Chapter 11.
⛅
Harini Taehyung keluar pergi rumah papa dengan mamanya. Lama dia tak jenguk mereka berdua sejak duduk di rumah baru.
" hai mama!"
Taehyung menyapa Puan Kim yang sedang ralik membaca majalah di ruang tamu. Gerak geri bibirnyaa mengasyikkan Taehyung.
Puan Kim sentiasa cantik depan matanya.
Puan Kim bangun dari sofa dan memeluk tubuh sasa anak bongsu nya itu.
" rindunya mama dekat anak gucci mama ni! "
Taehyung hanya senyum manja, well anak bongsu gucci kesayangan Tuan dan Puan Kim.
" ma, yeontan mana? si cotton tu mana? "
Soal Taehyung lalu duduk di atas sofa bewarna emas.
" siapa cotton? "
Soal mamanya semula agak pelik dengan nama 'cotton' yang disebutnya.
" err.. jun myeon laa "
" ohh dia keluar bawak yeontan jalan - jalan "
Taehyung hanya mengangguk, risau jika yeontan keluar rumah dan tak balik - balik seperti kes tahun lepas. Satu rumah mencari yeontan yang tidak balik ke rumah , bila lama mencari rupa - rupanya di dalam beg gucci Taehyung.
Taehyung hampir menangis akan kehilangan yeontan selama 8 jam.
" hai kami dah balik! eh yeontan tu daddy kau dah balik ah !"
Jerit si Jun myeon. Yeontan berlari ke arah Taehyung yang sudah terukir senyuman petak di bibirnya. Yeontan yang berbulu tebal dan lembut itu amat disayangi oleh daddynya.
" yeontan rindu daddy tak? "
" kau tanya dia , macam la dia faham "
" aku tuan dia la "
Yeontan mengada - ngada dengan Taehyung. Dia menggesel - gesel kan tubuhya di dada Taehyung.
" bila kau sampai ? "
Tanya si Jun myeon.
" kau rindu aku ke hyung ? "
" takpe lah , aku naik atas dulu "
Junmyeon terus jalan ke atas tanpa toleh ke belakang. Malas melayan adiknya yang nampak seperti tidak disayangi sebaliknya amat lah disayanginya.
" kamu tidur sini ke ? "
" tak lah , datang jenguk yeontan je dengan mama papa semua , esok start kerja."
Puan Kim mengangguk menandakan faham.
" ma , tae nak balik dah ni , nak singgah kedai lagi ni "
Taehyung mencium kedua - dua belah pipi mamanya , tak lupa juga untuk mencium si yeontan yang menggedik - gedik di kaki Taehyung.
" bye sayang , daddy balik dulu "
━━━━━━━༺۵༻━━━━━━━
Aku memakir motosikal aku di tepi jalan. Kunci motor aku cabut sebelum mengorak langkah untuk masuk ke kedai serbaneka itu.
Malam ni , aku nak layan movie mestilah sediakan kerepek kerepok sikit.
Seram juga aku nak melepasi lorong gelap dan kotor ni.
Langkah aku berhenti. Aku melihat budak - budak yang sedang terbaring di atas jalan kotor di lorong itu.
Ada yang seperti menahan sakit , ada juga yang menahan sejuk dan lapar.
Aku segera masuk ke dalam kedai serbaneka itu dan mengambil beberapa bungkus roti sebelum dibayar di kaunter.
Aku berjalan ke arah lorong itu dan menghulurkan roti - roti yang aku beli tadi.
Penghisap dadah di sisi jalan itu pun aku hulurkan roti kepadanya. Aku tak mampu ni beli benda lain , setakat roti tu cukuplah.
Aku masuk semula ke kedai untuk membeli barang keperluan aku.
Coklat yang dibalut dengan plastik bewarna kuning aku capai. Kerepek - kerepek yang nampak enak aku ambil dan bayar di kaunter.
Aku beratur di belakang beberapa orang makcik. Mak aih tak pernah aku nampak kedai serbaneka beratur panjang macam dekat pasaraya.
Mungkin orang - orang yang duduk sini rajin datang membeli. Memang untungla.
" eh jun hee , kau tahu pasal dua budak gila dekat lorong tu ? "
" yang mana?"
" ala yang kau kata namanya yeonjun dengan kakak dia tu , siapa ye?"
" ohhhh jungmi !! , kenapa dengan dua budak gila tu? Mati dah ke?"
" hahahaha diorang dah takde dekat lorong tu, sebab tu aku berani jalan kaki ke sini "
Pergerakan aku berhenti apabila mendengarkan perbualan diantara dua orang makcik bawang ni.
Awalnya aku tidak berniat untuk tahu , tapi lepas dia sebut nama Jung mi aku rasa tak sedap hati.
Otak aku berpusing memikirkan nama Jung Mi. Mungkin Jung mi lain ?
Jung Mi yang aku kenal duduk dekat rumah besar. Tak kan orang gila?
Eh kenapa kau amik tahu ni Taehyung? Perempuan bengap tu takde apa apa hubungan dengan kau. Sudah, stop fikir.
Aku menggeleng - gelengkan kepala sebelum melangkah keluar daripada kedai itu. Cuba untuk lupakan nama Jung Mi dari kepala aku.
━━━━━━━༺۵༻━━━━━━━
" opppaaa~~ "
sapa aku dengan manis sejurus selepas melangkah masuk ke bilik Namjoon.
Uish rajinnya oppa joon, study hard kata sebab aku tahu Namjoon bukan yang copy hard masa peperiksaan.
" ha kau nak apa beroppa oppa dengan aku "
" hm sejak bila oppa suka marah jung mi ni "
" sejak kau gigit kaki aku "
" ala oppa mianhaeyo "
" ish dah la kau nak apa? "
Alang - alang dia tanya ni , aku cakap je lah .
Aku duduk di sebelahnya dan menggesel - gesel tubuhku dengan manja.
" ajar Jung Mi english "
Kyaaaaaa aku mengelip - ngelip kan mata aku banyak kali dengan hajat supaya dia nak ajar aku english.
" gedik tadi pukul aku, mintak maaf "
" ye jungmi mintak maaf emm "
Namjoon menguntum senyum menampakkan kedua - dua lesung pipitnya.
" okaylah oppa ajar "
" first , Jungmi kena tahu basic- "
" first tu apa? basic tu apa ? "
Namjoon ternganga. Aku tanya elok - elok kot kenapa dia ternganga.
" pertama dan asas. "
" okay sambung "
Dan bermulalah sesi pembelajarab bahasa english diantar Namjoon dan Jung Mi.
━━━━━━━༺۵༻━━━━━━━
" tak sabarnya aku nak belajar lagi "
Jung Mi cakap seorang diri di dalam bilik. Hatinya suka apabila dapat belajar dengan Namjoon. Senang faham.
Niatnya cuma untuk bercakap english dengan Taehyung. Kalau tidak, dia takkan dibengapkan dengan Taehyung lagi.
" you're..so haensheum Taehyung-ahh.."
Bibirnya menguntum senyum. Masih terbayang wajah Taehyung difikirannya , harini dia hanya duduk di rumah bersama dua ketul manusia.
Rindunya pada Taehyung semakin menggunung. Dia masih tertanya jika Taehyung merindukan dia atau tak.
" goodnight Taehyung~ "
Jung Mi menutup mulutnya yang menguap. Dia menghempas tubuhnya ke katil yang empuk itu.
Matanya dipejam.
Akhirnya dia tertidur selepas memikirkan Taehyung beberapa minit yang lepas.
Berharap akan berjumpa Taehyung di dalam mimpi. Itulah hajat Jung Mi setiap malam sebelum tidur.
-
-
-
-
-TO BE CONTINUED-
sorry random tag :
ParkKpopperz taewthluv JOONFICTION- jeymin- CmilMrsh jjimeng- sansmoothie yayayanjun BANGTANTHIGHS-
📝 : 15 June saturday , 6:35pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro