Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

"Okay jom kita main truth or dare!" Ajak Firash masih bersemangat setelah mereka sudah bermain macam-macam game tadi. Hari ini merupakan hari minggu di mana hari ini mereka meluangkan masa bersama setelah busy melakukan kerja-kerja mereka.

"Truth or dare?" Soal Razul dengan mata bersinar. Permainan yang menarik sekali baginya!

Firash menangguk kepalanya.

"No! Tak ada game lain ke? Arhh taknak aku" bantah Emir Adden Fattah sekeras-kerasnya.

Taknak dia bermain game truth or dare. Permainan paling tolol sekali! Sudahlah dia asyik kurang bernasib baik bermain game tersebut. Dare yang diberikan pun bukan calang-calang. Kalau yang menguji tahap kekuatan tak apa lah juga. Ni tak disuruh buat benda bukan-bukan.

"Ala chill la bro. Tak best ahh kau ni" tutur Firash.

"Entah. Coward betul!" Sambung Razul pula.

Emir Adden Fattah mengetap rahangnya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia bukan pengecut ke apa tetapi dia malas mahu melayan karenah mereka yang entah apa-apa. Matanya dialih memandang Harriz yang hanya diam sahaja. Selalunya Harriz tidak suka bermain permainan ini sama sepertinya.

"Aku ikut Riz" ujarnya.

Semua mata kini beralih memandang Harriz membuatkan Harriz terpinga-pinga. Emir Adden Fattah memberikan gelengan kecil pada Harriz supaya tidak bermain permainan mengarut ini.

"Aku on!"

"Setan betul!" Tutur Emir Adden Fattah.

Mereka bertiga ketawa. Suka betul dapat mengenakan Emir Adden Fattah.

Permainan dimulakan. Botol air yang berada di tengah dipusing laju. Keempat-empat mereka menunggu botol air tersebut berhenti berpusing bersama debaran di dada. Risau kalau botol air berhenti pada diri masing-masing.

"Oyeahhh" jerit Razul teruja. Dirinya terselamat.

"Haiss menyesal aku main" rungut Firash apabila botol air berhenti padanya.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Nasib dirinya terselamat. Dia memandang Firash dengan kening yang dijongket. Siapa yang ajak main game ni tadi? Kan dah kena padahnya!

"Truth or dare?" Soal Harriz.

Firash berfikir sejenak.

"Dare" jawabnya.

"Rash kau nampak tak perempuan tu?" Soal Razul pada Firash. Matanya dilirikkan pada seorang perempuan free hair berpakain tshirt lengan pendek yang tidak jauh daripada mereka.

"Aku nak kau pergi ngorat perempuan tu and ajak dia main sekali" terang Razul.

"Tu je ? Kacang hijau je" ujar Firash bersama senyuman. Dia bangkit daripada duduknya. Badannya diregangkan sekejap bersama senyuman sinis. Senang sangat darenya!

"Kau ni pun Zul, bagilah dare susah sikit. Dah tahu Rash tu playboy memang kacang hijau la" bangkang Harriz dengan kepala digeleng. Dare yang diberikan kepada Firash mudah sangat lagi-lagi Firash adalah playboy yang berjaya.

Firash mula mengangkat kaki menuju pada perempuan tersebut. Emir Adden Fattah mengecilkan matanya memandang perempuan tersebut dari jauh. Entah kenapa dia merasa seperti pernah melihat perempuan tersebut tapi tidak ingat di mana.

"Hye girl" tegur Firash sebaik sahaja menghampiri perempuan tersebut. Punggungnya dilabuhkan di sebelah perempuan tersebut tanpa dipelawa. Kakinya disilangkan seraya badan dipusing menghadap perempuan tersebut. Dikenyit matanya pada perempuan di hadapannya.

"Errr sa...saya pergi dulu" tutur perempuan tersebut dengan gelabah. Dia mula bangkit daripada kerusi bersiap sedia untuk mengangkat kakinya melangkah dari situ. Takut dengan lelaki yang dihadapanya itu. Risau kalau lelaki itu ingin melakukan perkara bukan-bukan padanya.

"Ops kejap la. I nak borak dengan you kejap" tutur Firash sambil tangannya memegang pergelangan tangan perempuan tersebut tanpa berlapik. Senyuman manis dilemparkan buat perempuan tersebut walaupun hatinya sekarang seakan-akan geram kerana buat pertama kali dia ditolak mentah oleh perempuan.

Kalau nak diikutkan dengan rupa mukanya memang mampu menawan mana-mana perempuan serta pakaiannya juga memang makin menyerlahkan lagi kekacakannya dan juga kekayaannya. Anak dato' kut!

Perempuan tersebut menarik kasar lengannya dari pegangan lelaki yang entah dari mana membuatkan Firash semakin rasa tercabar. Dia mula bangkit daripada kerusi lalu berdiri di depan perempuan tersebut. Rahangnya diketap geram. Sudahlah kawannya yang lain sedang melihat dia sekarang.

Pinggang perempuan tersebut ditarik ke badannya sehingga tiada jarak antara mereka.

"Lepasl...."

"Better kau diam sebelum aku tembak kau" bisik Firash pada telinga perempuan tersebut seraya pistol yang berada di sebalik jaketnya dikeluarkan sedikit untuk ditunjuk pada perempuan tersebut menyebabkan perempuan tersebut terus menutup mulutnya rapat.

Firash tersenyum sinis.

"Aku nak pinjam masa kau sekejap je. Teman aku main dengan kawan aku and then kau blah.  Better kau ikut cakap aku kalau kau taknak kepala kau berkecai" bisik Firash lagi berbaur dengan hasutan. Melihat badan perempuan tersebut sedikit menggigil membuatkan dia tersenyum puas. Kan bagus kalau perempuan tu tak berkasar dengannya tadi. Tak adalah dia guna cara kasar.

Dagu perempuan tersebut dipegang. Diperhatikan sepasang mata yang bergetar dengan senyuman manis. Pinggang perempuan tersebut semakin ditarik sehingga membuatkan hidung mereka bersentuhan. Dapat dia rasakan nafas yang tidak teratur mengena mukanya.

"Senyum sikit kalau taknak aku peluk kau lama-lama"

Akur dengan lelaki dihadapannya itu, dia mengukirkan senyuman walaupun terpaksa senyum asalkan tangan lelaki dihapannya itu tidak melingkar lagi di pinggangnya. Nafas lega ditarik apabila lelaki dihadapanya itu melepaskan pinggangnya. Kini, tangannya ditarik menuju ke sesuatu tempat.

Mahu sahaja dia menjerit meminta tolong tetapi dia takut kalau lelaki itu menembaknya. Akhirnya, dia hanya mengikuti sahaja langkah lelaki itu. Lagipun dia disuruh teman main je kan and then dia boleh blah.

"Wuhu awek baru" tutur Razul mengusik Firash

"Cayalah Rash tak pernah perempuan tolak kau"  sambung Harriz.

Emir Adden Fattah hanya diam. Dia leka menilik muka perempuan tersebut. Terasa seperti dia pernah melihat muka perempuan tersebut tapi dia tidak berapa ingat.

"Duduk" ujar Firash.

Perempuan tersebut menangguk kepalanya. Baru sahaja dia mahu duduk di antara lelaki yang mengheretnya tadi dengan lelaki yang mukanya seperti orang Korea tapi tidak jadi apabila lelaki yang muka seperti orang Korea merenungnya lain macam. Muka tegang tanpa secalit senyuman betul-betul membuatkan bulu romanya berdiri tegak.

"Woi bro dah ahh tilik dia. Dia aku punya. Kau tu dah ada bini, buat cara macam ada bini" tegur Firash apabila dia turut perasan akan renungan Emir Adden Fattah pada perempuan itu. Kepalanya digeleng kecil. Disuruh perempuan itu duduk di sebelah Razul.

"Hahahha ayok Fattah, aku bagitahu Airisya nanti" usik Razul.

"Buatlah kau berani. Sebelum kau bagitahu, aku make sure kepala kau berkecai kena tembak dengan aku" ujar Emir Adden Fattah memberi amaran kepada Razul.

"Okay okay let's move. Aku dah berjaya dare Razul. So jom kita start pusingan baru" tutur Firash menghentikan pergaduhan antara Emir Adden Fattah dan Razul. Kalau dibiarkan sampai esok memang tak habis.

"Btw apa nama dia Rash?" Soal Razul.

"Err entah" jawab Firash. Tidak pula dia tanya nama perempuan tersebut apa tadi. Matanya memandang perempuan tersebut menunggu jawapan darinya.

Perempuan tersebut menelan air liur kelat. Meroman bulunya ketika ini apabila 4 jejaka handsome sedang memandangnya lama dan 2 daripadanya sedang memandang dia seakan-akan mahu membunuh dia.

"A....Ana"





DHIA AIRISYA menyemburkan sedikit perfume Secret Victoria pada tubuhnya. Bau aroma lily menusuk hidungnya. Wangi! Dia memandang tubuhnya sekali lagi pada cermin panjang. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia keluar dari bilik lalu menuju ke ruang tamu.

Hampir sebulan dia tidak dapat berjalan dengan normal akhirnya kedua-dua kakinya pulih sepenuhnya. Lambat betul lebam kakinya mahu sembuh. Itu pun disebabkan dia degil tak duduk diam membuatkan kakinya semakin lebam.

"Awak jom" tuturnya excited tidak sabar untuk keluar bersama Emir Adden Fattah. Terlampau gembira dia apabila Emir Adden Fattah mengajaknya keluar setelah sebulan dia terperap kat rumah.

"Seriously kau pakai macam ni?" Soal Emir Adden Fattah memandangnya dari atas hingga bawah. Mahu tergelak pun ada. Cantik-cantik mahu pergi mana? Dia bukan nak ajak pergi dating pun.

"Kenapa? Buruk ke?"

Dhia Airisya memandangnya tubuhnya. Dia hanya mengenakan skirt berwarna cream, T-shirt berwarna cream yang dimasukkan ke dalam skirt, jaket putih di luar dan shawl warna cream. Pelik ke outfitnya itu? Ayu bukan?

"Hmm buruk nak mampus macam hantu Kak Limah"

Dijeling tajam Emir Adden Fattah yang selamba badak berkata begitu. Bibirnya digigit geram. Nak saja dia gigit-gigit Emir Adden Fattah. Suka hati sahaja dia disamakan dengan hantu Kak Limah! Mulut tak ada insurans betul!

"Ye lah saya pergi tukar baju lain" rungutnya geram. Kaki dihentak-hentak menuju ke tangga tanda protes. Malas betul mahu tukar pakaianya! Orang pakai cantik-cantik dikata buruk pula!

"Tak payah dah lambat. Tunggu kau bersiap, berjanggut dulu lah aku"

Tangan Dhia Airisya ditarik keluar dari rumah lalu menuju ke kereta Ferarri biru. Dipandang Dhia Airisya yang muncung sedepa itu mengijut langkahnya. Kepalanya digeleng-gelengkan. Mahu tergelak dia dibuatnya.

Enjin kereta dihidupkan lalu meluncur laju ke lebuh raya yang agak sibuk. Sekejap sahaja mereka sudah sampai di destinasi. Setelah sampai betul-betul di depan bangunan Secret Hunters Agency, Emir Adden Fattah menghentikan keretanya lalu turun dari keretanya. Kunci dilemparkan pada guard yang menjaga.

"Awak seriously lah?" Protes Dhia Airisya. Kalau dia tahu yang Emir Adden Fattah akan membawanya ke sini baik dia duduk kat rumah. Ni mesti nak dia terperap dalam officenya lagi macam kes hari itu. Meleset betul sangkaannya. Ingatkan Emir Adden Fattah nak bawa dia pergi jalan-jalan.

"Ada nampak aku tengah bergurau?"

Dhia Airisya mencerbik. Dipandang besar kecik Emir Adden Fattah yang berjalan masuk ke dalam bangunan Secret Hunters Agency.

"Saya nak balik" tuturnya lalu dia menghampiri guard yang ingin memindahkan kereta itu untuk mengambil kunci kereta daripadanya.

Emir Adden Fattah menghentikan langkahnya. Dihela nafas panjang cuba untuk bersabar dengan perangai keras kepala Dhia Airisya. Dia berjalan menghampiri Dhia Airisya. "Jangan nak mengada. Aku tak izinkan. Jangan sampai kaki kau tu lebam pulak sebab derhaka." tuturnya lalu menarik tangan Dhia Airisya masuk ke dalam bangunan miliknya itu.

Dhia Airisya akur dan hanya diam mengikuti langkah Emir Adden Fattah. Suami tak bagi izin, takkan dia nak melawan pula? Kan elok-elok kakinya dah sembuh, lebam balik kan. Helaan nafas panjang dilepaskan.

"Muncung-muncung aku kiss baru tahu"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Dijeling tajam Emir Adden Fattah yang memandangnya nakal. "Kiss la kalau berani. Saya terajang awak nanti" tuturnya berani walhal dia hanya ngomong kosong sahaja. Mahu terajang lelaki itu? Tengok-tengok dia yang kena terajang dulu.

"Auchh"

Kan dia dah cakap.

"Seriously Airisya kau nak terajang suami kau ni?"

Dhia Airisya menelan air liur kasar. Ingin diundur ke belakang namun belakang badannya sudah menyentuh lift gara-gara ditolak oleh Emir Adden Fattah. Kini kiri dan kanannya dikunci dengan kedua-dua tangan Emir Adden Fattah. Hembusan nafas Emir Adden Fattah yang terkena pada mukanya itu membuatkan mukanya semakin panas dan merah.

Jangan seksa dia macam ni please!

Nak terkeluar dah ni jantung dia!

"Ma...mana ada. Aw...awak yang salah dengar"

"I'm not deaf Nur Dhia Airisya. I listen to every words you said"

Bisikan yang penuh menggoda di telinganya membuatkan irama jantungnya semakin rancak berdetak sehingga membuatkan udara sejuk yang berada dalam lift itu menjadi panas. Mata grey kebiruan yang lagi menawan itu menikam tepat pada mata hazel miliknya membuatkan dia semakin diambang sesak nafas.

Bila lift nak terbuka ni?

"Kenapa diam?"

"Sa.....saya saya err sa....."

Ayatnya berhenti tiba-tiba apabila tangan kanan milik Emir Adden Fattah menyentuh bibirnya. Renungan mata grey kebiruan yang beralih pada bibir pinknya yang mulus itu membuatkan jantungnya semakin memainkan irama. Di saat Emir Adden Fattah mendekatkan muka dengan mukanya, dia hanya mampu pasrah. Ditutup matanya.

Emir Adden Fattah tersenyum memandang Dhia Airisya yang sedang menutup mata. Selamba badak dia keluar daripada lift yang sudah terbuka itu dan meninggalkan Dhia Airisya yang masih dalam keadaan statik memejamkan mata. Sesaat dua dia keluar daripada lift jeritan seseorang menyapa gegendang telinganya.

"Adden!"

Terburai ketawanya mendengar jeritan Dhia Airisya yang kelihatan sangat geram itu. Bunyi hentakan kaki yang sudah tentunya protes dari Dhia Airisya menggelikan hatinya tambah lagi apabila dia terdengar Dhia Airisya seakan berbisik. Mengumpat dia lah tu!

"Jahat! Benci awak!"

Dhia Airisya menggigit bibirnya geram. Sumpah dia rasa nak terajang je Emir Adden Fattah sekarang! Berani betul mempermainkan dia! Nasib tak ada orang tengok! Kalau ada orang tengok, mana dia nak letak mukanya nanti?

"Here you are, King"

Dhia Airisya mengerutkan dahinya memandang seorang perempuan Inggeris yang memakai tracksuit lengkap bersama rambut yang diikat ponytail menyapa Emir Adden Fattah. Baru dia sedar yang sekarang mereka berada dalam bilik yang dilengkapi dengan segala barang-barang work out.

"Hye Mick. How your flight?"

"Nothing fun. So this is your wife?"

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya yang masih kebingunan itu lalu dia memandang Michaela semula. Kepalanya diangguk. "Hmm my wife, Airisya. Airisya, this is Michaela. Panggil Mick je." Tutur Emir Adden Fattah memperkenalkan mereka berdua.

Huluran tangan daripada Michaela disambut dengan teragak-agak oleh Dhia Airisya. Dia masih tertanya-tanya hubungan mereka berdua. Nampak macam sudah kenal lama dan mereka agak rapat. Okay dia mengaku dia jealous.

"His big scandal if you want to know" tutur Michaela yang faham apa yang difikirkan gadis cantik di depannya itu.

"Fu*k you, Mick"

Michaela ketawa kecil.

"Don't make her get jealous over me. Susah I nak pujuk nanti"

"Okay okay. Btw i'm his friend. Not more than that. Don't worry" jelas Michaela tentang hubungannya dengan Emir Adden Fattah. Saja je dia mahu mengusik isteri King itu. Nampak macam polos dan comel je. Dia yang tengok Dhia Airisya ni pun geram.

"How you tahan dengan wife you ? She's so cute. Mesti you buli dia selalu kan?" bisiknya pada telinga Emir Adden Fattah membuatkan Emir Adden Fattah ketawa kecil. Dia memandang Dhia Airisya sekilas lalu membisikkan sesuatu pada Michaela.

"Always"

Dhia Airisya hanya memandang mereka berdua berbisik. Terasa dirinya tunggul pula sekarang. Mereka berdua tak nampak ke dia tengah berdiri sekarang? Nak berbisik pula! Sengaja mahu buat dia panas hati!

"So should we start now?"

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah dengan dahi yang berkerut. Dia tidak faham dengan ayat yang dituturkan oleh Michaela. Bukan dia tak fahan english tapi dia tak faham start apa? Apa yang start?

"Airisya, change your outfit"

"Huh?"

Huluran tracksuit yang lengkap diambil dari tangan Michaela lalu dia menghulurkan pula kepada Dhia Airisya. Gadis itu kelihatan masih bingung dengan apa yang jadi. Tangan Dhia Airisya diraih lalu dia meletakkan tracksuit di tapak tangan Dhia Airisya.

"Start today, aku akan bawa kau ke sini setiap hari. Practice self defence dengan Mick. Dia akan ajar kau semua benda yang kau tak tahu" terangnya pada Dhia Airisya. Terangguk-angguk kepala Dhia Airisya mencerna ayatnya. Baguslah kalau Dhia Airisya tidak membantah. Lagipun dia memang dari dulu nak Dhia Airisya belajar semua benda self defence dan nanti Dhia Airisya akan belajar beberapa serangan pulak.

"Tapi kenapa bukan awak je yang ajar saya? Saya nak awak ajar" tuturnya perlahan supaya Michaela tidak dengar apa yang dikatanya itu agar Michaela tidak tersinggung dengan kata-katanya. Bukan dia taknak belajar dengan Michaela tapi dia lagi selesa kalau belajar dengan suami sendiri.

"I'm a busy person, Airisya. Aku tak da....."

"Woi Fattah. Meeting now. Client dah sampai" Emir Adden Fattah memandang Harriz yang berdiri di muka pintu itu. Anggukan kecil diberi kepada Harriz sebelum dia memandang Dhia Airisya semula.

"See?"

Dhia Airisya mencerbik.

"Tapi awak kena janji dengan saya kalau awak ada masa free, saya nak awak yang ajar" tutur Dhia Airisya lalu menghalakan jari kelingkingnya pada Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah memandang jari kelingking Dhia Airisya yang disua padanya itu. Dia memandang Dhia Airisya semula lalu kepala Dhia Airisya digosok perlahan sebelum jari kelingkingnya itu berpaut pada jari kelingking Dhia Airisya.

Pinky promise.

"I'm promise, Mrs Adden"

*************

Okay2 jom left wattpad. Jangan lama-lama sangat kat sini. Risau bersemut phone korang.

Jangan lupa votement korang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro