37
Babe • kth
A/N:
Tae merajuk, Jae Yoon berjaya pujuk?
Okay jom lihat muahahahaha.
-------
Bunyi barang dihempas di atas lantai mengejutkan Jae Yoon serta-merta. Dengan gerak langkah yang terkocoh-kocoh, gadis itu bingkas bangun dari tidur.
Wajah garang Taehyung mengirim salam perkenalan. Daripada sedap duduk di atas kerusi, tubuhnya mengesot rapat ke hujung katil.
Matanya menjeling takut ke arah Taehyung. Nak pujuk bapak singa, tapi diri sendiri dah kecut perut.
"Sedap tidur lepas kau sakitkan hati aku, princess?"teguran sinis Taehyung menampar aku ke alam realiti.
Mulutku melopong kecil tatkala anak mataku meneliti ruang sekeliling bilik. Hasil amukan Taehyung, bersepah habis bilik perkongsian mereka berdua.
"T-tak. Saya tertidur sebab..terlalu lama tunggu awak balik bilik."riak wajah Jae Yoon berubah mendung mencairkan sedikit ego tinggi Kim Taehyung.
Dalam ketakutan, Jae Yoon gigih mengorak langkah ke hadapan. Lengan kekar lelaki itu diraihnya perlahan. Namun, Taehyung menolak kasar.
"J-jangan sentuh aku. Aku takkan maafkan kau."ujarnya mendatar. Kulit pipi Taehyung membahang akibat amarah yang mahu dikawal.
Sekejam manapun dia, dia masih ambil berat perasaan gadis itu. Api kemarahan dalam dirinya perlukan masa untuk dipadam. Oleh sebab itulah, Taehyung mengabaikan esak tangis Jae Yoon.
Tubuhnya berura-ura ingin bergerak keluar dari bilik semula. Pergerakan tubuhnya ditahan boleh gadis itu.
"Saya nak minta maaf Kim Taehyung. Saya tahu saya salah. Hubungan saya dengan Jeon Jungkook sekadar kawan. Tak lebih daripada tu."
Taehyung mengetap rahang. Dia tersenyum sinis tika suara manja Jae Yoon terhegeh-hegeh mahukan kemaafan daripadanya.
Minta maaf tapi tetap nak petik nama anak Jeon? Lagilah dia nak mengamuk.
"J-just berambus dari sini. Aku takde selera nak hadap kau, Jae Yoon. Please go."bidas Taehyung dalam bicara palsu. Sengaja nak sakitkan hati Jae Yoon.
Takkan tak boleh kan? Barulah orang gelar win-win situation.
"Saya tahu awak cintakan saya, Tae. Awak ego kan nak mengaku? Maafkan saya. Jebal. "
Taehyung menghela nafas kasar. Perasaan geram, kecewa, sayang, cinta dan berkecil hati bercampur-aduk di dalam fikiranya yang satu.
Serba tak kena derap langkahnya di dalam bilik mereka berdua. Lelaki itu mengambil keputusan untuk lakukan perkara gila sekali lagi.
Bibir bawahnya yang kering dijilat basah. Degupan hatinya seperti ingin melonjak keluar dari dada apabila Jae Yoon bertindak dua kali ganda lebih pantas daripadanya.
"K-kau hentika-"lengannya automatik merangkul leher gadis itu ketika Jae Yoon mencium bibirnya.
Tubuhnya terdorong ke meja. Dominasi ciuman itu melemahkan jantung Taehyung. Dia enggan membalas kerana timbunan ego yang dipegang megah.
Jae Yoon tahu kelemahan hatinya. Pujukan lebih mudah digapai melalui sentuhan dari gadis itu.
-------
Syaitonirojim mana entah merasuk diriku.Aku kukuhkan pegangan tangan aku pada kedua-dua belah pipi bapak singa.
"H-hentikan. Aku benci kau. Kenapa gedik sangat nak cium aku huh? "tempiknya dalam nada keras.
Oh, kau menolak bang tae? Padahal matanya, gerak-geri badannya memberi isyarat suka dengan ciuman yang diberi.
"Saya tahu awak suka Taehyung."balasku tanpa segan.
Bibirku ditekapkan semula ke atas bibir Taehyung. Dia menolak, aku tetap mencuba sehinggalah muncul satu saat yang aku sendiri tidak sangkakan.
Jemari kasar Taehyung menolak tubuhku dekat kepadanya. Wajahnya bertambah dekat. Ciumanku dibalas olehnya.
Kuasa magis dan aura hangat Taehyung membuatkan aku lemah dalam dakapan eratnya.
Apabila bibir aku sudah menguntum senyuman bahagia, leherku ditolak menjauhi dirinya. Nafasnya termengah-mengah menghirup nafas yang ada.
"K-kau nak tahu something?"Taehyung menyoal aku seraya mengundurkan badannya jauh ke tepi.
Pautan lengannya mulai longgar. Perubahan drastik emosi Taehyung mengelirukan pendirianku.
Apa yang Taehyung cuba maksudkan?
"Aku takde feel ciuman bodoh yang kau berikan ni. Jae Yoong yang lama lebih mendebarkan hati aku. Kau? Aku rasa sangat kosong."
Taehyung mengesat bibirnya. Bahuku direngkuh kasar sebelum dirinya berdiri membelakangi aku di hadapan tingkap yang separuh terbuka.
"Kita putuskan hubungan pada malam ni juga. Kau keluar sekarang. Aku akan uruskan penukaran bilik kau."
Aku menyeka juraian air mata yang mengalir deras. Aku berkeras ingin tinggal di dalam bilik. Namun, lelaki itu menolak tubuhku keluar dari bilik.
Tiada peluang untuk mengelak. Pintu bilik kedengaran dikunci oleh Taehyung.
Kau kejam Tae. Sanggup kau buat aku begini?
-------
"Tae, saya tak bermaksud nak tipu awak. P-please bagi saya peluang."
Sayup-sayup bunyi suara gadis itu merayu kemaafan kepada si dia.
Taehyung hanya mampu berdiri kaku di jendela bilik. Angin malam yang meniup lembut gagal menenangkan jiwanya ketika itu.
"Aku terlalu s-sayangkan kau."
Tuturnya lemah. Taehyung kemudiannya jatuh terduduk di atas lantai. Tiada siapa pun yang dapat memujuk hatinya yang sudah remuk dan tercalar teruk dek penipuan terbesar gadis itu.
"Aku juga cintakan kau. Too much. Aku sanggup berkorban apa-apa saja demi Jae Yoon aku. Tapi, aku dapat apa?"
Telapak tangannya mengusap permukaan dada yang berombak. Jantungnya sudah mahu meletup. Lelaki itu menangis teresak-esak sambil mengepal penumbuk kecil.
"Kau tipu aku. Kau khianati aku. Suka tengok aku terseksa, terhegeh-hegeh mahukan perhatian dan kasih sayang kau."
Bunyi ketukan pintu bertalu-talu disertai pula dengan iringan kata maaf daripada Jae Yoon membuatkan nafasnya bertambah sesak.
Kedua-dua telapak tangannya ditekup ke telinga. Taehyung akui cintanya terhadap Jae Yoon sentiasa mekar. Namun, dirinya cukup terluka.
"Jangan buat aku bencikan kau. T-tolong pergi dari sini, Min Jae Yoon."
Permohonan maaf itu belum mampu menyembuhkan sakit di hati kerana Taehyung sedar soal hati dan perasaannya dipandang remeh oleh gadis itu.
-tbc-
A/N:
Konflik dah serupa k-drama.
Maafin author ya.
Hahahahahahahhaa.
Okay kalau tak busy, jumpa lagi malam ini. Sebab saya tengah fokus untuk karya babe.
So, why not?
Insha Allah if tak busy eh💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro