Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 17

QIRAH menziarahi teman baiknya. Mereka berdua berpelukan. Ketika itu, Dahlia Arissa hanya ditemani Daniel Amriza.

"Kenapa Kate tak datang sekali? Dia tahu kan pasal aku ada dekat sini?" Tanya Dahlia Arissa kepada Qirah, gadis berdarah Melayu-India itu.

"Grandma dia baru je meninggal dunia semalam. Esok-esok adalah dia jenguk kau," beritahu Qirah.

"Ya, ke? Patutlah SMS aku dia tak reply," balas Dahlia Arissa. Perasaan simpati atas apa yang berlaku kepada keluarga Kate turut mengusik di dalam hatinya.

Kesian Kate. Dah lah dia memang rapat dengan grandma dia, bisik Dahlia Arissa di dalam hati.

"So, kau masih jaga spa mama kaulah sekarang ni?" Tanya Qirah kepada teman baiknya itu. Menukar topik perbualan. Tidak mahulah sedih-sedih dalam keadaan sahabatnya yang tidak sihat ini.

"Sekarang ni aku dekat hospital, macam mana aku nak jaga? Apalah punya soalan," kutuk Dahlia Arissa. Qirah sudah tergelak. Dia terlupa yang gadis di hadapannya itu suka mencari peluang untuk mengenakan orang lain.

"Wei, kau tu sakit. Buat jelah cara sakit. Ni tak, masih tak hilang-hilang perangai lama kau tu,"

"Aku dah sihatlah. Insya-Allah esok aku dah boleh balik. Masa aku dengar doktor cakap pagi tadi yang aku dah boleh balik, masa tu jugak aku rasa macam nak lompat bintang je dekat sini. Tapi yalah, aku kan seorang perempuan yang pemalu... jadi aku pendam jelah hasrat aku dekat dalam hati ni," cerita Dahlia Arissa sambil menggayakan setiap apa yang diceritakan. Qirah sudah tergelak besar. Langsung dia tidak mempedulikan Daniel Amriza yang sedang menonton televisyen.

"Penyapu punya kawan! Setahu aku, kaulah manusia yang tak pernah kenal apa erti malu tu. Kau ingat masa kita study dulu? Dengan selamba gila kau pergi menari dalam kelas Prof. Andrew. Aku ada save lagi video kau tu, tau tak? Tunggu nak masuk dalam Youtube je lagi."

Kali ini Dahlia Arissa sudah mengekek ketawa. Terbayang-bayang semasa dia menari tarian zapin di dalam kelas ketika Prof. Andrew bertanya macam mana gerakan tarian tersebut.

"Aku pun tak tahu kenapa masa dekat sana dulu, semangat kenegaraan aku dulu meluap-luap. Kau ingat lagi tak dekat Deniz? Anak mat saleh yang cabar aku nyanyi lagu Negaraku dekat tengah-tengah hall, time tu?" Dahlia Arissa semakin seronok membuka semula kenangan mereka ketika belajar dahulu.

"Mana boleh lupa wei! Aku dengan Kate sekali kau rembat nak nyanyi lagu tu. Siap bagi extra lagu Jalur Gemilang pulak tu. Mula-mula bukan main malu lagi, tapi lepas habis nyanyi lagu-lagu tu semua baru aku perasan ramai yang tengah tengok kita. Siap bagi tepukan lagi. Masa tu bangga gila wei!" Kali ini gelak tawa mereka berdua bergabung menyebabkan Daniel Amriza mengalih pandangan kepada mereka.

"Cerita apa yang lawak sangat tu? Abang yang tak tau apa ni pun boleh ikut tergelak sekali bila dengar kau orang tergelak," sampuk Daniel Amriza.

Dahlia Arissa dan Qirah mengendurkan gelak tawa mereka.

"Ni Lia adik kesayangan Abang Amri ni, yang bukan main nakal lagi masa dekat Europe dulu. Satu Campus kenal Dahlia Arissa ni, tau!" Qirah menjawab.

"Kau jangan nak cerita dekat abang aku ni, Irah. Tak pasal-pasal cerita tu dijadikan modal dia nak kenakan aku. Aku tahu sangat akal abang aku tu." Celah Dahlia Arissa sambil tersengih.

"Pandai je dia ni. Ermm, mana Amir tak sampai-sampai lagi ni? Dah lah abang dah janji dengan Uncle Kamal nak datang awal malam ni," rungut Daniel Amriza sambil mencapai gelas minumannya.

"Kalau abang nak balik dulu, abang balik jelah. Lagipun Qirah ada, dia boleh tolong temankan Lia kejap. Mesti papa, mama dengan Mai dah tunggu abang," cadang Dahlia Arissa.

Qirah hanya mengangguk menandakan yang dia sanggup menemani Dahlia Arissa sehingga Amir Haikal sampai.

"Tak apalah, abang tunggu kejap lagi. Tapi malam ni, abang dah minta Amir temankan Lia tau. Abang harap Lia tak kisah."

"Lia tak kisah. Tapi Lia takut tunang Abang Amir tu yang kisah. Lia tak naklah dia fikir yang bukan-bukan nanti." Dahlia Arissa sebolehnya tidak mahu mengeruhkan hubungan antara Amir Haikal dengan tunangnya, Syahfina.

"Kalau macam tu, lepas kenduri nanti abang datang sini balik." Kata Daniel Amriza.

Dahlia Arissa pantas mengangguk.








SEBAIK sahaja usai menunaikan solat maghrib, Amir Haikal bergegas semula ke bilik Dahlia Arissa. Kelihatan Dahlia Arissa sedang mengaji. Merdu sahaja alunan suara Dahlia Arissa. Amir Haikal maengambil keputusan untuk berdiri di daun pintu sehingga Dahlia Arissa selesai mengaji.

"Kenapa abang tercegat dekat situ lagi?" Tegur Dahlia Arissa.

Amir Haikal hanya tersenyum. Songkok hitam di kepala di letak di atas sofa. Bungkusan makanan dibawa ke katil Dahlia Arissa.

"Kita makan dekat sofa tu, jelah. Dapat kita makan sama-sama," usul Dahlia Arissa.

Amir Haikal hanya menurut. Sebelum sampai ke situ tadi dia sempat singgah ke McDonal's untuk membeli Big Mac Chicken kegemaran Dahlia Arissa dan juga sepotong kek Tiramisu di Secret Recipe.

"Abang ni macam tau-tau je Lia mengidam nak makan Big Mac ni," kata Dahlia Arissa lalu membuka balutan burger kegemarannya. Amir Haikal yang sedang membuka penutup air 100 Plus hanya tersenyum. Air itu diteguk perlahan.

"Tapi Lia jangan bagitau mama pulak apa yang Lia makan malam ni. Nanti tak pasal-pasal abang kena sembur dengan mama. Bukannya Lia tak tau mama tu macam mana," pesan Amir Haikal.

"Okay, boss! Abang tu tapau apa? Lain macam je bungkusan tu Lia tengok?" Tanya Dahlia Arissa. Dia mula meninjau bungkusan yang ada di hadapan Amir Haikal.

"Abang tapau nasi beriani daging!" Jawabnya sambil tersenyum meleret. Dia tahu itu juga merupakan makanan kegemaran Dahlia Arissa. Mata Dahlia Arissa bersinar.

"Nak rasa!" Pinta Dahlia Arissa lalu beralih tempat daripada duduk berdepan dengan Amir Haikal, ke sebelah abang sepupunya itu. Tanpa banyak bicara, Amir Haikal menyuapkan nasi beriani ke dalam mulit Dahlia Arissa. Masa itu juga Syahfina muncul. Wajahnya sudah menyinga.

"Oh, nilah yang you buat sampai tak ada masa nak ambik I dekat airport? Rupa-rupanya you nak menggatal dengan perempuan ni?" Jerkah Syahfina.

Dahlia Arissa terkedu di situ. Amir Haikal pula tidak mempedulikan jerkahan Syahfina malah dia terus menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Err... Akak dah salah faham ni," jawab Dahlia Arissa lembut. Ketika itu mata Syahfina menerkam wajah Dahlia Arissa. Langkahnya dihalakan ke arah mereka berdua.

"Salah faham, kau kata? Kau tau tak, sebab kau balik sini lah Amir ni dah nak tak nak layan aku. Kau ni perempuan jenis apa hah? Dah ada Adam yang tergila-gila dekat kau, tunang aku jugak yang kau nak rembat. Kau..."

"Stop it, Fina! You ni hilang akal ke? Terjerit-jerit macam tu? Lagi satu, I tak suka you cakap macam tu dekat Dahlia. I kurang layan you sebab perangai you sendiri. Jangan nak salahkan orang lain pulak!" Amir Haikal bersuara memintas kata-kata Syahfina. Kali ini Amir Haikal sudah pun berdiri di hadapan tunangnya itu.

Dahlia Arissa hanya mendiamkan dia. Tidak berani mencelah. Timbul perasaan bersalah dalam dirinya.

"You sanggup marahkan I sebab perempuan keparat ni?"

Kali ini satu tamparan singgah di pipi Syahfina sehingga gadis itu terdorong ke belakang.

"Abang!!!" Jerit Dahlia Arissa lalu bangkit menuju ke arah Syahfina. Niat di dalam hendak menolong Syahfina namun dia telah ditolak kasar sehingga menyebabkan Dahlia Arissa tertolak ke dinding. Tanpa diduga tindakan Syahfina itu menyebabkan dahi Dahlia Arissa luka akibat hantukan yang kuat ke dinding dan mula mengeluarkan darah pekat.

"Dahlia!" Kali ini Amir Haikal pula menerpa ke arah Dahlia Arissa yang sedang memegang dahinya.

"Lebib baik you keluar sekarang!!!" Jerit Amir Haikal kepada Syahfina yang masih terpinga-pinga melihat keadaan Dahlia Arissa. Tanpa menunggu lama dia terus keluar dari bilik itu.

"Ya Allah, banyaknya darah...!" Kata Dahlia Arissa sebelum pengsan di pangkuan Amir Haikal.

"Lia!!!"









VOTE!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro