Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 7.

"Perlahan sikit boleh tak!"

Jerit aku ditempat duduk belakang. Aku mengeratkan pelukan aku, hampir melayang aku dekat belakang ni.

"Peluklah kalau taknak melayang!"

Dia buat drama apa ni? Hindustan ke? Naik motor besar bagai?

Aku menepuk nepuk badannya supaya perlahan, memang sengaja pun nak suruh aku peluk kan? Nampak sangat dia ni loner sejati.

Cittt!!

Kami berhenti dihadapan sebuah rumah agam, iaitu rumah yang aku duduklah. Rumah siapa lagi?

Aku segera turun dari motor, huh nak tercabut helmet.

"Weh"

Panggil aku menepuk nepuk tangannya. Matanya masih lagi tenung ke rumah agam itu. Kenapa? Terkejut?

Aku memberi isyarat supaya tolong aku bukakan helmet yang aku pakai. Rimas lah rimas! Aku rasa ikatan rambut aku pun dah lerai.

"Tulah pandai pakai, pandai lah cabut"

"Kau yang pakaikan tadi"

Dia diam. Tak sedar ke?

"Kau lain kali bawak motor perlahan sikit boleh tak?"

"Ehem, ni rumah kau?"

Aku hanya mengangguk. Taknak bangga sangat, bukan rumah aku pun.

Dia mengangguk semula mulutnya membujur 'oooo'.

"Okay, aku nak balik"

"Eh eh, dengar lah ni"

"Apa?"

"Lain kali, jangan bawak laju laju kesian dekat orang yang naik dengan kau tu nanti, nak melayang"

"Huh? Lain kali? Kesian dekat orang belakang? Gurl, jangan risau, seat belakang ni hanya untuk kau sorang. Jadi, hati hati untuk 'lain kali'"

Huh? Dia senyum seraya menyarung helmet ke kepalanya dan berlalu pergi.

Dah kenapa? Pickup line ke?
Aku harap aku takkan naik motor dengan dia dah. Habis kusut rambut aku.

🌸

"Ahhh kau kenapa Taehyung!!"

Aku melabuhkan punggung dan menyandar di sofa kesayangan aku.

Ayat apa yang aku kasi dekat dia? Patutnya, ayat tu khas untuk awek aku akan datang.

Takkanlah aku nak bawak dia je? Ah buang masa. Kau pun satu Taehyung, main lepas je.

Aku harap perempuan tu tak tergila gila nak naik motor dengan aku.

🌸

"Lewatnya balik? Kata ambil angin je?"

Tegur jin yang nampak aku masuk ke dalam rumah membela rambut aku yang dah rosak disebabkan mamat poyo tadi.

"Hehehe angin sedap sangat, kena ambil lebih lebih"

Aku terus masuk ke bilik. Bukan nak kurang ajar, aku tengah stres dengan rambut aku.

Aku naik ke bilik dan terus mencapai penyikat rambut. Wah kusut habis.

Tiba tiba, pintu bilik aku dibuka, oh oppa Jin.

"Nae?"

"Oppa nak pergi kerja ni, jaga diri tau"

Aku hanya senyum dan memberi isyarat 'okay'.

Dia senyum lalu beredar pergi.
Dia suruh aku je ke jaga diri? Maklumlah yang dua orang tu main game tak ingat dunia.

Aku sebenarnya nak keluar lagi, yelah tadi keluar bukan ambil angin, ambil penyakit.
Kan dah jumpa dengan mamat poyo tu.

Apa nama dia eh?

Jangan Jung Mi jangan! Nanti nama Kim Taehyung hilang dari ingatan kau.

Beberapa jam kemudian.

"Namjoon?"

"Ye?"

"Saya nak keluar ni, cari angin lagi"

"Keluar jelah"

Geramnya aku. Dahlah macam menghalau lepastu bukan reti nak tengok aku masa bercakap. Pelangkung kang!

Aku sebenarnya tak percaya bila Jin cakap Namjoon ni pelajar terbaik dekat sekolah.
Dekat rumah 24/7 hadap game, bila masa je dia belajar ni?

Ke baca buku 2 minit nak hafal semua?
Tinggi sangat IQ dia kalau macam tu.

Pelajar terbaik? Entah. Ye kot?

🌸

Aku berjalan selama 15 minit, sedar sedar aku ada di pasar. Aku nak masuk segan lah.. aku risau ada yang kenal aku.

Dulu aku tak pernah masuk pun, tapi dulu yang selalu bagi aku makan, makcik makcik dekat pasar ni.

Sesak duh sesak!

Aku berjalan menghimpit himpit. Aku dahlah kecil, lepastu yang himpit aku, yang langgar aku semuanya besar besar.

Sesak nafaslah!

Bau ikan ikan yang hanyir meresap ke dalam hidung aku. Tak sangka busuk macam tu.

Saja je jalan jalan, duit aku tak bawak pun. Cuci mata sebenarnya. Aku dah kenyang sejak kena timpa dengan penyakit pedas gila aku tu.

"Wah, besarnya ikan"

Aku amazed dengan ikan ikan besar yang tersusun rapi di atas meja. Ada yang masih hidup dan diletakkan di dalam air. Melompat lompat, mungkin tak cukup ruang.

Sekali lagi, aku sesak bila dihimpit oleh dua orang lelaki yang  tinggi dan bertubuh sasa. Apa yang diorang buat ni? Tak reti nak bagi ruang ke? Macam mana aku nak jalan ni?

Patutlah sama sama besar, kembar rupanya. Menyampah betul dengan diorang ni, hah satu lagi pasar ni kecil sangat. Sakitlah kena tindih macam ni.

Badan diorang dahlah busuk! Ew! Habis busuk aku! Aku sedar dulu aku pun sama je bau macam diorang, tapi sebenarnya diorang lagi busuk.

"Er-er sanala-"

"Jangan himpit himpitlah"

Kata seorang wanita yang juga sama seperti aku.

Bukan seorang, tapi ramai yang tak boleh keluar dari orang orang bertubuh sasa itu.
Ramai ke orang korea yang besar besar macam ni?

Tersekat.

Nafas aku semakin berat. Aku rasa lemas. Nafas aku semakin perlahan, tubuh aku semakin lemah.

"Jangan himpit sayalah"

Kata aku lemah, tapi tiada siapa yang akan dengar, pasar kan? Bising lah.

Aku berusaha untuk keluar daripada kesesakan itu, nafas aku dah perlahan dan aku dah terlalu lemah untuk tahan lebih lama.

Tiba tiba, tangan aku seperti ditarik sebelum sempat aku pengsan di tengah tengah kesesakan itu.

Tubuh aku dipeluk oleh seseorang yang aku tidak kenali. Mata aku semakin kabur, tapi tak pengsan.

Kau rabun ke Jung Mi?

"Weh aku ni, bangun ah"

Jangan kata dia lagi-
Si mamat poyo tu. Suara deep dia tu buatkan aku lebih kenal dia tu siapa.

Menyampah. Macam takde siapa nak selamatkan aku dah. Kim Taehyung takde nak datang kali kedua selamat kan aku eheh. Gatal.

Aku sedar.

"Eh apa peluk peluk ni"

Jerit aku lalu bangun daripada pelukan mamat poyo ni.

"Kau banyak betul penyakit eh?"

Aku diam. Nak buat macam mana?
Kau nak tolong ke?

"Dah lah, aku nak balik"

"Eh jap lah, teman aku kejap"

"Ah sedap je suruh orang teman, dah aku nak balik"

Dia menarik tangan aku.  Mata aku memandang tepat ke dalam biji mata dia.

Cantiknya mata kau!

"Sekejap je"

Dia mengebil ngebilkan matanya, membuat muka comel supaya aku ikut teman dia.

"Ish yelah!"

Aku hanya ikut langkahnya dari belakang. Menyampah lah, lepastu  kena himpit lagi, pengsan aku dekat sini.

Hah tengok? Dia laju je jalan, aku tertinggal dekat belakang ni.

Baru nak hina lebih lebih sikit, dia dah tarik tangan aku.

Dia mengenggam erat tangan aku supaya tidak ketinggalan jauh daripada dia.

Tolonglah jangan acah acah sweet.
Aku tengah tunggu hero aku ni.

"Sini, jalan dekat dengan aku"

Dia membebel dekat aku kenapa? Macam aku ni budak umur 5 tahun.

Aku semakin jauh dengan dia walaupun kami berpegangan tangan. Orang yang lalu ni membuatkan aku jadi serabut. Penglihatan aku terhalang, sampai aku tak tahu mana mamat tu.

"Ish sinilah!"

Dia menarik tangan aku lebih kuat dan menarik tubuh aku kedalam pelukannya.

"Duduk diam diam"

"Ish kau ni kenapa"

"Aku taknak kau tu sesat"

Menyampah, kenapa ingat aku ni datang daripada Los Angeles ke sampai nak sesat ni?

"Kau nak aiskrim?"

Tanya dia sambil mengelap dahinya yang penuh dengan peluh. Ni mesti sebab nak jaga aku, sampai diri sendiri tak terjaga.

Aku hanya mengangguk, yelah penat wei sesak sesak macam tu, nak juga benda sejuk. Wah, enak banget ni.

"Tunggu sini"

Aku hanya menunggu di bangku yang terletak tidak jauh daripada kedai aiskrim.

"Huh rasa juga angin"

Mana tak, dari tadi duduk dalam kesesakan tak rasa angin lansung! Mujur mamat ni pandai cari tempat.

Dia datang bersama dua batang aiskrim. Wah tahu tahu aku suka makan yang warna pink. Maaflah, aku tak tau ni perisa apa.

Aku kesian pula tengok dia makan aiskrim sambil lap peluh.

Aku mengambil tisu aku yang berada di dalam poket lalu mengelapkan dahinya yang berpeluh.

Bukan nak acah sweet, kira ni sebagai balasan dia bawak aku keluar dari kesesakan lalu pasar.

Lama membisu. Sampai aiskirim aku pun dah nak habis.

"Weh"

"Apa?"

"Apa nama kau?"

Dia tanya aku nama aku? Heh dia kena cakap nama dia dulu baru aku yang cakap.

"Nama kau dulu"

Aku sebenarnya tengah sedap menikmati angin yang melanggar wajah aku.

"Nama aku?"

Dia diam sekejap. Takde nama ke? Ke baru fikir nama? Ke lupa nama sendiri?

"Hish lamanya, nama kau apa?!"

Dia seakan akan tersedar daripada lamunannya.

"Oh- nama aku Kim Taehyung"

"Hah? Kim apa?"

"KIM TAEHYUNG, TAEHYUNG TAEHYUNG"

Puk! Pipi aku ditepuk oleh telapak tangan aku sendiri. Aku dah pekak ke?

Ish tak mungkin lah dia je nama Taehyung.

"Oh-"

Mata aku terkebil kebil memikirkan semula fasal Si Taehyung yang selamatkan aku.

Aku rasa betul lah dia! Kalau tak takde lah dia asyik nak bersweet dengan aku!

Ayok! Jungmi, kau dahlah selalu cakap buruk dengan dia, sedangkan dia hero yang kau cari.

Tak salah lah, poyo tu ada, hensem tu lagilah ada. Betul ke ni Kim taehyung?
Kau untung jungmi, haish untung untung.

Aku tak percaya yang ada depan mata aku sekarang ni, Kim Taehyung Si hero penyelamat aku.

Bibir aku mengukir senyuman. Aku rasa dah lama dia perati aku yang asyik tersenyum senyum macam kerang busuk.

Aku taknak bagitahu dia yang aku ni gadis beruntung yang dia telah selamatkan. Auch!

"Hehehhe"

"Kau kenapa?"

"Hehe takde pe hihi"

Acah ayu pulak kau Jung Mi?
Malu malu lah. Ni Taehyung, alo ite segan la dengan oppa Tae. Heheh >3.

"Nama kau apa"

"Eh jap, kalau Taehyung nak panggil apa ni?"

Sengaja, mana tahu ada nama manja, boleh lah aku panggil.

"Takde"

"Biar aku bagi, hihi aku panggil kau TaeTae eh? Hihi"

Kau kenapa Jungmi? Cover lah sikit.

"Kau ni pehal? Dahlah nama kau apa?"

"Lee Jung Mi"

"Nak panggil apa ni?"

"Emmmm, panggil apa eh? Hihihi"

"Kena kang dia ni"

"Sabarlah"

Aku gelak kecil sambil mencuit pehanya. Aduh keras! Mesti berotot auch!

"Nak panggil apa ni?"

"Baby sayang. Baby sayyang!!"

"Tebiat"

-
-
-
-
-TO BE CONTINUED-

Sorry random tag!;

BANGTANSHIT- iamyourcupcake jeymin- -peachs CmilMrsh sansmoothie yayayanjun heitsmehari hanarmyyy_ BANGTANTHIGHS- alyakookies

            Nah, ni baby sayang korang >3

📝; Saturday, 1 June; 12:54 a.m













Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro