duduk menonton berita. Matanya meliar mencari kelibat Puan Sri Melati dan Dahlia Arissa.
"Papa, mana mama? Tadi masa makan Dahlia tak ada,time ni pulak mama tak ada. Pelik?" Soalnya.
"Mama urutkan pinggang Dahlia."
"Kenapa dengan pinggang Lia?" Laju sahaja dia bertanya.
"Kan dia jatuh masa pergi bank siang tadi. Tak tau ke?" Tan Sri Mokhtar memandang anak saudara isterinya itu.
"Tak tau pulak. Patut pun tak turun makan. Kalau macam tu, Amir naik dulu tengok keadaan dia," pinta Amir Haikal. Tan Sri Mokhtar hanya mengangguk. Di anak tangga yang paling bawah dia bertemu dengan Maisarah yang sedang menatang dulang makanan.
"Nak hantar untuk Kak Lia ke?" Tanya Amir Haikal.
"Haah, Abang Amir nak naik ataskan? Tolong hantar dekat bilik Kak Lia boleh tak? Mama Sri pun ada dekat dalam bilik tu. Mai nak tolong bibik sebab bibik tak berapa sihat," pinta Maisarah.
"Memang abang nak tengok Lia pun," katanya lalu menyambut dulang berisi makanan itu.
Pintu bilik Dahlia Arissa yang terbuka luas itu memudahkan dia untuk terus masuk, tambahan pula Dahlia Arissa dan Puan sri Melati sedang duduk bersembang.
"Makanan dah sampai," kata Amir Haikal.
"Sejak bila rumah kita ni ada waiter?" Usik Puan Sri Melati apabila melihat Amir Haikal meletakkan makanan diatas meja kecil di hadapan Dahlia Arissa.
"Baru je puan, err... Tapi maaflah ya sebab pesanan ni untuk gadis yang cantik lagi manis ni. Untuk puan yang anggun lagi jelita ni tak ada pulak," sahut Amir Haikal selamba.
Puan Sri Melati dan Dahlia Arissa sudah pun tergelak.
"Jemput makan sekali ma, abang..." Pelawa Dahlia Arissa.
"Dahlia makan jelah. Mama dengan Amir dah makan dah tadi." Jawab Puan Sri Melati. Baru dua sudu nasi dimasukkan ke dalam mulut, Tan Sri Mokhtar sudah muncul di muka pintu. Wajahnya kelihatan serius. Jarang sekali Tan Sri Mokhtar berwajah sebegitu. Pasti ada yang tak kena!
"Kenapa ni pa?" Tanya Amir Haikal.
Tan Sri Mokhtar melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya itu lalu duduk di sebelah isterinya di birai katil. Wajah Dahlia Arissa ditatap lama.
"Papa nak Lia bagitau papa apa sebenarnya yang terjadi siang tadi," kata Tan Sri Mokhtar tegas.
Dahlia Arissa meletakkan sudu ditangannya. Melalui pertanyaan papanya itu, dia pasti papanya sudah tahu apa sebenarnya yang terjadi.
"Kak Puteri tolak Lia." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Puan sri Melati tersentak. Amir Haikal yang sejak tadi berdiri terus duduk di sofa.
"Tapi kenapa dia tolak Lia?" Tanya Tan Sri Mokhtar lagi.
"Masa nak masuk bank, Lia terlanggar Abang Khalil sampai Lia jatuh terduduk. Dia pun jatuh jugak. Tapi lepas tu dia hulur tangan nak tolong Lia bangun. Memandangkan Lia memang tak ada tempat nak berpaut, jadi Lia sambut huluran tangan dia. Masa tulah Kak Puteri datang, terus tolak Lia balik. Dia siap tuduh Lia macam-macam," cerita Dahlia Arissa.
"Dia cakap apa dekat Lia?" Puan Sri Melati pula bertanya. Hatinya mula tidak senang dengan perbuatan isteri anak saudara suaminya itu.
"Dia cakap... Dia cakap Lia ni senang-senang je nak pegang suami dia. Lepas tu dia cakap Lia ni muka je cantik tapi hati gatal merenyam." Terasa ditumbuk-tumbuk hatinya tatkala dia menyebut semula kata-kata daripada Puteri siang tadi.
"Astaghfirullah al-azim... Apa nak jadi dengan budak-budak ni, bang?" Puan Sri Melati menggeleng-gelengkan kepala.
Amir Haikal turut bersimpati dengan keadaan Dahlia Arissa. Sejak balik dari luar negara, dia terus menjadi mangsa cemburu orang lain.
"Itu yang abang terkejut bila Khalil telefon kejap tadi. Dia ingatkan kita semua dah tahu apa yang dah terjadi." Jawab Tan Sri Mokhtar perlahan.
Puan Sri Melati menyuap nasi yang masih tidak terluak itu ke dalam mulut Dahlia Arissa. Anaknya itu segera membuka mulut.
"Lia tak pernah sebesar kuman pun nak ambik hak orang lain, pa," tiba-tiba Dahlia Arissa bersuara semula.
Amir Haikal tersentak. Hatinya mula merasakan kata-kata Dahlia Arissa itu ditujukan untuk dirinya juga.
"Ya, papa tau. Papa percayakan Lia. Macam nilah, buat masa sekarang Lia elakkan berjumpa dengan Abang Khalil dengan Puteri. Mungkin ada salah faham dekat sini." Cadang Tan Sri Mokhtar.
Dahlia Arissa mengangguk. Sebelum keluar, sempat lagi dia mengusap ubun-ubun anak bongsunya itu.
"Thanks, pa."
Tan Sri Mokhtar segera mengangguk lalu keluar.
Amir Haikal masih mendiamkan diri. Hubungan Dahlia Arissa dengan Syahfina belum pulih sepenuhnya, tetapi timbul pula pasal Puteri. Masalah betul!
Vote :(
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro