Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

44

Babe • kth


A/N:

Kalau korang ikut karya ini daripada Siri His Roommate, you will know how to 'teka' the ending. 😉❤

-------

Taehyung mengangkat jari telunjuknya ke atas. Satu persatu bintang yang bertaburan di atas langit gelap itu dibilangnya penuh bersemangat.

"Taehyung, awak sure nak lepaskan saya kepada Jeon Jungkook?"

Gegendang telinganya menangkap pantas omongan kata-kata berbaur kecewa dan sedih Min Jae Yoon. Kepalanya dipalingkan ke arah kanan.

Figura tubuh kecil gadis itu menjadi tatapan anak mata redupnya. Pandangan Taehyung jatuh begitu lama sebelum dia menarik Jae Yoon rapat kepadanya.

"Kau suka tengok bintang?"

Soalan dibalas dengan soalan yang bertukar fokus. Topik perbualan yang berkisarkan keadaan hubungan mereka yang berkait dengan keadaan Jungkook menemui tanda noktah buat sementara waktu.

-------

"Suka sangat. Kenapa Tae?"soalku didorong bersama perasaan ingin tahu. Aku perhatikan wajah kacak lelaki itu. Senyuman yang tertampal di wajahnya hanya sebagai penyedap hatiku.

Jauh ke dalam sudut anak matanya, lelaki ini sedang berbicara suara hati yang berlainan. Mungkin dia masih sedih dengan berita pembedahan jantung sahabat baiknya itu.

"Aku nak jadi bintang dekat atas sana. Kalau kau sedih, aku sentiasa ada setiap malam untuk jadi peneman kau."

Aku menyembamkan wajahku di bahu lebar Taehyung. Elusan tangannya berhenti di sekitar bawah daguku.

Bunyi deheman suara Taehyung menambahkan lagi bibit bahagia yang bersarang kekal di dalam hati.

"Aku lepaskan kau bersebab. Kau juga beruntung. Aku selalu ada dengan kau nanti...setiap masa."

Kuatnya genggaman jari kami berdua. Taehyung membenamkan bibirnya ke atas bibirku. Ciuman berentak perlahan itu menyemarakkan lagi rasa cintaku walaupun akan wujud perpisahan selepas ini.

"I promise i will be your star, Min Jae Yoon."

Aku mengangguk setuju. Lenganku merangkul leher Taehyung agar kemanisan malam itu dapat diteruskan.

Taehyung cuma lepaskan aku. Tetapi, dia tak akan terdetik untuk tinggalkan aku kan?

-------

Jungkook menghamburkan gelak tawa kecil. Dalam keadaan sakit sekalipun, bibirnya tidak lekang tanpa senyuman riang.

"Cepat kau buat kerja eh. Siapa baik hati sangat nak derma jantung dekat aku? Aku..teringin nak jumpa dia, Taehyung. Please. "

Jungkook berura-ura ingin turun dari katil. Taehyung sempat mengawal pergerakan lelaki itu lalu bahu Jungkook dipegang kemas.

Anak Jeon ni nakal takleh bawa bincang. Terlepas pandang sikit, jenuh doktor nak kendalikan kerenah sahabatnya ini.

"Hey arnab, kau gedik sangat nak pergi mana? Aku sepak kau karang."

Jungkook mengenyitkan mata tanda dia ingin mengusik bapak singa. Reaksi muka Taehyung serupa nak telan dia hidup-hidup.

Rancangan untuk mengenakan Taehyung terbantut. Jungkook menyandarkan semula dirinya sambil menfokuskan pandangan ke arah lelaki itu.

"Doktor Baek sendiri kata dekat aku. Peluang untuk dapatkan penderma agak tipis weh. Aku pun dah redha bro. Mana tahu memang takdir aku berakhir dekat katil hospital?"ujar Jungkook disulami nada bergetar menahan tangis.

Belakang bahunya diusap perlahan. Dipandang wajah Taehyung yang sedang hanyut dibuai lamunan perasaan seorang diri.

"Taehyung, kau ada sorok sesuatu daripada aku?"

Taehyung mendaratkan jari telunjuknya di atas dada Jungkook.

"Penderma jantung tu mahu kau teruskan hidup. Jaga amanah yang diberi sebaik mungkin. Jangan sia-siakan dia."

Lama mereka berbalas pandangan sebelum Taehyung bingkas bangun dari katil.

Susuk tubuhnya berdiri menghadap cermin wad peribadi tersebut. Jungkook gagal mencerna bait-bait kata Taehyung dengan baik.

Apa yang lelaki itu maksudkan sebenarnya? Dia minta jawapan jujur, Taehyung balas melalui jalinan ayat tersirat maknanya.

"Pembedahan kau tepat jam 9 pagi esok. Aku nak kau kuat. Jangan bagi Jae Yoon sedih. Faham?"

Jungkook membetulkan kedudukan selimut tebal yang membaluti tubuhnya. Keningnya berkerut dan riak keliru terlakar di wajah.

"Ucap terima kasih untuk penderma jantung tu. Aku akan jaga dia elok-elok."

Jungkook mengangkat wajah, riak wajah tenang dan mendung Taehyung menggusarkan hati lelakinya.

"Terima kasih sudi jaga Jae Yoon aku."

Lidah Jungkook mati kata-kata. Senyuman kecil Taehyung dilihat terukir di hujung bibir.

Dalam kegembiraan Taehyung pada saat itu, kesedihan mengatasi segala-galanya. Kalau boleh pendam,dia akan cuba sehingga akhir nafasnya.

Segalanya demi kebahagiaan orang tersayang.

-tbc-

A/N:

Oh babe, dua update sebelum iftar.

💕

Komen?

Heheh💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro