Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23- Final➿🌙


2 tahun kemudian...

"Mana Seolmi sembunyikan cermin mata papa?" Tanya Seokjin apabila puas dia mencari di setiap sudut di ruang tamu tersebut. Habis kusyen dan perabot lain dia geledah semata- mata hendak mencari cermin matanya itu.

Seolmi ketawa kecil, dia duduk tenang diatas sofa sementara memerhatikan Seokjin yang sudah bercekak pinggang dihadapan dia. Tiada rasa gerun terpancar di wajah kanak- kanak. Budak- budak, apa je yang tahu?

"Seolmi.."

"Cubalah papa cari, mama cakap papa dah tua, jadi susah sangat nak ingat dekat mana barang papa simpan." Ha tengok tu, sempat pulak dia mengutuk papa dia sendiri? Seokjin mengurut keningnya, dia tersengih kecil.

"Seolmi nak main- main dengan papa eah? Mari sini!" Seokjin menggeletek Seolmi perlahan buatkan kanak- kanak kecil itu ketawa berdekah- dekah. Penuh satu ruangan sebab suara ketawa budak.

"Haa baik Seolmi mengaku, mana Seolmi sembunyikan spek papa?" Soal Seokjin, termengah- megah Seolmi, gadis itu mengesot menjauhi papanya sebelum ketawa lagi.

"Bila masa Seolmi sembunyikan spek papa? Papakan yang bawa tadi. Haaa itulah.."

"Ha apa?"

Seolmi menggeleng. Dia berdiri sebelum kedua pipi Seokjin dia tekup lalu dahi Seokjin dia kecup. Seolmi senyum lebar melihatkan wajah papanya yang bingung.

"Seolmi tidur dulu.."

"Ehh spek papa?"

"Carilah sendiriiii" cepat- cepat Seolmi berlari mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Seokjin menggeleng- gelengkan kepalanya.

Rina hanya tersenyum, segala perbualan Seokjin dengan anak mereka, Seolmi dia ketahui dari awal hingga akhir. Dia melangkah keluar dari dapur seraya membawa cermin mata Seokjin yang tertinggal atas meja makan ketika makan malam tadi.

"Ni, cermin mata awak atas meja makan tadi" Rina menghulurkan cermin mata Seokjin kepada lelaki itu. Seokjin hanya memandang Rina sebelum cermin mata ditangan gadis itu dia ambil.

Belum pun sempat Rina hendak melangkah pergi, lengannya sudah ditarik Seokjin buatkan Rina terduduk atas paha lelaki itu.

"Yah! Nak buat apa?"

"Kenapa cakap dekat Seolmi yang saya ni dah tua?" Kata Seokjin, bibirnya sudah mulai muncung. Dia melingkarkan lengannya pada pinggang Rina, wajah disembamkan pada leher gadis itu.

"Lahh kan betul tu?"

"Kalau betul janganlah sampai hebohkan yang suami awak ni dah tua. Saya malu tahu tak.." nada suara Seokjin sudah mulai mengendur, Rina ketawa kecil. Comel pulak!

"Yalah, encik husband saya yang kacak lagikan muda. Saya tak bagitau siapa- siapa selain Seolmi. Itupun terlepas cakap" balas Rina, rambut hitam Seokjin dia sentuh lalu usap perlahan.

"Sayang ni, tahu- tahu je macam mana nak pujuk saya.." Seokjin meleraikan pelukan dan Rina berganjak duduk diatas sofa disamping lelaki itu. Seokjin menyentuh tapak tangan Rina.

"Sayang ada plan nak buat second baby ke malam ni?"

"Hah?!" Terbeliak anak mata Rina jadinya, Seokjin dipandang atas bawah, mahu memastikan yang dia tidak tersalah dengar.

"Yalah, dengan kemeja putih longgar yang.. em, menggoda?" Seokjin memuncungkan bibirnya pada bahagian bahu aku yang sedikit terdedah kerana kemeja longgar aku yang melorot ke bawah.

"Janganlah tengok! Eee pervert!"

Rina menampar lengan Seokjin sebelum memperbetulkan kemejanya. Seokjin hanya memerhati. Tapak tangan Rina kembali digenggamnya.

"Sayang.."

"Em?"

"Jom.."

"Jom nak pergi mana?"

"Pergi ke hati Kim Seokjin, suami kacak awak ni.." jawab Seokjin seraya mengenyitkan anak matanya. Rina hanya memandang wajah kacak Seokjin. Seokjin menyentuh pipi Rina sebelum perlahan- lahan wajah dia merapat dengan gadis itu. Beberapa inci saja bibir mereka hendak menyatu, satu suara membantutkan segalanya.

"Mama.. Seolmi nak minum susu"

Seokjin buat muka monyok, dia hanya sempat mencium pipi Rina sebelum gadis itu melangkah ke dapur bersama Seolmi. Seokjin menepuk pahanya.

"Seokjin.."

Rina memberikan kecupan sekilas diatas kepala Seokjin. Lelaki itu tersenyum lebar.

"Apa? Dah pandai nak goda- goda saya ke ni?"

"Mana ada.." Rina memeluk leher Seokjin sebelum pipi lelaki itu dia cium. Seokjin tidak dapat menahan senyum, bibirnya tidak pernah lengkang dengan senyuman, semua tingkah Rina bersertakan Seolmi sungguh mencuit hati.

"Sayang, thank you tau.."

"Thank you sebab sudi jadi ibu kepada anak- anak saya.." bisik Seokjin tepat di telinga gadis itu. Rina hanya tersenyum.

"Your welcome.."

Cup!

Seokjin, terima kasih sebab sanggup jaga saya, sanggup berusaha nak pulihkan ingatan saya walaupun hakikatnya ingatan saya memang tak boleh dikembalikan dah. Terima kasih sebab jadi suami saya. Terima kasih sebab berikan saya kebahagiaan, walaupun tak seberapa, berikan Seolmi dan berikan cinta. Terima kasih, Seokjin.

I love you, My Doctor!

Your love same like astraea, too innocence to me.

.

.

Papai!

Kim Seokjin

Kim Seolmi

Bae Rina

ASTRAEA - Kim Seokjin
23/23 💙
9.08.19
Friday

Papai!
Lebiu!💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro