Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 13

SUDAH tiga minggu Daniel Amriza di Kuala Lumpur dan pada hujung minggu depan dia akan balik ke Singapura. Dahlia Arissa sudah berura-ura untuk mengikut abangnya ke Singapura.

"Abang cakap lah dekat papa dengan mama yang Lia nak holiday dekat sana. Lama dah Lia tak pergi sana!" Pujuk Dahlia Arissa.

"Abang rasa papa tak akan bagi punya Lia ikut abang. Lia pun tahu kan yang Lia baru je balik sini. Daripada Lia holiday, lebih baik tolong papa jaga company. Kalau tak pun, tolong mama jaga spa. Ada jugak hasilnya."

"Abang macam tak suka je Lia ikut abang." Dahlia mula serkap jarang. Novel di tangannya diletakkan di atas meja. Daniel Amriza yang sedang membuat kertas kerja memandang tepat ke wajah adiknya itu.

"Jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak. Lia pun tahu kan yang bulan depan Kalisha kahwin. Takkan Lia tak pergi kut kenduri dia? Dah lah masa Abang Khalil kahwin dulu Lia tak pergi. Sibuk dengan hati dia yang luka parah tu," kata Daniel Amriza dengan nada yang mendatar.

"Kalisha? Anak Uncle Kamal tu?"

"Dah tak kenal ke dengan sepupu Lia yang sorang tu? Walaupun kita tak rapat dengan adik-beradik sebelah papa, tapi nampak macam tak elok je Lia tak datang kenduri yang dia orang buat. Masa kahwin Abang Khalil dulu, Uncle Kamal siap nak belikan tiket untuk Lia balik sini lagi, tapi Lia tak nak jugak balik. Sedangkan time tu Lia kan tengah cuti semester."

"Masa tu Lia dah janji dengan kawan Lia nak pergi Jepun. Lagipun, takkan abang tak ingat yang Abang Khalil tu sanggup nak gantikan Adam bila majlis pertunangan kita orang tak jadi? Masa tu jugak dia cakap yang dia dah lama cintakan Lia. Ikan betullah orang macam tu!" Rungut Dahlia Arissa sambil mencapai mug air teh hijau yang sudah sejuk itu.

"Ikan ke, ayam ke, yang abang pelik sekarang ni, sejak bila kita ni kongsi air? Pandai-pandai je dia ni minum air abang?" Tegur Daniel Amriza apabila melihat Dahlia Arissa meneguk air teh hijaunya.

"Err... Air ni air abang ke? Lia tak bawak air eiyh tadi? Isy, isy... Ada pulak minum air abang. Tak patut betullah Dahlia ni." Katanya sambil tersengih. Dia benar-benar tidak perasan yang dia sudah pun terminum air kepunyaan Daniel Amriza. Hari tu air Amir Haikal yang disapu.

"Dahlah, abaikan. So sekarang abang nak tahu ni, apa plan Lia sebenarnya? Maksud abang, Dahlia nak kerja mana? Study pun dah habis," tanya Daniel Amriza ingin tahu.

"Dahlia nak tunggu orang masuk meminang je kut," gurau Dahlia Arissa. Daniel Amriza sudah pun tersenyum.

"Adam nak masuk minang lagi sekali ke?"

Muka Dahlia Arissa terus berona merah. Baru semalam dia berjumpa dengan Tengku Syed Adam walaupun puas ditegah oleh Daniel Amriza.

"Lia tak ada apa-apa lah dengan dia. Semalam kan nak teman dia pergi hospital je. Tak ada pergi mana-mana pun," jawab Dahlia Arissa. Debaran di dada mula terasa saat nama Tengku Syed Adam disebut oleh abangnya.

"Abang tak kisah Dahlia nak keluar dengan dia ke apa, tapi kalau boleh abang tak nak Lia jalinkan apa-apa hubungan pun dengan dia lagi. Abang tak nak pisang berbuah dua kali. Lia sorang je adik abang, jadi abang tak nak adik abang ni dipermainkan oleh orang lain," nasihat Daniel Amriza. Dia sememangnya masih belum dapat memaafkan Tengku Syed Adam walaupun sudah beberapa kali pemuda itu memohon maaf daripadanya.

"Lia tahu. Lia masih terasa lagi sakit dia. Tapi buat masa ni, Lia nak semuanya back to normal. Lagipun sampai bila Lia nak mengelak daripada dia, kan? Dah lah parents dia baik dengan kita."

"Abang cuma nak ingatkan Lia je. Yang lain terpulang pada diri Lia sendiri. Ermm, Amir mana? Dah pukul sebelas ni tak balik-balik lagi?" Daniel Amriza menukar topik perbualan sambil melihat jam yang terpampang di muka lap-topnya.

"Ala, orang ada tunang mestilah keluar dengan tunang dia," jawab Dahlia Arissa lalu mencapai kembali novel yang di letakkan di atas meja tadi.

"Lain macam je suara adik abang ni? Nada suara Lia tu macam cemburu je!" Usik Daniel Amriza.

Dahlia Arissa mencebik. Malas hendak menjawab soalan abangnya itu. Kalau di jawab, takut rahsia hatinya terbongkar. Isy, mana boleh!









PAGI itu, Maisarah sibuk mencuci keretanya. Walaupun hanya memiliki kereta secomel Myvi itu, namun dia tetap bersyukur. Setiap bulan Tan Sri Mokhtar akan menolak gajinya untuk membayar ansuran kereta itu.

"Jauh mengelamun!"

Maisarah segera berpaling. Syahfina sudah pun berdiri tegak tidak jauh daripadanya. Sejak bila pulak minah bunny ni ada dekat sini?

"Untung kau ya, jadi orang gaji dekat dalam rumah ni. Senang je dapat beli kereta." Syahfina kembali bersuara.

"Saya bukannya duduk goyang kaki dekat dalam rumah ni, kak," jawab Maisarah. Syahfina mencebik.

"Apa-apa lah. Ni aku nak tanya sikit. Amir tu, ada affair ke dengan Dahlia tu? Bukan main rapat lagi dia orang berdua tu aku tengok?"

Maisarah hanya tersenyum mendengar pertanyaan Syahfina. Tangannya masih ligat membasuh kotoran di kereta.

"Akak cemburu ke?" Soal Maisarah berani. Walaupun dia pernah di serang oleh Syahfina suatu ketika dahulu, tetapi itu tidak bermakna dia harus terus mendiamkan diri.

"Of courselah aku cemburu. Amir tu tunang aku, bakal suami aku! Yang dia asyik tergedik-gedik dengan Amir tu pasal apa?" Luah Syahfina sebagai tanda tidak puas hati. Sekali lagi Maisarah tersenyum. Sinis.

"Tu Kak Lia dah balik. Baik akak tanya dia sendiri kenapa dia tergedik-gedik," selamba sahaja Maisarah menunjuk kereta Dahlia Arissa yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah. Muka Syahfina sudah masam mencuka.

"Eh, bila Kak Fina sampai?" Tanya Dahlia Arissa sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Kejap tadi dengan Amir!" Jawabnya ringkas namun tetap menyambut huluran tangan Dahlia Arissa. Sekadar berbahasa.

"Kenapa tak masuk?" Tanya Dahlia Arissa lagi. Matanya sempat melirik ke muka Maisarah yang seakan-akan tidak berpuas hati. Takkan Syahfina serang dia lagi kut? Fikir Dahlia Arissa di dalam hati.

"Datang ni kejap je. Tunggu Amir tukar baju sebab malam ni dia ada dinner dekat rumah family akak," beritahu Syahfina.

Belum sempat Dahlia Arissa ingin bertanya, sudah kelihatan Amir Haikal berjalan ke arah mereka bertiga dengan senyuman manis.

"Abang nak pergi rumah Kak Fina dulu. Malam karang abang tak balik makan, tau! Lagi satu, kejap tadi Amri telefon. Dia balik lambat malam ni sebab nak jumpa kawan dia," beritahu Amir Haikal kepada Dahlia Arissa.

Dahlia Arissa sekadar mengangguk sambil melihat Syahfina memaut mesra lengan Amir Haikal.

Eleh, nak bagi aku jealous la tu. Aku tak hairan punlah! Kutuk Dahlia Arissa di dalam hati. Dia mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Amir Haikal sempat mencuri pandang wajah Dahlia Arissa. Cemburukah dia?









MALAM itu Dahlia Arissa sibuk bersembang dengan teman baiknya, Qirah melalui telefon pintarnya. Sesekali kedengaran dia tergelak dan sesekali kelihatan mukanya cukup serius. Amir Haikal yang sedari daripada tadi memerhati Dahlia Arissa daripada porch biliknya hanya tersenyum sendirian. Tanpa sedari Daniel Amriza sudah pun berdiri di sebelahnya.

"Sejak bila kau jatuh cinta dengan adik aku ni?" Soal Daniel Amriza sambil memandang Dahlia Arissa yang sedang berdiri di tepi kolam renang.

"Soalan jenis apa kau tanya aku ni? Bukan main straight to the point lagi?" Amir Haikal sengaja berdalih. Daniel Amriza tersenyum lalu duduk di kerusi kayu yang terdapat di porch itu. Terasa angin malam menampar lembut wajahnya. Dingin dan mendamaikan.

"Kita sama-sama businessman bro, mana boleh mukadimah banyak sangat. Nanti client boring, lepas tu dia orang cabut lari. Semua perkara perlu straight to the point. So? Mana jawapan aku?"

"Sejujurnya aku tak sedar sejak bila aku jatuh cinta dekat Lia. Aku perasan aku cintakan dia sejak dia balik sini baru-baru ni. Kau pun tahu kan, more than seven years aku tak jumpa dia," jujur Amir Haikal memberitahu. Tidak mahu berselindung dengan Daniel Amriza.

"Habis tu, Syahfina kau tu macam mana? Kau jangan buat macam mana Adam buat dekat adik aku. Jangan sesekali kau hancurkan harapan seorang perempuan. Walaupun aku tahu hubungan kau dengan Fina macam mana, tapi kau jangan lupa yang kau orang berdua dah bertunang. Tunggu masa je nak diijabkabulkan," pesan Daniel Amriza. Dia bukan tidak suka Amir Haikal menaruh hati kepada adiknya, tetapi dia tidak mahu Amir Haikal mempermainkan perasaan Syahfina. Walaupun dia sendiri tidak berminat dengan perangai Syahfina. Gedik dan menjengkelkan.

"Aku tahu. Tapi entahlah, maybe memang jodoh aku dengan dia kut. Yang kau ni pulak, bila lagi nak pergi melamar si Mai tu? Jangan tunggu lama-lama, bro..." Ujar Amir Haikal sambil tersengih melihat muka Daniel Amriza sudah berubah tatkala nama Maisarah singgah di mulutnya

"You wait and see jelah nanti. Aku bukan macam kau, lembap. Nak jaga kerenah Fina tu pun susah, apatah lagi nak tackle adik aku," sempat Daniel Amriza mengutuk sepupunya itu.

Amir Haikal sudah pun tergelak besar. Akhirnya mereka berdua sama-sama tertawa.









Vote :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro