Special Chapter - 1
TANGAN kanannya mengulas lembut pipi Dhia Airisya dengan anak mata yang leka merenung muka wajah isterinya itu. Tenang sahaja isterinya itu tidur. Bibirnya mengukirkan senyuman. Bertapa bersyukurnya dapat menatap muka itu setiap hari. Bertapa bersyukurnya masih diberi peluang ini.
Hari-hari dia akan bangun dahulu sebelum Dhia Airisya agar dia dapat moment sebegini. Merenung wajah isterinya itu lama setiap pagi. Bagai bidadari, wajah itu memancar ketenangan kepada dirinya. Tidak sedikit pun dia merasa bosan.
Kelip-kelipan mata itu membuatkan bibirnya semakin tersenyum dengan lebar. Anak mata hazel itu mula menyapa anak mata grey kebiruaannya bersama senyuman kecil.
"Morning, sweetheart"
Kata-katanya membuatkan Dhia Airisya tersenyum. Dia mendekatkan badannya dengan isterinya itu lalu pelukan diketatkan. Kepala Dhia Airisya dibenamkan di dadanya. Kucupan hangat singgah di dahi isterinya lama.
"Morning, abang"
Mereka saling berpandangan semula, saling menatapi wajah masing-masing dan saling mengusap pipi masing-masing. Itulah yang akan dilakukan oleh mereka setiap pagi sebelum membersihkan diri untuk solat subuh bersama-sama.
"Andra dah bangun?" Soal Dhia Airisya memecahkan kesunyian.
"Belum" soalan dijawab bersama gelengan kepala. Elok sahaja anak bongsu mereka itu tidur dalam katil baby di sebelah katil mereka.
"Anak-anak kembar kita?"
"Maybe dah ban....."
"Good morning appa, eomma!"
Pintu bilik terbuka luas dari luar lalu terjongol si kembar berlari anak memanjat katil dengan ketawa. Mereka membaringkan badannya di tengah-tengah lalu Aidan memeluk Adden manakala Adriel memeluk Dhia Airisya.
"Aidan Adriel shhhh" jari telunjuk diletak di bibir, memberi amaran kepada si kembar supaya tak membuat bising yang boleh menyedarkan Dhia Andra daripada tidur.
Tajam mata Dhia Airisya memandang si kembar yang sedang tersengih tidak bersalah.
"Appa bagitahu dah kan pagi-pagi jangan bising. Nanti adik bangun" teguran lembut oleh Adden kepada anak kembarnya. Sesekali kepala ditoleh ke sisi memandang Dhia Andra yang masih tidur.
"Hehe sorry" ujar si kembar serentak.
"Jom kita mandi lepastu solat sama-sama" ajak Dhia Airisya. Posisinya diubah kepada duduk.
"Jom!"
Dhia Airisya yang mahu turun dari katil bersama si kembar terhalang apabila Adden menarik pinggangnya lalu memeluknya dari belakang. Sudahnya dia hanya memandang si kembar keluar daripada bilik mereka. Kepala ditoleh ke kiri memandang Adden dengan kening yang terongket.
"Sabarlah sayang. Abang tak puas lagi nak bermanja dengan sayang. Kembar kacau" ajuk Adden dengan suara serak basah membuatkan Dhia Airisya ketawa kecil.
Memandangkan mereka sekarang sudah mempunyai 3 orang anak, memang jarang mereka meluangkan masa berdua. Pernah sekali Adden merajuk lari rumah bila dia asyik luangkan masa bersama kembar. Sudahlah time tu tengah mengandungkan Dhia Andra. Suami pula merajuk sampai lari rumah. Cannot betul!
"Senyum-senyum ingat apa?"
Kepala Dhia Airisya ditoleh memandang Adden yang menongkatkan dagu di bahunya. Muka mereka yang sedia dekat itu memberi peluang kepada Adden untuk menyambar bibir mungisnya itu. Dhia Airisya tersenyum kecil.
"Abang ingat tak abang lari rumah?"
"Tak. Taknak ingat" ujar Adden bersama gelengan. Taknak dia ingat peristiwa itu! Buat malu je! Dengan anak sendiri pun dia nak jealous. Adoi tak patut!.
"Abang tahu tak abang comel betul masa tu. Eee dengan anak sendiri pun jealous sampai lari rumah" dicubit-cubit pipi Adden itu dengan geram. Mahu saja dia gigit. Addicted betul dia sekarang dengan suami sendiri. Sexy and hot! Laki anak tiga!
Badannya dibaring secara tiba. Kanan kiri dikunci oleh Adden. Dia memandang muka Adden yang sedang senyum misteri. Air liur ditelan kasar. Mahu bangun tapi tangannya pula dikunci oleh tangan Adden. Ini salah satu kenapa dia boleh termengandung lagi sekali walaupun Dhia Andra sekarang baru 11 bulan. Mulutnya suka mengusik. Adden pula pantang diusik.
"You talk about that again, I will not let you go this time"
Dhia Airisya menelan air liur kasar. Bulu romanya sudah berdiri. Sekarang mengharapkan si kembar untuk masuk bilik selamatkan eomma mereka. Si kembar ni kadang team dia and kadang-kadang boleh jadi team Adden. Tapi mostly team Adden lah. Anak papa kan.
"Abang, abang jangan lupa ehh Isya tengah mengandung 3 bulan sekarang tau?"
"Blame me?"
"Ye lah sapa lag......"
Bibirnya tiba-tiba disambar oleh Adden lama.
"Abang!"
Mahu terjengil anak mata hazelnya itu memandang Adden yang baru menjilat bibirnya tadi.
"You'll wake up Andra, sweetheart"
Bibirnya digigit. Anak mata hazelnya tajam memandang anak mata grey kebiruan itu. Mulut itu naik ke atas sedikit. Tersenyum kemenangan. Ouhh back up diri guna anak pulak ye sekarang! Tiba-tiba dia berharap Dhia Andra bangun sekarang dan menangis agar dia boleh terlepas dari Adden.
"I know what you think, sweetheart. Don't do it unless you want your peaceful morning ruined by our little daughter." penuh karisma suara itu memberi amaran. Arhh benci!
Kecik besar kecik besar dia memandang Adden yang masih menindih badannya. Macam tahu-tahu je dia mahu buat apa. Bibirnya digigit. Taknak kalah walaupun dia tahu dia akan kalah!
Adden pula menahan dirinya daripada ketawa melihat muka masam Dhia Airisya. Usik dia lagi awal pagi. Dia dah beri amaran supaya jangan sebut hal itu lagi. Kan dah mendapat!
"Abang, Isya nak muntah! Cepat bangun!"
"Lupa ke kandungan sayang kali ni abang yang terkena alahan?" Soal Adden dengan kening yang dijongket. Menyampah pula dia tengok Adden menonjolkan muka kemenangan itu.
Haisshh! Dia lupa pula yang kali ini Adden yang terkena alahan. Baru nak acah-acah muntah. Tapi padan muka suaminya itu terkena alahan! Pandai buat pandai tanggung! Sekarang otaknya sedang mencari idea untuk melepaskan diri.
"App....ooh ooh"
Kedua-dua mereka berpaling memandang si kembar yang sedang berdiri di pintu menutup muka mereka. Namun masih mengintai mereka berdua di sebalik jari mereka.
"Aidan, Adriel help me" mata dikerdip-kerdip memandang si kembar.
"My boys, appa selalu pesan kalau appa tengah bermesra dengan eomma, jangan apa?"
"Jangan kacau" jawab si kembar serentak.
"Good boy. Aidan, Adriel pergi bersiap dulu okay?"
"Okay appa"
Musnah harapan Dhia Airisya apabila melihat pintu bilik mula terkatup. Kan dia dah cakap si kembar ni selalu team Adden! Tunggulah Dhia Andra besar sikit memang dia jadikan Dhia Andra tu team dia nanti! Kepala ditoleh memandang Adden semula dengan mata tajam dan mulut muncung.
"My boys of course are my teams. What did you expect?"
Annoying betul dia!
Bibirnya muncung itu dicium sekilas oleh Adden.
"Jom mandi"
"EOMMA tolong bukakan"
Adriel menghulurkan satu bekas vitamin C khas untuk budak-budak kepada Dhia Airisya yang sedang duduk di meja makan minum jus oren yang dibuat oleh Tengku Sumayyah. Hari weekend mereka selalu akan datang ke sini kebetulan pula hari ini mereka buat makan malam sekeluarga.
Dhia Airisya menunduk ke bawah sebentar sebelum memandang Adden yang masuk dapur ingin menghampirinya.
"Minta tolong appa kesayangan Adriel okay?" Ujar Dhia Airisya lalu keluar dari dapur melepasi Adden. Sejak pagi tadi dia buat war dengan 3 orang tersebut. Taknak kawan!
"Hey Adriel, no don't cry"
"Hikss eo...eomma dah tak sa...sayang Adriel hikss"
Adden mendukung Adriel lalu meletakkan anaknya itu di atas meja makan. Air mata Adriel dikesat dengan tangannya.
"Mana ada. Eomma sayang lah. Eomma marah kat appa tu" pujuk Adden apabila Adriel masih menangis.
"Adriel nak ni?"
Kepala diangguk.
"Sini appa tolong bukakan" bekas vitamin C dibuka olehnya lalu diserahkan kepada Adriel semula.
"Dah jangan menangis okay? Malu kawan-kawan tengok Adriel menangis. Lelaki kan kena kental?"
Kepala Adriel diusap. Sisa air mata dilap dengan hujung bajunya.
"Dah pergi kongsi dengan Aidan and kawan yang lain"
Diturunkan Adriel semula. Dia tersenyum kecil melihat Adriel yang berlalu keluar bersama bekas vitamin C di tangan. Setelah memastikan Adriel pergi, dia turut keluar dari dapur. Dia datang dapur mahu bercakap dengan Dhia Airisya yang sedari tadi mengelak daripadanya.
Mata liar mencari susuk tubuh Dhia Airisya. Bibirnya pantas mengukirkan senyuman apabila melihat Dhia Airisya berada di pondok luar rumah namun sesaat sahaja apabila dia melihat Dhia Airisya sedang bergelak tawa dengan Tengku Haqiem. Di atas riba lelaki itu terdapat anak perempuan mereka, Dhia Andra. Panas pula hati dia ni. Sengaja betul nampak isterinya itu.
Langkahnya diatur menuju ke pondok. Tubuhnya dipeluk. Dia berdehem kecil mengalih perhatian mereka.
"Rancak betul sembang. Seronok nampak?"
Suasana diam seketika sebelum dibunyikan dengan suara Dhia Andra.
"Pa....pa"
Dhia Andra yang dipegang oleh Tengku Haqiem melompat-lompat gembira apabila melihat appanya berdiri di depannya. Tangannya tergapai-gapai ingin meraih appa dia. Adden yang mengerti itu mengambil Dhia Andra dari Tengku Haqiem lalu didukung. Tersengih Dhia Andra menampakan beberapa batang gigi.
"Andra, bagitahu appa Andra yang eomma nak K.EL.U.A.R dengan Pak Usu Andra"
Adden memandang Tengku Haqiem yang diam di sebelah sebelum memandang Dhia Airisya semula. Orang yang dimasukkan oleh Dhia Airisya ialah Tengku Haqiem. Dah kenapa nak keluar dengan Tengku Haqiem? Sengaja nak buat dia jealous?
"Andra, cakap kat eomma Andra appa T.A.K B.E.N.A.R.K.A.N"
"Kenapa pula?" Dengus Dhia Airisya tak puas hati.
"If you are angry at me because of this morning and you want to hang up with him just to make me jealous, better don't. "
Dhia Andra memandang appa eommanya tidak berkelip. Terasa tegangan dia berada di tengah-tengah mereka. Dia yang masih kecil itu pun faham yang appa eommanya sedang bergaduh. Dirinya mula merengek kecil.
"Emm guys aku bawa Andra masuk dalam dulu" Tengku Haqiem yang hanya diam tadi mula menjampuk. Dia mengambil Dhia Andra dari Adden lalu dibawa masuk ke dalam rumah.
"Kenapa don't? Abang jealous?"
"Sayang"
"Dengan abang Qiem pun nak jealous juga ke? Abang Qiem kan abang angkat Isya je. Tak lebih dari tu."
"You call the other man with 'abang' too, I'm freaking jealous. So now tell me, how am I supposed to not be jealous when you want to hang out with a man who before this liked you?" Adden menyoal dengan suara tegang dan sedikit tinggi.
Dhia Airisya memandang Adden yang muka tegang itu tidak berkelip. Ini buat pertama kali dia melihat Adden cemburu sebegini dengan Tengku Haqiem. Tak silap dia mereka dah berbaik beberapa tahun lepas dan Adden pula jarang nak tunjuk yang dia jealous dengan Tengku Haqiem.
"Mana ada nak hang out. Isya minta tolong abang Qiem belikan cendol durian. Tu je" ujar Dhia Airisya memberi alasan kenapa dia mahu keluar dengan Tengku Haqiem.
"Cendol? Alasan lapuk. Cakap je lah nak keluar jalan-jalan dengan abang angkat sendiri"
Dhia Airisya mengertap bibirnya. Ini yang dia katakan Adden sekarang kuat cemburu. Dengan anak pun cemburu apatah lagi dengan lelaki lain.
"Isya mengidamlah abang. Isya mengidam cendol durian"
"Then, why you don't tell me? I can buy it for you instead of him!" Jerkah Adden sehingga membuatkan Dhia Airisya terkejut.
"Abang jerkah Isya?"
Adden menelan air liur. Tersedar dia sudah terbabas.
"Abang marah Isya!"
"Tak, abang tak marah pun. Abang...."
"Fine, Isya tak keluar dengan Haqiem" ujar Dhia Airisya tidak lagi memanggil Tengku Haqiem dengan abang panggilan abang respect apa yang suaminya itu tidak suka lalu berlalu pergi.
Adden menghembuskan nafas perlahan-lahan. Matanya dipejam seketika. Rambutnya diraup ke belakang. Sedar dia tak patut meninggikan suara dan berkata begitu. Langkahnya diatur mahu mengejar langkah Dhia Airisya yang menuju ke bilik mereka.
Susah betul mahu kawal cemburunya yang makin jadi-jadi. Pintu bilik dikuak luas. Matanya terbuntang apabila Dhia Airisya mengeluarkan bajunya yang ada di rumah keluarga angkatnya itu ke dalam luggage yang berada di sudut wardrobe.
"Sayang nak pergi mana ni?"
"Nak lari rumah! Abang dah tak sayang Isya!"
"Sayang janganlah macam ni. Abang sorry okay?"
Tangannya pantas mengeluarkan baju Dhia Airisya dari luggage semula. Bergilir-gilir kelakuan mereka. Kejap baju dalam luggage, kejap dalam almari semula. Kelakuan mereka itu dipandang oleh Aidan dan Adriel yang mengejar langkah mereka ke bilik.
"Eomma" muka si kembar mencerbik.
Dhia Airisya berhenti seketika. Tajam dia merenung Adden yang mengeluarkan bajunya yang dimasukkan ke dalam luggage. Sudah kosong semula lugaggenya itu.
"Janganlah tinggalkan abang dengan anak-anak" rayu Adden dengan muka risau.
"Siapa nak tinggalkan anak-anak? Isya nak bawa kembar and Andra dengan Isya"
"No! Taknak lah sayang. Habistu abang?"
"Abang boleh blah dengan jealous abang" ujar Dhia Airisya. Sesekali dia memandang si kembar di muka pintu bersama Tengku Sumayyah yang memujuk mereka berdua.
"Sayang. Hati abang bagai kena cucuk tau, sayang cakap macam tu" mencerbik Adden. Risau betul dia sekarang.
"Abang marah Isya takpe pula? Isya nak cendol durian je. Tu pun kena marah." Ujar Dhia Airisya dengan tangisan sambil memasukkan bajunya semula ke dalam luggage. Kelakuannya itu tidak dihalang oleh Adden dan dia berjaya memenuhi luggagenya. Di zip luggagenya itu lalu mengambil sling bagnya.
"Sayang nak cendol kan? Abang belikan okay?" Pujuk Adden.
"Taknak cendol dah. Nak lari" mencerbik mulut Dhia Airisya. Hingusan ditarik.
"No. You can't run from me" luggage Dhia Airisya ditarik ke sisinya tapi Dhia Airisya taknak lepas.
"Sayang, let it go"
"Abang let it go." tajam Dhia Airisya merenung Adden yang berdiri di depannya.
"I'm sorry. Janganlah macam ni hmm?"
Tangan isterinya dicapai tapi ditepis kasar. Dia meraih pula pinggang Dhia Airisya tapi dadanya ditolak kuat oleh Dhia Airisya. Marah betul isterinya itu. Dia tidak berputus asa menghampiri Dhia Airisya sekali lagi.
Tangan Dhia Airisya diraih sekali lagi kali ini digenggam kemas. Isterinya itu didakap kemas walaupun pada mulanya meronta-ronta minta dilepaskan tapi dia enggan. Belakang Dhia Airisya diusap lembut cuba menenangkannya.
"Sorry" ujarnya dengan perasaan bersalah.
"Abang marah Isya. Abang dah tak sayang Isya" tutur Dhia Airisya dengan muka yang disembankan di dada Adden. Dia tidak meronta sudah malah memeluk Adden erat.
Adden membawa Dhia Airisya ke katil. Didudukkan Dhia Airisya di atas pahanya manakala dia duduk di atas katil. Dia memandang pada pintu yang sudah tertutup sebelum memandang Dhia Airisya semula. Mutiara jernih yang jatuh di pipi isterinya itu diseka.
"Mana ada abang tak sayang. Abang sayang sangat. Abang minta maaf okay?"
"Abang jealous tadi. Termarah sayang. I'm really sorry. Abang janji abang tak naikkan suara kat sayang lagi. Sorry hmm?" Sambung Adden. Sejak Dhia Airisya mengandung kali ini, dia sukar untuk mengawal emosinya. Mungkin disebabkan alahan yang terkena padanya.
Diam sahaja Dhia Airisya yang memyembankan mukanya di ceruk lehernya.
"Sayang mengidam cendol durian ke?"
Dhia Airisya mengangguk.
"Kenapa tak bagitahu je kat abang?" Soalnya dengan suara yang lembut.
Dhia Airisya diam.
"Sebab masih marahkan abang?"
Kepala digeleng.
"Habistu?"
"Abang kan tak boleh dalam kereta lama-lama nanti muntah-muntah. Cendol yang Isya nak tu jauh dari sini so Isya minta tolong dengan Haqiem. Isya taknak abang muntah-muntah. Kalau abang muntah siapa nak jaga Isya?"
Adden mengukirkan senyuman sebelum sekali lagi menarik Dhia Airisya ke dalam pelukan. Dahi Dhia Airisya dicium. Tak pasal dia dah cemburu membabi buta tadi. Tulah bukan nak tanya dulu nak keluar kenapa ni terus tak bagi.
"Sorry sayang. Abang bertindak melulu. Abang marah sayang."
"Hmmm"
"Tell me what you want to eat now? I will get it for you. Still nak cendol atau nak makanan lain?"
Adden mengukirkan senyuman lebar.
"Nak abang. Nak makan abang"
"Don't ask my permission if you want to eat me because I'm already yours, sweetheart."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro