Chapter 16.
Ya Tuhan , kacaknya.
━━━━━━━༺۵༻━━━━━━━
Selesai membasuh pinggan , Jung Mi melabuhkan punggung disebelah Namjoon yang ralit menonton televisyen bersama Yeon Jun.
" yeon jun , lewat dah pergi tidur "
Yeonjun hanya mengikut arahan Jungmi tanpa membalas apa apa.
Tidak lama lagi Yeonjun akan mula bersekolah kerana itu adalah kehendaknya sejak dia tinggal di lorong lagi.
Teringin mempunyai rakan dan belajar bersama sama , malah yeonjun bukannya tidak pandai untuk memahami apa yang diajar , dia sudah pandai sedikit demi sedikit sejak mempelajari beberapa subjek dengan Namjoon. Syukurlah.
" kenapa jung mi berpeluh semacam ? "
Tanya Namjoon yang melihat Jung mi pelik. Mana tak , dari tadi berpeluh dan tak senang duduk semasa tetamu datang. Bila tetamu sudah pulang , lega kemain.
" eung? apa? penat je ni hehe "
Kening namjoon dikerutkan menandakan pelik dengan alasan jung mi.
" penat? pergi tidur "
Kepala gadis itu digosok perlahan lahan menyuruhnya tidur kerana sudah penat.
" eh? takde apa apa lah , okay je "
" jangan degil , pergi tidur "
Paksa namjoon. Jung mi yang masih tidak mengantuk itu laju menggelengkan kepalanya menandakan tidak mahu untuk naik ke atas dan tidur.
" taknak , nak tengok tv ni "
" degil budak ni "
Dengan itu, pantas namjoon mendukung tubuh kecil jung mi dan membawanya naik ke atas.
Jung mi bergelut semasa namjoon mendukungnya kerana aksi itu hanya tiba tiba sahaja dan amat mengejutkan jung mi.
Jung mi tidak pelik malah terkejut.
Namjoon berkelakuan seperti itu sejak bila pun dia sendiri tidak jumpa sebabnya.
Dia sudah kurang bermain video game dan lebih suka membaca buku di dalam bilik bersama yeonjun
Tanpa disedari , aksi dua orang manusia itu dilihat oleh seseorang di ruang dapur.
Siapa lagi kalau bukan Jin yang sudah lama tenung aksi dua orang manusia itu sambil memegang senduk yang pemegangnya bewarna merah jambu itu.
Apron yang bewarna merah jambu itu dicabut dan disangkut baik di penyangkut sebelah peti sejuk.
━━━
" nanti nanti la , aku malas nak dengar cerita kau "
Sehun yang memegang secawan kopi itu mengekori Taehyung yang sedang membelek belek files di rak.
" kau kena dengar benda ni! penting ! "
" sabarlah se- "
" hah?!!! setan?! "
" se-hun "
" oh okay , huhu "
Sehun yang sudah menunggu dihadapan Taehyung sudah bergetar kaki kerana tidak sabar untuk bercerita.
" kau nak cerita apa? "
Kata Taehyung seraya duduk di kerusi dan menyusun files dengan rapi di sisi mejanya.
Kerusi yang berada disebelah rak ditarik dan duduk berhadapan dengan Taehyung yang sedang khusyuk melihat kertas kertas kerja yang masih belum selesai.
" tengok aku boleh tak ? "
" kau ingat aku takde taste ke? "
puk!
Kepala Taehyung ditepuk gurau tetapi sedikit kuat. Rambut Taehyung menjadi serabai tetapi lansung tidak dihiraukannya.
" kau ingat aku gay ke? "
Taehyung menjeling sahabatnya itu. Rimas dengan perangai Sehun yang ala ala abang onion.
" cerita cepat , aku banyak kerja lagi nak disettlekan "
Sehun membersihkan kerongkongnya sebelum mula bercerita.
" semalam , aku dengan kakak aku- "
" kakak kau balik ? "
" shhh diam! "
Taehyung menggeleng- gelengkan kepalanya , menyampuk sikit tak boleh.
" pergi rumah kawan kakak aku, lepastu! aku tak tahulah mata aku buta ke rabun ke atau kebetulan ke orang lain ke entah siapa siapa ke- "
" kau sambung lagi 'ke' kau tu aku sumbat pen ni dalam mulut kau "
" huh? yela tak "
Sehun mengeluh perlahan.
Taehyung sudah faham perangai Sehun semasa bercerita , suka memanjang manjangkan cerita.
Ada suatu hari , sehun bercerita tentang dia jumpa seorang makcik tua di belakang kedai , bila disimpulkan balik cerita tu , pendek je tapi apa yang disampaikan olehnya, haih boleh buat karangan 3 keping kertas.
" lepastu , pintu rumah tu terbuka , bila terbuka aku nampak seorang perempuan yang aku kenali sangat sangat sangat- "
" tolonglah pendekkan cerita kau "
" hish! serabutlah aku! "
Rambut yang jatuh di atas dahi diraup kebelakang.
" nanti masa lunch kau sambung , aku nak pergi meeting "
Berkelip kelip mata sehun dengan tindakan sahabatnya yang pergi begitu saja tanpa menoleh kebelakang.
" anak kim memang macam tu pun "
Dia bangun dari kerusi , kakinya dihempas kuat menandakan geram dan terus berjalan menuju ke arah mejanya sendiri.
( Sehun bukan pondan ye gais HAHAH )
━━
" jujur jelah , hyung tak kesah "
Aku tidak tahu untuk berterus terang dengan Jin hyung. Aku risau dia tidak tenang dengan aku.
" kenapa diam? jujur je , kamu suka Jung mi kan ? "
" ma-mana ada "
Aku hanya menundukkan wajah daripada bertentangan mata dengan Jin hyung. Susah untuk aku jujur dengannya walaupun benar yang aku menyukai Jung mi.
" kenapa tergagap gagap pula ni? "
" joon mengaku , joon suka dia "
Jin menguntum senyum.
" sejak bila ? "
" entah , joon lupa tapi.. dah lama "
Bahu lebar Namjoon ditepuk perlahan.
" jaga dia elok elok "
Sebelum Jin beredar , lengannya ditarik Namjoon.
" tapikan hyung.."
" hm? "
" dia suka orang lain "
" hyung tahu "
Lengan Jin dilepaskan. Matanya berkelip beberapa kali seperti ingin mengeluarkan cecair.
Jin berlalu pergi.
Air mata dikesat sebelum banyak lagi yang akan jatuh.
Sudah lama dia memendam perasaan itu , walaupun hanya 2 bulan tetapi masa itu terlalu lama baginya.
Namjoon berdiri dan menarik nafas sedalam dalamnya. Dia keluar dari bilik dan turun ke bawah.
━━
Kelihatan Jung mi sedang membasuh pinggan di dapur bersama apron bewarna merah jambu.
Yeon jun mesti sudah keluar berjalan jalan atau jogging.
Aku dengar enjin kereta Jin hyung daripada luar. Mungkin dia dah nak pergi ke kerja.
Tubuh kecil jung mi aku tatap dari jauh. Kecil tapi bermakna.
Aku duduk di sofa sementara menunggu Jung mi siap membasuh pinggan.
Kedengaran air paip sudah ditutup menunjukkan bahawa dia sudah selesai membasuh pinggan.
Aku toleh kebelakang , jung mi sedang menyangkut apronnya di batang penyangkut.
Aku segera berdiri dari sofa dan berjalan menuju ke arah Jung mi yang juga sedang berjalan keluar dari dapur.
" eh oppa! "
Aku tidak sahut malah senyum terlebih dahulu.
━━━
Namjoon berjalan menuju ke arah Jung mi.
Langkah jung mi terhenti melihat namjoon yang semakin laju berjalan kearahnya.
" eung? "
Ssup!
Tubuhnya ditarik perlahan ke dalam dakapan Namjoon.
Kepala jung mi diusap lembut.
" ke-kenapa ni ? "
" takde apa , oppa sayang jung mi "
Jung mi sedikit terkejut.
" o-oh , ju-jung mi pun sayang oppa "
Jung mi mengetatkan pelukan selepas namjoon menarik dirinya kedalam pelukan.
Tubuh jung mi dipeluk erat. Mana tak , jung mi seperti tiang yang dipeluk oleh namjoon. Tubuh namjoon yang lebar itu muat saja tubug kecil si jung mi.
Jung mi mengukir senyuman.
Selamat hanya mereka berdua sahaja di rumah , kalau tidak benda lain yang akan terjadi.
━tbc.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro