39
Babe • kth
A/N:
Maaf atas kelewatan update. Hehe eomma cuti kejap. 💕
---------
[Trip 3 hari dua malam ke Jepun]
Part 2
Aduhai anak Jeon cepatlah pulang ke bilik. Kau tak kasihan dekat aku ke?
Berpeluh sakan aku dalam selimut tebal ni. Semuanya gara-gara perangai ulat bulu naik daun si Taehyung.
Angin pun takde. Boleh aje nak terkam aku bila-bila masa. Aku mengeraskan badan apabila susuk tubuh Taehyung duduk melutut di hadapan aku.
Raut wajahnya kekal garang. Uh mengancam gitu. Keningnya dijengket naik sedikit ke atas menandakan dia akan bersuara sebentar sahaja lagi.
"Benda boleh jadi baik buat apa menggedik dengan Jeon?"
Zzap. Tarbiah sentap bapak singa menggores hatiku serta-merta. Aku mendecit geram. Kelopak mataku dipejam rapat sebagai tanda aku malas melayan kerenah si dia.
"Hubungan kita dah putus kan? Jadi, awak dan saya tak bermakna apa-apa lagi. Tae, silakan move on. "Aku bersuara dengan keyakinan diri tahap maksimum. Padahal dalam hati dah meroyan tatkala hidungku terbau haruman maskulin tubuh Taehyung.
Nasib ada anak Jeon. Bolehlah aku acah-acah dah taken. Aku bimbang tahap menggila Taehyung nanti takleh bawa bincang.
"Aku tahu Jae Yoon tetap sayang Taetae dia."tegasnya seraya menarik selimut aku.
Aku genggam kuat hujung selimut. Ah, lantak. Aku perlu kekal berselimut tanpa memandang kau walaupun sesaat Taehyung.
Perkara yang terjadi, usah dikenang lagi. Perasaan sayangku masih tersisa. Cuma, permintaan Taehyung agar aku menjauhkan diri terngiang-ngiang di fikiran.
Puas direject kejam. Kini, giliran Taehyung dipalaukan pula.
--------
Taehyung merengus kasar lalu dia bawa derap langkahnya ke sofa kecil. Kulitnya membahang panas disebabkan oleh perangai Jae Yoon.
"Lepas puas seksa hati aku, mental aku..kau nak jauhkan diri? Tsk, aku kagum dengan kau ..sayang."
Perkataan 'sayang' sengaja ditekan olehnya. Taehyung mengepal penumbuk kecil apabila luahan perasaannya tidak dilayan.
Kasihan bapak singa. Dulu kau jual mahal sangat dekat Jae Yoon, rasain lo sakitnya tu di sini.
"S-saya dah tak ada perasaan dekat awak, Taehyung."Jae Yoon berdalih menggunakan alasan munafake.
Tepat pada masanya, daun pintu dikuak seseorang dari arah luar.
Krek.
Anak Jeon muncul bersama beberapa bungkus berisi snek dan makanan ringan. Sepasang mata miliknya galak memerhati reaksi tegang yang tertampal di wajah Taehyung.
Ini mesti sebab Jae Yoon tak layan.
"Eh, kau termenung apa lagi Tae? Baringlah sebelah Jae Yoon. Rehat dulu badan kau tu. Esok kena bangun awal bro."
Taehyung menghentakkan penumbuknya di meja kecil. Kembang kempis lubang hidungnya menahan rasa amarah di dalam hati.
"Aku tak mengantuk!"protes Taehyung. Jungkook spontan menggelengkan kepala. Senyuman kecil cuba disembunyikan daripada pengetahuan lelaki itu.
Alahai, nak merajuk pun dekat sini. Jungkook yakin Jae Yoon sendiri pun enggan memujuk bapak singa gara-gara pergaduhan yang tercetus antara mereka berdua.
"Kau tidurlah. Ketua kena simpan banyak tenaga sikit untuk esok. Kau kan lead kitaorang nanti. Jadi, tidurlah maharaja Kim bersama Permaisuri Min Jae Yoon. Oops."
Lengan kekar Jungkook menarik bahu Taehyung sehingga badan mereka berdua mendarat di atas toto tebal itu.
Bbum.
Jungkook tergelak kecil. Manakala, Taehyung bergelut untuk melepaskan diri daripada pelukan erat anak Jeon.
"L-lepaskan aku arnab jadian!"
Jungkook berpura-pura memejamkan kelopak mata. Tubuhnya mengesot rapat ke arah Taehyung supaya pasangan tidak sehaluan itu saling berpelukan.
Kedudukan mereka bertiga di atas toto kecil itu begitu terancang susunannnya.
Jae Yoon hujung sekali. Taehyung di tengah. Di sebelah kanan Taehyung pula, si Jungkook sebagai orang ketiga.
"Selamat beradu bapak singa bersama kekasih hatimu."suara Jungkook berbisik di cuping telinga Taehyung.
Bapak singa membalas dengan renungan tajam. Bergelut tahap ekstrem sekalipun, Jungkook tetap tidak akan lepaskannya walaupun sesaat.
-------
Aku setia menghadap ke arah dinding kosong itu. Nak beralih ke sebelah kanan, aku akan tertatap wajah bengis lelaki itu.
Mulutku diam membisu. Hatiku dicuit rasa ingin tahu. Apa yang Taehyung sedang lakukan ketika ini?
Mungkin lelaki itu sudah hanyut dilamun mimpi. Belakang badanku yang berselimut tebal bersentuhan dengan bahu Taehyung. Apabila aku benar-benar yakin tiada pergerakan daripadanya, aku terus mengalihkan badan.
"T-tae."aku ucap tanpa suara. Jari-jemariku bergerak di atas juntaian anak rambutnya. Kemudian, jemari nakalku menurun pula ke batang hidungnya yang mancung.
Lengkap bertahi lalat kecil bersama seulas bibir merah menggoda. Itulah definisi sempurna seorang manusia bergelar bapak singa.
"Kau ada Jeon. Aku pun dah kena palau. Buat apa nak acah caring? "Ujar Taehyung seraya kelopak matanya terbuka luas.
Serentak dengan teguran itu, aku bertindak menjauhkan tanganku. Tapi, Taehyung sempat menggenggam tanganku.
"T-tak."aku hanya mampu membalas ayat ringkas ini. Mataku bergenang dengan air mata. Renungan tajam mata lelaki itu menyebabkan aku serba salah.
Aku dah banyak lukakan hati dia. Seksa perasaan Tae untuk satu jangka masa yang lama.
Aku tak layak untuk dia.
"Siapa suruh kau nangis?"
Taehyung menggunakan telapak tangannya untuk menolak tubuhku rapat kepadanya. Lengannya mengunci pergerakan pinggangku.
Kami saling bertatapan mata. Tiada bicara menyinggah, hanya pandangan sayu menjadi medium komunikasi.
"Tae.."
Taehyung merapatkan kedudukan wajahnya. Hidung kami berlaga antara satu sama lain. Sekaligus, debaran di dada bertambah meriah.
Jantung aku mengepam darah dengan laju. Aku rasa macam nak meletup. Perasaanku melambung tinggi dan indah seperti satu euphoria.
"
I love you, Min Jae Yoon."
Satu, dua..bibir kami akan bersentuhan jua akhirnya. Malangnya, si anak Jeon menjadi penyibuk.
Jungkook mengigau teruk. Lengannya menarik tubuh Taehyung daripada terus rapat kepadaku.
"Erm, Taetae jangan menggatal. Jungkook babap kang. Berdarah hidung aums."bebel Jungkook tanpa sedar.
Bunyi dengkuran Jungkook meranapkan babak romantis aku dan dia. Aku ambil peluang untuk sembunyikan diri di sebalik selimut.
Telapak tanganku menampar lembut kedua-dua belah pipiku. Aku sedar ianya realiti.
Gelak tawa halus bapak singa menyebabkan lidah aku bertambah kelu.
Lelaki bernama Kim Taehyung ini. Apa sebenarnya yang dia mahukan?
-tbc-
A/N:
Unedited. Sebarang kesalahan yang timbul, mohon maafkan saya. Hehe.
Jemput singgah buku saya di akaun kedua sayaaaa. Hehehe.
I'll gladly follow you back. Mention dulu ya. 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro