Chapter 3.
⛅
B A B Y S A Y A N G
Hari ini hari terakhir gadis itu di hospital, selepas itu di akan merempat seperti biasa dengan kakinya yang belum pulih itu.
Gadis itu tidak pernah meminta sesiapa pun untuk menolongnya, asalnya memang dia dibesarkan di lorong juga.
Pakaian yang disimpan di dalam laci diambilnya. Pakaian yang berada di dalam plastik bewarna kuning itu dibeleknya.
Masuk hospital baju ni, keluar hospital baju ini juga yang dipakainya.
Kemudian, gadis itu sarung perlahan baju tersebut ke tubuhnya. Sempurna. Baginya, elok saja, walaupun sudah lusuh teruk. Masih elok diguna pakai.
Jururawat yang menjaganya turut membantu Jungmi mengemaskan katil yang didudukinya semasa sakit.
Tongkat nya disimpan memandangkan Doktor Seok Jin menyuruhnya bergerak lebih banyak.
Gadis itu berjalan keluar dari hospital sendirian dengan kaki terencut-encut. Sampai masanya nanti, kakinya akan pulih.
Akhirnya, dapat juga dia menghirup udara segar, setelah lama duduk di sini. Wah indahnya !
"Jung Mi!" Sebuah suara menyapanya dari belakang.
Kepalanya ditoleh, kelihatan Seokjin yang datang berlari kearahnya.
"Doktor" sapanya perlahan.
Gadis itu hanya mampu tersenyum. Jungmi ingatkan Seokjin tidak mahu menjenguknya sebelum dia pergi.
"Nak balik dah?" Tanya lelaki itu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Jungmi hanya mengangguk,
Paling-paling pun sambung semula merempat dekat lorong. Cukuplah dia dapat makanan dekat sini.
"Awak..nak balik mana?" Seokjin rasa bersalah tanyakan soalan itu walaupun lelaki itu tahu Jungmi memang tiada tempat tinggal.
Soalannya menambahkan sakit hati Jungmi.
Gadis itu mengeluh dan terus berjalan meninggalkan Seokjin yang masih lagi membeku dengan persoalan.
"Eh sabar Jungmi!" Seokjin mencapai tangan Jungmi.
"Apa lagi doktor? Jangan tanya saya macam tu dah, jujur saya tidak suka"
"Ikut saya balik." Seokjin berpeluh-peluh, termengah-mengah dia bercakap. Dia juga terkejut, patutkah dia jaga Jungmi?
"Hah? Oh doktor nak saya ikut doktor balik? So nanti saya jadi maid Doktor lah kan? Macam tu?" Biasalah, pemikiran budak macam Jungmi ni lain sikit.
Tiba-tiba saja hendak ajak pulang. Ye lah, tempoh hari dia kata tidak mahu bawa Ju ngmibalik sehingga bergaduh dengan Doktor Yoongi.
"Apa yang awak cakapkan ni? Selama ni Doktor jaga awak dekat hospital, tiada pula semua benda saya suruh awak buat."
Betul juga.
"Ikut doktor balik. Doktor jaga Jungmi macam adik doktor sendiri". Tangannya diangkat, membuat tanda ikrar.
'Aduh' , getus hati Jungmi, sudahlah dia merajuk dengan Seokjin lama pula tu, tiba-tiba dia ajak Jungmi balik ke rumahnya. Peluang emas ni Jung Mi tapi.. Yeonjun macam mana?.
Dah lama dia tinggalkan Yeonjun, adik angkatnya. Mesti dia tercari-cari Jungmi di mana.
"Tapi, adik saya.."
"Awak ada adik?" Kening seokjim terangkat.
"Tak.. dia tu kawan saya. Saya anggap dia macam adik saya sendiri dan.. saya tidak boleh tinggalkan dia, dia sorang sorang dekat lorong!" Hatinya gelisah.
Memang peluang emas pun dapat ikut Doktor kaya ni balik rumah, tapi dia lebih sayangkan Yeonjun.
Yeonjun anak terbuang. Masa umur dia 14 tahun Jungmi kutip dia. Masa itulah dia dijaga macam adiknya sendiri walaupun Jungmi pun tiada apa- apa nak bagi.
"Takpe, bawak adik awak balik sekali. Doktor jaga kamu berdua! Cun!" Bibir tebal Seokjin mengukir senyuman.
Dia nampak ikhlas. Dekat hospital, dia tolong Jungmi, dekat luar pun dia mahu tolong Jungmi.
"Betul ke doktor?!" Dengan riak wajah gembira, Jungmi setuju hendak mengikut Seokjin.
Lagipun, dia sudah dua bulan dengan Seokjin di hospital, sudah masak dengan perangainya!
"Ye, kita ambil adik awak lepastu balik rumah okey, okey okey?"
Gadis itu mengangguk. Dia memapah Jungmi sehingga ke dalam kereta audi hitam miliknya.
-
Kami tiba dia lorong bangunan W-32. Sudah bertahun aku habiskan masa disini.
Mataku mencari kelibat Yeonjun. Selalunya dia ada di sini melayan budak-budak kecil.
"Kalau doktor geli ke apa, tunggu je dalam kereta! Saya cari adik saya!"
"Eh, ta-tak apa!" jawabnya pendek.
Matanya masih melihat keadaab kotor disini. Amat kotor. Aku rasa dia ni orang kaya pertama jejakkan kaki dekat sini.
"Eh Jungmi unni!" Jerit seorang kanak-kanak lalu memeluk aku. Gadis kecil yang tingginya paras pehaku dipeluk dan dicium.
Rindu.
"Eh Cindy! Rindu kakak tak?!"
Dia hanya mengangguk. Kesan hitam dipipinya dilap.
Jin masih lagi terkedu melihat kami berdua. Dia turut rasa kecewa melihat keadaan kanak-kanak terbiar disini.
"Dia ni siapa?" Tanya Cindy menggaru-garu pipi tembamnya.
"Oh ni? Ni Doktor Seokjin!"
Seokjin melambai-lambai tangan.
"Oh doktor?!!"
Cindy lantas turun dari tangan aku dan berjalan ke arah Seokjin. Seokjin merendahkan badannya sehingga sama paras dengan Cindy.
"Doktor, kakak saya tengah sakit, jadi..doktor bolehlah tolong sembuhkan kakak saya kan?" Terukir senyuman manis dibibir anak gadis itu.
"Cindy.." panggil aku.
"Takpe, mana kakak kamu? Meh doktor tengokkan dia." Seokjin mengusap kepala Cindy lalu mengikut anak kecil itu.
"Doktor.."
"Tak apa, awak pergi cari Yeonjun, saya temankan dia sekejap okay? "
Dia senyum lalu beredar bersama Cindy. Aku bukan apa, aku tak mahu susahkan dia.
🥑
"Eh Kakak!"
Jungmi menoleh ke arah empunya suara. Yeonjun.
"Yeonjun!!" Gadis itu berlari lalu memeluk tubuh adik angkatnya, Yeonjun yang lebih tinggi darinya.
"Kenapa dengan kaki kakak ni? Kakak pergi mana?" Soalnya dengan penuh kerisauan.
"Panjang cerita dia, kamu sihat?"
"Sihat !"
Senyuman manis dia sentiasa terngiang-ngiang dalam otak Jingmi selama dia berada di hospital.
"Yeonjun, jom ikut nuna"
"Pe-pergi mana?"
"Kita duduk tempat lain okay? Hm?"
Jungmi hanya tersenyum dan menahan air matanya dari jatuh buat kali kedua hari ini.
"Hah? Apa maksud kakak ni? Tapi ini kan tempat kita?" Yeonjun mengerutkan dahinya, pelik.
"Kita bina hidup baru okay? Nuna dah penat jadi susah"
Mungkin berat bagi dia mahu meninggalkan tempat ni, sebab disinilah tempat dia membesar.
Jungmi juga turut rasa berat mahu tinggalkan tempat ini, tapi demi masa depan kami berdua, Jungmi terpaksa.
"Yeonjun tak fahamlah kak!"
"Kita sampai sana nanti, akak ceritakan semua okay?"
Dia hanya mendiamkan diri. Aku membetulkan rambutnya yang agak serabai. Mengukir senyuman kepadanya supaya dia tidak rasa kecewa dengan keputusan ini.
Mereka tunggu di kereta Doktor Seokjin. Tidak lama kemudian, Seokjin datang.
"Doktor dah-"
"Dah" belum sempat Jungmi menghabiskan ayatnya, Seokjin sudah memotong dahulu apa yang hendak Jungmi soalkan.
Dia terenyum. Gadis itu hanya mengangguk menandakan faham.
"Siapa ni kak? Yeonjun tak faham lah dengan akak ni" Yeonjun masih lagi memikirkan sesuatu, dengan dahinya yang berkerut.
"Hai, panggil hyung!"
Seokjin menghulur tangan, Yeonjun teragak-agak untuk menghulurkan tangannya. Dia malu hendak hulur tangannya kerana kotor.
"Yeo-yeonjun.."
Seokjin mencapai tangan Yeonjun lalu mengenyitkan mata kanannya.
"Jomlah" ajak Seokjin, tanpa berlengah, mereka terus pulang ke rumah Seokjin.
Gadis itu duduk di sebelah Seokjin kerana tidak mahu merasa kekok.
Yeonjun hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Yeonjun seorang yang pendiam kalau dengan orang yang dia tak kenal. Tapi dia seorang yang talkative kalau dengan orang yang dia kenal.
Jungmi mengharapkan masah hadapan yang lebih baik bersama Seokjin selepas ini, dia tidak mahu hidup susah sehingga mati kerana umurnya sangat muda.
Terima kasih doktor.
-
B A B Y S A Y A N G
- TO BE CONTINUED -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro