Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 5.

B A B Y  S A Y A N G - 05

Hari sudah malam. Aku baring di atas katil bersaiz queen yang disediakan khas didalam bilik ni.

Jin kata asalnya yang ni bilik tetamu, tapi sebab aku dah jadi adik dia.. ni bilik akulah!

Seharian keluar bershopping sumpah penat. Baju-baju yang Jin belikan untuk aku pun aku tak habis susun lagi.

Banyak sangat dia beli sampai bertindih tindih beg-beg atas lantai ni. Aku biarkan dulu sebab penat nak kemas.

Yeonjun pun sudah diam. Tadi dia main game bersama Namjoon. Tidak lama lepastu, dua dua diam. Mesti diorang tidur berdua.
Sejak dah jadi adik beradik dalam sehari ni, rapat diorang macam adik beradik betul.

Aku seorang saja yang malu sebab aku sorang perempuan. Nanti lama-lama aku biasalah dengan tiga orang lelaki ni.

Balik kepada misi aku sebagai perempuan beruntung yang diselamatkan oleh lelaki hero iaitu Kim Taehyung. Mana lah dia ni.

Rasa-rasanya macam mana rupa dia? Weh kalau aku jumpa dia, banyak benda aku nak buat dekat dia. Tapi, location dia pun aku taktahu dekat mana.

Aku nak cari dia betul betul lepas ni. Nak mintak tolong Jin pun tak boleh selalu sebab dia sibuk kerja dekat hospital. Nak ajak Yeonjun? Belum tentu dia nak kalau dah ikut kepala otak si Joonie. Hadap game 24jam.

Jin ada kata nak bawak kami semua pergi bercuti. Meraikan hari adik beradik katakan. Meriah betul bagi Jin dapat adik baru. Even bukan adik betul dia punya gembira tu haish macam dapat bini.

Tak sabarnya nak gi bercuti. Dekat mana eh dekat mana? Maldives ke, london ke, auch bestnya!

Kalau ada mamat Kim Taehyung tu kan best, dapat dating dengan dia dekat Eiffel Tower.

Beranganlah kau Jung Mi. Jumpa pun tidak, entah-entah mamat tu bukannya hensem mana. Kalau tak hensem, rugi je aku berangan pasal dia.

Aku bangun dari tidur yang teramatlah lena! Aku menggosok gosok mata aku yang agak kabur. Kabur dengan taik mata lah ni, seumur hidup aku, aku tak pernah merasa tidur lena macam ni.

Setiap kali aku tidur dekat lorong dengan Yeonjun, mesti je ada yang ganggu sehingga kami berdua tak boleh tidur dengan lena.

Selepas 30 minit aku bersiap, aku turun ke bawah. Aku rasa hidup aku betul betul berubah lah! Aku dah lama tak mandi do, mandi pun sekejap-sekejap. Setakat basuh rambut tu bolehla.

Ni aku masuk je bilik mandi, fuh macam macam benda tersedia. Beruntung kau Jung Mi.

Aku dah dapat bau makanan sedap sedap dekat dapur. Mata aku beralih kepada bunyi bising dekat ruang tamu, ergh dua orang budak ni masih lagi main game.

Patutlah Joon belikan dia phone, ajak lawan pubg rupanya. Yeonjun tu budak lorong, dapat ke Joon diubahnya jadi budak pubg.

Aku pergi ke dapur dan aku nampak..Jin yang tengah potong bawang. Wuish potong bawang pun ada skill.

"Hui lajunya potong bawang!"

"Kau kalau tangan aku putus, aku cabut rambut kau"

Kau? Kemain lagi dulu awak saya, bila dah jadi adik ni, kau aku dia guna. Takpelah, biasanya sweet kan kalau macam tu? Kalau bergaduh lagi comel. Kau, aku . Jadilah.

"Hak eleh, doktor tu acah bagus sangat potong bawang"

"Aku oppa kau, bukan doktor kau"

Dia sambung memotong bawang. Payahlah, Jin dahlah suka membebel.

"Semalam kata dua dua"

"Hish diam, duduk situ. Tunggu aku masak"

Pandai masak rupanya. Bukan beshe beshe dia ni.

🌸

"Ah nae, gomawoyo"

Banyak juga aku beli barang rumah, tinggal sorang je padahal. Takpe lah, stok untuk sebulan.

Aku meletakkan barang barang rumah di seat belakang. Aku membolos masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin. Okay! Lets go balik rumah!

"Aish sedapnyaa"

Aku menghempas diri ke atas sofa di ruang tamu rumah. Fuh, penat. Aku merehatkan kepala di atas kusyen sofa bewarna hitam itu.

Termenung lama ni dah jadi hobi aku setiap hari. Biasalah orang bujang. Bosan taktahu nak buat apa. Pandang je lah syiling yang kosong tu.

Tiba tiba, seseorang muncul dalam fikiran aku.

"Ish siapa eh perempuan tu? Lupa ah lupa"

Aku teringat masa aku pergi shopping mall semalam, aku rasa aku macam kenal lah seorang perempuan pakai baju putih lusuh. Tapi dekat mana?

Aku tenung dia lama gila, tapi takde benda terdetik dekat otak aku. Yang aku tahu, aku macam kenal.

"Buat apa aku fikir pasal perempuan tu, bukan kenal pun er. Baju pun lusuh, er sedar Taehyung, tu bukan taste kau"

Akhirnya aku pun terlelap lepas 15 minit asyik berfikir pasal perempuan baju lusuh yang aku jumpa semalam.

Aku mungkin salah orang kot.
Aku ni jenis pelupa, mudah sangat lupa. Ada masa aku ingat, aku ingat.
Tua dah kau Taehyung. Bila nak dapat bini.

Awek pun takde duh, berangannya Taehyung.

Hah awak yang baca ni, jadi awek saya nak tak?
-Kim Taehyung-.

Sorry random tag;

donutbeanmochi CmilMrsh faaseyoo zatyelisya sansmoothie yayayanjun Need_Oxyjeon hanarmyyy_ chiminieswag BANGTANTHIGHS-

📝; Sat, 25 May 2019.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro