Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17

Babe • kth

A/N:
Satu update lagi untuk korang ♥
-----

Bahu aku ditolak oleh Kim Taehyung sehingga aku jatuh terbaring di atas rumput. Bunyi gelakan riang menyusup keluar dari bibir merahnya.

Senyuman lelaki ini susah untuk aku temui. Kali ini aku berpeluang untuk melihatnya sekali lagi. Tuhan, panjangkanlah kebahagiaan ini.

Bukan selalu aku boleh melihat ukiran senyuman bapak singa.

"Hey, Jae Yoong. Puas hati aku tadi. Muka Jae Kyung fuh! Macam orang tercirit dah tengok aku dan kau. Baru dia tahu erti penyesalan kan?"ujar Taehyung panjang lebar.

Aku lantas mengangguk setuju. Muka bekas teman wanita Taehyung terlalu kelakar. Siapa suruh dia gedik lepaskan Taehyung macam tu je kan?

Jujur aku rasakan pendirian Jae Kyung pasti berubah kelak. Berdasarkan penelitian aku terhadap reaksi wajah Jae Kyung, wanita itu mahukan Taehyung sebagai teman lelakinya kembali.

"K-kau buat semua ini untuk dapatkan Jae Kyung semula atau kau na-"kata-kata aku dicantas oleh telapak tangan lelaki itu.

-------

Taehyung mendongakkan kepala ke atas. Butir-butir bintang yang cantik bertaburan di langit menenangkan fikirannya.

Soalan Jae Yoong dibiarkan tidak berjawab. Jari-jemarinya digerakkan di atas dahi rakan sebiliknya. Kemudian, ianya beralih pula ke juntaian rambut yang menutupi sebahagian dahi Jae Yoong.

"Maaf jika aku selalu marah kau. Dingin dengan kau. Garang macam singa. Aku.. aku dah terbiasa. Appa dan eomma aku terlalu tegas. Aku sunyi."Taehyung tanpa segan silu meluahkan segala-galanya kepada Jae Yoong.

Entahlah. Ada satu suara hati membisikkan sesuatu. Dia mula berasa selesa. Kedatangan Jae Yoong dianggap satu sinar dalam kehidupannya.

"Kau rileks,Taehyung. Aku tak ambil hati pun. Biasalah lelaki kan. Kekadang perangai kasar. Tapi, aku suka perangai kau hari ini. You're a good friend."

Bermula daripada peristiwa melucukan pagi tadi sehinggalah hari bertukar malam, mood lelaki bernama Taehyung ini kekal ceria.

"Hurm. Kalau gitu, kita kawan okay. Kau bantu aku dapatkan Jae Kyung. Aku balas dengan belanja makan dan keluar outing setiap minggu. Kau on Jae Yoong?"

Jae Yoong membalas dengan senyuman lebar. Taehyung tidak sedar perubahan sikap mengejut di dalam dirinya.

Lengan kekarnya spontan memeluk bahu roommate sendiri. Jae Yoon segera menutup riak gugup di setiap inci wajahnya.

"T-taehyung."suara Jae Yoon berubah menjadi satu bisikan tatkala hembusan nafas hangat Taehyung memanaskan permukaan kulit lehernya.

"Taehyung. J-jom balik bilik?"suara comel Jae Yoon menyedarkan semula Taehyung agar lelaki itu kembali ke pangkal jalan.

Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Taehyung membiarkan degupan jantungnya menjadi liar. Perasaan malu menyebabkan rona pipi bapak singa menjadi merah.

"A-aku bergurau je. Kau jangan ambil serius. Aku straight lagi. Don't worry."bidas Taehyung serta-merta.

Taehyung menghela nafas dalam kadar perlahan. Sukar dia ingin mengawal diri kerana wajah Jae Yoong menguasai fikirannya seperti virus.

"Kau.. tetap akan menjadi kawan aku. Tak lebih dan tak kurang, Min Jae Yoong."

Giliran Jae Yoon pula untuk memandang ke arah lain. Bait-bait ayat yang dilontarkan tegas oleh Kim Taehyung mengguris hatinya. Tetapi, Jae Yoon tidak mahu memusnahkan persahabatan yang baru terbina ini.

Dia redha. Asalkan lelaki kegemarannya bahagia.

-tbc-

A/N:

Kita akan berjumpa lagi dalam masa dua hari.

Saya akan fokus dengan karya lain.

;)

Jangan rindukan saya. Nak saya update teaser?

Komen Tae kacak.♥🙈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro