bab 11
SUDAH dua hari Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati ke London untuk bercuti selama sebulan. Daniel Amriza pula diarahkan supaya balik ke Malaysia bagi memantau syarikat. Dahlia Arissa merupakan insan yang paling gembira apabila abangnya itu ada di hadapan matanya.
"Ni asyik nak berkepit dengan abang ni ada apa-apa ke?" Usik Daniel Amriza sambil mencapai alat kawalan untuk membuka siaran TV. Dahlia Arissa yang masih di sebelah abangnya hanya tersenyum manja. Rindu benar dia dengan abangnya itu.
"Nak manja-manja dengan abang sendiri pun tak boleh ke?" Soal Dahlia Arissa.
"Dah besar panjang macam ni pun nak manja-manja lagi? Eee... Tak malu!"
"Ala... Nak malu apanya. Abang bukannya orang lain. Lagipun Dahlia sekarang ni dah KP tau," jawab Dahlia Arissa lagi lalu mencapai teh hijau yang dihidangkan oleh bibik sebentar tadi.
"KP? Apa tu?" Tanya Daniel Amriza lalu memandang Dahlia Arissa dengan pandangan hairan.
"Kurang Perhatian!"
"Macam-macam lah Lia ni," kata Daniel Amriza sambil ketawa. Namun perbualan mereka terhenti apabila melihat Amir Haikal melangkah menuju ke arah mereka.
"Bukan main awal kau balik?" Tanya Daniel Amriza. Amir Haikal terus duduk di hadapan dua beradik itu sambil membuka tali lehernya itu.
"Kejap tadi ada jumpa client, lepas tu terus balik. Malas pulak nak masuk office petang-petang macam ni," beritahu Amir Haikal jujur.
"Bik, ambilkan air untuk Abang Amir!" Jerit Dahlia Arissa kepada bibik yang berada di dapur.
"Apa Dahlia ni, tak elok lah jerit-jerit macam tu," tegur Amir Haikal. Dahlia Arissa segera menutup mulut.
Isy! Mulut ni, lain kali jangan jerit-jerit. Suka sangat kau kena tegur, kan? Sempat dia memarahi mulutnya sendiri.
"Dia ni dah biasa macam ni, Mir. Sejak kurun ke lima belas lagi. Aku malas dah nak tegur," celah Daniel Amriza pula. Tahu sangat dia akan perangai Dahlia Arissa yang satu itu.
Maisarah datang membawa Horlick suam kepada Amir Haikal kerana dia tahu air Horlick merupakan air kegemaran anak saudara Puan Sri Melati itu.
"Mai banyak kerja lagi ke dekat dapur tu?" Tanya Dahlia Arissa untuk menukar topik perbualan. Tidak mahu perangai buruknya di panjangkan.
"Mai tinggal nak bagi ikan makan je kejap lagi, kenapa?" Tanya Maisarah
"Jom kita keluar, bosanlah duduk rumah." Ajak Dahlia Arissa.
Mata Daniel Amriza membulat memandang adiknya. Biar betul dia ni? Tiba-tiba je nak keluar. Semalam dah sehari suntuk aku bawak dia berjalan, tak cukup lagi ke? Soalnya di dalam hati.
"Okey, lepas solat asar ni kita gerak," kata Maisarah lalu berlalu menuju ke dapur.
"Tak puas lagi ke berjalan dengan abang semalam?" Tanya Daniel Amriza ingin tahu.
"Tak puas langsung! Abang ingat balik, semalam kita pergi mana je? Duduk dekat office papa dari pagi sampai ke tengah hari. Lepas tu jumpa kawan abang tu dekat kedai mamak sampai maghrib. Malam pulak teman abang tengok bola. Memang membosankan," ulas Dahlia Arissa dengan muka yang bersahaja.
Amir Haikal sudah tergelak besar mendengar ulasan Dahlia Arissa. Daniel Amriza mencebik.
"So, yang bestnya apa pulak?" Kali ini Amir Haikal pula bertanya.
"Keluar je malam ni, kita pekena mi rebus ke meatball dekat IKEA ke... Lepas tu baru shopping. Sebab kalau perut kenyang masa shopping, kita akan mengurangkan kadar pembelian barang-barang. Lepas puas shopping baru kita pergi makan lagi. Lepas habis makan, barulah kita boleh balik rumah dengan senang hati." Beritahu Dahlia Arissa dengan penuh semangat.
"Abang rasa Lia tu lapar ke, kenyang ke, sama jugak pembeliannya. Tak ada beza." Balas Daniel Amriza.
Amir Haikal hanya menunggu reaksi Dahlia Arissa untuk membalas balik kata-kata Daniel Amriza.
"Mana ada! Adik abang yang cantik molek ni merupakan seorang yang berjimat cermat, berhati mulia dan penuh dengan nilai-nilai murni," jawab Dahlia Arissa sambil ketawa. Nampak giginya yang putih tersusun rapi.
"Kalau macam tu, abang nak ikut Lia dengan Maisarah. Nak pantau kadar pembelian adik abang yang cantik lagi molek ni. Kau nak ikut tak Mir?" Tanya Daniel Amriza kepada sepupunya yang merangkap teman baiknya juga.
"Boleh jugak," jawab Amir Haikal lalu menghabiskan sisa-sisa airnya.
"Eh, siapa pulak yang nak bawak kau orang berdua ni? Tak malu betullah!" Celah Dahlia Arissa terpinga-pinga. Inilah antara contoh lelaki yang tak tahu malu.
"Aku nak mandi lepas tu nak solat kejap. Lepas tu kita gerak," Amir Haikal pula yang terlebih semangat. Daniel Amriza hanya mengangguk.
"Dah, dah... Jangan nak buat muka blur tu pulak. Pergi naik atas cepat, kita solat berjemaah je," gesa Daniel Amriza kepada adiknya.
Dahlia Arissa segera memanggil bibik dan Maisarah untuk solat berjemaah.
MAISARAH dan Dahlia Arissa duduk di belakang manakala Amir Haikal duduk di sebelah Daniel Amriza yang sedang leka memandu. Sudah semestinya hanya suara Dahlia Arissa sahaja yang memenuhi segenap ruang di dalam kereta itu.
"Abang, kita singgah IKEA kejap," pinta Dahlia Arissa
"Nak beli katil untuk kahwin ke?" Usik Daniel Amriza.
"Wuish... Macam tahu-tahu je abang ni kan. Baru Lia ingat nak buat surprise untuk abang tapi abang dah tahu awal dah. Tak sangka betul! Ni yang buat Lia malu ni... Eh, tapi banyaklah abang punya katil untuk kahwin! Lia nak makan meatball dekat sanalah. Entah apa-apalah abang ni. Jauh betul pemikiran imaginasi abang tu. Ajaran sesat ke tempat yang salah," rengus Dahlia Arissa sambil membuang pandangan ke luar.
Maisarah sudah tergelak. Begitu juga dengan Amir Haikal. Dalam tawa yang masih bersisa, Daniel Amriza segera menuju ke IKEA. Sejak dulu, dia sentiasa memenuhi segala permintaan adiknya itu.
Selepas makan di IKEA. Mereka berempat pergi pula ke KLCC. Daniel Amriza lebih senang berjalan dengan Maisarah. Biasalah, orang tengah bercinta. Eh, ya ke mereka bercinta? Abaikan! Manakala Dahlia Arissa berjalan bersama Amir Haikal. Usik-mengusik antara mereka berdua menyebabkan orang lain akan menyangka mereka berdua pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
"Abang, kita tengok wayang nak tak? Lia nak tengok cerita Ejen Ali The Movie," beritahu Dahlia Arissa kepada Amir Haikal yang berada di belakangnya.
"What! Cerita kartun? Tunggu je raya nanti. Confirm ada keluar dekat TV." Bantah Amir Haikal. Kurang bersetuju dengan cadangan Dahlia Arissa. Dia memang tidak berminat untuk melayan mana-mana cerita atau filem-filem kartun.
"Abang ni kan, langsung tak tahu nak menghargai fiem Melayu. Ejen Ali tu movie Melayu tau. Movie kebangsaan. Abang kena ingat, budi bahasa tu budaya kita. Eh, macam tak ada related je." Dahlia Arissa pula kebingungan dengan kata-katanya sendiri. Maisarah sudah menggeleng-gelengkan kepala.
"Tak ada kaitannya benda tu, sayang oi. Jom kita masuk sini kejap, abang nak cari baju." Selamba sahaja Amir Haikal menarik tangan Dahlia Arissa.
Daniel Amriza dan Maisarah pula menuju ke kedai sebelah.
"Abang ni, ada pulak main tarik-tarik tangan. Ingat tangan Lia ni tali macam main tarik-tarik tali dekat sekolah dulu? Nanti terbirat tangan Lia yang lembut lagi halus ni." Kata Dahlia Arissa sambil menarik tangannya.
Amir Haikal segera melepaskan tangan Dahlia Arissa. Beberapa helai kemeja dibelek-belek. Dahlia Arissa juga membelek tanpa tujuan. Tanpa sedar dia terlanggar seseorang.
"Ops! Sorry awak!" Pinta Dahlia Arissa perlahan.
"Dahlia Arissa?"
Mata mereka bertentangan. Huh! Dia rupanya! Aku ingatkan minah celup mana tadi. Kenapalah KL ni kecik sangat. Boleh tak kasi besar sikit? Bukan apa, supaya aku tak jumpa dia ni je.
"Sorry, wrong person," elak Dahlia Arissa lalu menarik tangan Amir Haikal agar keluar daripada situ. Amir Haikal hanya mengikut dalam kebingungan.
"Tadi bukan main marah lagi abang tarik tangan dia, yang dia ni sedap-sedap tarik tangan abang ni tak apa pulak?" Soal Amir Haikal sambil menuju ke arah Daniel Amriza dan Maisarah yang sedang menunggu mereka di luar kedai.
"Arr... Dahlia rasa nak pergi Pavi lah. Jom abang!" Dahlia Arissa mengajak abangnya.
Daniel Amriza kehairanan melihat gelagat Dahlia Arissa. Tadi beria-ria nak datang sini. Tapi sekarang ni nak pergi ke Pavilion pulak, bisik hati Daniel Amriza. Namun dia tetap mengatur langkah menuju ke tempat parkir.
Vote stars :<
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro