Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 15.

Hari ni tak macam hari lain bagi Jung Mi. Sudah seminggu tidak nampak Taehyung , makan tak kenyang . Macam mana nak kenyang , makan pun tak.

Jung Mi mengajak Namjoon keluar ke pasar hari ini. Seok jin suruh mereka membeli sayur - sayuran untuk makan malam.

Katanya kawan baiknya mahu datang untuk meraikan pertemuan mereka selepas 4 tahun tidak berjumpa.

Alang - alang kawan baiknya itu balik ke Korea sebelum meneruskan perjalanannya ke negara lain.

" heiiii senyumla sikitttttt "

Agah Namjoon yang sudah monyok melihat Jung Mi yang lansung tidak senyum. Selalu tak macam ni , sejak kejadian tempoh hari serta merta perangainya berubah menjadi seorang yang pendiam.

Jung Mi lansung tidak memberikan perhatian kepada Namjoon malah terus berjalan mencari barang -  barang yang Jin suruh beli.

" lupakan benda tu , buka buku baru"

Kata Namjoon untuk menenangkan Jung Mi. Hal sudah jadi tunggang langgang , tindakan yang diberikan Namjoon lansung tidak dapat memujuk hati Jung Mi yang sudah remuk malah membuatkan dirinya kelihatan lebih teruk.

" diamlah! "

Tercengang Namjoon dibuatnya.
Dalam hati sudah tidak tenang , 'ah macam mana aku nak pujuk ni?!'
 
" hei "

Namjoon memegang tangan Jung Mi erat dan menarik tubuh kecil itu sedikit rapat dengannya.

" jangan macam ni , aku tak sukalah. senyumla sikit "

Jung Mi diam. Selepas 5 saat , senyuman sinis diberikan oleh Jung Mi.

Dia terus berjalan tanpa memutuskan pegangan tangan. Tindakan Jung Mi sama sekali menyenangkan Namjoon.

" ni aku sayang ni! " jerit Namjoon yang sudah ketawa riang melihat Jung Mi senyum walaupun senyuman itu hanyalah senyuman sinis.

━━━

" kami dah balik!!! "

" lewatnya , dah nak malam ni "

" dating tadi "

Kata Namjoon lalu ketawa.

" gi mati "

Hanya itu yang diucapkan oleh Jung Mi lalu berjalan naik ke atas.

Jin yang sedang memotong bawang terus berhenti.

Namjoon yang ketawa tadi terus membulatkan matanya.

Yeonjun yang sedang menulis terus mengangkat wajahnya dengan mata yang bulat.

Masing - masing terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut Jung Mi.

Jin memandang Namjoon.

" se-sejak bila "

Hanya bahu yang diangkat. Barang yang dipegang diletakkan di kaunter dapur.

Namjoon berlari ke atas untuk mendapatkan adiknya itu , Jung Mi.

Pintu bilik Jung Mi diketuk sekuat hati.

" Jung Mi bukak!!! Lee Jung Mi !!!"

Dengan nada yang agak marah dan baran , dia mengetuk pintu bilik Jung Mi sehingga Jung Mi yang berada di dalam bilik mandi itu terkejut .

━━━

" dia ni nak apa pula ketuk pintu bilik macam tu?! "

Tuala yang digantung diambil lalu menutup tubuhnya. Dia keluar dari bilik mandi dan menuju ke pintu bilik yang sedang diketuk kuat.

Pintu bilik dibuka.

" Jung!- "

" OPPA!!-"

" eh diam!!! "

Tangan Namjoon pantas menekup mulut Jung Mi dan masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihentam kuat.

" eh apa yang oppa buat ni!!! "

Kedua - duanya terdiam. Jung Mi terkejut dengan Namjoon yang memeluk tubuhnya yang sedang berkemban.

Mata Namjoon terbuntang luas melihat dada Jung Mi yang masih basah.

Bajunya diangkat sedikit lalu mengelap sisa - sisa air di dada Jung Mi.

Jung Mi hanya diam kerana pelik dengan sikap abangnya.

" eh- "

" tak- o-oppa nak lap je , sek- "

" ok dah diam "

Tubuh sasa Namjoon ditolak. Dia membetulkan kedudukan dan berdiri memandang Namjoon yang sudah menunduk malu.

" apa yang oppa buat sebenarnya? "

" tak , oppa nak panggil Jung mi je , tak tahu pula- "

" ish !!! mujur Jung mi tak bo- "

" ehhhh!!! takkan la Jung mi keluar bilik air tak berkemban kalau dengar orang ketuk pintu ? "

" ish apa apa jela ! keluar !!"

Namjoon terus keluar meninggalkan Jung Mi yang berdiri tegak.

━━━

" haa ni lah rumah dia! "

Kata Haeyoung yang sudah mematikan enjin di hadapan rumah kawan baiknya itu , Kim Seok jin.

Oh Haeyoung , kawan baik SeokJin dan Suga dari zaman belajar.

Seok jin ingin menjemput Suga , tapi dengan hubungan mereka yang sudah lain , Seok Jin putus asa.

" dekat sini je rumahnya? Takdela jauh mana "

Jawab Se hun , adik kepada Haeyoung yang menemankan kakaknya.

Kalau diikutkan hanya Haeyoung yang pergi , tapi disebabkan Se Hun yang sayang dengan kakaknya , dia terpaksa pergi membawa adiknya.

Katanya risau kalau apa apa yang berlaku dekat Haeyoung.

Mereka berdua turun dan berjalan masuk ke dalam halaman rumah agam Seok Jin.

" kaya ke kawan kau ni , noona? "

Haeyoung mengangguk.

Loceng ditekan. Kali ketiga loceng ditekan , ada seseorang yang sedang membuka pintu.
━━━

" Jung mi , buka pintu "

Jung Mi berjalan lalu pergi ke arah pintu.

Pintu rumah dikuak.

Jeng Jeng Jeng . Matanya terbuntang luas melihat tubuh seorang lelaki yang seperti dikenal .

Tubuh seorang perempuan dihadapannya lansung tidak mengusik perhatiannya , malah sosok tubuh yang berada di belakang tubuh perempuan itu lebih menarik minatnya.

━━━

" eh kau- "

Bisik Sehun perlahan.

Dia juga terkejut melihat perempuan yang membuka pintu rumah itu.

" eh kejap , ish orang lain ni. Eh ke tak? Eh ke budak ni jadi maid je dekat sini ? ".

Jung Mi terus lari ke arah Namjoon dan duduk disebelahnya.

" eung? "

Jung Mi menggeleng. Sehun dan Haeyoung melangkah masuk ke rumah dan
 terus berjalan ke meja makan apabila Jin melambai lambai untuk terus ke meja makan.

" kenapa ni? Macam cuak je ? "

Tanya Namjoon yang sudah risau melihat Jung Mi berkelakuan aneh.

Tangan berurat Namjoon dipegang erat. Dipeluk erat tangan Namjoon.

Jung mi menolehkan kepalanya ke arah Sehun yang duduk di meja makan.

Apabila Sehun juga melihatnya , lantas kepala di sandarkan ke bahu Namjoon sambil memeluk erat lengan Namjoon..

Namjoon agak pelik tapi suka dengan tindakan Jung Mi yang sedikit aneh.

Senyuman terukir di bibir Namjoon menampakkan kedua dua lesung pipitnya.

Yeonjun yang bersila di bawah hanya melihat pelik abang dan kakaknya.

' salah orang aku ni. ingat , muka sama ni ada 7 orang , jung mi '

' ish kau salah orang ni , sehun. ada 7 orang yang sama muka , mungkin dia salah seorang daripada 7 orang itu. '

━━━
━━━TBC.












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro