Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 1

"BIBIK!!!"

Bibik yang sedang berada didapur menyediakan menu baksonya segera berlari-lari anak mendapatkan puteri tunggal Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati itu. Maisarah segera menyambung tugasan bibik yang tergendala tadi. Entah apa lagi yang tidak kena dengan anak majikannya itu.

"Bik, siapa yang pandai-pandai petik bunga lili Lia ni?" tanya Dahlia Arissa sambil menunjukkan pokok bunga lili putihnya yang hanya tinggal batang dan daun sahaja.

"Bibik ngak tau, sih. Sungguh!" Sedikit gugup. Dia masih belum biasa dengan Dahlia Arissa kerana gadis itu baru sahaja balik dari Europe dua hari lepas.

"Ala bibik ni. Lia gertak sikit dah menggelabah semacam. Ke memang bibik tau siapa yang buat ni? Baik bibik cakap betul-betul dengan Lia. Kalau tak, Lia hantar bibik balik Indon. Eh. Tak boleh, tak boleh. Kalau hantar bibik pergi balik Indon bibik boleh survive lagi sebab tu tempat bibik sendiri. Haaa! Lia hantar bibik dekat Kutub Utara. Nak?"

"Eish, ngak mau sih Lia. Tempat itu sejuk bangat. Kalau mau hantar jugak, bibik pasrah juga deh." Kata bibik lalu tersengih.

Eh bibik ni. Boleh tahan jugak loyar buruk dia. Aku hantar betul-betul kejap lagi baru tahu! Omel Dahlia Arissa di dalam hati.

"Whateverlah bik, tapi baik bibik bagitau cepat. Sebab lepas solat subuh pagi tadi, Lia tengok bunga lili Lia ni ada lima kuntum. Tapi sekarang ni... Jangan kata lima kuntum, sekuntum pun dah tak ada dah!"

"Ermmm... Macam mana ya mau dikasi tau. Sebenarnya bunga Lia ini, Amir yang petik."

"What?"

Tanpa menunggu kata-kata bibik seterusnya, Dahlia Arissa sudah pun meluru ke tingkat dua dan daun pintu bilik Amir Haikal ditolak kasar.

"Abang Amir Haikal!!!" jerkah Dahlia Arissa lalu menghampiri Amir Haikal yang sedang terbongkang di dada katil. Selimut tebal itu di tariknya. Namun pergerakannya terhenti apabila melihat Amir Haikal hanya memakai boxer tanpa baju. Lantas dia berpaling ke muka pintu.

"Apa ni? Nak rogol abang ke?" kata Amir Haikal sambil duduk tanpa membuka mata. Masih mamai lagi.

"Tak ada masanya Lia nak rogol abang tu. Dengan boxer polka dot colour pink tu buatkan nafsu Dahlia hilang terus. Ni Lia nak tanya, kenapa abang pandai-pandai cantas bunga lili Lia tu? Bunga tu orang bagi hadiah dekat Lia abang tahu tak! Lia pun tak faham lah dengan abang ni. Kalau ya pun nak petik, petik satu dua sudahlah. Ni tak, sampai botak licin pokok bunga lili Lia tu abang buat. Kalau bunga tu boleh bawak ke Yun Nam Hair Care ke, spa ke tak apa jugak. Dapat jugak bagi treatment dekat dia. Ni sekarang ni apa cerita. Abang dengar tak ni Lia cakap?" panjang lebar Dahlia Arissa bersyarah tanpa titik noktah serta tidak memandang Amir Haikal. Namun tiada jawapan daripada Amir Haikal, yang kedengaran hanya bunyi air di dalam bilik air.

"Kurang asam jawa bin kurang asam keping punya orang! Buang air liur aku je bercakap. Tak apa, aku tunggu sini sampai dia bagi explain..." rungut Dahlia Arissa perlahan.

Dalam menanti Amir Haikal mandi, matanya sempat meliar ke ruang bilik lelaki itu. Kemas dan teratur. Patut pun bibik dengan Maisarah tak perlu nak kemaskan bilik ni. Tak macam bilik Daniel Amriza. Bersepah macam dua buah tongkang pecah.

"Lia cakap apa tadi?" tanya Amir Haikal yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.

Dahlia Arissa segera berpaling apabila mendengar suara Amir Haikal. Namun tidak lama, sebab Amir Haikal hanya bertuala. Huh, sengaja nak goda akulah tu! Kutuknya di dalam hati. Baik keluar dulu sebelum aku tergoda!

"Lia... Lia keluar dulu lah. Kita bincang dekat bawah. Cepat sikit!"

Amir Haikal tersenyum apabila melihat Dahlia Arissa keluar dari biliknya dengan muka yang masam mencuka.










BAKSO buatan bibik memang membuka selera semua orang. Dahlia Arissa sudah lama tidak merasa makanan sebegini sejak menetap di Europe empat tahun yang lalu. Tambahan pula sebelum dia berangkat ke sana, bibik belum lagi berkhidmat di rumah mereka. Yang ada cuma Mak Timah dan anaknya Maisarah.

Memandangkan Mak Timah telah dipanggil Allah SWT, maka tinggallah Maisarah meneruskan kerja di banglo tiga tingkat itu sehingga tibanya bibik enam bulan selepas ketiadaan Mak Timah.

"Mai, selain bakso, bibik pandai masak apa lagi?" tanya Dahlia Arissa sewaktu Maisarah baru sahaja melabuhkan punggung di hadapannya. Mereka berdua selalu makan bersama kecuali jika semua keluarga Dahlia Arissa ada sekali. Ketika itu bibik dengan Maisarah lebih senang makan di dapur.

"Macam-macam kak, daripada tradisional sampailah ke western food bibik pandai masak. Betul tak, bik?" tanya Maisarah kepada bibik yang baru sahaja masuk ke ruang makan itu sambil membawa semangkuk lagi bakso tanpa menjawab pertanyaan Maisarah.

"Eh, bukan tadi bibik dah makan ke?" tanya Maisarah pelik kepada bibik.

"Bakso ini untuk Amir. Koknya lupa sih?"

"Lambat pulak Abang Amir tu masuk office harini. Pelik!" celah Maisarah pula. Bibik terus ke dapur manakala Dahlia Arissa terus menyuap bebola daging ke dalam mulut. Tiba-tiba Amir Haikal mendehem. Tanpa bicara Maisarah terus mengangkat mangkuk baksonya ke dapur.

"Nak ke mana tu, Mai?" pertanyaan Dahlia Arissa tidak berjawab. Tadi dia cakap Abang Amir pelik, yang dia tiba-tiba lari ke dapur tu lagi lah pelik... Gerutu hati Dahlia Arissa. Amir Haikal sudah pun duduk di hadapan Dahlia Arissa. Tempat yang ditinggalkan oleh Maisarah sebentar tadi.

"Ada apa Lia cari abang tadi?" tanya Amir Haikal lalu mula mengacau-ngacau bakso yang berada di hadapannya. Berkepul-kepul asapnya naik ke udara.

"Bibik cakap abang yang petik bunga-bunga lili Lia dekat depan tu, kan? Ni Lia nak tanya, yang abang memandai petik bunga tu pasal apa? Biar jelah bunga tu nak hidup mekar mewangi semerbak taman. Abang tau tak betapa kecewanya serangga dekat luar sana macam lebah dengan rama-rama tu bila tengok bunga yang dia orang usyar tu dah tak ada. Diorang sedih tahu tak?"

Amir Haikal tersenyum mendengar luahan rasa hati Dahlia Arissa. Sejak dulu sampai sekarang kalau sudah bercakap, pasti susah hendak berhenti. Yang tidak tahannya, ada sahaja yang mengarut di campur sekali.

"Lia nak jawapan abanglah! Bukan nak senyuman abang tu..." desak Dahlia Arissa lagi.

"I'm so sorry. Actually, abang nak bawak bunga tu ke office. Selalunya abang petik je bunga mama dekat tepi sana tu, tapi pagi tadi nampak bunga Lia tu macam cantik semacam je, jadi abang petik jelah." jawab Amir Haikal sambil menatap wajah bersih milik Dahlia Arissa.

"Abang tahu tak bunga tu hadiah daripada orang. Nanti orang tu cakap Lia tak hargai pemberian dia pulak. Kalau ya pun nak bawak bunga kat office, pergi jelah beli dekat kedai bunga. Tak kan tu pun nak kena ajar?"

"Dahlia tahu ke siapa yang bagi bunga tu dekat Dahlia?"

"Tak, tapi mama cakap orang tu tahu yang Lia suka bunga lili. Tak sangka kan, baru je balik dari Europe dah ada secret admirer. So sweet...." kata Dahlia Arissa sambil menongkat dagu, keningnya sengaja dinaikkan ke atas berkali-kali. Beranganlah tu!

"Untuk pengetahuan Cik Dahlia Arissa binti Tan Sri Mokhtar, anak perempuan kepada Puan Sri Melati." Dahlia Arissa sedikit bangga apabila nama penuhnya disebut oleh abang sepupunya itu.

"Bunga tu abang yang hadiahkan. Jadi abang masih lagi ada hak dekat bunga tu." Senyuman Dahlia Arissa mati.

"What? Abang yang bagi? Isy, potong stim betullah abang ni. Ingatkan jejaka Malaya mana yang berkenan dengan Lia yang cantik lagi comel ni. Kalau macam tu, abang cantas sekali pokok bunga tu pun tak apa." Ujar Dahlia Arissa selamba. Mangkuk bakso diangkat lalu menuju ke dapur.

Sekali lagi Amir Haikal tersenyum. Entah untuk kali yang ke berapa. Tiba-tiba hatinya berdetak lembut. Indah. Eh, takkanlah! Sanggah hatinya dengan cepat.














Hmmm i need my vote stars from my readers ")
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro